Instagram : @peejburhan

Expose Mistik: Rumah Sewa

Salam Peej,

Ni aku nak cerita kisah berlaku zaman aku belajar dahulu, 2007 kot. 
Kejadian ni masa aku lepak umah sewa bestfren aku, Nija. Masa tu cuti weekend. 
Biasalah cari tempat bergembira and lama pulak tak jumpa si Nija ni. 
Nija ni duduk dengan students and kalau weekend memang rumah tu dia akan duduk sorang-sorang sebab semua balik kampung. 
Penghuni rumah tu ramai gak. Tak silap aku dalam 8 orang lebih kurang termasuk si Nija ni. 
Rumah jenis teres dua tingkat.

Hari sabtu, aku dengan Nija keluar ke Bukit Bintang, biasalah untuk budget tak banyak tapi hati melonjak nak shopping, BB la tempatnya. 
Sampai rumah pun sekitar jam 11 malam. 
Memang sunyi je rumah sebab dah sedia maklum semua balik kampung. 
Buka lampu tingkat bawah, and menuju ke bilik Nija kat atas. 
Biasalah kalau dah pompuan ni, dah beli baju harus balik tak sabar-sabar nak mencuba kan. 

Aku sejukkan badan sekejap dan nak mandi. Sebab keluar dari pagi kot.
Bilik air Nija ni bersambung dengan bilik sebelah. 
Tapi manalah aku nak kepochi nak bukak and jenguk kan. Mandi je lah macam biasa. 
Lepas mandi, berkemban dengan kain batik, aku ternampaklah si Nija ni still mencuba-cuba baju lain yang dia beli. 
Aku malas nak pakai baju tidur dulu. Sembang-sembang, and tiba-tiba Nija duduk sebelah aku and peluk lengan aku. Menggeletar plak tu.

Nija: ko dengar tak bunyi tu?

Aku: Bunyi apa?

Nija: Ada bunyi kat bawah.

Aku: Housemate ko balik lah tu. Relaxlah.

Nija: Taaakkk. Aku tau diorang takkan balik malam ni. Esok ahad kot.

Aku: Alaahhh, adelah tu tertinggal barang ke apa ke.

Nija: Taaakkk. Aku taulah budak rumah aku. Tolong Na. aku takut.

Si Nija ni dah menangis-nangis dah ketakutan. 
Aku cuba tenangkan diri padahal dag dig dug jantung aku boleh tahan. 
Tak pernah kot aku lalui situasi macam tu. 
Cuba tenangkan si Nija ni, sebab aku fikir kita kena tenang dan mengawal keadaan dan bukan keadaan mengawal kita. 
Suruh Nija istighfar dan mengucap dan baca apa-apa surah yang kami masing-masing tahu. 
Tapi, dalam keadaan macam tu, memang tunggang-terbaliklah apa-apa pun yang dibaca.

Yang bestnya, terdengar plak derapan kaki naik tangga. 
Sebijik macam kaki manusia so aku a bit tenang lah jugak sebab memang aku yakin housemate dia yang balik. 
Aku bisiklah cakap konfem la housemate dia, tapi Nija ni still menangis dan geleng-geleng kepala. 
And dengar plak bunyi gugusan kunci jatuh betul-betul depan pintu bilik si Nija ni, tapi masa tu pintu bilik memang dah kunci since kitorang masuk bilik tu. 
Aku dan Nija masing-masing terdiam, mata aku duk perhatikan bawah pintu kot-kot kalau nampak bayang-bayang, sah lah manusia kan. 
Itu firasat aku jer lah. Tapi memang takda bayang-bayang pun okay.

Nija: Ko dah kunci pintu bilik air bilik sebelah?

Aku: Aku memang tak usik. Kalau ko dah kunci, kunci lah tu.

Nija: Aku takutlah Na.

Elok je lepas tu, dengar pintu bilik sebelah macam terbukak. Aku dengan Nija dah berpandangan.

Aku: Aku dah cakap housemate ko balik tu.

Tiba-tiba terdengar pulak pintu bilik air bilik sebelah macam ada orang pulas tombol. 
Tau kan yang bunyi bila kita terkunci bilik and try pulas-pulas tombol berharap tiba-tiba tombol kunci tu terbukak ke. 
Serius aku memang takut dan masing-masing muka aku dengan Nija ni pucat. 
Kalau toreh pun takda darah kot. 
Sebab lama plak menatang tu main pulas-pulas tombol and “GEDEGANGGG”. 
Bunyi batu kena tingkap bilik. Nasib tak pecah. Terus bunyi tu stop.

Rupa-rupanya boyfren si Nija yang campak batu ok. 
Dia bagi salam depan rumah dah lama tapi takda orang jawab padahal rumah terang-benderang and moto Nija ada depan rumah. 
Tu yang dia pergi belakang, panggil-panggil pun tak dengar. Campak batu la solutionnya.

Ok tu je cerita dari aku Peej. Ini yang paling seram dalam carta akulah. Huhu. Thanks for reading.

Zana.

8 Comments:

Mama Safiy Arfan said... [Reply to Comments]

erk? suspennye...so yg pulas2 tombol tu cmne? huhu

Anonymous said... [Reply to Comments]

apakah ?

Queen said... [Reply to Comments]

gile .. nak luruh jantung

Anonymous said... [Reply to Comments]

alaa.. smpi situ je ke? abes endingnya apa jadi?

Anonymous said... [Reply to Comments]

hmmm...x berapa nak faham, yg bunyi kaki naik tangga, kunci jatuh & pulas2 pintu tu....boifren nija ke??? sbb cuma inform yg baling batu boifren nija

Anonymous said... [Reply to Comments]

cite cam tgantung.ap kaitan boipren nieja dgn ap yg brlaku tdi?
lgpun cite pendek sgt..kalu dipanjangkn pasti nmpk lebih menarik..dr bunyi tapak kaki naik keatas,dgn kunci jatuh and tombol seperti dipulas.da rsa naik seram..tp,pastu trus ending dgn kes call xbrjawab+boipren nieja baling batu..rsany nk sgt tahu ap and siapakah gerangan makhluk2 yg kacau tu..npk muka ke..
sowie sgt trlebih plak komen..sbb mmg tunggu topik seram.
sekian.
-pembacalelaki-

Zana said... [Reply to Comments]

@Mama Safiy Arfan

eh, hai... yg pulas2 tombol tu hilang terus bunyi...tak tau rupa makhluk tu tapi memang lenyap camtu je segala macam bunyi.

peej, jgn marah eh aku reply sini. :)

Zana said... [Reply to Comments]

@Anonymous

ehh..muka x nampak...'dia' cuma kacau buat bunyi2 je...mmg dia x show muka/rupa..boipren nija baling batu dari blkg umah...umah tu kan teres 2 tingkat...so dia campak batu utk alert...sorry, kalau cerita x brp nak faham..ada masa lain nt, akan cuba lebih detailkan..

ok peej, ni last...haha...nak gak aku komen2 sini kan... :p

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...