Instagram : @peejburhan

Expose Mistik: bilik berpuaka

Hi peej!

Aku nak share satu siri kejadian mistik yang pernah jadi kat aku. 
Cerita ni panjang sikitla, so bear with me, ok.
Cerita ni jadi waktu aku study kat UPM dulu. 
Setiap kali cuti semester, aku dan budak-budak postgrad lain mmg tak balik. 
Sebab apa? 
Sebab kita orang rajin. *tangan ke bahu mata ke atas*. 
Jadi pihak kolej akan kumpulkan student-student yang tak balik ni kat satu blok. 
Senang nak manage. Ini bermaksud, aku kena pindah bilik.

So, lepas dapatkan kunci bilik baru aku tu, bilik num 2*** (aku ni duduk kolej konvensional kat upm. Bilik single. Kolej aku pulak kolej nombor-nombor. Budak-budak UPM tau kot. Kolej nombor-nombor ni memang old school) aku pergi check bilik. 
Kot-kot la kipas tak berfungsi ke apa kan. So far ok. 
Since siangnya aku busy, aku terpaksa la pindah malam. 
Then malam tu aku pun start la angkut barang-barang ke bilik baru aku. 
Aku ingat lagi, time tu around pukul 8 lebih la. 
Waktu nilah bermulanya kejadian-kejadian seram tu. 
Aku listkan by event ok. Senang kau nak faham. Plus I’m nerd like that. 


Kejadian pertama: TV

Benda pertama sekali yang aku bawak pindah ialah TV aku (ye, tv memang illegal bawak kat asrama. Bawak at your on risk ok adik-adik). 
Sebab benda tu yang paling la berat kan. 
Jadi dah siap angkut, dah siap pasang aerial semua, aku try la on. 
Ok, clear je siaran. 
So aku bukak la tv3. Time tu tengah bulletin utama. 
Then aku biarkan je tv tu on while aku g bilik lama aku nak angkut barang-barang lain. 
So, sampai je aku ke bilik tu balik, tv dah jadi tv9. 
Aku macam, eh, kenapa pulak boleh tukar channel kan. 
Tapi waktu tu aku tak terfikir pun pasal mistik ke apa.

Malam pertama aku kat bilik tu aman je la. Aku tidur dengan nyenyaknya sampai pagi. 
Mungkin sebab aku penat kot. 
Tapiiii, start malam kedua benda lain pulak jadi.


Kejadian kedua: pintu almari

Dalam bilik tu ada dua almari. Satu almari baru, satu almari usang. 
Serius. Memang usang gila almari tu. Kayu pun dah macam mereput je. 
Then malam tu aku baring-baring nak tido. 
Sekitar pukul 12-1 pagi macam tu la. 
Lampu semua dah tutup. 
Tengah aku syok melayan perasaan, tiba-tiba pintu almari usang tu terbukak, then tertutup. 
Lepas tu terbukak balik, then tertutup. Berulang-ulang kali. In slow motion. 
Siap ada bunyi ‘kreeeek kreeeek’. 
Sebab waktu tu aku macam dah start mamai, aku tak fikir sangat la pasal benda ni.

Oh. By the way, sejak malam tu, pintu almari terbukak tertutup ni jadi hampir setiap malam. 
Mula-mula memang aku tak ambik kisah sangat. 
Tapi sebab hampir setiap malam jadi, aku dah start rasa, “eh, ni gangguan makhluk halus ke?”. 
Aku bukan tak percaya kejadian mistik, tapi aku rasa tak percaya benda-benda macam ni boleh jadi kat aku. Aku ingatkan jadi dalam tv dan kat orang yang ada sixth sense je.


