Instagram : @peejburhan

ketat

few days ni jiwa sangat terganggu. tah kenapa.
n bertambah kronik dengan berlakunya kes MH370 ni.
tah kenapa sebak je baca.
siap ada part aku siap menitis air mata.
macam drama sangat kan, tapi itulah kenyataannya bila dah semakin meningkat usia ni.
emosi tak stabil.

maybe sebab ramai orang yang aku kenal dalam kerja bidang2 tu.
adik aku, kawan2 dia mostly aku kenal kan.
tak kira la stewardess ke, steward ke, pilot ke, apa semua la.
aaaaaa i is sad.
even memang ikutkan takda ahli keluarga or kawan yang terlibat dalam MH370 tu.
tapi dada aku rasa ketat sangat bila aku ternampak any post pasal benda tu.
tak kira la fb ke, instagram ke.
sebab tu aku malas nak bukak fb baca timeline.

lagi emosi bila ada yang share benda2 bodoh orang cakap pasal tu.
spekulasi-spekulasi bodoh.
orang bodoh ni suka bunyi lebih kan.
patut dah bodoh tu dok diam sudah.
tak sensetif langsung.
pernah terpikir tak if orang kau kenal terlibat macam tu.

Ya Allah type ni pun sebak je rasa.
aku takda la harapkan miracle.
macam aku cakap aku ni memang jenis takda target ke apa.
sebab aku tak suka nanti aku kecewa.
so macam kes ni. aku tak pikir wah miracle akan berlaku.
tapi aku cuma berdoa n harap yang terjumpa sign apa kesudahan MH370 tu.
sebab if aku jadi family members yang terlibat. at least hati aku sedikit tenang n terima kenyataan.
aku redha.
tapi if tak jumpa apa. kau akan sentiasa tertanya -tanya je.
aaaa penantian tu satu penyeksaan.

dulu aku rajin tengok air crash investigation tu kat astro.
memang seram je.
makin lama makin scary aku rasa. so aku taknak tengok dah.
sebab nanti aku terbayang macam-macam.
macam kes sekarang ni. aku macam dapat mainkan je dalam otak aku apa kemungkinan yang berlaku.

bila dada rasa ketat macam ni.
takyah kan kes macam tu.
abis semua benda bagi aku emosi.
tadi aku dok dengar lagu kat youtube sambil pack barang.
hayati lirik dia pun tetiba aku sebak. e eh gila apa.
terkenang kisah hidup orang, kisah cinta orang.
tah apa kaitan.
nampak nau PMS.

apa-apa pun ku harapkan agar operasi mencari MH370 tu menemui kejayaan.
dapat sikit pun jadi la.
walaupun tau betapa sukarnya benda tu. sebab laut china selatan weyh.
besarrrrrr… :'(

ok terlalu sedih untuk sambung...


8 Comments:

ayahmamilisa said... [Reply to Comments]

sama-sama kita doakan keselamatan para penumpang dan cabin crew MH370 ye peej..aminn..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Kan..beberapa ari ni emo je rasa..tido mlm pun sanggup bgn tgh mlm semata2 nk tgk update psl kes ni..apa2pun kesudahannya,smuanya ketentuan Tuhan.May God bless MH370.

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

keep praying for them :'(

sHieRa cAkAp said... [Reply to Comments]

Jgn kte kau, aku pun sama. Baca sikit sebak, menangis. Betul kot faktor umur.doa jelah yg kita mampu bantu kan... Insyaallah

Ai Artkid said... [Reply to Comments]

Personally, air mata aku akan mengalir tiap kali amik tau perkembangan MH370 ni.
Xde seorang pun dalam tu yg sedarah daging aku. Xde sorang pun dalam tu sahabat handai aku.
Tapi mengalirnya air mata aku ni disebabkan perikemanusian sesama manusia amnya dan
negara Malaysia khusunya. Kalau lah aku ada private jet or asset kapal terbang, aku pergi bantu
selagi apa yg boleh selagi diperlukan. Aku kt rumah ni enak duduk dalam aircond. Makan macaroni, minum air karbonat. Tgk tv, live streaming, tapi mereka semua dalam MH370 ntah apa yg mereka buat.
Kalau hidup, cukup tak makanan dorg. Minum dorg. Infants tu selesa x?
Kepada keluarga penumpang n crew MH370, jgn putus asa, berdoa lah ikut ajaran agamamu.
Harapan dunia moga MH370 dapat dijumpai dengan selamat . In sya Allah.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum..

Re : Expose mistik.

I tadi tertidur tengah stress dan rasa eerie satu macam memikirkan pasal MH370 ini dan tiba2 bangun kul 2am dlm half awake half asleep state tak leh nak bergerak rasa takut sangat mcm ada sesuatu mengacau. Dah lama bertahun2 tak experience ni so kali tergerak nak consult Google pulak. I taknak pikir bukan2 Peej mlm2 buta so i bangun basuh muka semua terus google ni dan surprise jugaklah ada pulak saintifik explanation!!! Memang orang serata dunia melalui fenomena ni...

Kalau Peej tak keberatan, tolong share articles kat bawah ni.. sebab ramai yg experience kan, mungkin boleh membantu memahami kenapa terjadi fenomena ini dan lain kali tak rasa takut dan tau cara2 nak handle. I tak takut sangat bila baca.

http://en.wikipedia.org/wiki/Sleep_paralysis

http://www.webmd.com/sleep-disorders/guide/sleep-paralysis

http://www.dailymail.co.uk/health/article-1233975/I-woke-demon-end-bed-One-womans-terrifying-account-sleep-disorder-afflicts-millions.html

Expose saintifik katakan ;) thank you. G'night

Carlos Santiago said... [Reply to Comments]

mcm2 spesikulasi. mcm legit bomoh klia

Anonymous said... [Reply to Comments]

Sama la...xde sapa dlm tu sedara saya. Cuma seorg penumpang Sofuan Ibrahim tu rakan seperjuangan saya dalam servis. Dia junior dlm servis. Dia g Beijing sebab nk report duty. Sedih sebak semua ada. Lagi satu teringat kat dua org budak dlm flight tu lagi sedih. Aku harap diorg selamat...kalau x, aku harap diorg pergi tanpa rasa sakit sekelumit pun.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...