Instagram : @peejburhan

usia pun dah 36 tahun.

aku memang dah berkurun tak masak.
laki aku kata takyah. berdua je pun.
tapi tu la ada time kau merindui masakan sendiri yang sedap giler tu.
wah matiklah sempat puji diri.
tapi serious sampai tahap makan luar ni rasa nak muntah.
tak tau nak makan apa dah.
tapi tu la daripada sehari ke sehari tak jugak masak kan.

aku paling menyampah sebab dapur masak adalah kat belakang sekali.
antara wet n dry kitchen ada pintu.
laki aku ni paranoid tahap melampau.
kau tau la dia kunci bagai nak gila weyh.
aku stress tahap dewa.
kadang aku bukak masak. biar dulu.
by the time aku nak makan dah di kuncinya semua. kau stress tak stress la kan.
pastu nak masak semua alatan aku takda. dia soroknya.
dia kata bahaya benda tajam biarkan kat belakang. T_____T
eeeiii bengang.

tapi tu la lately kan family asyik datang rumah aku.
so elok lagi kalau masak la kan.
semangat pun mari.
so plan la ok nak beli barang dapur lepas ni kita rajinkan diri memasak.
sekali ada satu malam tu laki aku jenguk la dapur.
jenguk dpd tingkap je.
dia kata eh siling belakang ni macam nak jatuh la.
aku dah macam. oh ye ke? ok.

then aku ajak dia keluar.
tapi laki aku kan mana boleh. harus nak check.
sekali bila bukak harus terkejut.
oit ni bukan siling jatuh. ni kronik ni.
beroti tu dah reput n patah. aaaaa




dalam gambar tak berapa ketara.
tapi sebenarnya dah melendut dah rupa.
scary mary.
terus apa lagi ngadu kat mama la.
kata tuan rumah. harus inform tu.
so mama kata nanti dia panggil contractor suruh tengok kan.
wokeyh. settle. so tinggalkan la.

then after few days macam tu.
arjun tu datang. so bukak la tengok.
what?? dah makin teruk. gila kau siap boleh nampak langgit ok.
daun pun penuh masuk dah.
aku tak reti amik angle pic tapi serious scary me not like.


daun masuk ok lagi.
tapi kan aku pernah cerita subuh hari akan dengar tapak kaki dok ulang alik situ.
ada musang weyh. bayangkan musang tu termasuk dalam tu n tak reti keluar.
tak ke horror tu. 

aku memang dah ada budget aku la untuk buat tu.
tau mama n papa bukan ada duit sangat.
so walaupun tu tuan rumah, harus aku gak kena betulkan ni.
sedih gak la memula. sebab memikirkan simpanan merosot.
ye la baru aku tersenyum lebar memikirkan by end of the year ada certain amount ke apa.
ni dah lari sikit. tsk.
nak pasang aircond kat guest room pun kena tangguh dulu la jawabnya.

tu takpa. tu takpa. kan ada sedikit sedih konon duit merosot kan.
sekali si arjun ni quote untuk betulkan kira ganti kayu semua, siling n bumbung baru. murah weyh.
i is terkejut.
aku pandang mak aku, mak aku pandang aku.
otak aku mula ligat.
tetiba aku cakap kat mama, "ma cuba tanya if buat tiles sekali berapa.?" 
haaaa kau. dasar perempuan. ada je nak mereka benda kan.
hahahaha

sebab dapur belakang tu simen.
so now just pakai tikar getah la.
rimas gak kang terkoyak sana sini.
pastu macam suram je.
memandangkan kak jah nak merajinkan diri memasak kembali.
harus la konon nak ceriakan sikit dapur kan. gituh.

then tanya. sumpah tak mahal.
kira total aku buat bumbung tu campur buat tiles tu adalah total budget yang aku memang plan untuk betulkan bumbung je memula.
e ehhh. apa lagi. terus ok je la. hihi.

settle je. terus deal. dia kata ok bagi dulu rm1000.
so boleh beli barang n buat kerja esok.
gembira hati ini.
ye la. kang runtuh kang lagi kronik.
dah la mama kata nasib bukan musim hujan. if hujan lagi teruk nanti.
pastu semalam boleh lak hujan masa kat rumah mama.
aku dah macam. oh man. abis la air masuk rumah. 
pastu nanti teruk lagi kayu tu nanti.
tapi elok balik rumah aku. taman aku ni tak hujan ok.
padahal wangsa maju sebelah elok hujan.
terima kasih Tohan.

