Instagram : @peejburhan

kasi settle

ohoiii malasnya nak update blog kan.
aku pun tak sure asal aku tak update.
takda masa la konon. busy.
tapi poyo gila. tang mana busy entah.
ok ada la busy light-light sebab pergi restock barang la apa.
then ada masa terluang aku sibuk sembang ngan mama.
macam-macam benda la sembang.

sampai last monday tu timing aku buat kerja lari kot.
padahal elok pukul berapa pagi dah bangun sebab orang datang buat kerja kan kat rumah.
nak tidur pun asyik terjaga sebab dok ketung ketang kat belakang.
mama asyik sembang. sampai tersekat2 aku nak amik barang.
tapi pergi gak.
then balik sembang lagi.
then aku masuk bilik relax kejap terlena lak dalam sejam.
ye la earlier tu aku tidur 2 jam je. huhu.
then baru start buat kerja. order banyak pulak tu.
amik kau kul 6pm baru siap packing. aaaaaa.
tak suka post lewat sebab mesti ramai orang.

semalam lak takda banyak sangat post.
tapi aku terkejarkan siapkan barang cepat sebab ptg ada kelas step board tu.
wah instructor kata aku getting better. kembang kuncup hidung.
tapi tetap ada time kak jah stop. napas macam kerbau.
tapi takpa. aku tengok video exercise kat mana tah.
dia kata if kau takleh pergi then stop. jangan paksa diri.
sebab hanya kita tau tahap kita sampai mana.
kesihatan orang lain-lain. ok bab2 yang suruh stop buat tu memang laju aku dengar nasihat dia.
hihih.

btw, alang ada masa sikit ni.
mari update merapu.
sebab aku nak kasi settle pics yang ada kat iphoto.
nanti leh delete. semak aku berlambak2 pics ni. juling2 mata nanti mencari update.
dah la nak transfer pics birthday aku mau berlambak ni.
so sebelum tu boleh settlekan yang pics sedia ada.

tapi takda hala tujuan pun la.
saje nak penuh kan blog ni.
nanti dah tua boleh tengok tunjuk kat anak cucu. kalau ada anak cucu la.
cakap. macam ni la iolls zaman memuda. cantik tu tak. manis ada sikit.
wah sempat tu perahsan. ahhh biarkan. walaupun orang dok gigih ngutuk ada kita kisah.
janji sendiri happy. gituh.

so sediakan baldi mana tau ada yang muntah tengok tahap selfie kak jah ni.
makin tua makin menjadi.


hari tu tetiba MrB bawak balik duit banyak.
juling2 mata.
hoih kalau dapat seikat dua jadi la kan
tapi bukan duit kita pun kan. so mampu jenguk2 gitu je la.

hari tu aku suruh teka ada berapa ni.
ramai la teka. tapi takda yang betul.
tapi sebenarnya aku sendiri tak tau berapa. sebab aku tak rajin nak kira.
plus kang aku kira takut aku terselitkan beberapa keping ke poket aku. hahah.
tapi aku tau la jumlah ni ada berapa. laki aku cakap la berapa.
duit boss dia ni. fuhhh. kau bayangkan duit begini banyak tapi guna utk gamble. tsk *lap air mata*
kalau bagi aku tu boleh makan beberapa tahun tu.

aku plan nak ke festival city.
tapi dah duit macam tu aku tak berani la.
laki aku kata takpa. tak lama pun.
eee seram. tapi ye la dengan gaya selekeh laki bini orang pun takda nya nak suspect apa2.
aku nak pergi beli langsir time tu.
sebab railing aku yang kayu tu kucing dok tarzan panjat sampai roboh.
so ada pun day curtain je. pastu laki aku dok bising.
aku kat rumah pakai tak sopan. so dia asyik kata nanti orang luar nampak.
so kena la beli langsir untuk ganti.
takda choice sangat pun. amik je apa ada. yang pasti aku rasa macam tak lawo je.
tapi lantak la.


