Instagram : @peejburhan

sandarkan pada kenangan

amboi tajuk nak gempak je kan.
haruslah. update sekali sekala.
so bila update kena poyo-poyo sikit.
baru ramai menyampah n baca sambil cebik-cebik.

nway, baca entry elly today. CLICK HERE
lawak je entry dia. kelakar uolls ni.
sambil baca sambil aku tersengih teringat kenangan lama.

memang betul kata elly. pasal biodata tu.
aku pun ada. tapi aku takda la pakai kertas ke apa.
ada buku biodata la. ramai kan ada.
pastu nanti tukar-tukar tulis kat masing-masing punya.
siapa yang konon artistic n nak buat gempak siap mintak bawak balik.
dapat esoknya terus macam wahhh. hebatnya hasil orang ni buat.
macam elly cakap la. ada siap bakar-bakar tepi kertas tu konon lawa la page dia.
ok fine memang lawa, tapi dalam hati cakap, "suka kau je bakar2 buku aku".
lepas tu nanti tengok orang ada buku biodata siap boleh lock la apa tu kan.
terasa jealous je. kita punya buku biasa je.
orang tu mesti anak orang kaya tu buku dia canggih.

paling menyampah siap ada ucapan kan.
lepas tu ucapan semua nak canggih2 je.

  • I P K P K U D C C I (i pikir-pikir u disisi i)
  • dont forget 24434 (rakaat dalam solat)
  • 4U2C ( for u too see)
  • fieza wuz ere (fieza was here)
eeeiii bodoh2 je la. macam-macam la.
ikutkan balik kita dulu pun poyo je ejaan pepelik macam budak sekarang.
cuma dulu maybe between kawan-kawan je. 
so takda siapa nak complain.
sekarang ni bersepah kau ternampak kat social network kan.
tu yang sakit otak tu untuk orang yang dah lanjut usia sikit.


then ingat tak pasal kad zaman sekolah.
siapalah buat meniaga macam ni kan? apa faedah tah.
tapi dalam pada tu aku terjebak jugak la buat.


ingat lagi dulu aku ada minat sorang ni.
duduk lorong belakang rumah aku je.
dia senior setahun la. oh comel. berlesung pipit lagi.
tapi siapalah diri ku ini. budak kecik yang tomboy aje.
abang ni kat sekolah hot la. sebab handsome, bersukan, then siap ketua nasyid lagi.
wah ketua nasyid je hebat kan. ye la suara sedap.
oh dia tak silap ketua pengawas gak kot. lupa la aku.
yang pasti comel la.
petang-petang aku suka la main area umah dia.
sebab kawan baik aku duduk situ gak.
pastu mengada je siap bagi kad tu kat dia.
uwaaaaa. aku pun tak tau la dia buat apa kat kad tu.
sebab takda pulak adegan berbalas cinta ke apa.
fineeeee. *eh motip sentap*

then masuk sekolah menengah kan asrama.
pun banyak buat perkara bodoh gak.
ingat balik rasa macam apo kobondo la. tapi time tu rasa kau la paling gempak.
siap tuju lagu bagai.
n macam elly kata. semangat tu nak tuju lagu punya lirik kan.
kena la tau lirik. dulu bukan macam zaman sekarang.
kau nak lirik je google dapat.
dulu kau nak lirik tu. kau kena usaha sendiri.

contoh adalah record la lagu tu pakai kaset.
mengada duduk asrama tak boleh bawak radio. kita orang bawak je.
pastu masa nak beli pastikan parents belikan yang boleh record sekali.
siap beli tape kosong semua.
pastu stand by je.
lagu kesukaan keluar je berlari la tekan record.
lepas tu harus dengan ulang 80 kali (ini bukan nasi tambah. memang ye ok dengar 80 kali).
abis je dengar rewind balik. then dengar. then rewind. gila.
ye la sekarang takyah. kau nak dengar kau click je.
dulu kadang rewind terlebih. terlebih ke lagu depan. pastu forward balik. eh terlepas pulak.
leceh gila.
sambil dengar sambil tulis lirik.
lepas tu takda kerja time crush kau pergi rehat ke apa. pergi kelas dia letak lirik lagu dalam pencil box dia.
hahahah bongok gilaaa. rasa nak tikam diri bila ingat balik.
dah la tak lawa ada hati nak suka mamat paling comel kat sekolah. mmm nyum nyum *tetiba hahaha*

