Instagram : @peejburhan

best lah

sebelum meneruskan kerjaya aku mari update.
wah kerjaya katanya, padahal kerja membalut barang je pun.
nway, aku pun lupa ni bila.
rasanya 1-2 minggu depan.
eh depan pulak. minggu lepas.
hebat sangat kalau minggu depan. tu maknanya konsep back to the future sangat.

kepayahan aku takda kereta nak bergerak ni nasib la noy rajin melayan.
layan ada makna jugak la, sebab dia pun ada nak belikan something untuk baby shower kawan dia.
so ok la. win-win situation.
aku teman dia. dia teman aku.
aku nak beli barang dapur.
hahaha boring gila je kan, orang dah kawin. apa lagi.
barang dapur je la asyik kena beli.

tapi bagus gak dah rajin masak sikit.
bila makan tu kepuasan hati je.
pejam2 mata rasa macam oih sedapnya masakan aku ni.
wah gitu.
memuji masakan sendiri ok.
aku pun tak sure sedap ke tak sebenarnya aku ni masak.
so far orang makan mesti kata sedap. tapi ye la takkan orang nak kata tak sedap.
tah-tah just nak jaga hati je kan.

tapi aku ni takyah nak beli bahan banyak sangat la.
janji cili n bawang kena ada.
punyalah aku beli konon nak masak macam-macam.
nanti aku masak laki aku tak makan. T____T
dia kata dah kenyang la, dah makan la. tapi aku tau sebenarnya dia tak minat lauk tu.
macam malam semalam, asyik kata lapar la, lapar la.
aku kata jom la pergi makan. maksudnya keluar la kan.
sebab semalam kan membusy. so tak kuasa la nak masak. penat.

tapi bila aku ajak je. dia tekup muka kat bantal macam nak tidur.
ok then bagus la. tidur la. huhu aku lagi malas keluar.
tapi nanti after few minutes dok kata lapar lagi.
so aku cakap la,

me : u nak i masak ke? i masak simple-simple la yea.
him : simple tu masak apa?
me : i goreng ikan bilis, kentang, bawang, cili padi. then goreng telur. makan ngan kicap ok?
him : hmmm. ye lah *suara tak bermaya*
me : ke u nak ikan bilis kontang sambal?
him : mesti la nak ada sambal moling. hihi.

nakkkk gak sambal dia tu.
so kena la buat tu.
kadang2 jemu gak. pusing2 sambal goreng.
almost everyday tak pun selang sehari.
if lauk sambal tu sekali makan dia boleh licinkan.
walaupun aku budget untuk makan 2 kali ke apa.
tapi takpa la dia happy. siap makan tu sambil cakap, "terbaik betul la sambal ikan bilis u. i tak pernah makan sedap macam ni."
amboi melampau. aku rasa biasa aje. dia ni puji ikhlas ke sebab nak suruh aku buat selalu.
lepas makan semalam dia tunjuk tah pic siapa tah, kawan2 dia kot. ada lauk sambal tumis udang petai.
dok la cakap, sedapppnya yanggg.
dia takkan suruh aku masak itu ini. tapi if dia dah siap cakap macam tu tau la dia nak la tu
aku memang dah lama tak masak udang.
sebab udang ni penat la nak kupas. hahaha. n nanti tangan aku allergic gatal2.
tapi dah dia nak tu, redah je la.

aku tak berapa paham konsep aku ni.
tersasar jauh betul ngan topik asal.
aku bukan cerita nak beli barang dapur je ke?
abis ke cerita masakan ni dah kenapa?

nway nak senang n tak perlu redah jam, since time tu dah petang.
so ke JJ area rumah aku sudah.
tetiba laki aku nak ikut gak.
dia tu ikut mood, kadang malas. kadang nak ikut.
aku suka dia tak ikut sebab boleh gossip session. hahaha keji.
ye la. laki aku ni perangai tak suka cerita hal orang.
so aku ni ngan dia mana ada sembang hal gossip ke apa.
bosan ok. so bila jumpa noy nak la sembang.
tapi dia ada nanti kita orang sembang suka nanti potong sebab ala2 tak suka la kita orang cakap hal orang.
tapi ada kita orang kisah.