Kejadian ketiga: bunyi mencangkul

Malam tu aku kena stay up sebab nak tulis thesis. Waktu tu sekitar 2-3 pagi macam tu la. 
Meja belajar aku ni mengadap tingkap (standard susunan asrama la kan). 
Aku kalau buat kerja memang jarang pasang lagu ke apa. 
Sebab kosentrasi aku mudah terganggu. 
Plus, aku memang suka suasana sunyi pagi-pagi macam tu. Aman je rasa. 
Tengah aku syok (syok la sangaaaat) menulis tu, tiba-tiba aku dengar bunyi orang mencangkul. Memang sangat jelas. Dari luar tingkap aku. 
Memang aku pelik la kan. Apa hal pulak pagi-pagi buta ni orang nak mencangkul. 
Lama peej. Ada la dalam 1 jam lebih. 
Bunyi mencangkul tu continuously heard dari bilik aku. 
Aku dapat rasa macam basah je tanah tu. 
Kadang-kadang laju bunyi mencangkul tu, at certain time jadi slow. 
Malam tu memang senyap, tak de bunyi cengkerik ke apa, just kedengaran bunyi mencangkul tu je.  Aku dah start meremang bulu roma. 
Nak bukak tingkap and check memang harapan je la. Macam la aku berani, kannn. 
So aku kemas-kemas buku aku, tutup laptop, aku tido. 

Esoknya aku cerita la kat member aku pasal ni. 
Then dia kata “ala, mungkin ajk untuk MASUM buat kerja diorang kot. Cangkul-cangkul tanah nak setting padang ke apa” (MASUM ni Majlis Sukan Universiti Malaysia. waktu tu UPM tuan rumah.) Waktu tu baru aku teringat, aku tak tahu pun apa disebalik tingkap aku tu. 
Sebab aku tak pernah bukak tingkap. 
Ye la, aku kan baru masuk bilik tu. Blok tu pun aku tak pernah lalu or pg pun sebelum ni. 
Siang memang aku jarang kat bilik. 
Malam aku tak suka nak bukak tingkap, nanti nyamuk masuk (ceh, padahal penakut. Haha).  

Jadi petang tu aku sengaja balik awal, nak jenguk tingkap bilik aku. 
Kau tahu apa betul-betul kat belakang bilik aku? Car park untuk felo! Tak ada seinci pun tanah, ok. Seinci pun takde. Jadi macam mana pulak boleh ada bunyi mengcangkul?


Kejadian keempat: Garam

Oleh sebab aku tak tahan dengan pintu almari aku yang asyik terbukak tertutup hampir setiap malam (even lepas aku tutup ketat-ketat before aku siap-siap nak tido), aku cerita la kat member aku pasal benda ni. 
Dia ni baik dan Islamic orangnya. Mari kita namakan dia Ani (bukan nama sebenar la kan). 
So Ani pun kata, dulu dia pernah belajar cara nak detect kalau bilik or rumah ada didiami makhluk halus. 
Caranya, ambik garam kasar, kena garam kasar tau. Tak boleh garam halus. 
Letak dalam gelas. Lepas tu, isi air dalam gelas tu sampai sama paras dengan garam. Faham tak? Maksudnya, air tu tak boleh melepasi garam. Mesti sama level dengan garam. Haaa, gitu. 
Lepas tu letak kat empat penjuru bilik. Maksudnya kena buat empat gelas la. 
Then, tunggu around 15 minit macam tu. Lepas tu check balik. 
Kalau by that time paras air tu lebih tinggi berbanding paras garam, maksudnya adalah ‘unwanted roomate’ tu.

So, malam tu aku ajak la Ani ke bilik aku lepas Isyak. 
Dia datang bawak garam, gelas empat bijik (eh. Betul ke penjodoh bilangan aku ni) dan garam kasar. Mula-mula dia ajak baca Yasin. 
Lepas tu, kitaorang pun start la agihkan garam dalam gelas. 
Then Ani ni isi la air dalam gelas satu persatu (kan ada 4 gelas kan). 
Dia isi gelas pertama, then gelas kedua, and by the time dia nak isi gelas ketiga, garam dalam gelas pertama tu dah larut peej. Dah separuh dah larut! Less than 2 minutes macam tu. 
Garam kasar kan susah sikit nak larut. Nak nak kalau kau letak sampai separuh gelas garam tu dan air sama level kan. 
Aku macam tak percaya, tapi benda ni jadi betul-betul depan mata aku.


