Instagram : @peejburhan

kak jah di hari minggu.

weekend takda buat apa sangat.
oh lupa nak bagi tau. last week aku berjaya beli kasut sukan yaww. hahaha.
time beli pun rasa geli hati.
mesti sales girl stock berkata dalam hati, "gigih nak kurus lettew". hew hew hew.

ingat tak tahun lepas aku ada cerita nak pergi zumba ngan elly.
ye aku ni hangat tahi ayam kan.
elly dah kemain join dpd awal tahun.
siap dah kurus bagai. aku tak join-join pun.
sebab january hari tu kan aku sibuk hal promo.
memang serious banyak gila orders tahap setiap hari tak memang tangan n letih.
orang maybe akan cakap eleh apa letih sangat kerja macam kau tu?
try buat dulu baru boleh cakap.
daripada melayan customers, yang ok senang la deal. yang lorat tu, Tuhan je la tau seksa macam mana.
then dengan nak pack tu. nampak senang. tapi kalau tiap hari kau hadap paling kurang 30 parcel.
memang tangkap pinggang jugak la.
then uruskan hal lain lagi.
ngan malam ingat boleh rehat tapi laki aku mesti nak ajak lepak.
selagi aku kata nak ikut. selagi tu dia pujuk ajak ikut.

memang la ikutkan, baguslah laki kau rajin heret sana sini.
usually laki tak kuasa nak bawak bini. semak kan.
ok la best. tapi tu la if tiap malam. penat jugak weyh.
nak jugak me time kadang-kadang. tak dapek.

so anyway, sambung cerita. lepas abis promo.
dah aku demam pulak. so memang tak join la class elly tu.
then dah sihat. mula la rasa malas tu menjadi-jadi kan. hahaha.
sepuluh kali jugak elly tanya kat group bila aku nak join. aku diam je. ahhahahah.
sampai kena sound, " kau ni aku cakap pasal exercise kau diam je kan." hahahhahahahaha
aaaaa help help help. malang nasib kau elly baru kenal aku.
adik aku dah pasrah. ok tipu dia pun sama tak putus asa.
macam tak kenal kakak dia memang konsep badan almari selamanya.

aku bagi alasan takda kasut sukan. kah kah.
sampai elly nak hangkut aku la beli kasut sukan.
ok sebelum beli kasut sukan sambil di bebel. baik aku pergi beli.
berjaya beli. tapi baju ke apa takda beli.
ala pakai je la apa ada. badan begini pun.
lain la dah kardashian tu mungkin boleh poyo. matiklah kardashian katanya.
memang takkan pun. huhu.
so Insyallah minggu ni start join elly.
berdebar aku. ye la kata last exercise 5 tahun sudah kot. hahah.
dah la kelmarin terbaca kat fb orang join naik basikal tetiba rebah meninggal ok.
sebab sesak napas. aku ni bukan boleh. gemuk cepat penat. kang tak pasal.
tapi elly kata takda paksaan, rasa nak stop boleh je kau stop pergi dok luar.
ye la kau push to the limit ahkak jah ke hospital tak pasal.

nway, aku join bukan sebab nak kurus yea.
sebab nak turunkan sikit supaya aku muat segala pakaian aku.
jangan kau sekarang ni seluar semua muat-muat je.
seksa pakai. sampai rumah bukak butang terus.
sebab tu now aku bantak pakai seluar getah je.
tapi tu la dah segalanya macam nak meletop.
sendiri seksa tengok diri sendiri pakai apa.
but what to do. memang takda apa nak pakai dah.
belum lagi kemain shopping online amik size baju biasa pakai.
sekali sampai n try, cantik melekap tang perut.
kalau perut persis next top model takpa.
ni perut serupa michelin punya maskot tu. aaaa tak suka.

so dapat turun sikit pun jadi la.
n aku tau aku ni pemakanan tak jaga kan.
aku tak rasa aku makan banyak.
normal portion la kan. macam selalu dalam movie orang gemuk mesti stock makan burger 5 biji.
nasi makan 3 pinggan ke apa. aku tak.
aku macam biasa la makan sepinggan je pun tiap meal.
tapi tu la timing.
tapi takkan kurus macam noy sebab minah tu nafsu makan besar. tapi nanti order dia makan suku pinggan je dah kenyang. eh tu gila namanya.

so now tengah try tak makan lewat malam.
seksa i tell u.
sebab tu aku malas ikut laki aku lepak.
tertekan aku tengok makanan melintas-lintas depan mata aku.
nasi lemak la, mee goreng la, tosai la, nasi goreng la. *gulp*
dapat lak kawan laki aku semua jenis kejam.
saje pusingkan makanan yang part cheese meleleh2 mengadap aku.
sambil hirup tomyam sambil, "fuuhhh sedapppnya kakkk." kong aja gila.
pastu dok tanya muka tak percaya akak nak kurus ke kak? diet ke kak?
aku cakap la tak tapi nak try elak makan malam.
siang aku balun je. takda la tahap sanggup tak makan nasi apa bagai. no no no.
yang laki aku jawab, "tak bini aku dah join modelling agency, so sebagai trainer dia memang aku train untuk dia kurus."
eeee tak suka.

nway, sabtu lepas jumpa filla n elly.
dorang kan memang ada program every saturday.
so berjumpa la. suami aku dah ok memang tau if takda apa aku akan jumpa dorang.

