Instagram : @peejburhan

memang selalu ke apa ni?

aku rasa korang pun sama kot.
ke memang aku sorang je yea?
ala yang rasa tak best tu.
rasa yang buat kau senang tersentuh, emo, sentap, sedih tak tentu pasal tu.
macam semua benda akan bagi kau cepat terasa.
pastu nanti sedih.
pastu nanti stress.
pastu aku stress aku tak tau nak buat apa.
benda yang happykan aku time stress adalah makan.
tapi aku dah lama pulak tak makan sungguh2 sangat.

serious. 2-3 hari ni rasa tu datang.
pastu nanti aku emo je. semalam the worst.
nanti mula la aku pikir berlebihan.
pastu sedih n bengang je rasa.
so taknak over fikir, so baik tidur awal.
awal tak awal sangat la pun, tapi awal daripada selalu.

sebab perasan tak selalu benda and rasa macam tu datang malam sebelum kau tidur.
nanti kau tidur. bangun esoknya. dah takda dah pun rasa tahik tu.
so bangun ni patut rasa ok la kan.
until la ada 1-2 benda bikin rasa tu datang balik.
pastu mula la aku sebak, sedih apa segala.

bab kecik hati jangan cakap la.
kecik hati tahap rasa macam malas nak deal ngan manusia lain.
tapi mana boleh kan buat macam tu. hidup harus diteruskan.

aku pun tak tau la motip entry aku ni.
cuma nak bagi tau hati aku terlebih sensetip lately ni.
so tak payah nak sarcastic sangat.
aku takut aku meletop lalu memaki berbakul-bakul nanti.
tapi usually aku akan diam n malas layan. tu yang terbaik.

ok apa nak buat untuk hilangkan rasa pelik ini?



13 Comments:

Malina Mat Wazip said... [Reply to Comments]

Kak Peej, get your "Me" time and pergi holiday k..rehatkan badan, dan fikiran.. :)

UnaChenta said... [Reply to Comments]

salam peej..
akupun rasa begitu beberapa harini. dada ni rasa berat..kalau dah stress rasa sayu jak hati macam nak nangis.. lepas tu pagi ni period.. ahaha.. adakah perasan emo semua tu sebab nak period dtg bulan?.. hewhew..
btw peej u a strong lady.. biasalah perasaan kita kejap ada naik ada masa turun .. jgn sedih2 k .. sennyuummm :)

chics said... [Reply to Comments]

Hmmm. Aku tau sangat perasaan ni. Aku rasa bila kau dah start exercise ni nanti dia berkurang sebab jadi penat and terus lena.

Selalu aku pendam je rasa tu sebab tak nak sakitkan hati orang or babitkan orang, biar aku deal sendiri kononnya tapi hmm makan diri pulak. So sekarang, aku luahkan je samada through twitter, blog or nangis lepas sembahyang. Lepas sembahyang sounds so cliche tapi ada certain benda yang kita tak boleh nak cerita dekat orang, even dekat husband or parents sendiri so for me that's my solution. Orang kata jangan fikir, camana tak nak fikir kalau the same thought keep coming.

Aku tau aku hilang ramai kawan bila aku start isolatekan diri tapi at least aku rasa better. Kurang semak kepala aku and bila aku dah ok aku keluarlah dari isolation hehe.

Eh panjang pulak. Takpe, aku nak kau tau there is a way to handle things before it gets shittier. Nampak macam benda kecik tapi bila start main dengan emosi..

croft said... [Reply to Comments]

Ubat saya.....makan coklat. Tapi takde la bebanyak, sebab sedor diri ni kencin manih. Tapi mmg lepas se-das coklat tu, pergh...hilang masalah emosi.

chuya - the mother of A's said... [Reply to Comments]

nak period kot

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej, agaknye sebab tengah diet tak? sebenarnye tanpa kite sedar mase mule2 diet selalu mengundang kemarahan/kemurungan sbb tengah nak sesuaikan diri dengan kurang makan/tahan lapar.....

ke aku sorang je yg macam tu? hahaha. selalunye kalo nak start diet memang mood swing sket la. tapi lame2 nanti ok je. exerise penat2, balik tu tido teros. hihi

Anonymous said... [Reply to Comments]

Kalau aku selalu pms cenggitu..9 thn kawin ex x penah nk amik kisah so mmg mkn hati sesgt bila time pms. now dh makin berumur dgn tanggungjwb makin bertmbh n pms ni makin menjadi2 (certain months) pndai pulak nk handle.its like ko dh dpt predict tau apa akan jadi so baik bertindak cpt. kalau mkn coklat boleh menggembirakan, thats what I'll do. Kalau masuk gua membantu, thats what i do too. anything. anything peej...listen, n follow ur instinct. Alhamdulillah setakat ni berjaya. Bila masuk gua n isolate ourselves mmg x bagus but if its good for us, y bother? (AA sekejap). The good thing is, bila mcm tu, our 'real' fren will show..trust me. All d best k! :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

Pija, semua manusia mesti ada perasaan tu. Orang yg happy go lucky pun kenkadang mesti ada especially masa nak datang period or tengah period. Moody je. Apa aku nak kata...normal lah perkara tu asalkan ko tak buat perkara2 extreme...itu dah cukup baik :)

- Hayati -

Anonymous said... [Reply to Comments]

assalamualaikum peej

ana pon slalu rasa mcm tu...ntah la...kdg2 terlayan gak emo tu...nangis sorang2...pastu ok...perasaan tu takleh nak diluah mcm mana....rasa sayu je...even kat husband pon tak boleh nak luah....rasa mcm satu dunia tak faham rasa yg terbuku kat hati...skarang bila dah ada baby...makin menjadi2...ishkk...takut jugak...rasa mcm mental plak...bila baca peej nya topik ni...tetiba mcm eh...bukan aku je rasa mcm ni...thanx peej for sharing....btw ni kali pertama komen...selalu silent je...

Anonymous said... [Reply to Comments]

same here, im felling shitty this week for no apparent reason, easily pissed off jugak and wish everyone around me can shut up...aiyakkk...i want to blame it to growth spurt..haha

me suya said... [Reply to Comments]

normal la peej nk sentap/terasa/sensitip bagai ni.. CUma jangan lama-lama yer.. hahaha.. Yang penting kita leh handle kita nyer emosi agar tak berterusan gitu.. :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

saya pun sama...factor usia kot + pms. Sayu je rasa hati ni..tp cuba dekat kan diri dengan tuhan untuk cari ketenangan

-Abby

Fan said... [Reply to Comments]

Permakan tiba-tiba berubah. Perut tiba-tiba takde makanan waktu tengah malam. Mungkin minum air jarang banyak perut pun tiba-tiba takde lebihan gula. Dah tu exercise - toxin, lemak semua tetiba kena release terbakar. Body counter-react la ni. Sabar tunggu seminggu dua tengok apa jadi. Kalau rasa masih nak tendang pasu bunga jiran sebelah lepas dua minggu, sila cek in Tanjong Rambutan.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...