Instagram : @peejburhan

dating

last week aku ada update kat ig.
yang akhirnya spec kesayangan aku yang dah pakai 3 tahun ni dah menjadi SKU (spec kurang upaya)
elok aku tengah pegang nak lap cermin. prakkk patah tepi. tsk.
tapi ye la dah lama pun kan.
dah la frame murahan.
aku beli fram rm19 je pun.
then aku masukkan cermin ngan power.
ye tu cermin ada power. bukan saje2 ke apa.
sebab selama aku pakai banyak gak soalan dpd orang kenal or complete stranger ke apa.
siap tanya ada cermin ke tak tu? e eh agak2 la takda cermin kan. hahaha.

aku patut ada cermin mata lama aku. yang papa hadiahkan few years back.
tapi jenuh la mencari tak jumpa.
so nak taknak pakai gak.
amik kau sepuluh kali la kena betulkan sebab dia jatuh ke bawah. hahaha.

so petang balik daripada picnic tu ajak MrB keluar.
kata nak kena buat spec baru ni.
sebelum tu singgah makan n ke Giant taman permata.
laki aku ni adalah masalah sikit nak mencari baju or seluar dia.
esp seluar la.
size pinggang ok. tapi nanti seluar senteng la apa.
tapi pinggang pun boleh tahan seksa la nak carik seluar dia.
dah la seluar pendek ada 2 je.
if aku lambat buat laundry mula la bebelan kuasa lapan takda seluar la apa.
so mari mencari seluar.

mama ada cakap kat giant permata tu ada kedai jual baju-baju besar.
so lets ke sana.
wah jumpa. baguih.
tapi jenama bongok2 pun mahal aku rasa.
so takyah nak beriya sangat beli.
beli apa yang perlu je.
nasib seluar pendek murah pulak time tu.
beli 2 rm29.90 je gitu. ok beli 4 terus. hihi.

sementara laki aku dok menerai. aku berdiri tepi2 tu.
pastu macam terkejut tengok diri sendiri kat cermin fitting room dia.
woiii apesal cermin ni ilusi optik sangat.
serious dia macam meninggi n mengkuruskan kau. haha.
wah bagi harapan palsu untuk orang gemuk nampak.
memandang kan aku dan kurus memang tak sinonim, apa lagi laju-laju keluarkan phone terus selfie. hahah.


macam agak kurus la. wah agak katanya.
amik pic sorang boleh la.
amik pic ngan orang kurus tetap macam almari di situ.
tapi serious ok cermin dia sesuatu sangat.
tapi noy kata memang kedai baju macam tu.
dia pernah kerja dulu. salah satu cara masa bersihkan cermin tu lap atas ke bawah or bawah ke atas la.
so akan bagi ilusi kurus.
jangan lap cermin tu ke kiri kanan macam tu. sebab tu akan bagi reflection nampak lebar.
wah gitu.
eh tetiba terpikir. kalau lense camera kita lap macam tu kira akan bagi effect sama ke tak eyh? hahah

ok settle situ terus pecut ke wangsa walk.
mission mencari cermin mata.
aku nak carik lebat. tapi binkai nipis.
cerewet kan. aku suka lebar sebab rasa luas pandangan.
n bingkai pulak taknak tebal sebab nanti panas. tak pun if driving pandang tepi payah.
so if nipis selesa la.

jenuh gak la sebab mana nak carik yang macam lama tu.
memang takda la. esp kedai spec proper kan.
kalau boleh taknak la beli spec yang bingkai biasa2 lagi.
dah tua pun. tak seswai gitu. haha.
ada satu kedai tu aku pergi. ok memang besar bingkai dia. gucci.
harga haruslah meletop. tapi masalahnya dia lebar tapi tak lebar ketepi.
kira macam pendek untuk muka aku. lawak gila je.
yang budak tu kemain nak cakap, eh sesuai la ngan muka akak.
sedap kau je. ye aku sound the exact words.
ye la kau nak jual kan. kau kata la sesuai.
tapi lepas aku blah kau bukan kena ngadap muka aku lagi.
aku yang kena hadap muka aku yang spec kecik dpd muka tu.
eiiiii.

