Instagram : @peejburhan

dia tu membela

tajuk harus dramatic.
membela apa? membela kucing la uols.
lama tak cerita hal kucing. ni nak cerita.

tadi malam keluar.
biasa la laki aku ni tiap malam nak melepak.
pastu harus nak ajak aku.
tapi ini malam memang nak ikut pun. sebab aku lapar.
sebab siang makan laksa je. mana kenyang.
malam dah tahap nak pukul orang punya lapar.

tapi if malam-malam yang aku tak rasa nak makan or keletihan.
serious tak kuasa nak ikut.
nak gak rehat n online. nak main game ke, nak layan tv series yang aku download ke, nak online shopping ke. eh. ;p
nway, tadi berjaya beli few baju. tapi tak sempat mencari seluar.
nak beli seluar la. jeans aku semua ketat tahap nak meletop dah kalau pakai.
yang tinggal leggings. pun dah rupa apa dah. aaaa takda seluarrrrr. kena beli.
so tadi aku try tengok online shopping. ada berkenan. tapi nak buat payment boleh lak error page.
unifi lembab la ini malam. cisss.

eh apesal melalut ni. sambung.
so kadang malas gila nak lepak.
tapi laki aku ni seboleh nak angkut aku.
dia kata bahaya if aku duduk rumah sorang. dia tak tenteram la apa T_____T
aaaaa penat.
tapi tu la kadang naik segan je.
macam tadi la lepak dekat sepuluh orang. semua lelaki. aku sorang je perempuan.
dah macam rupa bini saiko la nak mengikutt je laki. ish.
tapi kang aku taknak ikut mula la muka masam la apa.
layankan je la selagi terlarat.

melalut-lalut je cerita aku kan.
aku nak cerita pasal kucing n nak keluar kan.
nway nak keluar malam tadi.
tetiba terdengar kucing suara kecik dok ngiau memekak.
aku dah macam eh ada kucing pendatang baru ke kan.

kat luar rumah kan laki aku suka bagi makan kucing.
nanti ada je la kucing datang n buat macam rumah sendiri.
siap nak gaduh ngan kucing lain konon ni rumah dia. suka kau la kucing.
kelmarin aku tengok ada 2 ekor kucing oren kecik menumpang. ni takda lak.
so masa dengar bunyi kucing tu ingat kucing2 oren tu la.
tetiba datang warna grey. kecik la. tak besar tak kecik la.
datang terus kat kaki aku dok meleceh memekak-mekak.

me : eh siapa pulak ni.
MrB : kucing baru ke?
me : ye kot. tak pernah nampak.
MrB : ke mochi tu?

sebab masa nak keluar mochi dok menyibuk kat pintu.
kena marah-marah la sebab dia sibuk nak keluar.
tapi tau la bukan mochi sebab mochi besar.
n masa tutup pintu memang dia kat dalam.
tapi masa MrB cakap tu aku perati la kucing tu.
eh ni Milli. sebab aku kenal la collar dia.
whattt??? macam mana boleh ada kat luar?

nasib la dia pakai collar kalau tak memang aku ingat kucing luar.
so cecepat masukkan dia n kita orang keluar.
then teringat. hamagaddd dah lama kot tak nampak dia.
maklum kucing banyak so kau memang tak perasan la. takda kau nak kira sepanjang masa.
plus kadang bukannya berkumpul kan.
sekor sini. sekor sana. sekor lagi tah mana.
tapi serious bila ingat balik memang dah lama kot tak nampak dia.
aku syak dia takda since weekend la.
sebab weekend hari tu ramai ipar duai mertua datang.
so maybe keluar masuk ke apa dia sempat menyelit keluar.
tah mana la dia merayap kan. sebab if ada area depan rumah mesti dah nampak kan.
hishhhh. bengang je.

tu takpa. dah ni kucing dalam rumah ni semua tak mesra ngan dia.
ye la dah lama takda. pastu agak dah bau lain kan.
dah la semua dok garang-garang n bunyi nak gaduh ngan dia.
pening kepala acik.
nasib la tak hilang. tu paling baby tu. kenit je.
nasib gak la dia memekak n muncul.
kalau tak tah bila la baru aku sedar dia takda.

