Instagram : @peejburhan

modus operandi

wah ayat macam skema sangat.
aku nak sembang pasal meniaga ni la.
pernah terbaca kat facebook.
list peniaga online yang menipu orang.
contoh orang dah bank in dia tak deliver barang ke apa.
takut je baca.

sepanjang aku meniaga rasanya tak pernah lagi kot
unless if pernah aku tak perasan. orang tu pun senyap je ke.
if terlupa pernah. maybe banyak order masuk. aku terclick n baca email/sms/whatsapp orang tu.
tapi aku kat luar. so balik baru tulis ke apa. aku terlepas pandang.
tapi usually after few days customer akan tanya, so harus la kelam kabut hari yang sama or esoknya aku post. duit orang weyh jangan buat main.

tapi tu la susah jugak. barang aku jual harga bukan harga genap.
aku ikut harga yang sepatutnya.
so benda akan jadi problem bila customer masukkan lebih.
ye la senang masukkan kat cdm machine tu genap kan.
kadang harga aku bagi genap. tapi maybe takda duit kecik maka dia bank in genap rm300 ke begitu.
aku selalu akan catit. if aku ada duit pecah. usually aku post sekali balance.
kadang aku takda duit kecik. so aku kena transfer.
tu yang jadi problem sebab kadang-kadang bila urusan jual beli banyak.
kita jadi lupa dah bagi balance ke tak.
aku rasa ada yang aku tak pulangkan ni. tapi tak ingat siapa.
customer pun senyap je.
tapi tau tak rasa tak best dalam hati tu. sebab tu bukan hak kita. tapi hak orang.
so if ada antara korang yang aku pernah tak pulangkan duit korang. tak kira la even rm2 pun.
bagi la tau. jangan senyap je. pendam dalam hati.
kecuali if halalkan. then terima kasih.

ni tadi ada terbaca kes kat facebook.
pasal barang dah beli. harga mahal ye ratusan ringgit.
barang tak sampai n bermacam alasan tak logik bagi.
tak paham aku orang yang sanggup buat macam tu.
tau tak duit tu haram ok kalau dapat cara menipu orang ni.

tapi tu la hati orang ni kita tak tau kan.
aku ada tengok orang share kes-kes orang percubaan menipu pelbagai cara.
kata dah bayar. siap bagi bukti payment ok.
rupanya benda tu dia edit ke apa. sebenarnya tak bayar pun.
aku tak tau la if aku pernah kena. sebab aku bukan pakar IT.
tapi aku ada kena few times. orang yang mengaku bayar. tapi takda transaction proof.
takda langsung ye.
bila mintak kata kawan bank in kan, suami bank in kan. bla bla.
aku check online banking memang takda masuk.
dia kata la dia transfer daripada bank lain.
ok selalu masuk 2-3 hari.
so aku kata if nak aku post. bagi pic resit ke apa.
dia kata dah buang pulak. tapi takpa esoknya dia akan ke bank mintak balik resit.
aku pun tak tau. boleh ke?
so aku biarkan je la. if ada nanti contact la.
seperti biasa. terus diam seribu bahasa.
aku pulak after few days teringat.
teringat sebab memikirkan eh orang ni betul ke beli. takkan taknak barang dia.
taknak aku dosa amik duit orang tak bagi barang.
so aku check la bank. mana tau after few days masuk duit tu kan.
guess what. 6 hari dah berlalu. takda ok amount tu masuk. tak ada!

apa maksudnya tu?
aku pernah kena la dulu bila ingat balik.
serious macam sama. sama alasan suami masukkan.
pastu tak abis2 tanya sempat tak post today.
aku kata bagi proof dulu. tak sempat today esok aku post.
memang senyap la.
tak sure if orang yang sama ke tak. tapi nak sama kes.
aku mana nak ingat. kau berurusan bukan ngan customer puluh2 customer.
beratus kot. memang aku tak ingat la nama ke apa.
mana yang aku ingat tu sebab orang tu regular customer tak pun customer masa mula2 aku jual.
time tu mula try2 so memang ingat.
tak pun cust jenis layan sembang. kadang aku ingat la. tak semua. tapi some.
so jangan kecik hati if korang cuba ingatkan aku. aku takleh ingat.
harap maklum ahkak tahun ni nak masuk 31 dah uolls.

so nway, pernah sembang ngan mama hal ni.
mama kata aku kena alert. fokus. jangan kena tipu.
aku cakap, aku dah buat terbaik la.
tapi if betul niat dia menipu, aku pun tertipu.
takpa. Allah ada. kat sini kau lepas. tapi akhirat kau nak lari mana.
sebab mintak maaf. aku ni takda la murni sangat hati. sebab if betul kau menipu, aku takkan halalkan pun.
keji kan? memang aku keji. tapi yang menipu tu lagi keji.
benda kau nak pakai n minum pun dengan cara haram. so sendiri pikir.

tak kisah la benda yang aku jual ke.
yang korang beli mana2 lain ke. pakaian ke apa pun la.
tetap benda tu hasil kau menipu.

dan kepada customer. kalau boleh transaction proof tu jangan la hasil kau copy paste bagi.
copy paste kat email/sms korang. send ke aku.
pastu bila aku macam cerewet sikit mintak pic nanti macam-macam pulak.
kadang aku rasa bersalah rasa macam aku ni cerewet ke?
tapi if aku amik ringan, aku membinasakan diri aku sendiri.
begitu la.
so masa buat transaction tu kat part email or phone number, isi la phone number aku n email aku.
bukan korang punya sendiri.
yang masukkan pakai atm machine or cdm bg la pic resit tu.
jangan tetiba terus bagi tau, "dah masukkan sekian amount. dekat sini. ref num.
no no no. bagi gambaq ahkak suka. senang ahkak refer :)
begitulah. untuk kesenangan bersama.

kalau tak tau macam mana. tanya.
takda nak marah pun. sebab ada customer tak biasa so memang tak tau.
dorang akan tanya. aku akan bagi tau cara-cara dia.

sekian celoteh kak jah hari ini.

p/s: kak jah nak bergerak pun tak mampu ni. berjalan mengalahkan gaya orang tua. if mama ajak lumba lari ni confirm mama menang. aku biarkan mama feeling sorang lari, aku duduk je. hahah. eh motip nak  mengenakan mak sendiri?


2 Comments:

SaraFazli said... [Reply to Comments]

hi peej
sje la aku nk bgtau ko..aku ni keje dgn banking sector
so klu ade cust tu ckp slip payment dah buang n nk pg bank blik nk mnta
ko jgn nk percaya yerrr
slip dr cdm tu one time jer akn dpt
klu pg bank skalipun, xde maknanya bank nk layan bende2 remeh cmtu
mcm aku yg sllu jugak bli online
trx yg aku buat thru m2u
mmg aku akn attach slip payment (dlm pdf format)
n lg 1 be careful klu ade cust pay thru cdm, email ko pay slip tu tp bile ko cek payment tu xde
ye..mmg xde. org yg bijak pandai la ni edit segala bagai
da byk aku dpt kes mcm niii
so be extra vareful yer...
sekian mashehh

peej said... [Reply to Comments]

@SaraFazli

tu la macam tak logik je kadang-kadang kan.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...