Instagram : @peejburhan

Expose Mistik: kawan cik ponti

Salam kak peej. 

Saya ima yang cerita pasal tangki air tu. 
Sekarang, saya nak cerita tentang seorang kawan perempuan saya yang mengilai macam cik ponti. Hi hi hi..

Kisahnya bermula sekitar bulan 3, 2004. 
Waktu tu, memang air dah mula bermasalah kat hostel tapi tak teruk sangat la. 
Berbalik pada kawan saya ni, saya namakan dia sebagai S je, dia orang yang ceria, suka tolong orang, peramah tapi masalahnya sekali keluar suara ketawa, masyaALLAH tak ubah macam Pontianak. 
Kuat, nyaring dan kadang-kadang boleh dengar dari asrama lelaki mengajuk suara hilaian dia tu.
Sebagai kawan, saya tegur jugalah kalau rasa melampau sangat dia punya gelak tu. 
Kadang-kadang maghrib pun S sakan bantai gelak jugak. 

Sampai lah satu hari ni…
Waktu tu saya dan kawan-kawan yang lain macam biasa, pergi surau untuk solat jemaah maghrib. Yang tinggal kat hostel ni cuma yang uzur saja. 
Nak dijadikan cerita, si S ni tiba-tiba mengadu sakit kepala kat seorang kawan yang saya namakan sebagai Nik. 
Makanya, tinggallah Nik dan S berdua di dalam dorm. 
Sementara menunggu waktu prep pukul 8.30 mlm, Nik meniarap di lantai dorm sambil membelek buku majalah. 
Yang si S pulak, baring di katil atas (katil double-decker). 

Sedang asyik Nik membaca gossip, tiba-tiba dia terdengar suara S menangis teresak-esak.
“Ko kenapa ni? Sakit makin teruk ke?” lebih kurang macam tu la Nik tanya. 
Tapi pertanyaan tu langsung tak dijawab. 
S menekup rapat mulutnya dengan tangan kiri. 
Waktu tu, mata S dah mula merah menyala. 
Nik fikir mungkin penyakit darah tinggi S semakin teruk. 
Oleh sebab S berada di katil atas, Nik tunggu kawan-kawan lain balik dulu. 
Lepas tu, boleh la papah pergi bilik air ke, pergi hospital ke. 

Lebih kurang 15 minit jugak S menangis teresak-esak sebelum kawan-kawan lain termasuk saya balik ke hostel.
Saya orang yang kedua masuk ke dalam dorm selepas seorang kakak senior. 
Bila masuk je saya tengok dorang berkerumun dekat katil S. 
saya pun kecoh la tanya apa masalah kan. 
Masa tu kakak tu pujuk S suruh buka mulut. 
Tangan yang tekup mulut tu dorang cuba jugak angkat tapi tak berganjak pun walau jari kelingking. Kakak senior tu suruh saya pergi panggil warden dengan ustazah. 
Saya yang bingung masa tu, terus turun ke bawah. 
Tak sampai 5 minit lepas tu saya sampai dengan ustazah dan seorang warden lelaki. 
Waktu tu dah ramai yang ada dalam dorm. 
Ustazah tanya siapa yang ada air sembahyang lagi, ambik yasin dan baca dekat S. 
saya yang tak tahu apa-apa ni terus naik atas katil sebelah S. 
baca yasin tak sampai 2 muka surat pun, tiba-tiba ustazah suruh berhenti. 
Saya pun cepat-cepat turun dari katil. 
Masa tu, baru saya perasan mata S makin merah. Mata hitam besar sangat. 
Ya Allah! Muka S nampak lain benar. 
Dia nampak gelisah, mata dia pandang-pandang saya macam nak makan!
Saya dah tak sedap hati masa tu, teringat kes rasuk kat sekolah sains dua minggu sebelum tu. 
Ini bukan sakit darah tinggi ni! 
Saya nekad, saya nak keluar dari dorm. Saya bukannya berani sangat. Tak pasal-pasal nanti saya pulak yang berjangkit. 
Saya laju-laju ambik buku dengan alat tulis. 
Haih….masa ni la S tu nak terjun dari katil. 
“cepat keluar!” ustazah menjerit tiba-tiba. 
Saya pun apalagi, bukak langkah seribu la, habis berterabur buku ngan alat tulis. 