then kan elly ada kata pasal kakak angkat n abang angkat segala angkat ni la.
aku tak pernah paham konsep tu.
memula dulu aku ingat sebab maybe orang tu takda adik beradik kot.
aku ni ada je semua. tak perlu kot nak segala angkat-angkat ni. apa faedah tah.
cea ayat. padahal cakap je la takda siapa sudi berangkatkan aku.
tapi betul la. kakak n abang angkat memang takda.
tapi selalu nanti kau senior. kau sibuk beradik angkat ke apa. aku takda la berminat.
macam semak je.
tapi ingat lagi dulu aku form 1 ada baik ngan sorang akak form 3 ni.
sebab boleh masuk la. sekali roommate aku emo ok.
roommate aku pun senior form 3.
mula-mula aku tengok dia bila balik bila sentap2 hempas2.
aku diam je la. takkan nak bising. sebab aku junior kot.
sekali dapat surat. rupanya dia jealous aku baik ngan sorang tu.
dia kata patut aku kena lebihkan dia sebab sesama roommate.
eh macam tu pulak.
so baiklah tak payah. takda kaitan angkat pun ada adegan sentap gitu.
if memang berangkatan tah apa lagi drama tah.

then zaman tu dah zaman telefon kan.
handphone takda lagi.
ada pun maybe parents je pakai.
time tu nak pakai phone semua ni mahal.
so memang pakai phone biasa je la.


memang betul pun kan.
seram weyh. kadang tu kalau parents orang tu angkat cepat-cepat letak phone.
pastu siap-siap set ok malam karang pukul 2 pagi tunggu kat phone. kita call time tu.
kadang tu tak sempat ringing tone dah angkat weyh. haha.
ye la macam rumah aku ada phone satu kat bawah. satu bilik mak pak.
kang bunyi kang dorang dengar. eeeiii takut.
dah la phone jenis if kau angkat belah atas tu. kau boleh dengar conversation.

time tu bf duduk selangor. so nombor phone if call akan keluar kat bil kan.
memang tak la nak sembang ke apa. kantoi nanti.
so aku dulu dok sembang ngan ice la selalu.
jangan tak tau iolls dulu couple ngan orang lain, tapi menaruh hati kat ice.
hahahaha bodoh!!!! ingat balik rasa takleh blah. apa yang suka sangat tah dulu.
sampai sekarang ada satu lagu tu keluar. huda n ice mesti bahan aku. babi betul.
sebab aku pernah tujukan lagu tu kat ice. *amik garpu cucuk mata macam kassim selamat*
kesian kekasih lama tu. jahat gila aku. couple ngan dia tapi asyik bergayut ngan ice je.
pastu keluar pergi lot 10 sg wang ngan ice. hihi.
ye la abis dia jenis takleh keluar. keluar la ngan orang lain kan.
tapi ingat balik zaman dulu rasa selamat je kan.
i mean pergi lot 10 tu aku naik bas mini. then nanti petang ke begitu balik naik bas mini.
elok je parents lepaskan. time tu form 2 kot.
if aku ada anak. memang tak la aku bagi. zaman sekarang scary gila kot.
if bagi pun mungkin aku akan hantar mato-mato ikut je mana dia pergi.

zaman dulu kau nak berjumpa pun susah kan.
contoh dah set. ok jumpa pukul 2pm kat jejantas belah lot 10.
kau tunggu la situ. kadang kau tunggu lama apa ni tak sampai-sampai.
pergi public phone call rumah dia. sekali mak dia kata dia dah keluar.
kena balik tunggu situ. ye la kang kau bergerak dia sampai macam mana kan.
masing-masing takda hp nak tanya. eh kau kat mana?
so if janji situ. sila tunggu sampai kematu sampai la sampai kat tempat tu.

tu zaman menengah rendah.
menengah atas lain pulak pengalaman.
tukar pulak sekolah kat tengah bandar. baru la culture shock aku.
aku rasa zaman kecik aku dah cukup happening n urban dah.
sekali masuk sekolah canggih terasa diri sangat kuno ok.
dah la aku masih zaman pakai macam tomboy.
sekali tengok dorang form 4 lepak weekend siap pakai dress, platform/wedges n make up.
aku masih pakai tshirt n seluar baggy ngan kasut vans. muahhahaha.
dorang dok layan party siap ngan lagu hip hop.
aku masih layan lagu ala-ala backstreet boys je.
tapi semua pun jenis sweet n all.
takda la tetiba pulaukan kau sebab budak baru ke apa.