Kejadian kelima: air

Waktu tu around pukul 1 pagi. Aku dah golek-golek nak tido dah. 
Tetiba aku dengar bunyi air mengalir. Ala, macam bunyi kau tuang air dari jug ke gelas tu. 
Masalahnya bunyi tu jelas sangat dan dekaaat je bunyi nya. 
As if ada orang dalam bilik aku tu tengah tuang air. 
Aku pun tarik selimut sampai kepala, tutup mata, baca apa-apa yang patut. 
Lama jugak la baru aku dapat tidur. 


Kejadian keenam: panas

Lepas 2-3 minggu aku duk bilik tu, ada kenalan aku time matrikulasi datang melawat. Dia kebetulan ada di UPM. 
So aku ajak la dia datang ke bilik. Bolehla dia rehat-rehat sambil berborak kan. 
Ok, mari kita namakan dia Aminah (bukan nama sebenar. Amboi, dah macam dalam majalah pulak kannn). 
Mengenai Aminah. Dia ni ada saka. Aku pun tak pasti dari mana dia dapat atau kuat ke tak, aku just tahu dia ada saka je. Itupun pakwe dia yang bagitau aku.   
So, bila si Aminah ni sampai depan bilik aku, aku pun ajak la dia masuk. 
Tapi, dia tercegat je depan pintu. Tak nak masuk. Aku heran la kan. Aku ajak lagi dia masuk.

Aku: aminah, meh la masuk. Apesal ko tercegat kat situ?
Aminah: aku tak nak masuk bilik kau. Bilik kau panas! (muka dia merah dah time tu. Mata dia melilau-lilau.tetiba perangai dia pelik semacam)
Aku: takpe la, nanti aku buatkan ko air. Lepas minum nanti sejuk lah. Meh la masuk.

Lepas tu aminah masuk. Dia diam je, tak banyak cakap. 
Tapi aku ajak la borak-borak update apa yang patut. 
Tiba-tiba aminah suruh aku pegang belakang dia. Aku blur la kan. Apa pasal pulak nak pegang-pegang belakang ni. Tapi dia insist jugak. 
So aku pegang la. Mak aih, panas! Macam orang demam panas. 
Lepas tu aminah kata “kan aku cakap, bilik kau ni ‘panas’".  


Kejadian ketujuh: as-safaat

Sejak aku duduk bilik tu, aku memang selalu demam. 
Batuk yang tak baik-baik. Dah berbotol-botol ubat batuk aku telan. Still, batuk aku tak baik. 
Pernah sekali tu aku demam sampai aku tak larat nak bangun dari katil.

Jadi aku cerita la kat Ani pasal benda ni. 
So Ani pun datang ke bilik aku, bawak surah yang dia dah print. 
Surah As-Saffat. Surah ni dapat memelihara diri kita dan keluarga kita dari terkena gangguan makhluk halus terutama Jin/Iblis dan syaitan. 
Ok, a bit pasal As-Saffat ni. As-Saffat ni bermaksud yang Bersaf-Saf. 
Nama As-Saffat ni diambil dari kata serupa yang terletak pada ayat permulaan surah ini yang menceritakan macam mana para malaikat yang bersih jiwanya berbaris di hadapan Tuhannya dimana mereka ni tak dapat digoda oleh setan.

So, As-Saffat ni ada 182 ayat. Tapi yang Ani print adalah ayat 1-10. 
Dia lekatkan kat dinding tepi katil aku. 
Ani pesan, baca setiap kali aku terpandang printout yang dia tampal tu. Setiap kali tau. 
Jadi, setiap kali aku terpandang aku akan baca. Dan sebelum tidur aku akan baca. 
Ayat ketujuh hingga sepuluh dia memang power. 
Aku kongsikan kat sini ok.


