Instagram : @peejburhan

thirtyONE

baru berkesempatan nak update.
last weekend umur aku genaplah 31 tahun.
wah tuanya uolls.
sekejapan je dah 31. rasa macam baru je remaja. wah nakk jugak kan.

as usual sabtu siang kita orang bertiga mesti jumpa.
walaupun aku ikutkan tak senang. ye la rumah aku kan tengah repair.
tapi dorang kata datang jugak sebab meeting penting.
ok la luangkan masa n pergi jumpa.
settle meeting dorang kata malam karang jadi.
aku dah macam hah malam karang jadi apa?
dorang kata nak pergi concorde tu la makan steamboat.
aku ingat tak jadi.
memang la ada plan masa birthday elly a week before tu.
tapi sebab elly nak celebrate ngan fam so cancel la.
ada la kata tukar ke minggu depan tu.
tapi semua senyap. aku ok je.

oh btw. malam tu adalah birthday aku.
tapi aku ni jenis tak kisah. dah pasrah n redha pun.
dah tua-tua ni tak kuasa nak beriya ke apa.
so takda la mengharapkan apa2 pun
so bila dorang ajak keluar tu aku ok je la.
keluar takat lepak2 gitu kan.

so plan la nak jumpa kul 11pm sana.
ok set.
boleh lak tetiba laki aku nak jumpa pakcik sedara la apa.
grrrrr. tapi takpa la. suka dia. so dia pergi la.
aku duduk rumah bersiap je la.
elok lak laki aku balik ikut timing.
so dia siap n bergerak la kami.

elok lak sampai aku sekali ngan filla.
so sekali la jalan.
sakit je hati aku memula laki aku ni.
aku tanya la park sini nak ke hotel ikut mana.
ye la tak pernah parking sendiri.
selalu ikut elly kan.
pastu laki aku jawab

MrB : i tak pernah pergi hotel ni. i tak tau. dulu if datang pun rumors i takda naik kereta. i naik bas je. bas no 40.

e eh dia ni.
aku pun tak tau la dia memang memain ke.
ataupun zaman muda dulu dia memang pergi clubbing naik bas T____T
nasib ada filla so menapak la reramai.

sampai tuju makanan.
kelaparan kan.
filla ngan steamboat.
aku carik nasi. aaaa lapar tak makan nasi. harus nak nasik
amik nasi lemak pastu tamak2. hahaha




pastu rasa macam sikit je.
tapi rupanya makan ni terus seksa nak makan steamboat.
kenyang sangat. haha.
ye la kau lapar gila. then kau makan lambat. harus makan sikit rasa kenyang je.


oh noy n hida pun join.
surpriseeee. heheh.
kalau tak iolls kecik hati je ok.
sebab aku pernah kata if aku lepak ngan filla n elly kat concorde nak ikut ke.
dia kata nak.
so bila aku tau malam tu nak keluar aku ajak la dia.
whatsapp la. dia reply biadap sangat ok.

noy : taknak.
me : saya punya keppy kosdey. jom la.
noy : ala esok kita lunch la. saya penat.

sentap 88 hari. fine.
tp dia tu memang tak boleh di paksa.
so lantak kau la.
tu takpa. later tu aku hantar mama blk rumah.
tengok kereta dia takda.
berasap je telinga. eleh kata penat tapi boleh je keluar. blah la.

rupanya ada sini. hihihihi. sukaaa *tepuk kaki*
rupanya dia dah plan awal ngan elly.
mana la kitew tau. cakap biar terang lain kali.



:: part posing lentok sila bagi kat filla ok ::


elok gembira makan n sembang.
tetiba datang group bergema 5 tu kat table.
terus nyanyi lagu birthday.
aaaaaa segan. aku part macam ni memang segan.
sebab aku tak suka jadi tumpuan gitu. panas je muka.
tu takpa siap datang cake bagai. hahahaha maluuu.
aku ada video elok tengah amik, tetiba jadi macam ni, dengar tetiba aku, "apa ni? aku tak suka la korang." hahah tapi aku tak reti nak share video tu.
see berkerut2 muka nak potong cake. aku paling la tak reti ok.
segan eh segan.
pastu dorang suruh request lagu apa nak.
terus takleh pikir ok. blur. haha.
pastu semua sibuk suruh aku amik pic ngan MrB.
kita orang duduk jauh. haha bagus kan.
orang nak duduk couple kita orang taknak.
kosser la haih dah asyik mengadap muka sesama je.
sekali sekala keluar baik aku sembang ngan kawan2. kah kah.
so bila nak amik pic tu MrB datang la kat aku.
pastu budak band tu tanya la, "mana satu suaminya?"
pastu semua dok tunjuk MrB. sempat mamat tu kata, "ohhh…mama mia"
e eh. apa yang mama mia nya? sesuatu kau ni.

dorang buat kelakar suruh pose n kiss sikit.
memang tak la!!!!!!
kalau tetiba aku begitu maknanya ada sesuatu yang tak kena la.
kem salam nak tengok aku pelik2 begitu. kah kah


tengok berkerut muka memasing. haha.
tapi laki aku ni sebenarnya suka benda macam tu.
tapi nasib mendengar kata.
dia tau aku tak suka.




takleh blah kan.
birthday aku tapi group sana enjoy lebih.
siap menari sakan bertepuk tangan bagai.
confuse aku.
dorang semua memang sekepala la kata sezaman.
tah apa sembang gelak sakan tah.


kita orang kat sini sembang lite2 je.
abis filla blur. adik aku blur. hahaha bertabahlah.
yang noy asyik mengutuk, "eeeii bosannya party orang tua2."
"ni je ke? abis buat apa ni?"
tak apa la. sembang je la. haha. dah tua uolllsss.
yang noy n hida dok cakap eh tempat ni takleh cuci mata langsung.
semua orang tua. sabar je la dorang ni.
masalahnya macam la dia tu remaja lagi kan.








tak lepak lama pun.
around 2am tu gerak.
sebab elly muka letih takleh blah punya.
tapi dia kata dia ok.
tapi tu la dah jumpa banyak kali kot.
first time aku tengok muka dia letih semacam.
n filla pun nak balik jauh kan.
so takyah nak lelama sangat la.
sebelum gerak harus session amik pic bagai.



