Instagram : @peejburhan

Expose Mistik: Toyol

Salam, Peej,

Kalau nak ikutkan, aku ni bukannya jenis orang yang ada sixth sense dapat tengok benda ghaib bagai. Jadi, bila jadi benda ni macam agak peghak la kan.
Memang kejadian 'toyol attack' ni dah lama, tapi terjadi kat family aku.
So untuk memudahkan bacaan (dan senang untuk aku nak ingat balik), aku break it down dalam beberapa sub-topik eh.


Permulaan
Kekdahnya, mak bapak aku perasan yang duit diorang hilang. 
Tapi bukan sekaligus la, macam sikit-sikit.
Macam masa mak aku memang betul-betul sedar duit dia hilang ialah masa dia balik dari pasar.
Mak aku simpan dalam RM70 dalam poket seluar dia.
Note RM50 sekeping dengan RM10 dua keping, lipat dan selukkan dalam poket seluar.
Tetiba lepas Maghrib, dia perasan dua keping RM10 tu hilang.
Bila mak report kat bapak aku, memang diorang dah syak ada orang curi duit dalam rumah sebab bapak aku pun perasan duit dia macam lesap sejak dua-tiga hari tu.
So diorang kumpulkan kitorang adik-beradik, konon nak siasat la siapa yang galak mencuri.
Eh hello, kitorang dah besar panjang kot masa tu. Gila tak senonoh curi duit mak ayah.
Bapak aku dah tak sedap hati, so malam tu dia ambik wallet lama dia.
Ayah aku memang pengumpul duit kertas negara luar (foreign bank notes). Dia masukkan tiga keping duit Bosnia dalam tu (kalau ada pembaca orang Bosnia kat sini, jangan ambik hati ye. Memang duit Bosnia je yang paling banyak bapak aku simpan).
Wallet berisi duit Bosnia tu dia letak atas coffee table kat ruang tamu. 
Lepas tu, bapak aku tabur bedak banyak-banyak keliling meja tu.
Esok paginya? Ha, ambik kau. Ada kesan tapak kaki (macam saiz budak kecik) dalam taburan bedak tu.
Dan dua keping duit Bosnia tu hilang.
Jadi di sinilah titik tolak beberapa kejadian yang buat kitorang satu keluarga sentiasa kaget.


Beg Tangan
Sebenarnya, kitorang dah ikhtiar macam-macam. Jemput ustaz datang rumah la, mintak bomoh "pagarkan" rumah la. 
Tapi semua tak jalan. Duit kitorang masih lesap. 
Ustaz terakhir yang kitorang jumpa tu kata, kadang-kadang nak harapkan bacaan dan amalan semata, susah jugak.
So dia nasihatkan kitorang berjaga-jaga dengan duit sendiri. 
Terutama sekali antara waktu lepas Maghrib dengan sebelum azan Subuh.
Dah jadi kerja pulak kitorang mengangkut dompet ke mana-mana, hatta ke tandas sekalipun.
Sejak dari tu, mak aku akan sangkut beg tangan dia kat bucu kepala katil masa dia tidur.
Kira beg tangan tu akan ada sebelah muka mak aku time dia tidur.
Mak aku cerita, ada satu malam tu, dia tengah tidur. Dah tutup lampu dah semua.
Beg tangan dia memang ada la kat sebelah kepala dia. Masa tu mak aku macam baru nak terlelap.
Tetiba dia dengar macam ada bunyi budak mendengus sebelah telinga dia.
Mak aku tak nampak menda, tapi dalam dia terjaga dalam gelap tu memang jelas bunyi dengusan tu.
Siap ada macam bunyi besi (ke kuku?) ketuk kat kepala katil.
Dalam panik tu mak aku bangun sambil menjerit, ambik beg tangan dia dan campak keluar bilik, tutup pintu.
Kira habis surrender la tu kot, hahaha.
Rentetan dari kejadian tu, mak aku dah tak bawak beg tangan dia masuk tidur, tapi dia ambik dompet dia je dan letak bawah bantal.
Alhamdulillah, takde lagi kejadian dengusan di malam hari.


Borang Yuran
Sejak kitorang dah mula kendong duit masing-masing ke mana jua, aku rasa tuan punya toyol tu dah macam terdesak kot.
Yelah, agaknya tiap malam toyol dia balik tak bawak hasil, mesti kasi panas kan.
Dalam 3 bulan la jugak kitorang sentiasa dalam keadaan berwaspada.
Dan dalam kitorang dah mula rasa tenang tu, ada la masa-masa tercuai sikit.
Macam adik aku. Dia nak bayar yuran sekolah. Dalam RM40 macam tu kot.
So dia staple kan empat keping RM10 kat borang yuran dia, lipat dan selitkan dalam buku sekolah dia yang ada kat atas meja.
Esok pagi sebelum dia nak ke sekolah tu, adik aku tergerak hati nak check slip yuran tu.
Dia bukak kertas tu, dan ada kesan cakar kat slip yuran tu.
Staple tu? Tercabut. 
Dan RM30 hilang. Toyol tu tinggalkan RM10. Hahaha.Why toyol, why.


