Instagram : @peejburhan

don't text and drive

aku dah pernah tengok video ni before this.
few months back kot.
tapi semalam ada ternampak orang share lagi kat fb.
so kali ni nak share kat korang pulak.

video adalah pasal orang yang sibuk nak sms/whatsapp apa ke la time driving.



haaaaa nampak tu.
sebab perbuatan yang suka ngan hp time driving ni boleh membawa padah ok.
kalau kat diri sendiri je lantak kau la.
tapi kadang menyusahkan orang sekeliling ok.
tapi aku suka tengok iklan ni. elok lak si tukang salah ni survive.
padan muka kau trauma la sepanjang hidup kau.
terkenangkan berapa nyawa kau dah bunuh.

aku memang paling pantang la orang guna phone time driving.
sebelum wujudnya segala whatsapp, fb ke apa ni. orang dok sms kan.
jangan kata sms, orang jawab phone pun aku marah ok.
sebab kadang kau leka sembang tumpuan kau memandu tu tak fokus 100%
aku tak suka. nanti sebelah tangan nak pegang phone.
sebelah tangan je sibuk nak pusing steering la apa. pastu melalut2.
eeeyyy aku pang kang.
memang selagi orang tu tak letak phone aku akan membebel je sampai orang tu tension n letak phone.
ye la aku ni dah la penumpang dalam kereta kau kan.

sebab tu la aku sampai sekarang memang jarang la jawab phone if tengah driving.
bunyi la telefon tu sampai nak meletop sekalipun speaker tu aku biarkan aje.
pernah jawab la sekali sekala. itu pun if kat traffic light.
lampu hijau je mesti aku nak letak. aku tak suka.
if ada orang call jenis berkali2 tak reti bahasa, if aku ada penumpang. aku suruh orang tu jawabkan n kata aku driving. nanti aku call/whatsapp balik.

tu telefon je tau. sekarang ni aku tengok kemain ada orang jenis boleh lak melayan sms, whatsapp, fb, main game segala sambil drive. aaaaa takleh terima betul.
aku pernah ikut belakang kereta orang.
aku dah pelik apa ke hal slow sangat ni. pastu melelong-lelong je kereta dia ke kiri ke kanan.
pastu tetiba brake2 tetiba padahal depan takda apa. what the hell.
bila aku potong kereta dia rupanya dia macam tengah tengok phone sambil type2.
wohoiiiiii. nasib aku bukan ahkak kawasan.
kalau tak aku sailang kereta dia, tarik dia keluar n pecahkan2 hp dia.
cea berani pecahkan hp je. pecahkan kepala orang tu tak berani. heheh.

tapi serious.
kalau korang ada perangai suka buat begini.
hentikanlah. tak sayang diri sendiri sayangilah n hargailah orang yang korang bawak tu.
ingatlah family korang. bayangkan kesedihan dorang if tengok kau meninggal ngan cara ngeri.
orang bayangkan if kerana korang, tak pasal orang lain jadi mangsa macam video kat atas tu.
memang if dah tertulis kita mati kemalangan takleh nak buat apa.
tapi atleast bukan berpunca daripada sikap kita yang takleh nak sabar untuk update status, sms orang, jawab call, main game dan sebagainya.

sekian khidmat masyarakat daripada kak jah.


2 Comments:

Filla said... [Reply to Comments]

Thank you kak jah.. adik dengar nasihat akak lepas nie *campakphonedalamhandbag*

ZAR said... [Reply to Comments]

Kalau sambil makan lagi steady dia punya perangai.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...