Instagram : @peejburhan

omak den

mak mertua ada di rumah ni.
dpd malam semalam dok tidur sini.
sebab semalam dia balik rumah boleh adik ipar aku pergi padlock nya grill.
dah la mak takleh masuk.
so kita orang to the rescue la.

dok kejap then lepak kedai makan sambil buat laundry.
alang-alang aku pun ada baju nak basuh.
pastu teruja mak sebab basuh, kering n lipat.
lipat tu sebab laki aku siap lipatkan.
lepas tu dia kelentongnya mak kata memang bila keringkan tu siap-siap setting terus boleh lipat.
yang mak pun tercengang-cengang la percaya. hahaha. keji gila.
tapi semua dah tau tektik laki aku ni.
nanti dorang nak tau betul ke tak. mesti orang akan pandang aku or tanya aku.
aku memang tak reti nak menipu ni.
n malas aku layan drama penipuan ni tau.
aku cakap memang tak la makkk…kalau ada la mesin macam tu pija orang pertama beli mak.

tapi aku tak lepak lama.
sebab mak tu ngantuk.
ikutkan boleh je hantar mak dulu n kita orang lepak.
tapi mak tu penakut.
loh penakut rupanya mak mertua aku ni.
bila kata nak balik angguk2 nak.
pastu bila kata hantar je then kita orang lepak terus taknak.
dia kata takpa la, tak ngantuk. seronok apa lepak2. eh.
pastu nanti mata berlapis tetiba terlelap. cehhh.
so gerak awal la.

yang kelakar dia guna toilet.
tetiba keluar tu dia tanya, kucing2 ni main2 ke kat tingkap tu.
aku kata la takda. tinggi tu.
pastu mak muka ala2 cuak.
aku tanya kenapa dia geleng2 kepala.
then aku cakap la. kenapa? mak dengar bunyi pssstttt tu ke?
baru dia kata haaa. apa tu?
hahahah aku letak pewangi yang spray2 tu. yang every few minutes dia spray tu.
baru lega di situ.

patut today ramai nak pick up barang.
semua aku tak dapat nak layan.
kata mak ada kan. n MrB cuti. harus la jalan se sana sini.
takda mana pun. dekat2 je la.
tu la laki aku ni spesis gergasi ke apa aku tak tau la.
asal pegang benda memang 80% memang jahanam la.
semalam macam tu tah apa dia buat paip dapur tu patah. grrrr.
dah la indon buat rumah ni bangang al baghal.
ada ke tak buat tempat tutup air tu.
so if jadi macam tu memang takda solution tapi kena tutup paip depan la.
aaaaaa….
tapi still tutup ketat pun tetap ada sikit la air keluar dpd saluran tu. T____T

akibatnya pagi tadi masuk toilet air tangki pun kering. stress tak?
nasib takda rasa nak memerut ke apa.
nasib memang aku ada besen air dalam toilet so takat terdesak tu ada la.
tu yang lepas makan n ke mall mission mencari benda patah tu bermula.
tapi tau la raya cina, harus cuti sakan semua.
sepuluh kedai pergi 1 je bukak ok.
yang bukak tu pun aku tengok sebab owner melayu.
tapi tu la bukan nak cakap, dah kata hardware melayu ni barang harus takdo.
gituh. tu gigih serata alam pusing tengok hardware apa bukak. takda je semua. tsk.
last ada gak satu tu bukak. solution dia sementara ni beli paip bodoh je la yg murah2.
pasang je dulu. supaya tak perlu nak tutup meter kat depan tu.

harapnya kedai bukak nanti.
nak pergi tengok kedai yang jual paip ni ada tak benda yang patah tu.
sayang tu. takda masalah apa kecuali patang belakang tu. ada skru dia.
mahal woih aku beli paip tu.

tangan apa la laki aku ni.
nasib la bini gemuk.
kalau aku spesis kurus macam noy, asyik masuk hospital nanti sebab patah riuk.
baru cuit panggil yang, prappp patah tangan. hahaha.
tapi serious weyh. batang berus lantai tu sepuluh kali patah.
bayangkan aku beli malam ni.
malam tu dia gigih basuh toilet. patah weyh.
sama la batang berus depan, batang mop dalam n luar rumah. (ye laki aku luar pun mop)
semua patah! semua ye. semua!
last2 aku jalan kat JJ aku nampak ada jual batang besi stainless steel ke apa.
amik kau aku beli ok.
pakai khas untuk berus2 ni. so far Alhamdulillah dah berapa bulan batang2 itu survive.

tadi malam pergi dinner ngan mak n sekali ngan tina, ajib n anak2 dorang.
makan biasa2 aje.
tapi takda lepak lama pun. sebab dah kenyang harus malas je nak berjalan.
sesuai bersantai je.
so balik terus.
aku masuk bilik sebab baju harus di lipat. sambil lipat sambil layan drama kat laptop.
pergi depan tengok laki aku dah tertido kat kerusi meja computer. mak dah tertidur kat sofa.
hihi. slow2 masuk bilik balik mari online.

nak layan drama kat laptop ni.
banyak lak cerita abang remy kitew berlakon.
ish ish ish awat la sexy sangat.
ahkak tak tahin laaaa.
slurppppp…eh.

2 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej...laki ko mmg spesis gergaji..hahaha...tp sekurang-kurangnya sbb mmg badan dia besar...then ok la..aku ada causin dulu (perempuan), dia ni badan halus je..tapi kuat makan...dia boleh je angkat (bukan angkut ek) tong gas...beras 10 kg..dannnn...apa je dia pegang, mmg tak tahan lama...semua patah riuk..boleh? hahaha..

- Hayati -

ayahmamilisa said... [Reply to Comments]

ko ni peej..asek buat lawakk je..tergelak2 aku baca..harharhar :D

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...