Bunyi Tapak Kaki
Kalau nak ikutkan pengalaman aku sendiri, takde yang drastik.
Alhamdulillah, duit aku tak pernah kena ambik sepanjang kejadian toyol tu.
Alah, senang cerita aku bukan banyak sangat duit pun. Toyol tu mesti tak kuasa nak godek wallet aku.
Cuma sekali je kot, aku rasa macam ada close encounter dengan toyol tu.
Masa tu lewat malam, dalam pukul 2-3 pagi. Aku tengah stay up main laptop.
Pintu bilik aku terbukak.
Masa tu semua orang dah tidur. So, semua lampu tertutup kecuali lampu bilik aku.
Lantai rumah kitorang ni lantar parquet, macam kepingan kayu-kayu kecik tu.
Jadi memang senang dengar bunyi kalau ada benda keras (macam besi, kayu) jatuh atas lantai kitorang.
Masa aku tengah leka main laptop, aku dengar bunyi tapak kaki luar bilik aku. 
Tapi bukan macam orang dewasa, tapi tapak kaki budak kecik sebab pendek-pendek jarak bunyi dan laju.
Lepas tu kejap-kejap dengar bunyi tapak kaki tu diseret.
Untuk korang yang ada lantai parquet, mesti tau kan yang parquet ni tak tahan lama.
Lambat laun kepingan kayu tu akan tercabut sikit-sikit. So kalau kau jalan dengan tapak kaki basah, mesti tercabut kepingan parquet tu.
Itu yang aku dengar. Siap ada bunyi kayu parquet tu terpelanting, macam dibaling.
Dahlah pintu bilik aku terbukak woi. So aku kuatkan hati, sambil baca ayat kursi berulang-ulang dan lari tutup pintu bilik.
Sepanjang malam tu aku tahan kencing sebab takut nak keluar bilik pergi tandas.
Dem yu lah, toyol.


Aku tak tau la kalau ada 'penampakan' toyol yang aku terlupa nak cerita kat sini. 
Tapi pendek kata, ni je lah yang paling aku ingat. 
Mungkin tak seram mana yang korang harapkan, tapi untuk orang macam aku yang jarang kena kes mistik ni, memberi pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Dah nak dekat 10 tahun sejak kes toyol ni. Alhamdulillah, takde lagi la kes duit hilang tanpa kesan.
Mungkin sebab tuan toyol tu dah give up.
Jadi untuk korang yang mungkin sedang mengalami masalah macam kitorang dulu, aku rasa memang ikhtiar yang terbaik ialah jaga duit korang elok-elok.
Teruskan amalan ayat-ayat pendinding tu, tapi jangan leka dengan duit korang.
Insya Allah, lama-lama dia akan berhenti sebab dah tahu takkan dapat hasil.
Tu je la aku nak kongsi. Dengan akhir kata, dem yu toyol.
And thanks a bunch, Peej.


-AM-

6 Comments:

ZAR said... [Reply to Comments]

Masuk scene dengar tapak kaki ni suspen jugek. Mujur tak teserempak, kalau tidak tak sempat nak kerdip mata dua kali dah pengsan, ye dak?.

Adila Hassan said... [Reply to Comments]

toyol mmg tak amek habissss
kalo ade 3 dia amek 2 je
kalo ade 2 dia amel se je
kalo ade banyakkkk dia tetap tinggal stu
sbb nk menunjukkan diri tu bukan pentamak ke atau sebab kesian kang amek abis hape dia nak mkn ke tak atu la huhu

mush said... [Reply to Comments]

berdiri bulu tengkuk, hehehheh....sebab jiji pon baru² ni kena gak, bukan toyol la, tapi mendalah kacau anak²... jenis kuar masuk rumah singgah rumah sana sini, pulak berkenan dengan anak dara jijie, tak semena² tiap malam dok bangun nangis² kaki gatal katanya, rupa nya mendalah tu ajak main, geletek2 kaki anak jijie, palotak dia... jumpa ustaz pagar rumah semua, mandi kan dengan air penawar baru lega...alhamdulillah

Feeling² nak Ber spa

Anonymous said... [Reply to Comments]

rasany kalu bab toyol ni.taburkan biji kacang hijau dikawasan umah nt dia dok leka mengira sampi kesubuh.
time tulah boleh kita tangkap dia guna jala or jaring.(petua org dulu kala,tp berani ke nk tgkap and berdepan dgn dia tu..hahah).good sharing sbb lama da xdgr citer toyol.si pencuri mistik.harap semua pembaca dijauhkan dr benda2 camni.
-pembacalelaki-

Anonymous said... [Reply to Comments]

telak duit dalam uncang toyol tak ambil. pernah baca kat blog kereta mayat kut.

Lizan said... [Reply to Comments]

eh teringat cerita jiran kakak aku.
si toyol ni punya sewel apa ntah gi sorok uniform sekolah anak2 dia...tiga hari gak lah budak2 tu ponteng sbb takde baju. satu lagi penah tejadi masa tu dorang gi bercuti ke thailand..nak balik carik2 passport takde..check2 anak dorang jumpa pasport tu dalam laci umah dia (backhome)..gila mengamuk la dorang..caner ntah dorang balik malaysia semula..akak aku tak sempat cerita...hihi

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...