Instagram : @peejburhan

penyedih

mak dah balik semalam.
seronok few days spend masa ngan mak sembang la apa.
keluar sana sini.

tapi kesian je mak ikut timing kita orang.
tau la aku laki bini ni bukan jenis bangun awal kan.
haha bangun dah kul berapa tengok mak dah siap mandi bagai tengok tv kat depan.
cerita kat parents aku bising dorang aku buat macam tu.
ala, mak ok la.
satu aku suka la style mak mertua aku. or semua fam dia la.
dorang jenis tak amik kisah. pandai2 la hal korang sekeluarga.
contoh mak bukan jenis yang akan tetiba hasut2 anak dia kata aku tak berkenan tengok perangai bini kau ke.
tak pun jenis sound kau direct ke apa. memang takda langsung.
dia ok je.

eh jangan ok. ada ok jenis mertua gitu. memang stress la kau if dapat macam tu.
yang jenis semua hal kau dia nak kawal. semua dia nak komplen.
semua anak dia je betul. tangannn kang baru tau.
mak tak. dia siap cakap, mak takkan marah anak orang, sebab mak tau anak2 mak ni perangai teruk.
wahh terima kasih mak. walaupun menantu dia pun sebenarnya boleh tahan. hahahah.

family laki aku ni tak dibesarkan senang.
sangat susah. adik beradik pun ramai.
susah yang tahap kalau dengar dorang cerita time kecik2 memang sebak la aku.
sebab tu bila ada duit sikit, dia nak bg parents dia aku ok je.
mula-mula time kawan aku macam tak faham la. aku macam apesal pulak.
abis aku ni macam mana? perangai takleh blah kan.
sampai la laki aku cakap, "i ni anak sulung. memang tanggungjawab i. macam mana kalau parents u macam parents i? u sanggup ke tengok dorang tu tak makan ke apa."
baru aku tersenyap. betul jugak.
i am bless, i mean walau la bukan la fam aku senang.
tapi papa n mama ada pencen. so takat lepas diri tu memang ada la duit. if anak2 bagi kira bonus.
tapi parents dia takda semua tu. so if anak tak bagi macam mana kan?
tu if anak-anak bagi. tapi if tak bagi? aaaaa aku sedih.

aku kadang baca sana sini. or tengok drama orang tak hiraukan parents ni.
takda hati ke dorang ni?
mak bapak kau kot.
sebab tu la ada pepatah anak 10 orang mak bapak boleh besarkan, anak 10 belum tentu boleh jaga mak bapak dia nanti. kan. aku rasa memang ada. i is cannot.

semalam aku cerita-cerita ngan mama, pasal mak lepak rumah aku.
keluar sana sini kita orang bawak.
mak aku ni dah nangis-nangis. sebab sedih kan.
aku pun sedih tapi aku tahan je la sebak.
macam bawak mak pergi makan teppanyaki.
mak kata first time mak makan teppanyaki ni. sedap jugak. T____T
paling aku tak tahan bila sembang-sembang pasal jalan-jalan, mak kata dia tak pernah sampai PD.
PD ok PD! aku rasa if percutian port dickson tu la tempat pertama kau tuju sebab dekat kan.
tu la aku pun tak tau bila free.
aku rasa nak plan la nanti bercuti ke PD ke apa.
tapi tu la PD bukan best apa pun selain laut. haha.
tapi takpa la janji berjalan. bila agaknya.

pastu aku dok bagi segala baju n seluar.
mostly baju baru, siap ada lagi price tag. takpun pakai sekali 2 je.
sebab aku tak berkenan cutting dia.
then bagi perfume, bagi dia make up la apa.
punya la mak happy.
berkali-kali cakap thank u n berdoa syukur la apa. aaaaa i is cannot.
yang laki aku sikit-sikit sakat mak dia. sepuluh kali nak tanya mak suka ke mak?
mak cakap mak suka n angkat tangan doa, nanti laki aku sakat lagi, "amboiii tinggi sangat tangan tu mak angkat."
hahaha kong aja gila laki aku.

banyak kali mak pesan ada lagi nak bagi, bagi kat dia.
elok la size nak sama.
cuma mak ni tinggi. aku ni ketot kan.
tapi ok la usually aku beli mesti seluar panjang ke bawah kena lipat2.
ngan mak just nice. sama la baju aku pakai sampai ke bawah lutut. mak pakai elok atas lutut.
gitu la.

masa gi shopping complex lagi i sedih.
dia dok tengok baju-baju.
biasa la baju2 sekarang pun mana ada murah sangat kan.
tapi aku rasa standard harga la.
tapi mak belek2 je. pastu dia kata ish mahalnya, mak selalu beli kat chow kit.
kau tak sedih? tapi tu la aku tak reti nak tetiba macam takpa. pilih saya bayar. huhu.
aku lagi prefer beli bla bla bla. nanti bagi. hahah sebab aku ni tak reti handle situasi melibatkan emosi ni.

tapi ok la. nampak mak happy.
dia pun kata seronok duduk kita orang. rasa tenang n lupa masalah.
walaupun masa memula ajak dia datang tu dia asyik menolak.
taknak susahkan kot.
plus kita orang kan takda anak. nanti dia boring.
atleast rumah anak2 lain dia ada cucu ke apa kan.
tapi end up dia suka. dia kata tenang.
kucing aku pulak bukan jenis nakal or bising ke apa.
paling2 pun tarzan ke sana sini la. tapi jenis tak kacau orang.

nanti la aku nak ok kan lagi bilik depan.
ada tetamu nanti selesa la kan.
mama pun dah lama ni tak tidur umah aku. hihi.
tapi mama banyak complain if datang. kata rumah aku zoo kucing la.
takda benda nak masak la.
tapi ye la mama tak sihat, dia bukan jenis larat nak jalan-jalan sangat.
so tu yang dia suka masak kat rumah n lepak rumah je.
mak mertua aku ok. lagi ajak jalan lagi dia suka.
senang di situ. :D sesuai ngan konsep menantu hantu.

eh tetiba ni terpikir.
nanti aku dah tua siapa la nak melayan aku.
hmmmm….