kak ton lama tak vain.
so merasa la #seatbeltselfie
kat traffic light dok melayan.
carik paling ok.
biasa je pun. tapi biasa la perempuan.
sampai jumpa paling ok baru kasi instagram. huhu.
tapi since semua pic ada share je la.
kata blog aku suka aku la kan.




kiranya pic last tu la memenangi carta.
sebab tak nampak bibir kering aku. hahah.
aku ni memang begitu la. aku make up ke apa.
tapi nanti lipstick lupa pakai.

eh macam memancar-mancar lak kulit iolls kan.
sebab tu aku suka #seatbeltselfie ni bikin kau flawless ok. walaupun…
oh ni no filter yea. tapi bantuan cahaya matahari. hua hua.
aku now tengah musim menanam jerawat di tepi bibir la.
orang menanam tebu, aku mampu tanam jerawat je.
serious keluar seketul. elok kering. parut tak hilang lagi muncul lain.
apa ni. 
dah la jerawat. kalau tahi lalat takpa gak.
boleh jugak berangan, "hi saya siti nurhaliza" *suara ala siti*

aku park kat rumah mak aku.
then filla datang jemput.
kita orang ke alexis great eastern mall.
makan-makan. aku lapar woih.
kata last makan adalah petang hari sebelum tu.
terus order nasi ayam. lapar nak nasik. melayu sangat kan.
sorry tak amik pic.
ni pun amik elly punya.


muka besar pasu. muahahha.
padan muka. camwhore selfie mampu la angle bagai.
orang amikkan terus pasu di situ.
sebab tu mama if jumpa aku bising dok cakap, "dalam gambar macam kurus, tapi muka pasu sebenarnya."

lepak makan sembang ala kadar.
dok gelakkan filla macam-macam.
seronok betul aku n elly gelakkan dia.
dia ni kelakar. sebab kelam kabut kalut2. tapi sebenarnya lembab je.
sabar je la melayan dia tu.

then singgah kedai sukan.
elly gila suruh aku beli seluar la baju la.
takyah la elly. size aku takda situ. bagi depress je.
aku pakai biasa aje.
elly sebijik perangai nonoy. jenis semangat lebih.
nak sukan amik kau menggila beli barang sukannnn je.
layankan je.

then singgah belikan orang rumah kuih muih n all.
then aku balik lepak setiawangsa.
suka la mama kejut dia daripada nap tengok ada banyak makanan.



terpaling sedap.
sebab dalam tu memang ada durian. bukan paste ke apa.
tapi now dah naik harga. dulu sekotak rm10. now dah naik rm12.
amboi amboi amboi *keluar jari kelinking ala azwan ali*


quality time dengan fam.
pic mama tak amik.
dia marah amik pic dia tak pakai tudung.
baiklah mak.

noy si gila malas nak gi saloon pergi potong fringe sendiri.
aku dok ejek dia di gigit tikus n mushroom.
bengang je dia. dia kata ok.
e eh. i berterus terang ok. tak ok aku cakap.
dia memang, bila aku cakap tak pernah nak percaya.
contoh dulu-dulu la.

me : noy saya rasa dah gemuk la. kaki kau macam kaki perempuan gemuk je.
noy : mana ada saya gemuk. kau tu yang gemuk. takda la segemuk kau.
me : saya cakap je.

then few years later tengok balik pic dia.

noy : omg gemuknya saya time tu. benci gila. kau bukan nak cakap kan.
me : eh aku cakap. tapi kau marah balik kan.

sama macam rambut dia. aku kutuk bagai.
dia kata lawa la. saya suka la.
then tengok balik baru sedar buruk pastu sound asal aku biarkan je macam tu.
macam la aku sound dia percaya.

sama macam kes fringe dia ni la.
aku cakap taknak caya.
sekali lepak malam tu dia dok tanya sekeliling.
semua kata pelik. baru sedar diri. hahahahah.



si manja riri sibuk menyelit.
semalam mak tidur rumah aku lagi.
sebab semalam petang nak visit abah.
abah tinggal rumah kakak MrB.
dia mesti call mak dulu. mak kata nak ikut. so ok la.
so amik mak n jumpa abah.
MrB dok potongkan rambut n shave abah.
duduk sembang kejap n balik.
mak kata nak tidur rumah. ok je.
then malam makan sat.
then balik n tidur.

tadi siang aku bawak makan lunch.
then hantar balik.
mak semalam nak makan mee kari tapi situ takda
tu tadi bawak papparich.
sekali boleh pulak mee kari dia tak sedap hari ni.
cair n tawar. damn.
saje nak drop my water face depan mak mertua iolls tau.

eh ok la. aku nak sambung balut parcel.
semalam aku dah siapkan balut. sebab tau today nak keluar hantar mak bagai.
tapi mana bayar today aku tak siapkan lagi.
takpa tak banyak sangat. sempat aje.
ok sekian celoteh aktiviti kak jah di hari minggu. :)


2 Comments:

me suya said... [Reply to Comments]

panjanggg..syabas peej..panjang gilos.. tp ku bacakan sampai habis jugak.. hahahaha selamat berzumba lah nt yer

Anonymous said... [Reply to Comments]

kak peej..kelas zumba tu kt ner ek?

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...