since dorang nak mula kerja tu.
so mama kata biar mama tidur rumah aku la.
sebab boleh tengok2 kan. n ada la aku teman.
ye la aku sorang kat umah dorang ramai kan.
so elok la ada teman.
tu yang dok ber message ngan mama kat fb.



hahaha kong ajo sangat kan.
kebulur katanya.
tapi memang pun. macam aku. aku dah biasa siang tak makan kan.
if makan pun lewat petang.
mama datang umah aku time arjun tu tengok rumah tu.
haha merasa tak makan sampai kul 3 gitu.
sorry. aku tak dapat nak order makanan. sebab duit kelisin.
kata dah bayar duit kat contractor kan.
n mana la nak tau mama nak lepak lama.
umah aku memang takda benda nak makan.
aku dah biasa so relax la.

so malam semalam amik mama.
amik kau macam nak camping dia bawak segala benda.
sikit2 bawak apa patut.
malam kang beli barang dapur kering sikit kot.
esok plan nak ke pasar tani.
wah seronok.
ni sambil menaip sambil menghidu aroma sambal mama tengah goreng.
haha kurang hasam punya anak. mak memasak aku dok update blog. hihi.

so hari ni pagi2 dah datang arjun tu.
bagus dia ni. dia kata 8.30 pagi datang, tepat ok dia datang.
nasib mama ada. mama la bukak gate. hihi.
iolls membuta lagi.
tau-tau ahkak bangun dah takda bumbung dah rumah aku. hahah.
gila kau tidur mati orang berketung ketang belakang bilik je tak sedar diri jugak.



cepat gila kan dia buat.
teruja aku terang macam tu dapur.
kalau boleh buat bumbung glass mesti nice kan. nampak kehijauan.
tapi harus terbakar la kau everytime nak masak ke apa. panas weyh.
tu takpa lagi. siang panas terbakar.
malam kalau? tah apa la kang bertenggek ke apa.
eeii Nauzubillah.

serious arjun ni adalah sangat bagus.
jujur, kerja elok n harga tak mahal.
nanti la if dah siap nanti aku snap pics lagi.
n aku share pasal arjun ni.
dia ni kau duduk luar KL pun dia boleh buat.
sebab now dia ada jugak buat rumah kat melaka.
tapi tengok dah ok bebudak sana.
dia tinggalkan kejap buat rumah aku.
sebab dah kenal lama.
aku ada cerita dulu time kat entry lama, dia buat umah mama.
tengok la if rajin aku carik entry tu.

nways, bila once dah start buat ni.
mula la otak kau mereka-reka nak itu ini pulak.
pastu mak aku kata sabarrrr. simpan duit. slow-slow. baiklah.
pastu tetiba tengah duduk yang mama, "mama rasa nanti kau buat ni, mama akan tanya if tukar ni berapa..bla..bla."
me, "sabarrrrrrr…slow-slow.."
mama, " hehehhe. ye lah nak."

dia lak lelebih. tah apa-apa tah.
tapi tu lah. rumah ni usia pun dah 36 tahun.
so memang macam-macam la dah start kena tukar or buat.
tapi slow2 la ye.
aku rasa ni masalah anai2. tengok la ada rezeki lebih nak panggil pest control kan.


7 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej, apa lagi...sila le share no telefon si arjun tu...aku rasa ramai kut readers/silents reader nak repair rumah :)....btw aku dah abis marathon blog ko dari mula...ada yg kelakar (gelak sorang2 depan pc)...tp aku paling suka masa entry wedding ko...and aku rasa perangai ko ngan aku lebihkurang je..hehehehe...baca blog ko seperti membaca diri sendiri

- Hayati -

Anonymous said... [Reply to Comments]

bestnya selalu update blog..hahhaha..

indah hari jumaat ku..

~geesoy~

elin said... [Reply to Comments]

Mmg anai2 punye kje..nnt pggil I dtg umh..kite kje pest control :p

tifa anvar said... [Reply to Comments]

rumah once u dah nak repair n renovate akan telan besar jugak. duit tukeluar mcm air je ngalir

Filla said... [Reply to Comments]

HAHAHAH.. kelakar ni dialog anak beranak :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

salam kak peej.. nak contact no arjun tu boleh x? :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

Slm, k.peej...blh share no fon si Arjun ne blh? Ingt nk renvate rmh jgkla... :-)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...