Instagram : @peejburhan

28Apr

tak boleh tidur again.
walaupun sebenarnya tak cukup tidur.

hari ni 28 Apr genap la 2 tahun kawin ngan MrB.
sekejap je rasa 2 tahun.
dalam 2 tahun tak semuanya manis.
kadang-kadang banyak pahit daripada manis.
tapi perkahwinan ni i guess kena banyak tolak ansur.
n kena banyak bersabar.
sikit-sikit n setiap hari kita belajar.

Alhamdulillah aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik.
yang lagi berpengalaman yang sentiasa guide.
kita ni manusia biasa. ada kala, kita down n mencari tempat mengadu.
kalau pendam sorang rasanya bertambah tinggi la darah tinggi aku ni.
dan everytime kawan akan bagi kata-kata positif.
so aku bersyukur ada sahabat-sahabat ku ini.

sometimes memang rasa tak tahan sangat.
rasa macam apakah semua ini. kadang rasa putus asa aje.
sampai la a couple of weeks ago, aku bersembang dengan someone.
antara topik adalah solat istikharah n doa itu ini.
terdengar ayat doa tu.
terdetik kat hati aku, teringat itulah doa yang aku selalu doa setiap kali lepas solat.
masa mula-mula aku sambung balik couple ngan MrB.
aku selalu doa kalau ini lah jodoh terbaik aku, kau permudahkan la segala urusan aku. sampai kita orang kawin.
memang Allah permudahkan, daripada time macam mana aku nak bagi tau parents aku.
sampai la Allah bukakan hati parents aku untuk terima MrB seadanya.
sampai la ke wedding aku, rezeki Allah hantar dapat banyak sponsor.
dengan keadaan aku yang time tu income blogging kurang, Allah bukak rezeki meniaga, sampai kawin, sampai aku boleh berdikari sendiri laki bini, n now sedar tak sedar dah 2 tahun pun.

maybe la hidup kami tak sehebat orang lain.
tapi Alhamdulillah happy.
of coz ada turun naik. bila bergaduh tu boleh tahan la kan.
tapi Allah bagi kesabaran yang tinggi kat aku, macam tu jugak kat MrB.
masing-masing ada kekurangan masing-masing.

bila teringat semua tu, terus rasa bersyukur.
kadang-kadang kita ni lupa.
rasa macam diri kita bagus, boleh ada life lagi best, lagi bagus ke apa je la.
biasa la bila time macam tu, lagi macam-macam setan ni bisik kan.
then tersedar. maybe orang tu kurang kat sana sini, ada keburukan dia.
tapi ada banyak lagi lebih dia.

aku rasa dia tersangat la rajin. rajin yang aku rasa tak masuk akal n aku pun pening.
dia tak pernah kisah macam mana buruknya aku, macam mana masam, busuk, comotnya aku.
tak kisah pun aku ni tak serajin dia.
tak kisah pun aku ni kadang-kadang mengada.
dia jaga aku time sakit dengan bersungguh2.
dia sayang family n jaga family aku berlebih2.

so sempena anniversary ke dua ni.
aku harap kita orang akan strong menghadap tahun-tahun akan datang.
akan cuba perbaiki diri jadi lebih baik.


but anyway, tak rasa apa sangat on our anniversary ni.
wish each other je.
then buat hal masing-masing.
sebab aku banyak kerja kena buat patutnya.
tapi rasanya dalam banyak2 tu 1-2 benda je aku dapat buat.
lainnya otak melayang je.
penat n tak cukup tidur.
tapi takleh nak tidur.
otak ligat berpikir.
teringat je kat papa.
im so sad.
dah berapa kali nangis ni sampai dah bengkak muka.
sampai tersumbat dah hidung ni.
gatal pergi buat kerja sambil bukak youtube.
playlist pulak lagu nak sedih je. rasakan.
sikit2 nanti dok nangis.
sedih sangat la.

semalam almost whole day ke hospital aje.
menahan sebak je.
time doktor check kita orang semua ada.
memang confirm la papa kena mild stroke.
sama je simton masa papa pernah kena dulu back in 2002 macam tu.
tapi papa cuba tunjuk dia kuat n dia ok.
tapi memang ketara sangat kan.

then rasa sedih je sebab papa bagi tanggungjawab kat aku untuk uruskan segala financial dia.
sebab nak hujung bulan kan.
sedih je rasa.
walaupun sedih tapi balik tadi hati tak rasa berat sangat.
sebab tau papa kuat, papa mesti nanti sihat balik macam dulu.

noy yang jaga papa tu.
aku tak boleh sebab esok hari kerja kan.
so aku nak kena siapkan few kerja.
gosok baju2 untuk kerja MrB.
buat laundry since esok takda air rumah aku.
baju 2 load kena hadap.
pulak now time orang dapat gaji.
harus banyak orang membeli belah, so memang banyak la kena hadap.


pic semalam.
see tengok pic nampak macam papa ok.
sebab mama mesti nak tunjuk dia ok.
tapi hakikatnya…

then tak boleh tidur n melayan perasaan ni.
nak facetime line tak berapa ok kan today.
so boleh whatsapp je la.
noy bagi update pasal keadaan papa.
noy kata macam worse dpd semalam.
dah la dedua dok nangis.

rasa nak pergi sana.
tapi takleh kan. boleh sorang je jaga time malam.
hmphhhh. takpa esok ada.
aku rasa kena ubah schedule la.
nanti aku pikirkan.
sebab if ikut timing kebiasaan aku, nanti aku takda masa tak pun lewat petang baru boleh pergi hospital.
tak sedap hati ni.
plus sian noy pulak.

