Instagram : @peejburhan

mi lobster

ada satu malam tu lepak rumah mama.
tengok depan mata ada spec P.G.
saje je try. pastu selfie.
tetiba rasa macam e eh. macam best je. macam lawa je.
terus rasa nak beli.
tapi terasa kayap bulan ni.
kalau dapat cilok best ni.
tapi macam keji lak nak cilok.
jadi verangans sudah la.


spec ni nak beli kat kedai tau la mahal macam mana.
yang ori la maksud aku.
nak murah beli online dpd oversea. tapi tunggu sikit la kan.
tapi aku pulak mempunyai masalah muka lebar macam pasu.
aku tau aku if nak beli spec memang kena try dulu.
kalau tak memang rupa akan kelihatan seperti harry porter. spec kecik dpd muka. hihi.

aku memang jarang pakai sunglass.
sebab aku kan rabun. so if nak pakai sunglass kena ada contact lense.
tapi aku ni trauma contact lense sikit.
tapi tu la. kadang kau drive pastu matahari pagi or petang. oiii rimas.
so kena la pakai.
tapi tu la aku lagi pentingkan keselesaan dpd nak melawa.

sama la macam seluar.
macam nowadays mostly seluar adalah ketatss.
memang boleh pakai. tapi if makan, bak kata elly boleh buatkan butang seluar terpelanting.
tu belum part lelemak perut menjerit-jerit, "lepasssssskan akuuuu!"
bila balik n bukak seluar mesti lelemak tu lega seperti kau keluarkan sardin dpd tin gitu.
ye tu lah masalah kak jah.
seluar paling selesa now adalah leggings.
tapi tu la aku ni tak banyak lak baju labuh.
so bila pakai leggings pun rasa macam wah hazab nya rupa.
eee masalah betul.
ok kena beli seluar banyak-banyak.
seluar haruslah getah pliss. takmo terseksa lagi di masa akan datang.
eh tapi seluar getah pun tak bagus sebenarnya.
buatkan kau tak sedar berat makin bertambah.
sebab kau felling semua ok je kan. hahahhahahahaha. *tikam2 lemak kat badan*

nway, last week noy datang jumpa aku lagi.
surpriseee. dia kata jom keluar.
eh boleh lak macam tu.
tapi ye la aku pun dah lama tak keluar berdua ngan dia.
terus pack barang laju-laju n siap. yeay best.


gila teruk jerebu time keluar tu.
tengok la klcc tak kelihatan.



:: tapi jerebu tak menghalang kita untuk teruskan activity berselfie ::

wah semacam flawless sangat muka kan.
padahal tak pun. aku pun pelik.
aku rasa sebab foundation bobbi brown ni memang bagus la.
tah aku rasa tengok muka sendiri kat cermin ke apa biasa je.
tapi effect dia macam lawa pulak dalam gambar kan.
wah wah wah.
ni semua transfer direct dpd hp ke laptop ni. takda edit ke filter ke apa.
kagum kan. baguih sangat ni.


aku memang plan nak shopping.
sebab walaupun baju macam banyak kat almari.
aku rasa macam takda apa nak pakai.
sebab aku kan nowadays suka online shopping.
dapat macam best. bila dapat some mengecewakan jugak la.
tak pun size tak kena ke apa.
nak simpan buat semak je. so nanti aku akan bagi kat mak.
hihi mak suka la. tapi mak pakai elok lak.
sebab mak tinggi n besar sikit dpd aku.
seluar pun mostly aku beli nanti takleh blah. padahal kemain aku dah measure semua.
pastu tu takpa. tu takpa. abis dah asyik bagi baju sana sini.
nak keluar baru aku sedar aku macam takda apa dah tinggal.
aaaaa. ada pun semua stock baju simple.
stock kau nak keluar lepak2 dekat2 boleh la.
nak extra ordinary sikit memang takda la.

ikutkan nak ke pavi. tapi macam terasa malas pikirkan pavi ni besar n nak menapak ke satu kedai ke satu kedai macam penat je.
tak sesuai untuk orang gemuk pemalas.
so ke klcc je sudah.
plus dah hafal pun mana setiap kedai terletak kan.
so ke klcc je la.




:: tah apa-apa memula muka garang-garang. tetiba tau aku tengah nak snap tetiba nak pose. ::

:: ciss kacau makcik ni. baru orang nak feeling boleh lak dia datang melintang tangan nak letak baju kau kaunter. kacau la makcikkkk! ::

:: haaa varu vetul ::

setelah shopping baru dua kedai tetiba rasa haus. haha. 
hampeh betul. 
tu la kan orang pemalas lagi suka berehat duduk lepak dpd pusing satu kedai.
so ke starbucks kita.
tapi gila la jerebu teruk.
dah la lepak boleh smoke lagi.
sesak napas memasing. padan muka.


aku sempat membeli sunglass kat Mng.
wah lawa suka.
dah la lawa murah la piuler
harus 2 sekali kak jah sambar.
pastu lepak terus feeling nak selfie. hahaha


:: oh ni spec baru aku. wah jelas pandangan bila dapat spec baru n power adalah perfect ::


:: comel tak kak ton??? COMELLLL.. *jawab ramai2* serious pergi la beli. tak silap satu rm 79 je kot. lupa aku ::




then lepas lepak sambung shopping.
agak menggila sikit.
tapi syok shopping ngan noy sebab dia akan bagi pendapat.
nanti aku pilih baju pelik2 mula la dia kutuk kata macam ah so la apa.
eeii mulut takda insurance.
tapi better la. dpd shopping bawak laki tak tenteram.
nanti buat muka bosan la apa.

then kita orang belikan hadiah untuk birthday ayol.
then dah lewat petang baru pergi makan.
makan kat aseana.
aseana ni serving lembab rasa nak terbalikkan meja. aaarggghh.
kita orang order makan. n ice water je.
ice water tu kau bayangkan makanan lagi suku nak habis tak sampai2.
siap dah panggil waiters n 4 kali tanya pun tak sampai.
eeiii kims gila. malas nak lepak situ lagi. nyampah.







cantik tak selipar baru kitew.
sebab selipar lama aku pun dah nak menemui ajal.
tak best dah pakai. so beli la baru.
noy cakap eh baik beli kat bali sebab murah.
bila tu aku nak pergi?
plus campur duit tambang, hotel, jalan murah lagi aku beli kat butik sini.

eh dah la.
aku nak keluar ni.
noy datang umah aku ajak keluar.
pastu dok bising kata aku buat apa ni? lembab la apa.
ok tata titi tutu.


9 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej muka dah kecik skit. noy muka cam ras adiba radzi.

EviL WiTcH said... [Reply to Comments]

Cr mi lobster xjumpe

Anonymous said... [Reply to Comments]

Lipstick yg peej pkai color pe please? Cntik color dia

Queen said... [Reply to Comments]

@EviL WiTcH

haahh.. cari jugak mana mi lobster nyaa..

Linda said... [Reply to Comments]

mana citer mee lobster nyer peej.. baca tajuk dh lapailio td.. carik tak jumpa, rase macam nk lap muka ko.. ahahahaaaaaa...

Anonymous said... [Reply to Comments]

smoking???? orang pompuan x manis n x sopan kalo merokok..

Anonymous said... [Reply to Comments]

errr.. mi lobster tu bkn mrujuk pd noy ker?

Ai Artkid said... [Reply to Comments]

Satu je nk komen, kening korg lawooo ahh!!!

Anonymous said... [Reply to Comments]

Noy mcm ultraman pakai necklace tu.. Jatuh cinta la aku dgn noy nie.. Hmmm

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...