Instagram : @peejburhan

drama oh drama

minggu ni mood kelaut sangat.
tah apa sebab. sebab tu blog pun ala-ala malas je nak update.
tapi rajin je korang ni menjenguk jugak kan.
aku ingat takda update ni sepi la.
tadi saje check stats. eh macam ramai je.
apa je korang buat?

nway, aku rasa dah tau apesal mood aku kelaut.
maybe betul la macam ada sorang komen tu.
maybe sebab aku now tak makan malam.
ok tipu la tak makan langsung. kadang makan jugak capati ke apa.
kadang tu lapar sangat aku order jugak la tomyam bagai.
tapi tu la bila lapar mula la bad mood je kan.
aku dah la siang kan selalu tak makan.
nanti lewat petang baru makan.
so kang malam dah lewat sangat taknak la makan.
so satu meal je makan. tak kau rasa nak tendang orang.

tapi poyo-poyo je tu.
kalau lapar tahap nak tendang orang makan je jugak.
siang makan jugak apa nak makan.
sebab taknak la seksa diri. sebab dah bertahun pun ternak lemak.
so turun ke naik ke lantak la.
eh taknak la naik lagi. i is scared.

so untuk memenuhi aktiviti now rajin layan drama.
since tv series yang aku ikut mostly tengah on break.
ada pun now kan tiap minggu keluar. so berjangguit tunggu.
so aku layan drama melayu.

starting sebab tahap angau aku kat abang remy beberapa minggu lepas tak dapat dibendung.
dah la dia asyik la share pics sexy kemain kat instagram.
i is kenot tahan. fuhhhh. *lappeluh*
paling tak tahin pics time dia pergi singapore ke apa.
huish ado pulak misai n jangguit.
dah la abang sado. ish ish ish.



mau kak jah tak cair kan.
then nampak ada time tu nabila huda share pasal drama dia kat cerekarama ke apa.
berlakon lak ngan abang remy.
takleh jadi. kena tengok ni. kemain siap record sebab tau malam mesti suami ajak lepak.
balik terus layan la drama tu.
boleh lak astro time tu set cerita tu kul 10-11.30 macam tu.
dah la cerita tu separuh jalan je aku tengok.
whadehell.
pantang kak jah, ibarat kapal karam di tengah lautan feeling dia tu. ewah. hahaha.

boleh pulak malam ke esoknya tu dok layan whatsapp ngan geng kak nam.
keluar lak isu remy ishak abang sado.
so aku tanya la mana nak tengok cerita tu?
sebab time tu aku check tonton tak keluar lagi. macam tu la.
then aku tanya mana nak layan drama melayu. 
sebab now bersepah pulak abam remy kitew berlakon.
aku lak bukan jenis layan tv sangat. so memang takda la ikut.
if online n mengadap lappy tengok aku rajin la jugak.
aku kan suka sambil layan drama sambil lipat kain ke, sambil buat kerja ke apa.

nasib qistina n che sue ni duduk luar negara.
so dorang ni hebat bab nak mencari mana boleh layan online.
dorang kata la boleh layan kat malaywatchtube.pw
and boleh layan kat cerita-melayu.com
bukak banyak lak drama. apa lagi kasi layan

memula abis kan tengok cerekarama tu la.
ala pasal anak ku bukan milikku ke apa.
yang nabila huda pregnant anak luar nikah ngan remy.
so dia pergi pusat perlindungan. beranak give away anak tu.
after few years jumpa balik remy. kawin bla bla.
rupanya dia dah takleh ngandung dah.
so dorang usaha la nak jumpa anak dorang.

dapat la maklumat semua.
dapat jumpa orang yang adopt anak dorang.
orang tu bagi tu anak tu dah meninggal setahun lalu.
bersedih la mereka. orang tu bagi la pics buat kenangan.
sekali tengok pics belakang tu tulis pulak tarikh.
eh tarikh macam baru lagi je. kata anak dah meninggal setahun.
time tu menggila la mencari balik. orang tu dah lari pun ngan anak tu.

tapi walaupun konon cerita tu sedih.
tapi aku rasa memang patut pun orang tu buat macam tu kan.
ye la orang tu dah sayang n bela anak tu. dulu kau beriya taknak.
siap dah melibatkan legal semua. tetiba kata dah insaf nak anak tu balik.
amboi sesuka hati ajo.

eh motip mak sentap.
tapi takda la sentap sangat. 
kalau aku jadi nabila huda, laki pulak abam remy.
takpa la. i is happy je. berdua lebih baik konsepnya. hihi.

nway, later mulalah layan drama.
apa tah tahun. ku cinta kau seorang kot.
haruslah remy gak berlakon.
tapi tu la drama melayu ni.
memula cerita memang best n menarik la.
masuk tengah n ending macam tah apa-apa aje.
macam terasa boleh predict sangat ending. nyampah.

then baru ni tetiba datang rajin nak tengok drama lain.
tengok kat fb orang dok sebut jebat. jebat.
takda la rasa nak tengok. sebab tah kenapa. aku tak minat ngan sharnaaz ahmad tu.
daripada mula dia berlakon daripada zaman keding.
mungkin tak minat sangat mamat bermuka jambu ni.
nway, so if tak minat hero tu. harus cerita pun taknak tengok. gituh.