Pintu dorm ditutup rapat-rapat. Ustazah dan beberapa orang kakak senior pegang pintu dari luar. Bimbang kalau-kalau S keluar nanti dia terjun pulak dari tingkat 2 ni. 
Masa ni, saya sempat intai dari celah-celah cermin tingkap, mak aih…melilau mata merah dia..rambut dia yang menggerbang tu usah cerita la. 
Seminggu demam. Saya tengok sekejap je, lepas tu kawan saya menggatal nak tengok lagi sekali. 
Kami selak perlahan-lahan langsir tingkap. 
Sekali….hi hi hi.. si S betul-betul di depan kami. Senyummmm je. 
Kami waktu tu, dah berdesup lari ke bilik prep. 
Sampai situ, menggigil seluruh badan. 
Dengar cerita, S hulur tangan nak pegang kami. Nasib baik kami cepat-cepat lari. Kalau tak mahu kena cekik.

Oleh sebab saya berada di bilik prep, makanya cerita selepas tu saya tak tahu details sangat lah. 
Apa yang saya dengar, Ustaz ngn Ustazah dan ada seorang imam kampung datang pulihkan S. 
so, malam tu S dibawa balik oleh ayah dia untuk sementara waktu dan kami semua tidur berhimpit-himpit.
Selang beberapa hari, S datang balik asrama dengan happynya. 
Kami yang masih trauma ni cuba buat-buat tak tahu dengan kejadian tu dan menerima S seadanya. Malangnya, S sendiri yang buka cerita malam tu. Habis semua tak boleh tidur.
Cerita S, malam tu bila sedar balik dia sangat pelik bila tengok ramai orang kat dorm. 
Dia pulak rasa sengal-sengal badan, penat yang amat sangat. 
Lagi pelik bila ayah dia datang dan nak bawak dia balik rumah., uihhh..happy la dia. 
sampainya S kat rumah dia, macam biasa sebelum tidur pakai dulu krim muka kan. 
So, dia pergi la tenyeh krim tu kat depan cermin. Ohh! Lupa nak bagitahu, waktu tu jam dah 1.00 pagi ye. 
Waktu dia menghadap cermin tu la seolah-olah dia bercerita dengan diri dia sendiri tentang apa yang berlaku tadi. 
Semuanya bermula masa dia nak sidai kain pukul 6.30 petang. 
S nampak macam diri dia sendiri melambai-lambai suruh pergi ke belakang semak kat ampaian tu. Waktu tu la ‘benda’ tu masuk dalam tubuh S.
‘benda’ tu cakap, dia cantik tapi dari paras bawah hidung sampai dagu buruk sangat. 
Ada ulat-ulat dan busuk. Sebab tu ‘benda’ tu tekup mulut S. 
lagi satu, ‘benda’ tu suka dekat S sebab S gelak sama macam dia, dua, rambut S dengan rambut ‘dia’ sama panjang(paras punggung). 

Dan ‘benda’ tu nak kawan dengan S la. 
Sejak dari hari tu, S berubah jadi alim, diam, banyak baca Al-Quran, solat hajat selalu. 
Hidayah datang kepada S lepas dia diuji macam tu. Lama jugaklah S berubat sana-sini, tak mahu ‘benda’ tu ganggu hidup dia lagi. 
Dan S suka pesan dekat saya, kalau maghrib-maghrib jangan banyak mengelamun apalagi nak terpekik-pekik. 
Jadikan pengalaman dia sebagai iktibar. 
Maaf, kalau panjang sangat cerita ni, ini pun dah banyak skip. Hihihihihi(gelak sopan)

-ima-

…………………………………………………………………

perasan tak kes macam ni selalunya jadi mesti kat asrama. why ah?
aku dulu time asrama tak pernah pulak alami benda ni.
tapi ada jadi dulu kat asrama. tapi time tu aku dah keluar pun. time aku form 4.
katanya teruk gila sampai asrama kena tutup seminggu. eh ke tak?
aku pun lupa.
nways, aku memula tak percaya sangat memang ada ke. ke orang ni bebuat ke apa kan.
sampai la aku sendiri nampak depan mata. ok memang scary me not like.