best la ingat kenangan lama ni.
betul la apa orang kata kan. time kita sekolah kan kita tak suka sekolah.
rasa macam cepat la abis sekolah. tak suka la.
tapi orang tua-tua akan cakap. zaman sekolah la paling best.
kau rasa macam apa benda tah. tak best la. besar la best.
tak sebenarnya. serious zaman sekolah la paling best sebenarnya ok.
ada la kenangan tak best. tapi aku rasa lagi banyak best dpd tak best.

di akhiri dengan lagu yang popular zaman ahkak umur 14 tahun.
lagu yang ulang 80 kali tu.



if la boleh ulang waktu. aku nak repeat balik zaman aku sekolah menengah.
or tak pun zaman umur 21.
rasanya time tu terpaling best kot.
oh indahnya *baring senyum-senyum*

pangggg….sila bangun daripada lamunan.
ada banyak kerja nak kena hadap ni.
ok buhbye.



44 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

best gile baca entri peej ni pls..!! rasa nak menjerit2 sambil baca.. haha sebab semua samaaaaa je konsep tu.. kad nama yg harga rm3 kot dapat 12 keping.. nak pilih design bajet kiut aje.. tp masa tu rasa mahalnyee kad ni.. pstu dgr radio pastu rewind sbb nak tulis lirik..omg mmg tu lah yg aku buat jugak dulu.. oh! bestnye zaman 90-an.. tq peej dgn entri ni boleh imbau balik kenangan dulu2.. hehehe ~ nurul

aznie zin said... [Reply to Comments]

oh emmm geeee.. song!!!!! nak nagis .. nak nagis.. sbb rasa tua ni.. hadoiii

Anonymous said... [Reply to Comments]

Elly buat entry tu sebab nak cakap birthday dia is coming je sebenarnya. Haha. Pandai ye Elly ada subliminal message. Nak komen dekat blog dia tak boleh sebab anonymous tak boleh comment

Missy P

Huda Ramlee said... [Reply to Comments]

Senyum sampai telinga baca entry ni. Tang name card tu, kalau boleh nak letak ayat paling gempak nak design paling cantik. Pastu ingat lagi, kalau kita order banyak2 name card company yang print name card ni akan pos katalog kat kita lak. Konon-konon jadi ejen la (company ni kat penang tak silap, wujud lagi ke eh)

Xuriana said... [Reply to Comments]

1) aku ingat kau baring golek2 kat bilik nysya depan bilik aku sebab dok ulang lagu 'heaven - nu flavor' 800 kali sbb nak hafal lirik. OMGGGGGGGG. sebab apa lagu tu???? sumpah aku dh nak terguling2 gelak ni.

2) budak lelaki yg ko suka tu shahir ke? haha

3) aku pun kagum bila pikir balik zaman dating time takdak handphone. penah aku kena tunggu kat McD CM 3-4 jam kot. yang peliknya aku tungguuuuuuu smpai dia datang. sbb no choice la. nak contact tak boleh. hmmm.

Xuriana said... [Reply to Comments]

ok jap. aku br bukak pakai hp entry ni sbb youtube tak boleh bukak kat ofis. omg video heaven ke ko tepek kat atas? hahahahaha gelakkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Filla said... [Reply to Comments]

ishhh betul lah zaman tu zaman record lagu guna tape recorder.. keletak keletuk asik rewind.. dapat salin satu lirik bangga gila nyanyi penuh semangat.. *walaupon suara aku tak sedap* nakkkkk jugak nyanyiii..

umikelly said... [Reply to Comments]

aduhai... peej i ni ur silent reader. mmg suka bc entry2 u tau.. mmg terimbas kenangan dedulu.. i pn mmg terjebak dgn kad2 tuh semua.. agaknyer kita lebih kurang same age la aek. hehehehhe keep on posting ok. enjoy hotak ni bc entry2 awak, elly, fila.. hehehhehe

Ainur Izzati Ahmad said... [Reply to Comments]

Sekolah rendah zaman 90an memang tak kan lari dari buat biodata tukar ngan kwn2.
Menunjuk ke'gempaq'an diri satu hal.
Nk menunjuk tulisan cantik lagi satu hal.
Boleh pulak tu main koyak2 kalo salah tulis. Org pakai pen, sibuk nk pkai pen.
Tapi xde liquid paper..makin lama makin nipis buku biodata kawan tu kne koyak =p hehe.

Buat name card tu xsilap rm3 kan dpt sekotak. Kemain tau iolls punya siap ngan pokok kelapa sambil matahari terbenam sebagai background. Xmen lah pilih kartun2. Sb ktorg konon bdk seni uweeekkk hahaha.