tapi ada terbaca kat news feed orang tulis kata, "siapa yang suka sweet2 ke apa maybe akan suka la tengku adam (ariana rose), siapa yang suka orang ganas2 akan suka abang jebat."
gituh la. terus terasa nak tengok uolls.
oh btw ariana rose aku tak minat. aku tengok 3-4 episode still tak jumpa tang mana bestnya.
so malas follow. again i is not taste ngan tengku adam.
amboi statement. macam la tengku adam tu taste if tengok aku kan. muntah 8 baldi agaknya.
eh betul ke tengku adam nama dia? confident je aku bercerita ni.

sambung. ok baca status orang tu.
terus terasa nak tengok cerita jebat tu. sebab u know me. aku suka ganas2 ni. ehemmm. *eh tetiba*
so 2-3 hari lepas aku start tengok.
masih jauh la. aku baru layan 7 episode je. now aku tengok dah 30+ episode yea?
so far ok la. ada kelakar cerita dia. memang ganas abang jebat ni. haha. *eh motip gelak tetiba*
yang pasti aku kagum tahap konfiden pompuan tu nak tackle abang jebat tu.
kemain kena maki hamun pun tetap cinta maut. 
ni tak senang lak. free nak sambung layan.
so far ok la cerita dia. tak tau la tengah or ending nanti sendu ke apa pulak.
eh korang yang follow cerita ni takyah nak teruja sangat komen2 nak cerita apa jadi.
aku suka tengok sendiri n teruja sendiri.

now satu lagi cerita baru follow adalah cerita miranda.
1st time aku tengok cerita fasha sandha berlakon ni.
aku tak suka dia. again, aku kan poyo. tak suka orang tu terus taknak tengok ceritanya.
tapi hari tu macam bosan. tak tau nak tengok apa.
nampak cerita tu kat main page n baru ada 1 episode. so tengok la.
e eh macam menarik pulak.
then lupa. then again terbaca kat status orang. teringat n layan la tengok.
menarik gak la.

tapi evil gila makcik sedara dia tu la.
macam mana la miranda tu ada kesabaran yang tinggi begitu.
bagus gak la fasha tu berlakon sebab dia boleh buat muka selenga je kan.
tak tau la kot episode memula ni dia tak banyak dialog.
ye la asyik senyap n asyik di buli je.
sebab aku dulu tak tahan ngan dia sebab suara dia jenis pelik tu kan.
macam cannot go sikit. apa-apa lah.
tapi harapnya drama ini tak mengecewakan kak jah.

so anyway, drama apa lagi yang best yea?
or cerekarama ke? kasi tau sikit.
boleh nanti i layan kat website tu.
kalau ada abang remy lagi best.
nanti boleh sambil tengok sambil sengih n feeling sorang.

tahap angau kak jah sampai jadikan lock screen.
*tarik nafas dalam-dalam*
*lepaskan* hmmmmmmm…

MrB : kalau dia nak kat u mesti u tinggalkan i kan?
me : apa benda la u ni. *muka kerut. hati ada senyum*
MrB : konfommm..

dulu ngan aaron ajis.
sekarang ni ngan remy lak.
laki aku ni dia ingat bini dia ni next top model dah semua artis ni nak kat aku?



13 Comments:

luvmum said... [Reply to Comments]

peej mlm tadi kami layan citer sembunyi..remy ishak berlakon..memula ensem skali terbuka hijab amik ko muka mengerutu hahaha...tapi tak po sebab dia REMY ISHAK kan hahahaha...

Anonymous said... [Reply to Comments]

Haha..kelakar yang last tu...mr b ke'jealous'an...

suriani said... [Reply to Comments]

i pun suka amat dengan remy.. cair tau.. my fren kata.. rembessssss.. heheeh

b3nz said... [Reply to Comments]

heyyyy! aku demand shirtless yang ko tag aritu. ahahahhaa! berkunang-kunang mata ahkak uolsssss...*lapairliur*

Anonymous said... [Reply to Comments]

pija! baru semlm I nampak abg remy tgh lepak tunggu turn shooting kat depan hospital damai. hensem nok!! siap jambang semua. tapi sbb I baru kuar klinik dgn muka selebets sakit kepala, maka takde lah minta nak amik gamba..

ZalinZalina said... [Reply to Comments]

Sakit perut kak ina gelak baca ayat yang last tu :D

peej said... [Reply to Comments]

@luvmum ye ke. ok nanti ku layan.

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous jealous tu takpa. dia memang macam tu. tapi yang tak tahan confident macamkan remy ishak tu nak kat aku tu

peej said... [Reply to Comments]

@suriani ye aku nak tulis merembes. tapi macam kelucahan melampau. biarlah ku pendam sendiri. hahahah

peej said... [Reply to Comments]

@b3nz eh mana boleh. tu mahal tu. kak jah tak suka berkongsi

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous serious? damai mana? melawati ke? situ memang selalu ada berlakon. takleh jadi ni ada aku bertenggek situ je nanti. hahahah. cea macam berani.

peej said... [Reply to Comments]

@ZalinZalina takleh blah je kan

ahtzelin said... [Reply to Comments]

Hahaha..u r so kelakor la peej...enjoy reading ur blog ~ ahtzelin.blogspot.com

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...