Instagram : @peejburhan

patut? tak patuttt.

tadi gatal minum kopi sampai 2 kali.
aku ni suka kopi. tapi aku perasan if aku minum kopi memang payah aku nak tidur lepas tu.
ok tak minum kopi pun bukan aku tidur pun. hihi.
tapi yang pasti if aku minum kopi. aku takleh tidur.
tapi otak aku cargas n aku jadi rajin n aku macam banyak benda nak celoteh kat blog hua hua.
amik kauuuu.
sebab tu aku elakkan sebenarnya minum kopi sekarang.
tapi tu la gatal kemain order. rasakan.
siang minum latte. pukul 12 mlm gatal order brewed black coffee. amboih.

nway, memandangkan takleh nak tidur.
gatal la layan fb.
memacam benda la aku baca, tengok video la.
nampak jugak la dalam friendlist aku dok promo segala macam benda yang dorang jual.
antaranya skincare. kemain ngan gambar apa bagai.
dah few times nampak.
tapi kan yang ketara la aku nampak, gambar tu macam sangat la camera 360.
if satu pic je lantak kau la. mungkin kau nak feeling.
tapi ni setiap gambar tu macam tu. macam tak patut sangat aku rasa.

korang tau kan kalau orang pakai 360 memang kau boleh tau kot.
sebab tu aku tak pernah suka 360 tu.
tak pernah berminat nak download pun app tu. sebab tak lawa pun.
nampak nau tipu ada.
check la hp aku memang takda aku download app tu.
if bukak app store pun search benda tu boleh nampak aku x pernah download.
sebab apple ni if once pernah download dia akan tunjuk sign benda tu kau pernah download n silalah download again gituh.

aku rasa paling pernah aku guna pun setakat filter je la.
tu bukan untuk apa. untuk melayan nafsu nak ber-selfie.
rasa macam, oh lawanya kak jah *walaupunnn*
tu pun if ada orang komen kata flawless la apa.
akan cepat2 aku kata tu filter. sebab aku tak suka rasa tak best nanti orang ingat macam eh lawanya…nak beli produk uolls jual.
faham tak? ke tak faham?

maybe sebab aku macam tu kot.
sebab tu if aku ada jerawat keluar. cecepat aku akan snap pic, upload khabar kat blog ke, ig ke apa.
tak nak nanti cust jumpa kata elehhh tak flawless pun muka dia.
memang tak flawless pun uols. telah ku katakan berapa kali.
cuma ku akui bila pakai muka better dpd dulu. tu je pun.
walaupun satu masa dulu pun aku rasa aku dah cukup ok. hahaha tp bila tertengok pic lama rasa macam. wohoiii apa ke ngeri sangat tu.

mesti nanti ada yang dok berkata. ah takda la. kau memang muka dah ok.
saje je nak cakap produk kau bagus. pastu konon nak orang beli la tu.
tak ok!
sebab serious few weeks back entah macam mana aku bosan n pergi baca few entry lama aku.
biasa la perangai selfie ni rupanya dah ada dalam diri sekian lama.
so ada la pic aku. tak lama ok. tahun 2011 entry tu.
aku start pakai tabita mid ke end of 2011. lupa aku.
nak tengok pic tu?
haaa ini dia.





hahahahh kusam kan.
sorry pic takleh nak buat x-large sebab pakai phone camera tak canggih.
gambar pecah if besarkan.
ni pun tak ketara nampak tapi time tu masalah aku jenis ada jerawat pasir2 tu la.
aku memang takda major prob sangat muka kecuali dark circle la.
tapi tu takleh buat apa. aku pergi skin clinic pun dia kata tu takleh buat apa kecuali tukar lifestyle.
which memang tak la aku nak tinggalkan kerjaya musang aku.

but but but. memang if tengok pic rasa macam eleh takda apa pun.
tapi try bandingkan ngan pic latest ni.


beza kot.
nak kata satu indoor, satu outdoor tak gak.
sebab dedua pun pic aku kat luar n ada cahaya matahari.
both also no filter.
zaman dulu memang la takda filter segala.
zaman sekarang ada. tapi pic atas ni takda.
sebab tu kadang if takda filter aku akan buat hashtag no filter.
bukan sebab nak poyo. tapi tu untuk menunjukkan aku jujur tunjuk apa yang sebenarnya.
macam pic atas ni. ada kan jerawat itu.

aku ni manusia biasa.
takkan just because kau pakai ikut ini. amalkan itu ini. terus kau kebal.
agak2 la. tetap kadang akan timbul problem kat muka ke apa kan.
kadang naik stress kalau jerawat naik 2-3 ketul.
rasa macam ye la. kau jual tapi kau pun muka gitu.
tapi ye lahkan. abis dah kalau muka perfecto, harus la tahap antarabangsa lak glams produk tu. huhu.



see ada je jugak jerawat, ruam n dark circle.
memang la ikutkan tak bagus untuk business kaedahnya.
tapi aku prefer jujur dpd kau menipu orang.

macam aku ada dengar. katanya ada some yang orang share testimonial conversation ngan cust tu.
ala yang jenis puji2 kata bagus la apa.
katanya menipu sebab stock sembang sesama sendiri la apa.
mintak kawan yang send la.
eh ada ke macam tu? sebab serious aku tak buat begitu.
sebab tu aku testimonial tak banyak.
sebab aku takda paksa or tanya balik kata ok ke apa ke.
if cust aku rasa nak share. then aku amik testimonial tu.
tu pun ada some kata dorang taknak aku share. segan ke apa.
so aku akan turunkan balik. macam tu la.

tapi tah la kan. lain orang lain cara dia.
tapi aku jenis cepat rasa tak best n tak sedap hati.
aku taknak nanti if la tak betul, nanti rasa itu akan sentiasa menghantui aku.

tapi apa-apa pun masing-masing kan.
maybe la kot memang produk tu berkesan sampai kau terasa macam dia tu pakai effect 360.
sebenarnya tak pun.
sebab setiap orang lain-lain kulit n badannya.
ada orang pakai certain produk ni berkesan. ada orang yang pakai or amalkan bertahun pun macam takda effect pun.
so sentiasa la try sampai jumpa apa yang sesuai.

sebab aku ingat lagi produk cetaphil.
ikutkan tu produk yang skin specialist akan suggest korang pakai sebagai pencuci.
ramai kata bagus. tapi aku pernah pakai. muka aku naik gatal2 penuh muka.
so tak sesuai untuk aku.
macam ada orang pakai loreal bagus. aku pakai muka aku jadi hitam macam terbakar. aaa takut.
macam ada orang pakai tabita kata kulit nipis, kena panas rasa terbakar n pedih la.
aku pakai dah few years ok je walaupun selamba pergi pantai n sun bathing macamkan aku mat saleh tapi poyo je lebih tapi elok lak takda muka aku terasa pedih menikam kalbu ke apa.
so lain orang lain la kot kan.

eh aku pun tak tau apa motip n kesimpulan entry aku ni.
dah pepagi ni takleh fokus pulak. hahaha.
aku rasa cuma nak tekankan. wahai penjual produk, hentikan lah mengpromo produk tapi tepek pic pakai camera 360. pang pakai senduk kang. eh *tetiba teringat kak senduk*


1 Comments:

A.I said... [Reply to Comments]

kannnnn? aku setuju ngan statement kau. yg penting, tersedak kak senduk! hahahaha

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...