Lg satu..lagi satu. Siapa atlet kt sekolah lg gempaq kan...
Sb, lalu depan kelas lain sambil bwk bola jaring or bola tampar
bdk2 dlm kelas tu siap toleh2 n pandang kami. Rasa bangga gila time tu.



Anonymous said... [Reply to Comments]

wah ... serius kenangan semua tuh ... kad2 nama tuh, buku biodata, lepak lot10 , sg wang , bus mini , bas intrakota , ... ... n siyes tuh mmg lagu fav! haish aku terasa tua ni hahahahha ....

-inad

Anonymous said... [Reply to Comments]

oh my.. lagu heaven ni lagu layan perasaan ok.perasaaan bila mamat yg kita suka tak suka kat kita..ahakss

ibu aira said... [Reply to Comments]

Saya senyum sendiri baca entry ni. Banyak betul persamaan. Yup memang rindu sangat dengan zaman sekolah..

An Isya said... [Reply to Comments]

wahhh panjangnye entry...hikhikhik...tp kelakar...sy dlu pun ade wat kad tu tp ntah mne peginye..hahaha..

Liana Ezzana said... [Reply to Comments]

Setuju. Zaman belajar (sekolah, kolej dan uni) adalah terpaling best!

Rindu gila nak carefree macam zaman tu. Tak fikir apa..nak happy2 je manjang.

Walaupun banyak gila buat benda bodoh dan memalukan macam bagi surat kat mamat paling hot dalam sekolah masa birthday dia. Ohmaigod apala aku fikir time tuh! Da la masa tu tomboy jugak eh, comot pulak tu.

Damn.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Betapa ku cinta padamuuuuu...katakanlaaa kau cinta padakuuuu...hahahahaa - huda ice fahad

darikacamatai ly said... [Reply to Comments]

Kekna,
Kita teringt cita awak yg ada peta kat seluar...hihihi

darikacamatai ly said... [Reply to Comments]

Kak peej,

Kita dulu masa sekolah minat gila pelakon korea/jepun..ingt lagi pernah letak poster yutaka takenochi atas meja sekolah,siap balut lg meja pkai clear plastik sampul buku tu..sekali esonya dtg kelas,ada budak dengki.g rembat gmbar bf kita tu...kuangajaq diorg yg dengki tu

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous

hahaha ye lah tu. kita siap kumpul duit buat 3 set ok. kemain banyak padahal kat siap pun nak bagi. poyo gila. best kan zaman dulu. dengna tiap petang je ada program nak keluar main basikal la, galah panjang la, baling selipar la.

peej said... [Reply to Comments]

@aznie zin hahaha tua kannn! ingat balik cerita ni ikutkan adalah kisah 20 tahun dulu pun ada. tsk.

peej said... [Reply to Comments]

@aznie zin hahaha tua kannn! ingat balik cerita ni ikutkan adalah kisah 20 tahun dulu pun ada. tsk.

peej said... [Reply to Comments]

@aznie zin hahaha tua kannn! ingat balik cerita ni ikutkan adalah kisah 20 tahun dulu pun ada. tsk.

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous
ye ke. ke uols selidik lebih. kalau tak mention ni serious tak terfikir pun. bila baca balik pun sama. sebab kelakar ayat dia yang cakap jangan lupa bagi hadiah tu. sebab memang time kecik2, itu la pun yang kita buat.

peej said... [Reply to Comments]

@Huda Ramlee a ah ye la tu. n kalau la kita dapat buat card yang design lain sikit dpd kawan-kawan rasa best n terel sangat dah tu.
n yes betul la. dorang dapat jadi agen kot. sebab memang kita order ni dpd kawan2 jugak kan.
hebat kecik2 dah pandai meniaga agen2 ni. hihi

peej said... [Reply to Comments]

@Huda Ramlee a ah ye la tu. n kalau la kita dapat buat card yang design lain sikit dpd kawan-kawan rasa best n terel sangat dah tu.
n yes betul la. dorang dapat jadi agen kot. sebab memang kita order ni dpd kawan2 jugak kan.
hebat kecik2 dah pandai meniaga agen2 ni. hihi

peej said... [Reply to Comments]

@Xuriana
yeee. aku tepek lagu heaven la gila. hahaha. time tu kan lagu tu tengah "in". harus la kena tau lirik baru gempak.
kau jangan banyak bunyi. S (bukan nama sebenar)
kan. pastu mamat tu sesuka hati datang lambat kan. sepak kang.

