Instagram : @peejburhan

gossip semasa.

awal bangun today.
sebab ada customer nak amik barang.
tapi tak sampai pulak lagi ni.
semalam aku tidur awal. tapi as usual terjaga awal.
aku rasa if tak diganggu elok aku tidur.
tapi laki aku tu asal aku tak keluar ikut dia lepak.
harus nak call akuuuu je T____T aaaa.
pastu dah terjaga tu harus nak tidur balik payah je kan.
tidur lewat gila ni.
tapi awal bangun.
takpa kang settle orang amik barang ngantuk layan la mata kan.
tengah bulan ni kerja takda la menimbun sangat.

nway, aku nak sembang hal gossip light-light ni.
saje nak tunjuk konon bijaksana so ulasan la kan.
pasal anugerah meletop n dressing orang.
no bukan hal neelofa. tu dah ramai fashion police tolong ulaskan. hihi.
tapi kebanyakan yang pergi situ agak scary baju-bajunya.
aku suka tengok baju lisa surihani. lawa n sweet.
baju siti saleha tu pun macam lawa.

tapi dalam banyak tu ternampak baju zizan.
maju time tengah majlis. bukan time carpet merah ke apa.
dia pakai baju ala tentera.
katanya ramai tak puas hati.
macam takda baju lain la apa. menghina la apa.
aku rasa kau nak pakai celoreng ke, warna army green tu tak kisah.
sebab ramai je pakai. macam fashion gak kan.
tapi aku rasa sebab dia pakai pangkat n crown tu macam melampau la.


aku tak ingat yang kiri tu apa.
tanya papa, papa tau la kot.
tapi yang pasti yang berderet panjang tu aku tau tu adalah pingat-pingat kebesaran.
yang bukan senang-senang nak dapat even dalam tentera pun.
ingat lagi dulu papa punya sebaris je.
ada 3 tak silap, ada yang paling kanan atas tu. tu memang kau masuk tentera dapat tu. apa nama dia.
papa pernah bagi tau dulu. sebab aku penyibuk tanya.
menunjukkan kau di iktiraf oleh agung sebagai tentera diraja malaysia gitu la. if tak silap la.

then papa ada pingat jasa kedah. 
sebab tu tengok pic kat sidebar blog mama ada mama share dia kat istana kedah.
time tu teman papa amik pingat daripada sultan kedah tu.
then papa ada pingat A.M.N tu. tu amik dpd agung kat istana negara.

lagi banyak kau berjasa sana sini.
makin banyak la pingat kau.
macam jonet aku tengok dia ada berderet gak.
sebab kan hari tu dia ada pergi western sahara under UN. then ada pergi afghanistan under NATO ke apa.
so semua tu dapat pingat.

so kau paham tak sini kenapa kadang orang marah?
sebab orang tu berkhidmat untuk negara, ada yang mengancam nyawa untuk dapat pingat tu.
tapi zizan ni sesuka hati je nak pakai gitu. amboih.
tapi aku pelik. mana dia dapat benda tu?
tu takpa masa pakai takda ke orang sound. takkan dalam banyak-banyak orang keliling dia takda sorang pun yang cerdik sikit.
plus pernah kan jadi kes ni tak sampai 2 tahun lepas.
kes si farid kamil tu.
apa la.

ok sekian pasal isu bijak pandai pasal hal tu.
walaupun idok le bijak mana pun.
satu lagi ternampak orang share pics kat bawah ni.

kelakar pulak aku baca.
e eh semua tak boleh abis apa kejadahnya.
mak bapak sibuk kerja. harap cikgu monitor n ajar anak.
sekali cikgu takleh buat apa.
nanti anak tak jadi orang mula salahkan cikgu. wth sangat.
baca list tu semua. serious almost all aku pernah kena.
tapi ada aku mengadu kat mak aku?
tak beraniiiii. sebab aku tau kalau mengadu nanti bertambah hukuman fizikal aku kena.