9 Comments:

Ayu sukatiakula said... [Reply to Comments]

pape saja psl mak, memang senang touching kan..

Xuriana said... [Reply to Comments]

aku pun kalau dengar cerita diaorg kecik2 sedih jugak. aku ingat ajib kata masa kecik kalau dia pi masjid amaniah, mesti org masuk duit dalam poket bj melayu dia sbb sedekah. bila dia dh kumpul byk2, dia pun lintas jalan pi warta lama beli KFC untuk semua org. sedih ok. aku kecik tak penah la mcm tu. so sad. tapi sbb tu laki aku smpai skrg perangai dia mcm tu. aku suka. dia ajar aku utk stay humble. begitu la ceritanya. hehe.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Bestnye kak.peej dapat mak mertua mcm tue. Berbeza dengan saya , mak mertua suka control anak2 dia, smpaikan mnantu pun dia nak kontrol,. Klau mnantu nak blik rumah family dia siap tentukan brapa hari bole ada kat sana. Saya nie da brapa bulan x dapat balik kg belah saya sebab bila nak balik ada je masalahnye. Lepas tue mak metua saya suka control duit anak2,.kekadang tension dibuatnya.

chics said... [Reply to Comments]

Orang kata kalau nak tau lelaki tu ok ke tak, tengok cara dia layan parents dia. Macam cliche tapi masuk akal, kalau dah dengan mak bapak sendiri kurang ajar, buat tak tauuuu dengan yang takde kaitan darah daging apatah lagila kan. Sedihla dengar cerita kau ni, kalaulah aku mesti dah bergenang-genang menitik air mata aku depan orang ramai.Tak pun masuk toilet nangis puas-puas. Gila lembik aku ni heh.

Lila said... [Reply to Comments]

Peeja,
beruntung ko dpt mak yang baik, tak masuk campur.
Aku kurang untung sikit sbb mentua nampak je soft spoken tapi jenis anggap menantu is menantu.
Bukan anak. Nak buat camno kan? Cuma aku sedih lah dia suka perli aku blk umah family aku. Or dtg rumah dia kejap je. Rumah dia tu ibarat sepelaung je kot! Umah fam aku jauh sikit kot. Mestiah byk habis masa kat highway.
Tu belum dia cerita kat sedara mara bab aku tak keje. Rasa terhina sangat bila dibandingkan dgn ipar duai yg berduit. Lagi satu, kalau berborak pasal anak anak dia, mmg kena cerita yg indah je sbb bagi dia anak dia terbaik. Takde salah. Menantu je yg salah. Biras aku sebelum kawin dgn ipar ialah duda ada anak sorang. Dah kawin langsung tak boleh nak beri anak pertama dia hadiah. Tak habis habis bini dia dan mentua perli perli. M
Every time mentua aku start nak repeat pasal tu, aku blah je. Buat tak layan.
Kadang tu aku tak paham org kononnya dari negeri pantai timur ni molek budi bahasa tp sebenarnya kuat memerli, menyakitkan hati. Bkn setakat tu, sombong dgn org lain. I mean negeri luar. Mcm aku.

Buruk buruk pun mentua kan. Darjat setaraf ibu. Kalau aku berduit, aku akan "beli" hati dia. Malangnya aku cuma wanita yg jobless, harap suami bg nafkah tetiap bulan. .tu pun culas sokmo!
Still anaknya terbaik. .kata mentuaku.

Kita tunggu tuntutan aku dan anak anak di mahkamah.

peanut said... [Reply to Comments]

Sapa potong bawang ni hah?

suezen said... [Reply to Comments]

tetiba sebak bc entry ni...

bai zura said... [Reply to Comments]

kak sedih laaa baca entry nie... teringgat mak kat kg... mak mentua ingat gak...tapi dah tiap minggu balik umah mak mentua aje... memula tu rase cam tak ok gak...tapi pas belapang dada n ok ajeee kalau tiap minggu nak balik selayang pun...bini u nie ok ajeee....

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hai peej..
Eh rasa terpanggil pulak nak cerita pasal mentua pantai timur mcm laila. Makmen aku pun ala2 suka memerli jugak pada mulanya. Lama2 aku perati dia ekceli sensitif orangnya n selalu risau org bersangka buruk ttg dia. Tu yg self defense dgn cara memerli org lain sebelum diperli. Gituh ken. Ubatnya.. perli jugak yg mujarab. Bila dua tiga kali kita perli secara halus n tak kongajo, paham la dia.. Renti la dia memerli kita. Sebab cuak kang menantu bidas lagi pedas :P Memang ada pesen yang tak boleh dibagi muka ni. Cuma, buat secara smart n letak level kita as menantu bijak ;) Most mentua suka kalau menantu dia jadi diri sendiri n tak la pura-pura suci tapi belakang hazabulghunnah sgt ko ni siah.
Bak kata husbnd, sebagai isteri aku wajib mendahului dia sebelum orang lain. So makmen pakmen adikwani adikhalimyazid sila beratur. Amboih menantu pailang ke ni ahaks!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...