oh ada pembaca baru la rasanya kat blog aku ni.
sebab ada komen-komen yang menandakan dorang ni baru la.
just nak bagi tau segment expose mistik ni memang akan ada every khamis malam jumaat.
Insyallah kalau aku tak lupa nak tepek n ada orang share.
ye kisah ni semua adalah share daripada readers aku yang ada pengalaman mistik ni.
so kalau korang ada boleh la share yea.

email je aku kat nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
title : expose mistik : ….tajuk….

thank u.
selamat malam jumaat. hiii..hiii…hiiii *gelak sopan*

p/s: siapa nak yang baru baca blog ni. nak layan kisah ni. boleh tekan label kat bawah entry ni. amik tekan yang scary mary or segment: your turn tu. banyak kisah. expose mistik tu aku baru masukkan label tu. so takut korang bukak nanti tak banyak lagi cerita. okies.


4 Comments:

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

pada hemat daku (cewah ayat), perkara ni banyak jadi di Asrama perempuan jer kan, mungkin kerana beberapa faktor:

1)kebersihan, klu asrama dari form 1 smpi form 5 atau form 6, kita kadang tak perasan ada adik2 yang baru dudk asrama ni belom pandai nak urus diri sendiri, ini pengalaman yer. Contoh bila dah duduk asrama baru 1st time peod, nak tanya akak2 malu dan takot, keluarga jauh, so pandai2 diorang jer buang dalam tong sampah depan dorm. Bila tembus time tido, tak pandai nak basuh cadar, simpan jer cadar sampai peta2 makin banyak. Kalau katil double decker, biasanya adik2 junior akan dpt katil atas, cube selak tilam diorang, macam2 plastik dan sarung jajan terselit situ. Satu lagi, kadang2 adik2 ni belom pandai nak jaga diri dari segi mandi dan bau badan, mandi lebih kurang, dah basuh rambut tak keringkan, so bau badan dan kemasaman juga adalah kesukaan segala jenis jin.

2) Faktor Jantina, seperti sedia maklum, perempuan adalah golongan yang lemah semangat, mudah bermain dengan emosi dan kurang stabil, sebab itulah perempuan sering jadi sasaran.

banyak lagi faktor tp 2 ni jer yang kebiasaan dan mostly terjadi... sekian
(eh feeling pakar paranormal sangats)

ieda iedana said... [Reply to Comments]

Hi K.peej dulu Terendak kan?
Saya pun Terendak dulu kot. macam2 kisah dengar pasal kes2 sebelum ktorg (tatau la zaman akak ke apa) and masa time saya senior kat sana (form 5-2005), dah ada sikit2 la gangguan. even kat doormate sendiri (dah la masa tu saya ketua Dorm. tak reti nak handle kes2 gangguan ni, tapi kena handle jugak la dengan bantuan kawan2 lain).
tahun berikutnya, junior sy yang dah jadi senior (form 5-2006) cerita kena gangguan teruk. lebih2 lagi ada non-bumi (yang non-muslim) kat situ. hoih. serammm...

tatau la kenapa selalu dengar yang kena kes budak2 asrama. Maybe sebab sebelum pembukaan sekolah tu ada kisah tersendiri (macam terendak dulu kan hutan belukar). Lepas tu, manusia bukan selalu ada kat sekolah (time cuti sekolah je, kosong) so, saya rasa sebab tu la makhluk Allah ni suka nak stay situ. wallahualam.

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

ok ni seram
tiba2 sangat S tu muncul depan tingkap
kalau saya mau tertonggeng jatuh terus
tapi memang masa kat hostel, baik warden tak pon senior2. selalu pesan jangan nak gembira sangat tergelak2. nanti ada la yg nak kawan kang

tiahlurve said... [Reply to Comments]

kak peejjjj trus rasa nk potong rambut yg panjang ni...aaaaa

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...