Instagram : @peejburhan

surpriseeee. terkejut ke

this was last weekend masa birthday aku tu.
malas sungguh la nak kemana-mana.
orang ajak situ sini pun i is tak kuasa.

then petang kawan aku yang azlin tu call ajak pergi karaoke.
aku kata takleh. sebab malam aku nak kena amik mama.
sebab rumah aku kan repair tu. n mama teman.
so cancel je la plan.

then malam just keluar buat laundry. baju dah dua bakul.
boleh lak berdrama ngan laki aku kat situ.
isu kecik tapi laki aku kan suka over. nyampah.
so aku malas. aku hantar dia balik rumah.
aku buat laundry sorang.
ikutkan nak terus amik mama kat rumah.
sekali noy kata takyah la. balik la rumah aku.
e eh dia ni dah kenapa.
dok la memaksa semacam. aku dah macam pelik.
tapi malas pikir ok la balik.

sentap je iolls tengok muka MrB. nyampah sangat.
duduk dlm kereta lama je.
pastu noy pun ada. dia kata masuk la.
ok la. angkut baju masuk.
sekali surprisseeeeee.
wah terkejut ke? hahhaha ada la sikit.

rupanya MrB n kawan-kawan dia dok sibuk plan nak surprise kan aku.
lawak pulak rasa.


paling lawak rupanya dorang tunggu lama gila since kul 10ish gitu.
aku sampai?
ada la dekat kul 12 gitu. ahhaa.
masa dok surprise tu kemain ngan party pack bagai.
paling tak tahan kawan laki aku mi tu tolong pegang cake.
time keluar surprise kemain peluh sakan.
ye la tunggu lama dalam takda kipas apa tu kan. hahahha.
n lilin pun dan kontot n ada yang tenggelam dah.
tinggal satu je menyala.
nasiblah siapa suruh surprise sangat kan.
last2 dorang yang surprise kemain lama tunggu.

tapi sweet la.
taknak susahkan so kawan aku tu siap beli kfc air apa semua.
siap pakej paper cup n plate. bagus xyah nak membasuh kemudian tu.



me n azlin.
hahha comot kan kak ton. lain kali bg tau la.
boleh sakan sikit. ;p

:: hahah tu la rupa lilin tak rupa lilin dah. ::





hahaha ok la effort laki aku ni.
walaupun spoil gak la tetiba nak drama. tumbuk kang.
tapi lawak la sebab surprise tapi semua kawan dia. hahha.
nasib ada gak noy n kawan aku ni.

:: ceceh tu pun nak celebrate jugak ke? ::









haaaa ni la yang sibuk surprise malam tu.
ni gak la muka-muka yang aku kena ngadap almost tiap malam.
geng lepak malam-malam ngan laki aku.
aku sebenarnya dah penat nak lepak tiap malam.
tapi laki aku tetap la nak heret aku.
layankan je. tapi pernah la aku few days malas ikut.
tapi kadang bosan jugak kan.

ikutkan dah tak kuasa nak semangat sangat sambut birthday ni.
dah tua uolls.
so bila celebrate n semangat dorang ni macam lawak pulak.
tapi sweet la. hihihi.
layankan pulak semua orang tu. kesian tak pasal kena surprisekan birthday bini kawan kan.

tak lama pun dorang.
around 1ish gitu gerak.
laki aku sambung ngan some of them lepak luar.
aku tak kuasa keluar. i is still sentap. ceaaa.
elok dorang keluar aku nak gosok baju kerja MrB.
sambil ditemani n di sibuk oleh mochi.


ceceh pun sibuk je belakang tu.
elok baru nak start ice n huda call nak facetime.
sorang pun nak wish birthday.
dorang dah call dpd awal tapi i is busy lite-lite kan.

sekian kisah birthday kak jah yang ke 31.
tahun ni few kawan lak rajin nak surprise kan iolls. hihi kelakar.
nasib takda sakit jantung. kang tak pasal pulak.
thanks semua.
termasuk korang yang tak henti2 wish kat ig, fb, whatsapp, email, comment blog semua ni yea.
sorry tak balas satu-satu. tapi ku appreciate semuanya.

semoga panjang umur, murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.
Amin.
*doa untuk diri sendiri :D*

2 Comments:

Ayu sukatiakula said... [Reply to Comments]

happy bday peej..

Ainur Izzati Ahmad said... [Reply to Comments]

~ Alhamdullilah..seronok sgt tgk ko dikelilingi oleh org2 yg tersayang.
n muka ceceh tu, kemainnnnnn comelllll

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...