aku rasa berdiri lama tengah panas tak pernah kena.
selalu denda macam ni budak laki yang kena. aku pun lupa pasal apa.
lari keliling padang kena gak. tapi rasanya bukan denda. memang ada aktiviti.
tapi aku selalu pandai ngelat bab ni. tak kisah la cikgu nak kata aku berat air ke apa.
tapi aku tak sukaaaa. see sekarang kau paham tak elly?
aku memang sejak di bangku sekolah bab sukan pandai mengelat.

berdiri lama luar or dalam bilik darjah tu dah biasa sangat tu.
siap pakej kena berdiri atas kerusi lagi.
siapa belakang aku kesian la.
kalau aku berdiri mesti gelap pemandangan dia.
tak nampak apa agaknya.
paling takleh blah berdiri luar kelas. nanti ada pulak crush kau lalu nak pergi toilet ke apa.
aaaa malu iolls tau.

pukul pakai pembaris panjang kuning cikgu punya tu pun pernah.
takda la belasah tapi kena la.
kat tangan takpa.
pernah kena kat bontot ok.
tapi bukan sorang. semua girls kena. time tu tah kenapa almost all girls kat kelas tak buat homework.
semua kena la. takleh lupa.
dah la kelas aku girls dalam 10 orang. balance belas orang lelaki.
pastu semua kena. elok bunyi pap..pap..pap.
tiba tang aku pelepekkk bunyi dia. abis semua gelak. kims betul.

cubit telinga ni time sekolah rendah selalu kena.
aku tak ingat sebab apa. tapi usually mesti sebab tak siap homework.
or kau tak dapat jawab dalam kelas ke kan.
sama jugak junjung buku atas kepala la apa. tu semua biasa.

ketuk ketampi pun pernah kena n paling epic takleh lupa.
pernah kot aku cerita.
aku kena time form 3. sama la tak leh jawab soalan kot.
ingat lagi time tu subject sejarah.
kena bukan sikit ok. 100 kali.
kau bayang muatan berat kena ketuk ketampi 100 kali. seksaaa.
seksa nak habiskan satu.
seksa lepas tu lagi. rasanya 4 hari ku mengenkang aku nak berjalan.
turun naik tangga lagi hazab. dah la kelas tinggat 3. rasakannnn.

tapi aku rasa segala hukuman cikgu ni la buat kau lagi bagus.
ok takda la bagus mana. tapi aku rasa aku takda la time sekolah dulu bertingkat2 sangat bongoknya.
buat kau usaha lebih. ingat lagi time subject sejarah tu.
sebab aku takut cikgu tu. aku sanggup stay up tengah malam if esoknya kelas dia.
sebab takut tak dapat jawab kena denda.
ingat lagi aku pernah fail abis kaw-kaw kena kutuk sepanjang kelas ngan dia.
pastu aku usaha sampai dapat A dalam exam.
amik kau sepanjang minggu cikgu tu puji aku.
siap kata aku lawak dapat award sebab peningkatan paling banyak.
tak kembang kempis hidung kau. n akhirnya PMR dapat A subject tu.
paling benci kot sejarah kan.

tapi aku perasan sekolah harian biasa ni memang tak strict kot.
tak macam zaman mrsm la.
maybe mrsm kau pun duduk sana.
so maybe parents bagi kepercayaan penuh kat cikgu.
so takda la isu parents mengamuk ke apa.

sebab tu masa aku tukar sekolah aku macam culture shock sikit.
bukan la culture shock apa. sebab aku rasa aku dah cukup modern.
sekali tengok sekeliling tak sangka dorang lagi advance.
n perasan yang cikgu macam tak berani nak kenakan students ke apa.
maybe sekolah tu elit sikit. sikit la.
so cikgu pun tak berani nak lebih2.
takda la segala denda melampau ke apa.

hoi cikgu2 kat mrsm aku mostly garang weyh. takut gila.
stock pendidikan seni pun kau salah buat dia lempar kerja kau.
dia koyak je.
tak pun if tak menepati citarasa out u go.
berpelesaran la kau kat luar.
ye tahap yang kau berdiri luar kelas pun dia tak bagi. dia taknak tengok.

