Instagram : @peejburhan

masa itu emas.

hahha kelakar pulak tajuk.
macam karangan time sekolah rendah pulak rasanya.

nway, ramai komen pasal entry aku yang keluar ngan noy tu.
dok tanya mana mi lobster nya? tak nampak pun.
nampak nau korang ni pembaca baru ke apa.
aku rasa mana dah baca lama tau kot.
aku n noy kita orang memang panggil sesama sendiri lobster.
so mi tu pulak macam 'my' la. so tu sebab tajuk tu mi lobster.
maksudnya noy tu my lobster.
bukan aku nak cerita aku makan mee lobster ke apa. hahaha.
perhatian mana baru baca. panggilan kita orang akan mi lobster, kominyo, kominyi, kepayoshka.
kita orang pun tak sure apa maksud dia. tapi saje suka2.

nway, kebusy-an ni.
sebab esok aku akan bercuti selama beberapa hari dengan rakan dan taulan.
so harus beberapa hari sebelum gerak ni busy uruskan itu ini.
tapi ye la aku takda cakap sebelum ni. so ramai tak tau.
tetiba di saat akhir ni ramai pulak nak datang amik barang la apa.
aku lak takda kat rumah sangat sebab sibuk ke sana sini kan.
pening kepala.

ni pulak whole day waste.
sebab electrician janji nak datang kul 10am.
tapi end up datang kul 2.30 gitu. cisss.
padahal ni aku nak keluar beli barang ni
aku nak beli barang dapur sikit n few benda.
sebab aku takda ni aku mintak mak n fam adik ipar aku dok rumah.
tengok2 rumah n kucings2 ku.
so takkan nak tinggal gitu je kan.
tu yang aku nak la kena beli bekalan barang dapur ke apa sikit.
hoi terkejar.2

pastu nak buat laundry lagi.
pastu nak packing lagi. haaa packing pun belum.
pastu boleh lak tadi laki aku buat lawak ke apa aku tak tau.
dia kata takleh ikut holiday.
sebab boss dia kata suruh ikut boss dia ada kerja minggu depan ni.
eeiii menaikkan darah. rasanya elok boss dia tu di tampar buaya.
dah la kita orang ni mana ada bercuti kot. naik stress aku.
dia la susah nau nak dapat cuti.
dia tak dapat satu hal la. pastu aku nak cuti sendiri tak bagi lak tu.
apa la malang nasib ku. *meratapi nasib tepi sungai sampai tangan kocak2 air*

so kepada customer ku maklumkan aku takda ye beberapa hari ni.
so if nak amik barang ke apa tak boleh ye.
tapi if nak beli boleh je nak contact.
ada line aku reply. takda tunggu aku balik aku reply nanti.
aku akan start balik post selasa.
see tak lama pun. jangan merindui kak jah ok.
wahahaha poyo gila.

ok la nak sambung busykan diri kononnya.
ok tata

4 Comments:

linda said... [Reply to Comments]

wah peej nak g jln ngan k.Filla n K.elly ya..happy holiday:)

Anonymous said... [Reply to Comments]

U..u jgnlaa ckp u pegi holiday org xde rumah. Ckpla lps balik holiday nnti. Bahayalah skrg u. Just genuinely concern, xde niat nak menyibuk, hehe.

peej said... [Reply to Comments]

@linda wah pandai. clap clap

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous
baca betul-betul. mana ada cakap rumah xde orang. kan terang2 tulis kata mak n fam adik ipar duduk rumah sementara kita orang takda.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...