Instagram : @peejburhan

melayan kerenah.

oit tolonglah tengah percubaan merajinkan diri update blog ni.
tak mari-mari lagi la perasaan rajin tu.
malas n dah takda mood nak mengadap blog.
eh tipu. still mengadap sebab baca komen korang or baca blog orang.
tapi sendiri nak update blog adalah malas.
tang baca komen tu rajin. n if rajin aku reply.
tapi bila korang komen kadang aku dok sengih n dalam otak dok la mengreply.
tapi dalam otak je la. rupanya aku reply time baca tu. hakikatnya tak reply pun. hahaha.
syabas mere betty.

tadi aku transfer pics dpd hp ke laptop.
hoih ada seratus lebih pics. pitam nak update yang mana ni.
ye aku ni beli camera tapi malas gila nak angkut.
bergelimpangan je camera. aaa berat. baik pakai hp je. ok jugak kan picsnya. ;p
nway, setelah di check-check. ok mari update kisah bersama gilla tapi dikumpulkan dalam entry yang sama.

filla ni rajin jugak jumpa aku.
bila dia ada cuti n ada hal kat KL ke mesti ajak jumpa.
paling tak menahan nanti dalam group whatsapp dia mesti intro, "aku cuti sekian hari ni. siapa free? jom lepak?".
menyirappp je kan. sebab dah terang-terang elly kerja.
memang aku je la yang tak kerja n selalunya ada free time kan.
dah setelah berkali-kali berlaku terus aku jawab, "kau takyah tanya la filla. kau memang tau aku je yang free kan. kalau aku tak bagi pun kau paksa." hahaha.
memang ok. kadang tu paksa je kata nak datang.
aku kata aku ngantuk ke apa pun dia kata tak kira nak datang jugak.
sabar je la.

tapi ok je. boleh sembang ke apa.
aku pun bukan ada apa pun.
cuma bila dia datang haruslah aku buat kerja pun menggelupur je.
sebab nak siapkan cepat then boleh la lepak ke apa kan.

ada sekali tu dia datang kebetulan laki aku pun cuti.
sebab fam belah laki aku datang.
elok dorang balik kita orang nak keluar lepak.
ajak la laki aku sekali.
ye la adalah keji bersuka ria laki kesepian kat rumah.
dia lak nak segan2. ah mengada. ikut je.
sorry aku adalah pemalas nak amik gambar sangat.
filla sumpah rajin. patutlah dia retis sekarang. kegigihan tak berkesudahan katanya.
so nak baca cerita bergambar pasal keluar tu boleh CLICK HERE.
kalau tak tengok muka aku besar pasu boleh tengok situ.
sebab if aku yang amik pic n vain harus la bermain ngan angle kan. huahahauahauaha



angle la sangat. still beso.
tengok la kening pun hazabs.
takda masanya nak pergi membuat. tengok la if rajin weekend kita pergi.
nasib misai belum menjadi datuk K.



as usual makan kat sakura kristal je.
malas nak amik lauk2. so aku n filla order yang sama. beef yee mee.
besar gila weyh portion dia. cea ayat macam terkejut sangat.
padahal elok je aku kasi licin kan. hihi.
oh air adalah sea coconut longan. mmm dap dap dap.

tak lepak lama pun.
sebab filla akan gerak awal sebab nak elakkan jam ke apa.
tapi serious dia tu rajin ok.
ada cuti rajin dia ke KL ke apa.
kalau aku la cuti je harus membongkang je. lagi best. nyamannnn.
jauh kot rumah dia nak ke sini.
tapi ye la orang rajin drive ni dia tak terasa jauh ke tak.
aku kau jangan la. orang suruh aku pergi cheras pun aku akan kata, ahhh jauh. hahaha.
sorang lagi yang rajin drive ni adalah jonet.
dia dulu masa posting kat kluang. asal ada cuti rajin balik rumah parents dia or dtg KL.
dia kata dah biasa. so tak rasa apa.
kalau aku tu. memang tak laaaa. biarlah aku menjadi katak bawah tempurung pun takpa.

hari sabtu as usual if aku takda apa majlis or urusan akan jumpa elly n filla.
sebab dorang hantar anak tuition. so ada la masa terluang few hours.
so pergi la jumpa.
biasa la kak jah malas. so memang takda gambar.
kau rajin kau pergi la elly n filla yea.
rajin berdua tu. hihi.

then ada sekali tu filla datang rumah aku.
lepak kejap sementara aku siapkan packing barang nak post.
then kita orang ke klcc. sebab filla konon nak shopping.
takda makna. jumpa kejap mana nak sempat.
dah la memasing kebuluran kan.