mama of coz takkan larat nak jaga.
abang-abang aku ni jenis tak reti.
sebab maybe dorang tak se-close macam mana aku n noy close ngan papa.
aku tengok lambat dorang punya tindakan reflect.
MrB pulak lagi pantas. ye la dia dah biasa jaga bapak dia kan.
siap MrB kata takpa biar dia yang jaga papa.
eh mana boleh. anak2 ni ada, biarlah kita orang kan.

eh ok lah.
aku kena tidur.
so that boleh siapkan kerja cepat n ke sana later.
ok peeps.
doakan papa cepat sembuh yea.
oh n thanks untuk semua yang PM, whatsapp, tinggalkan komen semua mendoakan papa.
i appreciate it.
sorry if tak sempat balas satu2. jiwa kacau, n line maxis siang tadi langsung takda.
tah apa2.

oh satu lagi.
siapa semalam contact order barang tu tak dapat balasan bagi again yea.
aku dah balas semua rasanya tapi ye la line teruk, takut entah2 error, tak dapat deliver ke apa aku tak perasan.


16 Comments:

noolysh said... [Reply to Comments]

Assalam kak peej..sy norli..sebelum ni saya selalu jadi silent reader je blog kak peej,but bila saya baca post ni,saya rasa mcm dipanggil-panggil utk komen, Ya Allah sedih nya bila ayah sakit kan..sy doakan uncle cepat sembuh..kak peej and family tabah ye..be strong..sy dulu pun mcm kak peej,asyik nangis je bila arwah ayah admitted..tp sy tau kak peej n family mesti lagi kuat kan..be strong kak peej n family..Insha Allah uncle mesti ok..

Filla said... [Reply to Comments]

Huwaaaaa.. aku sedih lah peej entry ko kali ni.. tapi betul tu.. hidup ni banyak sangat dugaan.. lain orang lain dugaannya.. perkahwinan ni macam percaturan jugak.. kene pandai.. dan kene bersyukur dan usaha sekali lah.. jangan compare.. takde orang perfect.. janji kita perbaiki sikit-sikit.. meluah takpe, tapi jangan salah tempat meluah yang akan bagi kita lebih membara marah.. no no nooo.. part papa ko sakit tu.. aku paham.. ko cubalah tukar jadual tidur, jadual kerja.. so that ko boleh ada masa untuk jaga.. take care my friend. we love u peej :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

sorry, Peej.. akk baru tahu keadaan Papa Peej.. baru hari tu smabut besday papa kan, insyaAllah.. papa ok tu nanti. Semoga papa Peej cepat sembuh ya, Aamiiiinnn

linda said... [Reply to Comments]

Salam peej..happy anniversary, moga berbahagia n sy doakan papa peej cpt sihat..sedih plak entry ni rasenye..

Hasnida Ismail said... [Reply to Comments]

assalamualaiku peej....hepi aniversary yg ke 2. semoga dipanjangkan jodoh dan dipermudahkan semuanya. Untuk papa...semoga diberikan kesembuhan olehNya...InsyaAllah...aminnnnn...

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

happy 2nd anniversary peej and suami. semoga Allah memberi kebahagian yang tak terkira dan memurahkan rezeli kalian.
speed recovery untuk ayah peej. dugaan Allah. saya doakan ayah peej cepat sembuh seperti sediakala, insyaAllah. Amin

funky_D a.k.a Mrs Al said... [Reply to Comments]

be strong. hugssss.....

suezen said... [Reply to Comments]

happy anniversary:)...btw...hopefully fast recovery for ur papa. amin

lyza safa said... [Reply to Comments]

♡♡♡♡♡...happy anniversary. ..n moga papa peej sihat

+DetiyD+ said... [Reply to Comments]

hai peej! happy anniversary to u & ben. semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa & diperluaskan segala pintu rezeki. aku mmg ingat anny korang ni sebab sama dgn adik aku lelaki aku nikah back in 2012.

and also my doa utk uncle, semoga kuat semangat..semoga Allah ringankan kesakitan yg ditanggung. teruskan berikhtiar & berdoa agar sembuh spt sediakala. sesungguhnya perancangan Allahlah yg terbaik utk kita semua

chics said... [Reply to Comments]

Sometimes aku tak tahu macamana parents kita go through long marriage, sangatlah memerlukan kesabaran dan kekuatan aku rasa.

On the other note, untung auncle dapat anak macam korang, sayangkan papa dan jaga dengan penuh kasih sayang :). Get well soon uncle yang cool.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Ahkak doakan semoga papa peej cepat sembuh & sihat & kuat & bahagia selalu. Get well soon Uncle!!!! -MK-

Anonymous said... [Reply to Comments]

Salam Peej.......Happy anniversary......and kakak doakan ur dad will be fine.
Peej make sure u are healthy, have enough rest too...sbb jaga orang sakitkan..byk tenaga nak pakai nanti......
(I remember, dulu masa jaga aruah emak kakak, nak anggkat dia pun kakak tak larat)
Be strong my little sister, I will pray everything will be ok!

ShirVen said... [Reply to Comments]

happy anibersari Pija!! semoga sentiasa diberkatiNya. n not to forget doakan smoga yr dad cepat sembuh.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

selamat hari ulangtahun kedua, peej & mr. B!! :)
faham kesedihan tu sbb bapak pernah masuk wad. atuk sy pun pernah kena mild stroke and masuk HAT yg sama. but now ok la dia. so jgn bimbang, doa sama2 semoga papa peej akan sembuh laju2. take care!!

Ayu sukatiakula said... [Reply to Comments]

happy anniversary peej & mrB.. semoga berpanjangan kasih sayang hingga ke syurga

utk papa peej, didoakan semoga cepat sembuh

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...