peej said... [Reply to Comments]

@Xuriana
yeee. aku tepek lagu heaven la gila. hahaha. time tu kan lagu tu tengah "in". harus la kena tau lirik baru gempak.
kau jangan banyak bunyi. S (bukan nama sebenar)
kan. pastu mamat tu sesuka hati datang lambat kan. sepak kang.

peej said... [Reply to Comments]

@Filla hahah kan bila dapat lirik pastu hafal bangga gila.
tapi aku terbayang kau nyanyi. itu lagi kelakar. so bila nak karaoke lagi. hahahah. ajak anny n elly pastu meriah mengelakkan kau.

peej said... [Reply to Comments]

@Filla hahah kan bila dapat lirik pastu hafal bangga gila.
tapi aku terbayang kau nyanyi. itu lagi kelakar. so bila nak karaoke lagi. hahahah. ajak anny n elly pastu meriah mengelakkan kau.

peej said... [Reply to Comments]

@Filla hahah kan bila dapat lirik pastu hafal bangga gila.
tapi aku terbayang kau nyanyi. itu lagi kelakar. so bila nak karaoke lagi. hahahah. ajak anny n elly pastu meriah mengelakkan kau.

peej said... [Reply to Comments]

@umikelly
umur ku tahun ni 31. sobs. sedih gila poms 3series nak imbas zaman remaja kan. hahah

peej said... [Reply to Comments]

@Ainur Izzati Ahmad
a ah la. sesuka hati if salah koyakkan buku orang tu. pastu koyak tak bersih ada lebih2 rasa takut je nak pulangkan. hahah.
a ah la budak sukan mesti glams. tapi aku tak sukan. so menyampah je geng2 sukan ni. e e eleh. dah la asyik tak masuk class sebab ada practise.

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous
ye sedar tak sedar kita dah tua wey. sedar tak sedar aku blogging ni pun dah 8 tahun ok. kau antara reader terawal gak kan.

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous sangat kan. zaman muda kemain feeling terlebih. hahah

peej said... [Reply to Comments]

@ibu aira kan. sambil type tu pun sambil tersengih2 je tau.

peej said... [Reply to Comments]

@An Isya memang dah takda la. if ada lagi tu memang hebat la.

peej said... [Reply to Comments]

@Liana Ezzana kan. kalau boleh turn back time mesti best.
hahaha sama la kita. tahap confident kita tinggi kot. penuh harapan cinta dibalas.

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous huda, tak payah nak menyampuk sangat ok. tumbuk kang. eeeiii tak suka.. aaaaaaa *lari tangan ke atas*

peej said... [Reply to Comments]

@darikacamatai ly samaaa. kita pun zaman asrama boleh hias meja. kemain lawa buat. tetiba pergi kelas tengok jadi teruk. ada budak lelaki siap conteng2. koyak n letak colgate. kong ajo gila.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Pija..teringin nk tau senior f3 mna yg u baik msa u f1 tu..(akak ni senior awak tau..).
One more thing..kalau dh hafal lirik lagu tu mcm proud gile kan?nnt tetiba bdk2 lain dtg jmpa n tnya 'eh, awak ada lirik lagu tu?kita nak boleh?'.glemer la jd perhatian org ramai..

Siti Khairiyah said... [Reply to Comments]

Saya dulu masa sekolah rendah jual ok kad tuuuu! Hahahahha. Kecik2 dah pandai berbisnes.

Pastu yang tang telefon itu sangat la. Janji kat sekolah jam sekian sekian tunggu depan tepon.

Haha. Memori sungguh!

Elly said... [Reply to Comments]

@Anonymous
Fuyoo....negative thingking betul. Tak terlintas langsung kearah tu. Jgn bimbang Kak Ton tak tak ada agenda nak sembunyi2 ni... birthday kak tok...kak ton sendiri akan war2 kan kat FB...nape jeles ker??? Mulut tu knp jahat sgt...takmo3

Anonymous said... [Reply to Comments]

Pstu nk tmbh lagu heaven ni pon lagu kegemaran masa tu! Bile dgr balik lagu ni rse mcm tgh pakai bju sekolah plak..haha -nurul

Anonymous said... [Reply to Comments]

Sorry Kak ton. I was just kidding. Don't take it the wrong way. I love you and your blog :)
Please accept my apology

Missy P

Anonymous said... [Reply to Comments]

ehem2.. amek my pic x mintak izin.. (tuan punya pic)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...