As-Saffat

 [7]Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka;

[8](Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru,

[9]Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.

[10]Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi
.


Dan ini adalah kejadian klimaks yang buat aku hilang kesabaran/kekuatan/keberanian untuk terus stay kat bilik tu. 
Yang buat aku rasa lagi elok aku tido dalam kereta dari tido kat dalam bilik.

Malam tu, macam biasa, sebelum tidur kenalah berangan dulu kan. 
Jadi tengah aku syok berangan tiba-tiba aku rasa sekeliling aku senyap. White noise pun takde. 
Lepas tu aku rasa sejuk as if bilik aku tu ada aircond. 
Dan aku sedar yang aku dah takleh gerak badan aku. nak gerak jari pun tak dapat. 
So, terbaring keras je aku atas katil. 
Tiba-tiba aku nampak dia. Satu lembaga betul-betul atas aku. 
Mata makhluk tu merah, rambut dia panjang. 
Dia tenung je muka aku. aku cuba sedaya upaya aku nak gerak, tapi seinci pun tak boleh. 
Tiba-tiba dia cakap macam ni, “kenapa nak lekat ni, tanggalkan lah, kenapa nak lekat ni, tanggalkan lah….” Berulang ulang kali sambil tunjuk kat printout surah As-Saffat yang Ani lekat kat dinding tu. Suara dia mendayu-dayu sangat, peej. 
Kuku dia panjang pulak tu. Damn. 
Kemudian dia perlahan-lahan menghilang, then baru aku dapat gerak badan aku balik. 
Berpeluh-peluh aku. berdebar-debar je jantung aku time tu. 
Aku memang tak fikir panjang g dah, aku ambik bantal, selimut, phone aku, aku lari g bilik kawan aku. time tu around 3 pagi. Nasib dia masih bangun. 
So malam tu dan malam-malam seterusnya memang aku menumpang kat bilik dia.

Oleh kerana aku dah tak tahan dengan semua peristiwa mistik ni, aku mengadu kat kakak angkat aku. So dia pun bawak aku g jumpa ustaz yang pernah merawat mak dia. 
Aku cerita kat ustaz tu dari A sampai Z. dia pun mintak izin aku untuk “scan” bilik aku. lepas tu dia kata, bilik awak ni ada maya Karin. 
Aku macam, ha? Apa pasal pulak tetiba maya Karin kan? Rupanya, ni ha.



'Maya Karin' (kak pon)

Jadi ustaz tu pun bagi aku satu bungkusan dan satu kertas. 
Dalam bungkusan tu ada garam kasar, lada hitam (yang bijik-bijik tu) dan cengkih. 
Kertas tu pulak instruction mcm mana nak halau roommate aku tu. 
Mula-mula kena azan, then baca beberapa surah, sebelum tabur campuran garam kasar tu di sekeliling bilik. 
Oleh sebab aku memang dah tak berani nak ke bilik tu, aku mintak member lelaki aku tolong buatkan. Mari kita namakan dia Ali. 
So petang tu, (kena buat lepas magrib kalau nak paling berkesan kata ustaz tu) Ali ni pun datang la ke bilik aku. 
Memang asrama perempuan kawasan larangan lelaki kan. 
Tapi time tu aku dah tak pedulik dah. Aku mintak jugak Ali buat apa yang ustaz tu suruh. 
Oh, lupa nak bagitau. Ali ni pakwe Aminah. So, petang tu Aminah pun datang la sekali, temankan aku. Then Ali masuk bilik, aku tunggu kat luar, tepi tangga.  aku dengar dia azan, dia baca surah-surah yang ustaz tu suruh kuat-kuat (aku tak ingat surah apa, sebab bukan aku yang buat. Yang pasti ada al-fatihah & ayat kursi lah). 
Aku ngan Aminah ni duk la tepi tangga. 
Then aku dengar dia start tabur-tabur garam tuh. Sebab boleh dengar garam tu jatuh ke lantai. 
Tiba-tiba si Aminah ni usap usap belakang telinga dia and kata “geli lah. Pergi kau sana! Jangan kau ganggu aku. pergi!” (Aminah ni Sabahan). Memang aku seram lah kan! Tapi aku senyap je, membatu tepi tu.     