budak sekarang manja lebih.
pastu mak bapak pun kemain la hover.
macam la zaman dulu tak pernah kena.
aku rasa cikgu denda pun sebagai pengajaran.
lain la kalau memang kena belasah sampai anak kau masuk ICU ke.
kecederaaan kekal ke. tu memang cikgu tu mental namanya.
ala ni takat denda sikit je pun. mengada gila.
tapi serious aku rasa denda ni ok.
membuatkan murid ada rasa malu n sesal sikit.
n tanam dalam diri akan usaha lebih ke apa.
ni apa pun tak boleh. macam mana dia nak belajar dpd kesilapan kan?

tah tu aku rasa la.
korang rasa?
tapi serious kalau korang membesar time2 aku n time2 sebelum aku.
korang pun mesti dah biasa kan kena denda.
kan? kan? kan?





15 Comments:

cik wan said... [Reply to Comments]

parents skang manjakan sangat anak dorang kot..tak macam zaman-zaman kita..kalau kena denda tu,benda normal je ms zaman kita..bukannya mati pun kena denda ringan2 mcm tu..

Ayu sukatiakula said... [Reply to Comments]

budak sekarang manja sebab parents yang manjakan..selamba je kita dulu2 kena hukuman2 yang dilarang tu kan. xde pun nak bising2 kat parents. sebab kalu bgtau, maknanya saja cari nahas n dapat la double hukuman dr parent plak.. seb baik la awal2 dulu da cancel nak jadi cikgu. sebab tau diri ni kurang sabo

Xuriana said... [Reply to Comments]

aku pun rasa dalam list denda tu aku byk je kena. setakat duduk luar kelas tu apahal sgt la. tapi betul, kalau crush lalu, rasa nak hempuk kepala sendiri kat pintu sbb maluuuuuu.
aku penah tak buat homeworks geografi, so aku ngelat cakap buku tertinggal kat block. pastu cikgu normaliah ke apa entah nama dia ckp kat aku kuat2, "apsal tertinggal buku? Buku basah masa menyusu anak ke malam tadi?" nak pitam aku dengar. dah la kena gelak dgn budak2 lelaki hahaa. insaf makcik.
btw, kau mmg suka ngelat kot dulu. kalau merentas desa ko selalu kata ko sakit so selalu ko x join. pfft. aku suka merentas desa. tapi tu zaman bdn kecik la. skrg cuba la merentas desa. nangis kot.

Ainur Izzati Ahmad said... [Reply to Comments]

Pasal baju askar zizang tu, ko bkn tunjuk bijak pandai, tp ko memang pandai lagi betul. Ko tau sbnya bapak ko adalah seorang askar. N aku rsa, ko xkan nk senang2 cakap tanpa tau fakta kan.

Aku salah sorg yg share psl gambo hukum hakam yg dilarang tu, WTH semua xboleh??!!
Melampau sgt tau mak bapak zaman sekarang ni.
Aku xtau nk salahkan mak bapak generasi X ke atau anak2 generasi Y.
Boleh dikatakan kesemua hukuman bentuk fizikal dan dua tiga hukuman bentuk mental yg dinyatakan tu
aku kena kt sekolah.
Rileks je balik umah xde nk ngadu kt mak bapak. Xde plak nk saiko smpai malu keluar umah.
Apa lah sgt kena hukum time sekolah. Dr kena hukum bila anak ko masuk penjara kena tangkap sb dadah???
Dah nama pun sekolah. Tempat belanjar n tempat beri didikan.
Habis, nk kena tepuk tangan je lah bila tgk anak ko tu buat salah?? gitu??
Lorat ar semua itu ini xboleh kne hukum.

Che Sue said... [Reply to Comments]

aku dulu kena diri ataih kosi..dh aa duk tepi tingkap, kelas kt tingkat 3! giler sayup aku tgk bawah..tp yg best boleh men lambai2 ke boipren kt luar tengah lari keluar skolah (monteng).. diri luar kelas pun penah..itu mmg kena tebaikan muka..cibai aihh time tu aa ramai nk berduyun2 lalu kat situuuu...