then singgah makan jap.
tapi bosan iolls keluar ngan dia ni.
asyik la dok main hp. apa la makna tah.
dulu time hp dia biasa2. aku pegang hp sentap.
dia tu kalau buat takpa pulak. grrrr.

ni hari lain pulak.
time tu aku mengejar masa.
sebab aku nak gi post barang.
then nak restock ephyra.
taknak lambat nanti office tutup.
tapi dalam aku kata aku nak cepat kau tengok la dia buat apa.


dia nak menyapu ok.
aaaaa stressss.
kadang tu pernah dia nak sapu. aku kata takyahhh laaa.
nanti balik buat la. amik kau sentap terbawa-bawa. aku pun tak faham.
aku yakin taman perumahan aku ni tak pernah pulak menganjurkan laman terbersih ke apa.
motip sehari nak sapu 8 kali.
kadang aku tunggu dalam kereta sampai 15 minit ok. nangis tak nangis.
aku kadang tak tahan aku jerit sekuat hati.
pastu aku tengok dia pandang. eh takut. dia boleh dengar ke. hahahah
asal tak sound proof kereta ni.
nanti dia masuk dia kata u jerit ke tadi. aku cakap takda. hahahhaha

lepas settle post barang n amik stock ephyra aku singgah makan kat hayaki cafe.
ikutkan rasa nak makan kat papparich. terasa nak makan kuey teow.
tapi laki aku nak makan situ. layankan.
tetiba kak jah terasa nak makan telur separuh masak. haha tah apa2 tah. tetiba.





dan pelbagai makanan lain la. hihihi. amboi sedapnyaaaa.
i is love.
lain2 di bawah adalah pic tak bermotip
saje share.
aku n noy rajin whatsapp.
pastu nanti sibuk la update selfie memasing n lepak mana.
so alang2 ada pic ni ahkak share je sini.
walaupun ada yang rupa tak semenggah ye.

:: asyik ajak lepak. tapi nanti dia sibuk main phone. semua pun dah paham sangat perangai dia ::

:: kesepian tp masih tersenyum ::


:: melipat baju. tapi aku konsep hantam sajalah janji lipat. so takda ye nak konon sama size bucu dan sebagainya. kosser ::



ok sekian.
aku nak start buat kerja.
apa ke cipek lembab gila nandos ni.
mak aku dah lapar.
today takleh masak sebab air tutup.
arjun dah siap ok kerja buat rumah aku.
gila janji hari tu 5 hari bumbung saje.
ni 4 hari dah siap bumbung n tiles.
ni today dia datang tolong buatkan piping.
sebab last contractor tu buat piping macam haram. bocor air mengalir katanya.
so dia tolong buat.
tu takpa ada ke buat dapur tu tapi tak buat tempat tutup air tu.
kira if dapur aku bocor. aku kena tutup main pipe kat depan. dia kata belakang ni takda pemulas tutup air tu.
so arjun tolong buat la tu. memula nak betulkan pipe je.
ni dia kata dia buatkan sekali penutup tu.
baik gila.
nanti cerita lagi la.
oh siapa yang no arjun tu. aku dah bagi no korang kat dia.
mana yang contact aku personally la.
nanti dia call. aku tak tau bila.
sebab ramaiiii gila ok. pandai2 kau la arjun. hhahha.



6 Comments:

Aliah Nuqmans said... [Reply to Comments]

kak... sekian lama dok folo akak punye selfie tu..
arini sy perasan..
pipi da kempis sikit.. dagu dah runcing sikit.

wahhh berkesan la exercise tu..
tahniah!!! jgn give up tauu

Jumiyatul said... [Reply to Comments]

part handphone sama. laki aku pun semenjak pakai smartphone mengalahkan aku dia punya khusyuk tu.

linda said... [Reply to Comments]

kencang la project arjun skrg nih hehe..

Mama Safiy Arfan said... [Reply to Comments]

perhati je hihi..silent reader

UnaChenta said... [Reply to Comments]

Arjun xda gambar selfie dia ke? Ahaha :)

oreo said... [Reply to Comments]

kak peej.. nak jugak contact number si arjun ni.. boleh share x?Thank you in advance

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...