Tak lama lepas tu Ali keluar dari bilik. Aku Tanya dia, “macam mana?” dia kata “settled. 
Kau boleh pindah masuk balik”. 
Alhamdulillah. Tapi memang harapan la aku nak duduk bilik tu lagi kan. 
So esoknya, aku g jumpa management cakap nak tukar bilik.

Akak kerani: “awak bilik num berapa?”
Aku: “bilik no 2***”. Lepas tu muka dia terkejut. Tapi dia tak kata apa-apa.
Akak kerani: “awak pilih mana-mana bilik yang awak suka. Ambik je” tanpa banyak tanya.
Aku: “tingkat satu boleh tak kak? Tapi bilik single penuh, kan.”
Akak kerani: ”boleh, nnt saya bagi awak bilik double. Takpe, awak tetap bayar untuk bilik single”

Maka haritu jugak aku keluar dari bilik tu. 
Maka tamatlah episod aku kena kacau, Alhamdulillah. 
Lepas tu memang aku tak pernah lagi nak lalu kat situ. 
Beberapa bulan lepas tu aku terserempak dengan junior aku. 
Dia cerita bila semester bukak, bilik tu dibiarkan kosong. 
Sebab selama ni memang bilik tu kosong. Tapi disebabkan ramai sangat student, bilik tu dibukak balik pertengahan semester. 
Tapi penghuninya memang akan bertahan paling lama pun 2 minggu je. 
Lepas tu mesti akan tukar orang lain pulak. 
Aku tak pasti apa jadi, cuma ada sorang budak ni cerita kat junior aku tu, jam kesayangan dia hilang dalam bilik tu lepas beberapa hari dia masuk. 
Puas dia cari kat mana-mana dalam bilik tu tapi tak jumpa. 
Then dia selalu rasa seram dalam bilik tu. So satu hari dia g pejabat mintak tukar bilik. 
Macam biasalah, akak kerani tukarkan tanpa banyak soal kan. 
Lepas tu balik je dia dari pejabat pengurusan, masuk je bilik, dia tengok jam dia tu betul-betul atas laptop dia. Padahal bilik tu bilik single. And mana2 dia g dia kunci bilik. Macam mana jam tu boleh end up atas laptop dia pulak kan?

Aku kadang-kadang curious apa sebenarnya jadi kat dalam bilik tu sampai boleh jadi haunted macam tu. 
Maybe dulu-dulu ada pembunuhan ke ape kan (mentang-mentang ada dengar bunyi mencangkul). 
Ye la, UPM kan dah lama. Tapi tu la, Wallahu a’lam.

Ok lah peej. Tu je. Thank you sudi baca cerita aku yang panjang ni. 

-mas-


35 Comments:

Husna Mubin said... [Reply to Comments]

kenape harus UPM????????? serammm
kolej mane nih? saye stay kolej 13 pun dah cukup angker rasenye rupenye ade kolej lagy angker

Anonymous said... [Reply to Comments]

perh seram....kenapa perlu ada gambar sekali..bikin suspen jek..hati debar2 tp duk baca gak..tak tido malam la aku malam ni..=)

Anonymous said... [Reply to Comments]

aiyaa ... dalam banyak2 citer mistik ni paling seram kut ... berdebar2 aku membaca weihhh ... huarghhhh seram weih ....

Anonymous said... [Reply to Comments]

mmg btol surah as-saffat tu mmg terbaik..... =)

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

cite paling seram setakat ni. semalam dah tgk highlight kat fb tp tak berani nak baca haha sebab nampak gambo si maya karin tu. pagi ni masuk opis tak buat benda lain, baca ni dulu. shit seram gila. dah la aku sorg je pagi ni kat ofis. ggrrrrrrr

gigih dia walaupun di kacau byk2 kali still bertahan. kalau aku, first night dia main pintu almari tu dah keras kejung agaknya

chuya - the mother of A's said... [Reply to Comments]

gila bertabah budak ni. kalau aku first day dah sadakallah

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

aaaaa, nasib baik tak baca malam tadi, pagi ni baru baca...

