Instagram : @peejburhan

ok lah tu daripada takda.

ni aku kumpulkan cerita.
so cerita adalah daripada hari-hari yang berbeza.
ada sekali tu aku pergi ke festival city.
sebab aku memang nak mencari sports bra.

mama la ni menakutkan aku.
dia kata eloklah aku bersukan ni.
tapi kena spend sikit beli bra elok, taknak nanti tetek jatuh.
yang ayol tepi aku dok angguk2 pastu buat gaya tetek boleh selempang ke belakang.
pastu memasing gelak. aaaa takuttttt.

terus aku bertanya kat fb mana nak beli.
ye la aku ni mana tau barang sukan
kata sejak lahir tak suka sukan katanya.
so ramai la bagi suggestion n dah la jadi conversation tetek pulak kat situ.
sabar je la.
or aku tanya sebab aku nak tau mana ada jual size besar.
ye la aku nyampah pergi kedai sukan ni sebab tau la size semua macam target customer adalah semut.
halus je semua. tu aku musykil ada ke size aku kan.
lepas dapat suggestion daripada orang ramai.
so paling deakt rumah pun adalah festival city la.
check sana. sana ada al-ikhsan tu kan.

sekali sampai sana laki aku ni dok lah mengaduh sana aduh sini kata sakit-sakit kaki la apa.
then aku teringat kat belah atas tu memang ada tempat massage.
jom la pergi. dia urut, aku boleh shopping kan. aman sikit.
sekali boleh lak nak bersama. eeeii laki iolls ni la.
takleh nak buat sendiri semua nak ada aku. so ok la.
set time. after 40 minutes gitu baru turn kita orang.

apa lagi. pecutan la aku bershopping.
sempat try. sempat sambar apa nak.
ok rush balik pergi tempat massage.

wah best tempat dia. dah la murah.
since dah lewat so amik sejam je full body thai massage.
total rm68 aje untuk sejam tu. murah la kan.
syok gila weyh. thai massage tapi ada gak la minyak segala.
lepas urut dia pijak pulak kau. tu yang terbaik tu.
untuk orang badan macam aku la. if kurus macam noy, selamat la patah riuk. haha.
terbaik la urut situ. recommended.
siap ada urutan kepala tu. kemain budak tu masa bukak ikatan rambut aku sempat tanya, akak pakai shampoo pantene yea? aku kata la ye. kenapa?
dia kata bau pun dah tau. cea terel sangat la tu kira.

memang layan sampai nak terlena.
sampai la laki aku duduk kat tirai sebelah. dia masuk lewat few minutes gitu la.
sebab dorang kemas bilik tu kan.
laki aku ni bising ok. tak tenteram gila.
suara jenis garau besar. tu kuat tu.
kejap nanti dengar la dia.

uuuuu sedap. sedap.
haaa situu…situ sakit tu.
nama siapa? hah aida? kalau lepas ni datang lagi nak amik boleh? sedap kau urut aida.
uuuu sedap aida. sedap. haaa situ aida..uuuuhhhh.

hahahha bongok sangat.
aku kat tepi dah tahan gelak je.
budak yang urut aku tu dok tanya, sebelah ni suami akak ke?
aku kata ye. dia kata nak bukak tirai boleh. aku kata takyah la.
serious bising. orang kalau tak tau dia tu tengah massage mesti akan pikir apa la yang dok sedap aida, sedap aida. over sangat ni.


serious best la. boleh try.
dia ada thai massage n foot massage je. tempat pun tak besar.
dia kat dalam festival city tu tingkat atas sekali area escalator tengah tu.
nampak tak pic atas tu ada tiang n tali tu.
guna tu la dorang pijak tu.
aku tengok benda tu dah la teringat cerita pontianak harum sundal malam.
kan ada adegan pijak badan guna benda tu. hahah

lepas tu harus singgah ke breadtalk.
hari tu keluar ngan filla, dia beli untuk anak dia.
harus aku pun nak jugak. ye la makanan. mana boleh dipisahkan dpd aku.
sedap gilos. so dok teringat je. so singgah beli.
uh sedap i like.



oh btw ni la hasil beli tu.
bekas air tu dapat free.
seluar hitam n sport bra aku try.
so seluar grey tu tak perlu la try sebab dah tau size so ok la kan.
amik je. sekali balik rumah try macam hazabul je.
sebab warna terang. mcm ngeri je rupa aku pakai.
tapi dah beli tu kan. pakai je la nanti. hahah tah bila.

ni adalah last week.
gila kan. pakai baju warna terang. amik kau peluh macam apa.
so aku pun confuse aku ni bersukan ke mandi air terjun sebenarnya.
sekali banyak lak response masa aku post pic ni.
ramai begitu rupanya. ok la takda rasa alien sangat.
paling tak tahan panties pun hampir lencun ok.
aku tau sebab lepas tu pergi toilet tengok oit asal basah2 panties ni.
adakah berzumba sampai terkenc ke apa.
rupanya ohhh ni mesti peluh sakan la ni. gila.
penat tapi puas hati.

ni pic kelmarin.
gigih kak jah selfie konon nak bersukan kan. so beastmode la kononnya.
sementara menunggu laki aku beli popiah. boleh pulak dia.
pastu dalam kereta gak makan. aku dah la lapar.
tak makan apa siang tu cuma tgh hari makan roti ngan tuna.
dia dok nak hulur kat aku.
tapi taknak la.
aku memang sejam sebelum start tak smoke. sebab nanti semput kau.
makan pun kalau boleh sejam sebelum.
rupanya trainer tu kata kalau boleh 2-3 jam sebelum.
kalau tak nanti kau burp akan rasa makanan n tak best la perut.
gituh. so tahan la godaan popiah tu.