Filla said... [Reply to Comments]

waaaaaaa suka topik ko yang nie... mengimbau kenangan betul... lawak la.. kalau aku tiru tajuk ko untuk entry aku ko jangan marah ye.. kak peej, izin tiru.. hahaha

Huda Ramlee said... [Reply to Comments]

sampai zaman diploma la merasa kena denda duduk luar kelas. tapi takdela sampai nak kenakan lecturer tu balik. dah salah sendiri. ni tak, anak tak siap keje sekolah, cikgu rotan bapak report polis. lepas tu kalau anak tu tak lulus exam ke pe ke, nak salahkan cikgu jugak. lainlah kalau macam kes 'cikgu lembu' tu. itu patut-patutlah kot nak buat aduan. masa form 3 satu kelas kena denda jalan itik, siap kena pi kelas sebelah lagi. budak-budak zaman sekarang kalau kena macam tu, mau parents report menteri terus kot.Zaman-zaman sekolah dulu, takutkan cikgu kalah takut kat mak bapak sendiri.

Anonymous said... [Reply to Comments]

haha terasa bab pendidikan seni.aku pun ngaja seni kat mrsm.memang meluap kalo tgk budak tak buat betul2 pasal bebudak ni bijak2 n talented.aishh memang lain beno masa aku kat sekolah biasa dulu.tapi tulah kita nak jadikan students melayu2 ni hebat dalam segala segi...

aziekz said... [Reply to Comments]

sbg cikgu.....skang xleh dah wat cmtu....xpsal disaman..llu cg tersebut kna tkar sek..pdhal ank nkl,mls...tu bdk skg mual,buat der je..sbb dia mklum cg xleh wat lbih2..ad kes kwan sye..murid g srau..main air ietika amik wudhu llu..marah dan tampar...terus bdk tu repot ke ayahnya...jd kes polis...dan kna tkar sek..pdhal dia mklum anknya xdpt kontrol..nkal...cabaran sungguh cg arini...

aziekz said... [Reply to Comments]

dan kte dlu kna demda..marah...alhamdulilah menjadi org jgk....klu x xtau la...

Nirwana A. said... [Reply to Comments]

a'ah.. mmg pernah rasa.. bdk2 skrg ni, ntah la mcmana mau ckp.. body parts pun x tau, tunjuk lutut dia blh cakap leher. ni bukan bdk tadika tau. kalau bdk tadika blh maaf kan lg. yg x tau ni bdk pmr. maybe sbb tu la, manja.

Anonymous said... [Reply to Comments]

malangnya menjadi guru di zaman ini.. :(

liaamalia said... [Reply to Comments]

lawak2..kalau da semua xboleh ape jer nk denda budak sekolah sekarang...ingat lagi dulu kene denda dgn cikgu Bahasa M'sia. dendanya berdiri dkt luar kelas, angkat tangan ke depan then nyanyi lagu Negaraku berulang2 kali sampai dia suruh berhenti...aduhai malu2 beb~

Anonymous said... [Reply to Comments]

sy cgu praktkal skola kt kl...cgu kt skola pesan siap2 jgn buat ap2 kt bdk lau x mmg insyaallah esokny mak bpak bdk dtg ngadap kte..kte as cgu xde niat na bg cacat pom klu cubit or sntuh tu..na didik bg jd org je..ayuh lah geng muda,t ad ank jgn mnjakn sgt ank..didik asuh bkn mnjakn smpai skola msia kne hire askar plak kt skola nnti..

Didi Kar said... [Reply to Comments]

Saya pn cikgu..mmg skrg da x boleh nak denda bdk2. Kalau saya..mana yg ptt kena marah mmg sy marah.kalau ada situasi mcm parents yg x boleh anak disentuh..saya ignore je bdk tu. Ataupun jenis yg nakal sampai ke tahap kurang ajar.. pun saya ignore. Mmg memendam rasa tp lama2 dah terbiasa. Apa nak buat peej.. skrg dah byk sgt isu n kes parents jumpa guru sbb x puas hati denda anak diorang. Padahal kita ni berniat nak membetulkan. Lagipun manalah ada cikgu yg sengaja atau berniat nak bg kecederaan pd anak murid..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...