Aliah Nuqmans said... [Reply to Comments]

huwaaa nasib baik baca pukul 8 pagi.
tu pon dah meremang segala bulu.

boleh pulak die bertahan ye. betul2 kuat iman. kalau saya dengar bunyi almari tu dah babai bilik tu dah. hahahaa

Deanna Hussin said... [Reply to Comments]

Byk2 citer, citer ni yang paling seronok dibaca..susunan ayat cantik.. ;p

Anonymous said... [Reply to Comments]

well written...!! good job....(dlm penceritaan) and tq utk sharing surah tu..moga awk di lindungi Allah slalu

ain said... [Reply to Comments]

Macam manalah awak bole bertahan sebegitu lama......old college mmg mcm tu agaknya. Sy dulu duduk asrama ILSAS yg lama sebelum uniten own apartment siap. Errr takut.

skuterlady said... [Reply to Comments]

pengalaman pengirim cerita ni memang kaw2 punye! saya pun lum tentu berani lagi stay sorang2 kat bilik yg angker camtu... huhu....

zoora qushairi said... [Reply to Comments]

fuhhh nasib baik den dah habis belajar kat UPM...kalau tak mesti reject setiap bilik mula nombor 2***. dulu masa kat upm duduk Kolej Tun Perak tingkat atas sekali bilik sorang...satu malam tu dalam kul 12 baru nak lelap mata, tiba2 frame jatuh, katil goyang...macam2 ayat baca tapi lepas tu dengar bising2 orang turun tangga...rupanya building bergegar effect dari tsunami besar dulu tu...haihh..

Anonymous said... [Reply to Comments]

huhuhu.. sy pun ex UPM gak.. duk kolej konversional.. single bedroom juga selama setahun.. jengjengjeng.. pernah dengar cerita mcm2 klu time exam, ayam berkokok kul 2 pagi pon ada..tepi tingkap.. tp alhamdulillah tak pernah alami sendiri..

kolej2 upm ni mmg seram.. sebab bangunan lama2 kan.. pastu ada kubur cina pulak tu.. tp budak2 lelaki selalu je lalu tepi kubur cina tu klu nak tgk bola..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Aku ex UPM, duk kolej yg nombor2 so boleh bygkan la kan agak senior jgk aku...masa aku matriks all this new kolej kediaman start naik.aku x sure la pulak kolej mana kisah nie tp seriously seram wehhhhhh.....part dia muncul tu sgt la PHSM...oh my. Alhamdulillah selama aku kt sana 5 thn x pernah jumpa yg pelik2......

MAMA KHAYR MK said... [Reply to Comments]

wohaaa mmg seram cite ni..pulak tu ade byk kisah..tengah kusyuk2 bace tetibe kua gmbr maya karin..aduhh nasib baca siang...

zaza said... [Reply to Comments]

Meremang bulu roma baca citer ni.. Seramm.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Bagus gaya penulisan expose mistik kali ni. Susunan ayat, ejaan dan jalan cerita memang molek. Diharap lebih ramai postgrad universiti hantar expose mistik.

Nirwana A. said... [Reply to Comments]

baca time siang pun takut. dah la sorg2. mmg cerita mistik yg paling menyeramkan.

perempuan sentap said... [Reply to Comments]

baru niat nak tampal ayat tu..tapi tetiba terfikir buatnya ada benda2 dalam rumah aku..dia munculkan diri lak marah2 aku..huwaaa..tanakkkk...