hari tu pergi sorang.
sebab elly busy. ikutkan malas je.
tapi takleh jadi. dah bayarrrr. kena pergi.
rajinkan diri pergi.
hari tu kelas step board.
suka cikgu ni. lincah n ceria je.
tapi pitam weyh. 
stepboard ni macam lagi penat dpd zumba.
zumba tu kalau stop kejap2 je.
tapi step board ni 25 min macam tu out gila weyh.
lepas tu mampu buat ala2 tak buat je. cannot go.



kak jah dah tersidai n mampu amik video je.
beast mode la sangat. 
padahal badakmode ok. hahaha.
tapi ok la. ada la jugak keluar peluh daripada selama ni 30 tahun tak pernah keluar peluh sebab sukan.
slow slow. baby badak step katanya.


ini i mampu walau di suruh buat 1 jam pun. selfie n camwhore. hahah.
alangkah lega rasa hati bila seksaan dah selesai.
terseksa asyik tengok jam je weyh. hahaha.
perhatian. aku takda poyo nak bergym bag bagai.
sebab aku malas tukar2 bag. so angkut je handbag senang.
ikutkan aku ada la pakai bag lain utk bawak sini. tp serious leceh.
baik angkut je ni.

nway, settle gym yang konon beastmode tu, tapi yang pasti balik rumah mama terus hadap ni.
syabas di ucapkan.
anda berjaya. hahahaha


nasi minyak weyh. mana boleh tahan.
amboi sedapnyaaaa. *telan air liur*

hebat kan. konon sukan tapi makan pulun gak.
macam aku cakap. aku sukan bukan target nak kurus.
aku target nak cergas sikit. takda la lemau je.
so if aku nak makan, aku akan makan. maybe kurangkan je la pun.
aku bukan nak join modeling sampai tahap makan nak bercatu bagai. kosser iolls.
so jangan nak bagi tips diet or mengeji if aku makan. suka hati aku la kan.

ramai dok tanya aku pergi ni mana.
aku pergi setiawangsa. tapi takyah la korang join.
serious ramai dah weyh. kadang is tensi sebab ramai so jadi sempit je.
pergerakan pun teragak2 takut langgar orang.
aku pun tak paham kenapa tempat tu keep on amik orang.
atleast bagi la max berapa orang sekelas ke apa kan.

n bagi aku tempat ni kelas step board ni aku suka. sebab cikgu best.
walaupun hazab sangat aku nak meneruskan ber-stepboard selama sejam.
tapi zumba dia tak best langsung ok.
masa memula try dapat cikgu ganti. so cikgu tu adalah best sebab memang settle buat tu 2 hari la kau kengkang jalan.
sekali last week dapat la cikgu betul.
aku dah macam wth dia ni. dia macam ikut suka dia je step apa.
kau baru nak hafal step dia 2-3. tetiba datang step lain yang takda kena mengena.
then kau nak catch up step tu. tetiba datang step yang lain pulak. whattt???
pastu dia ni more macam nak menari. pastu lagu dah la some tah apa-apa.
aku dah rasa macam. apakah ini?

then balik tu elly whatsapp kata taknak dah la zumba. join kelas2 lain je.
sebab rupanya elly pun perasan cikgu ni makin lama makin mengarut.
aku pun confuse.
so macam tak memberi kepuasan sangat la bagi aku.

then elok pulak tetiba ada sorang loyal cust aku ni kata aku pergi kelas kat sekian tempat ke?
aku kata la tak. sebab dia kata macam cikgu zumba aku tu mengajar situ.
aku cakap la tu cikgu ganti je. aku pergi tempat lain.
so dia tu bagi la aku link tempat baru tu.
sekali tengok aku adalah happy sebab yes cikgu ganti tu kat situ. hahah.
serious best dia.
n tempat tu pun dekat ngan rumah aku.
tapi takpa la. aku dah start kat setiwangsa kan.
so teruskan je la. tengok macam mana.

apa-apa pun kak jah ngantuk ni.
rasa nak beradu kejap. tadi pepagi dah bangun.
sat lagi nak sambung buat kerja.
ptg kang ada lagii kelas. oh penatt.
harap tahap cikgu zumba syok sendiri takda sampai tahap menyakitkan otak.


5 Comments:

Filla said... [Reply to Comments]

takpe if nak makan peej, sebab ko dah bersenam peluh berbaldi-baldi.. dulu pon makan tapi tak bersenam kan? so now better.. eh memandai je aku hahahah

emy pokden said... [Reply to Comments]

Peej..kt area mn ko zumba tu(yg cikgu ganti tu tu) aku nk zumba opis hour ada x?huhuhu

peej said... [Reply to Comments]

@Filla tu la kan. tapi bila la aku nak rajin exercise sendiri kat rumah macam kau tu.

peej said... [Reply to Comments]

@emy pokden
dekat starparc. yang shop lot baru depan festival city.
kau follow instagram mizfitsfitness ada segala info.
entah la aku rasa kelas usually petang n malam je.
takda lak pagi ke apa.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Kak Peej, bole try zumba zin nama Veronica or Annabella dekat FitWorx bukit jelutong. Maybe jauh kot ngn rumah kak peej tapi serius cikgu ni best. tgok body dorg pun dah inspired giler...pastu byk lagu best2 kadang2 lagu bollywood...bole layan la step2 die.. ;)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...