Instagram : @peejburhan

terseksa

apa khabar semua?
khabar baik la tu.
aku khabar tak berapa baik.
sebab serious nak berjalan tak boleh.
cuba berjalan macam orang normal tapi kaki takleh nak tegakkan.
woiiii sakit woiiii.
di tambah badan pun sakit.
belakang badan ni n lengan semua sengal ni.
tetiba terasa macam, wah ada muscle ke apa ni.
tapi nampaknya macam masih berlemak sana sini.
hahaha matiklah baru 2 kali exercise dah perasan ada muscle.

ikutkan class ada isnin-khamis.
tapi aku pergi selasa n rabu je. ikut elly.
haha walaupun elly memang kurus aku ni tak. tapi biarlah nak ikut gak timing orang kurus.
takpa la slow2. mana tau nanti aku dah hebat sikit.
aku boleh je join semua class even elly tak dapat join.
righhtttt.

aku ni baju sukan ke apa mana ada.
tak pergi beli lagi kan.
so semalam korek2 jumpa track suit.
track suit zaman aku form 6 ok. hua hua. gila la dah lebih 10 tahun punya.
tapi in good condition. sebab? sebab tak pernah guna kan. hahahhahah.
tshirt pun takda aku ni.
so selonkar almari MrB pinjam tshirt dia. jadilah.

semalam adalah zumba.
cikgu pulak lembut tu.
memang feeling sangat dia zumba ok. haha kelakar je rasa.
tapi gila weyh macam nak pitam.
hari ni aku ada jam tangan. ayol bagi.
sepuluh kali check jam. pastu ala-ala nak pitam bila tengok whattttt?? baru sepuluh minit berlalu.
takpa bertabahlah.

tapi cikgu tu suka perati aku la. aaa takut.
takut sebab aku suka main tipu.
bila dia ke arah sana. aku stop kejap.
contoh orang melompat2. dia ke sana aku tak lompat tapi gerak2 kan tangan je.
pastu nanti dia datang check aku suruh berzumba sambil senyum n jerit2.
helloooo. nak bernapas pun separuh nyawa ni, ada masa pulak nak senyum.
rasa nak tumbuk orang ada la.

then bila penat je aku mula la pandang ke sana sini sambil stop.
sekali angkat muka dia tengah cekak pinggang peratiiii je perangai aku.
apa lagi tersengih lalu sambung buat.

cikgu ni bersemangat lebih.
so aku nak rehat sangat pun tak berani.
paling pun curik-curik stop buat la. sikit..sikit.
so dengan itu semalam aku dapat la ikut berzumba sampai 1 jam.
mungkin tak selincah orang lain.
tapi tetap berbesen la peluh keluar.
jadilah kan.

hahah ngeri kan.
ni yang bau masam mau 5 batu boleh detact ni. hahah.
balik singgah rumah mama jap hantar stock tabita mama
tak duduk lama sebab noy n laki aku ajak lepak.
so balik rumah aku rehat kejap then mandi.
keluar balik.

terseksa again sebab macam-macam makanan ada.
tertewas aku lalu mengorder capati. sobs.
pastu kena ejek sebab tetiba aku dok telan2 air liur tengok makanan orang.
mana tak. noy makan paprik. dia selak2 nak kutip isi2 kat kuah tu. tuuuppp…menusuk bau masuk hidung aku.
cobaannnnn.

ramai sibuk bagi tips pemakanan.
aku jawab, aaa taknak taknak. siapa kata aku taknak makan itu ini.
aku nak elakkan makan malam je.
siang aku nak makan apa pun suka hati la.
yang laki aku cepat je sambut, "tah jangan sibuk, dia macam ni pun aku cinta kat dia. dia exercise ni sebab kesihatan dia kata."
ewahhh laki iolls. padanlah bini besar tangki pun di biarkan aje.

