Instagram : @peejburhan

don't go chasing waterfall. wah gitu

wah tajuk nak urban je kan. hahah
mood malas gila je nak update weyh.
padahal gambar boleh tahan banyak ni.
respect betul aku pada blogger2 sezaman aku tapi masih gigih blogging.
aku dah tahap kemalasan je selalu.
kadang tak tau je nak update apa.
padahal satu masa dulu segala benda bongok pun jadi satu entry kan.

itu dulu. 8 tahun dulu.
zaman tu umur pun masih muda. harus rajin dan gigih.
sekarang ni kita ikut kerajinan n timing kita la kan.
blogging sekadar melepaskan rindu kat blog sendiri.
bukan sebab nak kejar apa-apa.
kak jah dah tua uolls.
tak nak nanti orang mengata kata makin tua makin menjadi kan.
so biarlah update n entry pun selaras ngan umur gituh.

nway, ni cerita 2 minggu lepas.
biasa la aku kan.
kalau tak basi entry baru update tak sah.
ada yang tahap basi n buang tong sampah, lori sampah dah amik, buang kat tempat pelupusan sampah pun ada. sampai ke la ni aku tak update. hua hua hua. syabas.
*eh tengah update ni aku lapar tetiba. jap ah nak buat maggi. *

lambat lak air masak. ciss.
ok sambung buat entry balik.
aku dah keluarkan ayam tu. tp tak lembut lg.
takpa petang kang la jawabnya masak.
sementara makan apa2 yang segera.

nway sambung.
last last 2 weeks aku tengok instagram tina dia pergi ulu yam.
woiiii nak ikut. pergi tak ajak.
sekali dia kata mmg plan hujung minggu depan tu nak pergi lagi.
yeayyy. nak ikut.
lama gila kot aku tak pergi.
last entah 6 tahun lepas macam tu.
tu yang semangat lebih tu.
terus plan nak bawak apa semua.
aku mula-mula plan nak goreng mihun or nasi goreng ke.
tapi tina kata takyah, dia beli je nasi lemak kecik2 tu.
ok then aku kata biar aku bawak nuggets n hot dog.
ok set. air pun aku bawak sebab aku ada je bekas isi air.

semangat aku siap ajak mak n ipar duai.
semua ok tapi last minute mak kata taknak.
tak minat air terjun, kalau PD mak nak la.
amboi mak. demanding nampak.
yang adik ipar aku hafiz la satu fam macam kau. jenis geng burung hantu.
memang pagi tu tak bangun la kan.
aku suruh tidur umah aku taknak. degil. memang tak bangun la.

tapi aku gigih.
amik kau set alarm awal tu.
kul 6ish dah bangun.
kul 7 dah start mengoreng. hihi.

settle semua tinggal kejut laki iolls je.
bagus boleh lak malam tu laki aku tidur awal.
kawan-kawan dia bertalu call n whatsapp ajak lepak.
aku alihkan phone dia n slowkan volume. huhu.
sebab kang dia lepak balik lewat confirm nak ajak picnic kang susah nak kejut.
pastu bad mood sebab tak cukup tidur.
baik aku bertindak kan. hihi.

janji kul 8.15 macam tu kat petronas melati.
tapi biasa lah janji malay kan.
kul 8.45 ke 9 macam tu baru jumpa n gerak. hihi.

:: i is not morning person. tapi if semangat tu ada ku rintangi segalanya. wahahahha ::

kira awal jugak la sampai around 9ish macam tu.
seronok tengok eh baru ada 3-4 bijik kereta je. wah wah wah.
since bawak budak-budak so memang takda la kau nak mendaki carik port terbaik ke apa.
bawah-bawah je sudah.
ada pulak pondok kosong. ok lets.

sampai je kita mengadap makanan dulu.
then baru session mandi.
orang dewasa harus la carik nasik kan.
bebudak ada nuggets n hot dogs memang tak carik lain la.
laju gila makan.

