Instagram : @peejburhan

apa la salah aku.

aku dah dapat dvd gambar redang dpd weekend lepas.
gila kau ada ribu gambar.
mengalahkan gambar wedding ni.
tengok pun pitam.
tu yang kena select betul2 mana nak guna.
lepas tu kasi edit lagi.
bukan edit apa pun la. terangkan pic ke apa je.
harus. sebab tau la laki ahkak gelap kan. so certain gambar tu sian je malap.
tapi tahap gelap dia kalau membelakangi cahaya, dah edit pun tak membantu. huhu.

so far baru dua folder je aku abis select pic. ada lagi dua nak ngadap.
nanti la.
so biarkan basi nanti baru update.
takpa dah biasa kan. hahah.
tapi sementara tu aku nak buat entry khas ni.

sebab filla dah abis update kat blog dia.
elly baru sikit.
tapi kemain sempat jugak kutuk aku kat blog dorang kan.
haaa meh sini serangan balas.

sebab aku tengok pic ni semalam nak tergelak pun ada.
tergelak tengok teruknya perangai filla n elly terhadap aku yang innocent ni.

ni masa day 1 tu.
petang tu pergi ke laut untuk bermandi manda.
elly mula2 taknak.
nak feeling lepak sambil selfie je. agak2 la.
semua masuk laut, jom masuk sekali.
lama-lama mengalah dia.
so dorang semua pergi dulu. aku relax.
sebab aku jaga bag. ok patut takyah jaga pun.
tapi u know me, aku bab bag kan paranoid. terasa macam pencuri di mana-mana.
aku ni selalu ada experienced ngan pencuri n perampok kan.

tapi ye la. sampai bila lak nak tunggu situ.
so sapkok sebatang dulu. then ke laut.
elly n filla awal2 dah pergi.


bersama-sama selamanya.
aku masih kat belakang n di pesisiran pantai.
time tu aku memang tak tau apa.
tapi bila tengok gambar. amik kau belum apa-apa dorang gelak sakan.




mesti korang tertanya-tanya apa yang happy sangat tu kan.
sampai tertonggeng-tonggeng gelak.
rupanya sedang dorang feeling sambil radie amik gambar.
tetiba radie jerit, "eh husinnnn!"
dua-dua toleh maka dorang nampak la aku sedang jalan menuju ke dorang.
dorang kata memang macam husin.
dengan rambut gerbang, jalan macam gangster.
ala nak buat macam mana, memang badan iolls kan serupa bouncer. hahah

kat blog elly dia kata dia taknak gelak sebenarnya.
rasa tak baik.
filla beria-ria gelak.
tapi macam takleh percaya je cerita dia.
sebab kau tengok ni. dia yang lebih2. sampai terjatuh2 gelak ok.



:: amboi begitu sekali kau gelakkan husin ye ::


:: eh dua kali jatuh. melampau sangat gelak tu ::


:: eh filla lak terduduk? tengok kelibat aku. innocent je melawan ombak ::

:: e eh lagi sekali dia punya gelak tu pose melampau ::

:: terlampau sangat kan? kau tengok pic ni macamkan berlari sebab di serang godzilla gitu. hahahha ::

:: akhirnya husin sampai ::

:: "kenapa korang gelak?". "takda pape." e eh macam tu pulak kan ::



:: tapi dorang dok sambung gelak. ah sudahlah. baik aku bawak diri. hahah gituh. aku menuju ke laki aku tu ::




dan aku pun berlalu pergi meninggalkan dua perempuan gila dok tak abis2 gelak.
malas aku nak layan dorang.
tapi time tu memang aku innocent tak pikir apa.
dah dorang kata takda apa.
malam tu baru bagi tau. hahaha.
kong jaq ok.
tapi sebenarnya dalang dia radie la.
dia yang dok kata husin sampai dorang ni tergelak terduduk semua.
yang dia kemain steady je amik pic bagai.

radie tu memang kerja nak mengenakan aku je.
kejap panggil aku sarip dol. sekejap husin.
hahaha husin sebab rambut gerbang.
aku saje lepas rambut sebab kalau ikat nanti masuk air me not like.


ok fine. ada sikit la macam husin. hahahhaha



20 Comments:

Anis Shafeera said... [Reply to Comments]

hahah..adoii sis...dari bace blog sis pilla,sis elly smpaila blog sis..tegelak2 dibuatnyer,,,hihi,,naseb baik bace time lunch ni,xde la org tekejot..hihi

A.I said... [Reply to Comments]

woit!!! mmg lawak giler kot. smp kluar air mata aku gelak. haritu lagi aku dah tengok kt blog dowang citer. tp yg ni...aku tengok si elly gelak efek smp jatuh dlm air tu mmg tak boleh blah la. adoiii

Ikin Gomez said... [Reply to Comments]

khakhakhakah!!

.... takble tahan....

tapi sian kt uols..

kejam sangat gelaran tu!

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej. sakit perot aku gelak nih!!

Anonymous said... [Reply to Comments]

serius klakar ok... rasa nk pecah perut gelak nih..

permatabiru said... [Reply to Comments]

hahaha..mmg dpt bayangkan muka hussin waktu tu...hampeh je diaorg ekk

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

siyes lawak... sian ko peej.. hahahahahaha

rohayaroy said... [Reply to Comments]

selalu baca blog awak peeeej... tapi yg ni kelakar sangat.. bagus la awak tak ambik hati.. bagus persahabatan ni.. ketiga tiga blog ni memang akak selalu baca.. best!!! hahahaha

Anonymous said... [Reply to Comments]

hahahhahaaaaaaa...
aku gelak sampai tersembur teh tarik...hussinnn...hussinnn...

-Rina277-

Azean Azman said... [Reply to Comments]

hahaha..korang ni bestlah lawak tiga2nya. Tapi gaya elly tulis selamba kata tak nak gelak tapi body language dia sampai jatuh2 .

kat sini peej bagitau detail.. hehe.. salute lah u 'babe' oh tak bebehh ;))))..selamba cool hehe

Chekgu Azrine said... [Reply to Comments]

Hahaha..tergelak2 baca .mmg lawak sgt

kathy jem said... [Reply to Comments]

wakakakaka lawak siut..hahaha

chuya - the mother of A's said... [Reply to Comments]

terbatuk2 cover gelak kat opis.. demmm

Elly said... [Reply to Comments]

Kahkahakaha...aku rasa nak hantuk kepala kat dinding...jahatnya Filla..Eh!

suriani said... [Reply to Comments]

heheheh... aku pun gelak beb.. husinnnnn

Mak lagenda said... [Reply to Comments]

Mak rasa kan, tu bukan takat gelak smpi jatuh2 dlm air tu..silap2 aribulan, dah terkucil2 gelakkan husin...nak cover punya pasal, kena la duduk dlm air.

Kah kah kah...

Anonymous said... [Reply to Comments]

walaupun akak tak kenal sape husin tapi tetap gelak tak bleh control baca blog fila ni... adoi.. hilang stress... nasib baik letak gambar usin, kalau tak jenuh akak nak google plak,sapa la si husin tu...

Sakina Kushairi said... [Reply to Comments]

akak memang cool laa :)

mia azzah said... [Reply to Comments]

adoi...baca blog kak filla ..gelak...baca blog kak elly..pon gelak...dah baca kat blog peej ni plak...menggigigl2 bahu gelak..mmg lawak n best je rasa..hehehhe

nie eim said... [Reply to Comments]

Ya Rabbi merambu air mata aku gelak!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...