ikutkan hati nak meneruskan aktiviti exercise sendiri kat rumah.
tapi boleh tahan malas n ngan keadaan nak berdiri pun seksa.
takpa la lupakan je la. nanti ok kita cuba la.
nak pergi shopping gak. sebab nak carik seluar sukan n sports bra.
tapi weekend kot. serious weyh tak mampu nak berjalan normal. buruk bebenar rupanya.

elly semalam pun pitam.
so sementara rehat sesuka hati tau amik video.
tak sanggup aku nak repost or tepek sini.
horror weyh mak gajah gigih zumba. terkepit2 mulut menahan bernapas macam kerbau.
eh ok la. nak meneruskan kerja-kerja untuk petang ini.

bersambung lagi di entry akan datang progress perempuan gems gigih exercise.
eh sebelum tu, aku rasa ada bagus sikit la exercise ni.
takda pulak siang hari aku rasa lesu nak tidur petang ke apa. bertahan la.
lepas tu lepas habis kelas penat rasa ngantuk boleh tidur.
tapi sebab suami ajak lepak, so kena la layan dia.
kalau tak mesti boleh normal tidur awal bangun awal.
wah…ye la tu ok.

eh ok la.
kali ni betul-betul.
bye.


11 Comments:

chics said... [Reply to Comments]

Tok sahkan kaula, aku yang dari tahun lepas pergi exercise ni pun rasa nak putus nafas setiap kali exercise ok. Aku suka ngelat jugak ,semalam instuctor tu suruh aku duduk depan dia okkk. nangis acik.

Jojet said... [Reply to Comments]

Yeaaayyy! Go girl!
Memang gitu, dulu aku join aerobic hari pertama, macam kena siram ngan air 5 gayung gayanya peluh mencurah!
Sakit badan takyah kira, terutama nk turun tanggan, rasa nak patah peha!
Teruskan je, pehtu nanti mesti x puas hati apsal x peluh2 sgt mcm 1st day..Sbb dah biasa =)

ieda iedana said... [Reply to Comments]

wahh (tepuk tangan)

keep up k.peej...semoga jadi sihat dan cargas selaluu..

majulah sukan untuk negara! eh. haha.

schazaza said... [Reply to Comments]

naseb baik aku dapat tgk dh video tu
ok apa... xde la lawak mana
yang lawak cume suara cikgu tu je...
semangat-semangat semua yang join tu kan???
baguslaaaaa~

semoga bertabah dan berdisiplin peej...
aku lak yg berkobar tgk kau bersemangat...
nk join korg kang terberanak plak aku ni...
hahahahhaa~

peej said... [Reply to Comments]

@chics

haha aku pun cikgu suruh duduk depan sebab di pikir aku susah nak catch up. eeeii taknak. kang duduk depan susah nak ngelat. haha

peej said... [Reply to Comments]

@Jojet

tau. mcm dulu kawan ajak jog. aku memang tak mampu la. brisk walk boleh la. peluh aku bagai nak gila. dorang tak peluh langsung. haha sian.

peej said... [Reply to Comments]

@ieda iedana

di harap terus tabah.

peej said... [Reply to Comments]

@schazaza

ye cikgu tu semangat ok. belum tengok gerak geri dia. kemain.
ok la. memang seksa n penat. tapi takpa la. kita cuba.

linda said... [Reply to Comments]

Chaiyok2 peej..exercise je xbyk sikit pun dh ok..

Didi Kar said... [Reply to Comments]

Hehe lawak la peej ni psl kobau tu hehe.
sama la.. kita ni beriya mendonlot zumba la aerobik la sampai ke sudahhh x buat. Awal2 dulu buatlah tp dah buat sorang2 kt umh kn. Rasa penat benti jap. Kang tertoleh tv eh benti lg. Apapuntakbolehh

Noraini @Nanie said... [Reply to Comments]

Gemuk air ker?
Berbesen2 boleh tadah
hihihihi

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...