Anonymous said... [Reply to Comments]

serius!terbaik...memang pengirim ni kuat iman betul..tabik! part kelakar bile uztaz cakap 'bilik ada maya karin'..haha kalau sungguh ada seronok la kan...tapi memang best!seumur hidup xpernah lagi..tapi hope jangan lah...huhu

peej said... [Reply to Comments]

seram gila kan. ulang baca pun tetap meremang je baca.
tu la aku rasa sangat bertabah dia ni.
kalau aku part almari tu aku aku dah lari lintang pukang tangan ke atas.

fazila hakim said... [Reply to Comments]

baca malam tadi macam seram giler...pukul 2 pagi katakan..ni baca balik pagi ni pun masih seram gak..tapi terfikir kalau lps dah buat apa yang ustaz tu suruh macam mana agaknya bilik tu....nape tak try tido satu malam ajak member teman (idea ni cume datang pagi ni, malam tadi sah sah aku tak terfikir macam ni)

Anonymous said... [Reply to Comments]

baca malam tadi macam seram giler..2 pagi la katakan..baca balik pagi ni (aku minat nak baca lagi sebab dulu aku UPM...rasanya aku tahu kolej mana yg psotgrad selalu duduk..mmg kolej nombor2..rasanya kolej aku dulu je) masih seram jugak...tapi terfikir nape tak tak try tido bilik tu lepas buat apa yang ustaz tu suruh buat..saja nak tahu masih ada gangguan jugak ke (idea ni datang pagi ni..malam tadi sah sah aku tak terfikir macam ni )

Izzy said... [Reply to Comments]

gila woi ni lah cerita terseram aku baca sebab tersusun gila cerita dia. Sampai aku nak komen ni pun, siap scroll laju laju sebab taknak nampak muka maya karin :(

lizan said... [Reply to Comments]

rasa macam pengalaman diri sendiri la pulak sbb ku membayangkan sebijik2 apa yg dia citer, nak baca komen sorang2 pun scroll laju2..takut terserempak cerita lebih kurang..aku ni penakut tapi baca jugak.

Encik JI said... [Reply to Comments]

mcm best je. hehe. kongsila lagi cite2 cmni. :D

Anonymous said... [Reply to Comments]

story yg sgt menarik..
betul gk tu..knp la dia xstay semalam lg selepas sesi "pembersihan" bilik tu.
nk tau kesannya. (cmtu plak kn)..salute dgn writer tu..tabik spring..
boleh tahan even byk kali kena kacau..anyone ad story psal benda ni..boleh la share lg..
serius best..!
-pembacalelaki-

Zulina Mohamed said... [Reply to Comments]

seram...hahaha...nk cabut amik anak terus la..dh meremang ;D

mrs kayrul said... [Reply to Comments]

sangat2 seram....klu saya nie, first night kena kacau dah cabut lari...

Anonymous said... [Reply to Comments]

Memang seram..kalau aku takdela nak stay lama..kene stay bilik sorang pon aku lagi sangop angkot bantal slimot hari2 tido bilik member..rasenye selepas pembersihan pon bilik tuh still same x..sebab dea cakap junior dudok pon x tahan

marini tinny said... [Reply to Comments]

Citer kau ni mmg boleh buat aku x bernafas laaa..sikit lagi aku boleh kne heart attack..especially time aq terserempak dgn gamba cik pon tu...tapi mmg terbaik arrr...kalau aku jadi kau,mmg kirim salam la aku nak dok situ..

Mieyra Sam said... [Reply to Comments]

Puihhh..sentap pancreas aku derr.. dh lh kol 10:43 nie.. malam kayy.. BTW, you're the best.. still courage even Maya Karin kacau kau.. kalau aku, mintak otogerap dulu baru cabut.. thumbs up!

zulaikha aina said... [Reply to Comments]

eeyyyy seram lak ai .......... kalau aq dah lari dah . tgh search pasal bilik upm . tetibe kuar ni . sbb dri dulu teringin nk masuk upm . hahahahahahaha . eeeyy

Rafi Kamis said... [Reply to Comments]

INI pendeta zaaba me? As fas as i know, during my study there before, only this college will be opened during semester break.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...