pergi dua kereta supaya senang dia nak balik later.
takyah la patah balik hantar aku ke apa.
singgah isi minyak kereta filla.
sementara aku dok whatsapp la noy kata aku nak ke klcc.
if free jom la.
sekali dia kata dia otw.
siap hantar selfie lagi.


noy bersama rambut ala cendawannya. hahaha. sian.
padan muka gatai potong fringe sendiri. pergi saloon pun tak dapat di bantu.
lama tak lepak ngan dia. so ada peluang lets.
so aku pun gatal la nak hantar selfie aku dalam kereta gak.


sekali tengok2 kereta filla dah ada sebelah aku muka berkerut2 suruh aku jalan.
hahaha terkejut kak jah.
baru berangans selfie.

sampai tu sempat la dia nak shopping.
takda pulak yang dia nak tu.
aku ni dah la lapar ni.
pastu dia pun kata jom la makan.
sebab perut lapar nak shopping pun tak tenteram. haha. memang pun!


tengok semua sibuk selfie aku pun nak.
tapi boleh tahan buruks la. tapi since tengok takda pic tepek je la.
uihh comot gila. malas nak bersiap.
rambut pun lama tak pergi saloon. ngeri gak la.
bilanya nak pergi tah.

lately aku rasa hidung aku makin ketara jambu airnya.
maybe sebab muka kembang setaman kot. so hidung pun tumbang gembira.
mungkin aku perlu consider memancungkan hidung macam artis2 sekarang.
pastu bila orang tanya aku kata la aku resdung ke, berat berkurangan ke, sebab pakai braces ke kan.
kan kan kan.

oh makan hari tu kat chilis.
tak tau nak order apa.
so order ini.



bila lapar tu kemain.
tp makan burger ni sengkak semacam rasa.
end up aku abiskan daging je.


sombong gila minah ni.
nak amik pic sesama eksyen. kesiah ahkak mampu amik sipi begini.
tu pun muka serupa apa minah tu nak marah2 kitew.

then teman si filla shopping lagi.
tapi end up tak beli sebab takda yang berkenan.
sementara tunggu dok la amik pic noy.
sambil bebel kata kau ni dah kurus sangat la noy.
apa kena tah dia ni.
so aku amik pic dia nak tunjuk betapa kurusnya.
pastu tunjuk. dia leh kata, "takpa la. baru macam supermodel." T_______T


kurus terlampau dah ni.
mama pun bebel. dia kata sorang anak dia kurus sampai nampak rangka.
sorang terlebih muatan.
thanks mother.

tengok jam. eh macam tak sempat je shopping.
takpa la filla lain2 kali je la.
so singgah mengopi kejap kat starbucks.



tapi elok nak gossip jumpa lak kawan lama since sekolah menengah dulu.
sekali dia datang lak duduk sekali.
takkan nak halau.
tengok baju dia tau dia jual insurans.
sekali noy si bengong boleh keluarkan soalan cepu emas, "awak buat apa sekarang?"
haaaaa amikkan terus masa kita orang di isi dengan cerita dia pasal insurans. aaaaa nangis.
aku ngan filla la dok terangguk-angguk.
yang noy dia dah tanya. pastu dia bantai main phone. sabar je la.

last-last tengok jam memang dah time pun nak gerak.
tsk.
apa pun tak boleh.
takpa la lain kali la kita jumpa n sembang puas.

aku nak shopping ni.
tapi tu la bila nak pergi tah.
normally hari biasa busy hal kerja.
ptg or malam post barang n pergi segala zumba apa tu.
tak pun ada customer nak datang ke apa.

serious aku dah takda baju or seluar dah.
aku dok bagi orang la apa. sendiri takda. rasakan.
if ada pun dah ketat melampau. padanlah muka gemuk kan.
baju pun sama.
aku malas beli online sebab selalu size mesti tak best.
kadang terbesar gila. kadang terkecik.
tak pun bila sampai kualiti tah apa-apa.
naik malas dah.
baik shopping bebetul2 la.
tapi tu la takda masa nak pergi.
plus nak pergi kena sorang or ajak noy.
tak suka shopping ngan laki aku. nanti aku macam tak rasa tenang.

hmmmm. bila mau pergi ni?


2 Comments:

Filla said... [Reply to Comments]

thank you peej, hiburkan hari petang ku yang bosan takde keje ni.. sib baik panjang entry kau.. slow2 aku baca.. now nak usha blog mana plak ni?

Anonymous said... [Reply to Comments]

akak meh sy teman shopping.huhuhu

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...