paling tak tahan aku buah cocktail sausage tu.
so kan kenit2.
sekali si mika kata, "yang panjang takda ke mummy? khai nak yang panjang.
sekali si najib jawab, "meh amik ayah punya."
yang mika, "mana?"

hahahah kurang ajar sangat ok.
eeii rasa nak tumbuk je najib tu.
then settle makan.
laki aku n najib bawak budak-budak pergi mandi.
kita orang relax dulu.
laki aku memang bab melayan bebudak dia suka.
so pergi lah ye. hihi.


sorang-sorang laki aku masukkan.
nampak macam ok. tapi bukan main payah ok.
masuk kaki semua menjerit angkat2 kaki.
taknak turun daripada MrB.
tapi tina kata letak je. nanti ok.




mika berani sikit. so ok je ayah dia bawak jauh. yang lain di tepian je ngan MrB
tapi slow-slow laki aku dukung bawah ke tengah sikit.
ala tapi tak dalam pun. kat bawah-bawah kan.




tak lama pun.
later laki aku bawak naik balik. n layan dorang makan.
lepas tu baru aku lak turun.




:: mengunyah je si kecik ni ::


:: amboi dating nampak ::

mana boleh jadi kan.
harus aku pun nak ada dalam gambar.
walaupun muka agak sakai. abaikan ye.

then aku turun.
woih patutlah bebudak terangkat2 kaki.
sejuk nak mampus ok.
sejuk tak masuk akal rasa macam tak tendang orang.
aku tengok tina menjerit2.
aku ingat dia exaggerate.
sekali aku masuk aku pun menjerit2.
setiap kali kau masuk. air kena level baru kat badan kau.
tiap kali tu la akan terseksa kesejukan. gila.

so kita orang berdua kat bawah.
dorang lelaki melayan bebudak kat atas lak.
later dorang join again.
bawah ni pics dpd tina. nasib najib rajin snap kan.
kalau tak, takda pic kak jah.


:: tak tahan kesejukan dah ni. kejap2 nanti dia angkat kaki dia taknak bagi kena air ::

:: amboi mekcha kat belakang tu pun kemain sengih ::










ye aku bertapa macam tu je.
aku hanya sanggup celup badan sampai paras pinggang je.
tak sanggup aku nak sejuk2.
tina kata last weekend dia pergi takda sejuk macam tu.
patut la anak2 dia payah nak masuk. terkejut kot.

:: e eh sempat kan ::



masa sampai around 9ish tu tengok ada orang balik.
aku n tina dah macam eh awal balik. dorang ni sampai pukul berapa?
gigih gila.
tapi kita orang pun tak stay lama.
around 11 gitu dah gerak.
bebudak dah letih.
wah ada anak tak sama macam zaman single kan.
zaman dulu kau duduk la sampai petang kecut2 pun. relax je.
sekarang apa plan semua ikut anak macam mana.
aku memang takda. tapi dah pergi ngan geng ada anak kecik.
so ikut sama la.

tapi memang tak tahan pun nak sejuk lelama.
so balik rumah.
kemas apa patut.
terus laki bini terbongkang tidur. hahaha.
ahhh nyaman.
bangun tau-tau lapar je, so lets melepak ke tempat lain lak.
ok la tu je.
nanti rajin iolls update lain.
tah bila la tu kan. :D

3 Comments:

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

tu la, semangat nak memblogging dalam diri ni membuak2, tapi selalu tak dapat nak blogging byk2 macam dulu. asal nak bukak komputer je mesti ada hal-hal lain kena buat. kesibukan mengatas segala :B

sitihadiana said... [Reply to Comments]

Hahaha. Lawak laaa korg pegi mandi sungai pagi2 buta tu pasaipaaaa chekkkk.... Tips berkelah waterfall: ALWAYS 12 noon & above ok! Barula ayaq x sejuk mcm peti ais + sempat masak lauk heavy lunch! Hehehehe

ain.ya.nun. said... [Reply to Comments]

Orang mandi sungai after 12 la peej.
After 12 pun masih sejuk gigil nikan pulak pepagi bute.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...