:: muka takyah nak ceria sangat la kan dapat hadiah tu. hihi ::

:: pose over mengalahkan bini2 dorang ni kan ::

then nak ke parking terserempak ngan dorang ni amik pic lagi.
haha muntah la korang tengok pics berlambak.
aku malas nak collagekan sebab pic jadi pecah.
so rasakan.





:: tukang amik pic pun nak jugak enterframe ::


i is love.
takyah hari jadi la.
if dapat selalu lepak macam ni best je.
geng orang tua-tua kata noy. takpalah janji happy.
zaman nak mencucuk langit dah berlalu. dah tak kuasa.
lagi best chill sembang2 macam ni.
nasib laki masing2 pun boleh masuk la.
if tak leh pun payah jugak kan.
paling tak tahan laki elly dpd pic elok2 jadi macam ni dia masukkan dalam group.


yang tak tahan pic dia elok dia pixel kan. cissss.
tak sabar ni nak next activity.
ada je la benda kelakar nanti.
dorang masih excited melayan cerita2 laki aku.
laki aku jenis suka ulang cerita 8 kali. pening kepala.
tapi dorang gigih dengar n gelak sebanyak lapan kali. pelik aku.
aku n noy dah buat muka. tak kuasa dah. dah 10 tahun layan perangai dia tu.

oh kak jah dapat hadiah.
wahhh terkejut ni. hihihi.
dapat jam suka supaya lebih gigih zumba katanya. gituh.

suka suka suka.
thanks elly n filla.

ni je hadiah bday iolls.
laki aku bagi apa?
takda bagi apa.
aku memang tak harap pun. setelah 10 tahun kenal.
selalu aku akan kecewa ngan hadiah2 yang dia bagi.
bukan kecewa sebab tak mahal. aku ok je.
tapi hadiah dia sangat pelik ok.
nanti dia bagi frame pic masjid ada lampu n orang azan, bagi frame dalam tu ada keris, bagi macam2 la yang pelik. aku memang speechless. so takyah la.
dia tanya nak apa. tapi aku taknak jawab. aku taknak bebankan dia.
tau dia gaji bukan besar pun kan.

tapi hari tu tetiba dia bagi aku duit.
dia kata tu yang dia kumpul n bantu aku duit repair rumah.
even aku tak mintak pun.
so aku anggap tu duit dia bg sempena bday la.
tapi aku tak beli pun apa2. duit tu kasi pusing guna utk keperluan je. gituh.

tak la. sebab tu aku kata.
aku ni hidup takda target n expectation sangat.
aku suka ikut flow.
so kalau kau takda target or high expectation.
so kau takda senang nak kecewa ke apa. apa ada pun kau syukur je kan.

gituhlah cerita kak jah di hari jumaat.
ok la nak mandi. berlengas macam kerbau dah ni.
ta-ta.





10 Comments:

ain.ya.nun. said... [Reply to Comments]

Happy birthday rakan sebaya ;P

Mama Safiy Arfan said... [Reply to Comments]

best je..hepi2 mcm tu kn

Aliah Nuqmans said... [Reply to Comments]

aih.. 31??
tahun 1983 la ye??

sebaya kite rupenye. beriya la sebut kak peej.
hahaha

Rita Fatma Safrul Aulia said... [Reply to Comments]

bersyukur ape ade jew.. laki kte pon cm awk gk.. tabah jela..

ayahmamilisa said... [Reply to Comments]

happy birthday peej..sebaya rupenye kite :)

Fatihah Amin said... [Reply to Comments]

wahahahahaah... x tahan hadiah hb akak bg! waahahahaha

Fatihah Amin said... [Reply to Comments]

wahahahaha...! adoiii! pelik2 hadiah hb akak bg!

Anonymous said... [Reply to Comments]

epi besday peej...i penah beli tabita dgn u...amik cod...btw, sronotss tgk u ada kwn2 n family best camni...uolls kawan leklok okey...jgn gado2...kelakar yg part ben bg hadiah pelik2...betoi ke dia kasi jam masjid n keris2 tu? share sikit pics kalo ada hahaha...

linda said... [Reply to Comments]

happy birthday peej...

Ai Artkid said... [Reply to Comments]

Alahmakkk...maaf peej xtau bufday ko.
Happy belated birthday ya.
Wish your dream come true.
Aku doakan kebahgiaan ko tak kira mna ko berada bersama semua ahli keluarga
n sahabat handai ko.
Tak kira lah umur meningkat naik laju mcm mna sekalipun, just be yourself ok.
Tak payah pandang belakang, just look forward to success.
Last but not least, moga ko dijauhkan dari segala bencana, dari fitnah manusia,
fitnah kubur dan dari fitnah Dajjal al Masih.

lots of love from ur readers.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...