**belah atas ni aku buat 2 days back. tetiba banyak kerja aku stop. haha. so ni sambung balik. rancangan tergendala sangat**

anyway, lepas dah beli barang la apa.
kita orang makan.
lapar iolls tak makan apa lagi.
since JJ situ tak banyak choice tempat makan so macam taktau nak kemana.
pergi secret recipe je la.


:: fav aku. green apple kasturi. noy n MrB amik fruit punch ke apa nama. aku rasa. sedap gak. sebab rasa banana. tapi rasakan lepas tu mencari toilet. tau la banana ni kan pelawas. hahaha ::





layan camwhore.
lama tak buat.
hahaha tipu. macam selalu je kan.
noy gelap gila menakutkan. haha sapa suruh pergi pantai sampai seminggu.
tapi dia suka je. gilo.
tapi aku puji dia. kata bagus la. kau tan ni. buatkan hidung kau macam mancung lak bila berbelang tu. hahaha.
bengang je dia.
serious macam harimau belang tapi hidung nampak macam ada batang. padahallll.



:: laki aku tersalah order. dia nak beef lasagna. dia pergi order vegetarian lasagna. memang tak sedap la kot. makan tak habis. huhu padan muka. ::

:: noy's tomyam kung ::

:: mine. curry laksa ::

ok la. tapi makan ngan spaghetti.
so tak feel.
aku ni suka nau meekari ok tak. aku suka mihun sebenarnya.
kalau kedai ada jual ni mesti rasa nak je.
oih sedap. tetiba terbayang mihun kari.

lepas tu beli barang dapur.
tu takpa.
beras aku selalu takda lak kat situ.
so gatal konon nak beras wangi la. saje try.
sebab aku suka beras siam wangi ni.
if pergi thai makan tu, menambah selera sangat.
sekali bila masak haaa lembikkk. sikit lagi nak menjadi bubur.
aku tak reti masak. hahaha.
pastu bebel kat fb.
dorang kata rupanya air sikit je.
tak pun campur beras biasa. eh mana la reti. huhu.
last2 aku bagi mama beras tu. beli beras biasa aku pakai.
bukan aku takleh campur.
tapi rumah aku ni berdua je kot.
kang beras sampai 10 kilo tah bila nak habis tu nanti.
so takyah. bagi mama je.

since aku ni nowadays malas amik pic ikut occassion.
amik pun sekadar suka2.
so masa transfer pic banyak jumpa pic tak bermotif.
tapi alang ada entry ni. mari letak sini je.


time ni mesti tengah vain sambil tunggu laki aku.
dia tu suka macam tu. nak keluar ke apa.
aku tunggu berjanggut dalam kereta.
dia mesti sibuk nak menyapu la, berkemas itu ini.
sakit jiwa gak la. tapi biarlah dia kan.
dpd dapat laki pemalas lain pulak sakit jiwa aku kan.


last week 16/4 birthday papa.
kelas sangat birthday pavlova kan.
esok tu aku pergi singgah ke sana la. nak makan pavlova miahahha.
n jumpa papa bagi hadiah.
aku bagi perfume gift set. ye la kata bakal jadi tauke perfume soon kan.
harus awal2 dah beli n hadiahkan orang terdekat dulu.
nak tengok pic pergi tengok kat blog mama CLICK HERE.

oh pasal perfume aku dah dapat list harga.
tapi aku takda masa nak upload lagi.
akan buat soon.
btw, aku akan post seminggu sekali je tau perfume.
sebab aku tak pegang stock.
so aku akan tutup order n last payment jumaat.
sabtu aku amik stock. so isnin aku post ke korang.
macam tu la tiap minggu.
siapa nak shopping perfume boleh check out instagram @peachhub yea.
aku tak rasa aku berapa nak rajin nak upload kat semua media sosial aku.
so sila tuju situ.

ok tu je la. till next time.

0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...