then ke fokus point.
aku terima hakikat yang spec lebar macam lama tak mungkin di jumpai.
so pilih la mana yang padan n ok-ok aje.
ok la after less campur cermin apa segala. dapat la rm500++
macam mahal kan. tapi tak semahal spec prada aku tgk few months back. tu seribu lebih. memang tak la weyh.

tapi tu la dia kata isnin order. so selasa or rabu baru siap.
sebab nak masukkan cermin potong pakai air.
area sini kan krisis air. so x janji bila la siap.
siap dia call. ok je la. aku terdesak pun kan.
masa check pun memang power dah bertambah.
dah tak sama dah, sebab sebelah lagi tinggi power dpd sebelah lagi.
patut la masa aku pakai eyeliner selalu aku dapat rasakan apesal sebelah ni lagi kabur dpd sebelah satu lagi. memang lain power rupanya. ceh.
sementara tu dia bagi la aku free contact lense clear.


nampak spec itu patah.
sebelah lagi lak percubaan pakai contact lense tak berjaya.
lama tak pakai. aku tak gemar pun pakai. sebab tak selesa.
tapi selama ni pakai ada color. so aku nak try pakai clear punya. mana tau ok.
takda makna. woi pedih tak selesa. me not like.
bukak balik. lets rabun beberapa hari.
tapi rupanya bila aku check. sebelah yang dia bagi tu rupanya contact lense tu macam koyak.
bodoh bagi free tapi koyak rupanya. patut la rasa di robek2 mata aku.

balik tu punggah sana sini carik spec lama.
wah nasib ada. so sementara pakai tu la.
ok je spec tu. cuma power dah lari la.
n bila dah biasa pakai spec lebar. rasa nyampah pakai spec nampak bingkai melintang kat atas mata.

hari selasa tu aku bangun awal.
so since tengah bulan order takda banyak.
aku slow-slow la pack barang.
tetiba around 11ish gitu dengar enjin kereta kat depan.
aku dah macam, eh siapa ni? ada ke customer nak amik barang? takda lak inform ke apa.
tetiba orang tekan bell dok cakap assalamualaikum.
noy n mama rupanya.
suka tau terkejutkan kitew.

saje je noy pergi mana tah. later nak ke rumah aku.
mama kata nak ikut. tu sibuk dia tu.
mama datang je aku bukak pintu berdesup pergi dapur bersihkan dapur.
haha mak aku bukan boleh. kang satu rumah dia inspection sambil bebel.
tapi mama tu dalam sakit dia ada je benda dia mereka nak buat.
tau-tau berubah2 je susun atur rumah aku dia buat.
berkebun la apa bagai.
suka hati la ma. malas nak layan.

then later tu noy ajak keluar
ok sangat la.
sebab kebetulan aku dapat call yang spec baru dah siap.
so mari la ke wangsa walk.
mama pun nak betulkan jam la apa.
so ke sana kita.
mama betulkan jam then singgah makan sat.
lama tak keluar ngan mama, dia dah tak kuasa nak berjalan sangat.
so bila dia ada semangat nak keluar tu jom la.






e eh lapar pulak tengok pic ni.
then settle kat sana balik ke rumah aku.
sebab noy ngantuk sangat.
so tidur la dia situ.
aku n mama layan sembang.

malam tu around 8ish dorang balik.
aku lak keluar ngan MrB ajak keluar.
kawan-kawan dia ajak karaoke.
aku memang takda mood last week.
sebab kes MH370 tu.
mood sedih tah apa2.
aku malas nak pergi tapi laki aku sentap.
kata kalau plan aku semua dia ikut, plan dia taknak ikut bla bla bla bebel sakit telinga.
so pergi je la.
tapi memang satu apa aku tak nyanyi.
kau nak aku teman kan. so teman sudah.
tah la aku rasa karaoke ni kena ada mood.
rasa nak nyanyi so pergi. if tak kuasa tu kau tebar la apa pun tak kuasa punya la.

kan kan kan.
eh aku macam lapar la.
eh bila masa je aku tak lapar kan.


0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...