ni risau ni. sebab maybe next week rumah aku ada nak repair something.
mesti contractor keluar masuk ke apa. risau kekucing ni semua.
kena beli sangkat besar la. kata banyak kucing.
tapi kau tau la harga sangkar if besar berapa. boleh tahan pitam la.
dah la duit dah kena keluar untuk rumah ni. aaaaaaaa…….
nanti kak jah pikirkan.

penat berceloteh perihal kucing.
mari share pics mana yang tak pernah share kat blog.



pic lama ni. penindasan.
hahaha sesuka hati je milky tidur atas moolat begitu.
elok tidur ok takda masalah.
dalam pic ni macam dramatic sangat kan.
padahal masa aku datang nak snap tu baru terjaga.
tu moolat tengah menguap tu.
tapi nampak macam dia terseksa sangat la.


:: licik si gendut ni. asal aku masuk bilik je cepat je menyelit masuk. nak tidur dalam a/c la tu. teman aku online. ::


tak nampak muka tu.
sama la macam tuan dia. dalam gelap tak berapa nampak. hihi.
ada komen tanya asal bulu dia tu.
entah. memang macam tu. bawah tu siap ada bulu putih. dah rupa apa dah.
tetek lak mangsa moolat n milli isap dulu walaupun takda susu. T____T
n bulu dia jenis ada certain area bulu nipis. esp part area kening tu.
bukan sakit sebab pernah pergi vet, pun takda jawapan.
pernah dulu dorang bagi cream. aku sapu jadi lagi kronik. siap pulak.
so biarkan je la. memang macam tu jugak.


macam ni la situasi bila aku nak kenc or beris.
berebut nak masuk sebab nak minum air kat baldi.
so if aku masuk toilet memang akan pastikan air tu penuh senang dorang nak menyibuk macam tu.
so bila aku masuk tengok tak penuh air tu aku adalah geram. sian kucing iolls tau.
tapi tah la. bukan takda air kat tempat dorang. siap air mineral lagi.
tapi tetap la seronok kot berjemaah macam tu.

hah apa? masuk toilet tak tutup pintu?
takleh nak tutup ok. mesti ada je yang sempat masuk.
kan aku cakap dorang ni macam zombie dalam world war Z tu.
so aku sampai jadi malas nak bergelut masuk toilet macam tu.
so biarkan je la terbukak.
paling takleh blah. kan dah berjemaah sibuk kat baldi macam tu.
ruang takda ke apa. masuk yang lain.
nanti ada pulak tetiba aku tengah kenc ke beris ke.
dia leh berdiri macam kat baldi tu tapi kat jamban.
woiiii. terkepit terus kaki aku. agak-agak la weyhhhh, kot ye pun nak amik bau.
tu aku cakap, nasib la kucing ni semua cakap bahasa kucing.
kalau kucing ni pandai bahasa melayu mampos macam-macam rahsia dorang ni tau. hahah.



:: kesayangan laki aku. n laki aku tu kesayangan ceceh. nyampah bila tengok dia ni akan memanjang je mengadap laki aku. tergolek2 suka. kalau aku ke, orang lain ke panggil jangan harap dia nak heran ::


aaaaa ni la penghuni baru kat luar rumah aku tu.
dia beranak ni. comel je tengok terkedek2 je kenit tu ikut mak dia.
dah rupa riri dah. nasib riri gendut.
aku panggil dorang hitam ngan kecik. eeeiii geram.

ok la tu je.
sekian celoteh kak jah pasal kucing.

p/s: kena tidur ni. esok plan nak bangun awal. rightttt…. tadi gatal order kopi o ais siapa suruh. aku ni kena kopi memang begini. tu pasal la tetiba muncul entry awal pagi kan. hahaha



2 Comments:

chics said... [Reply to Comments]

Aku dah nampak benda yang yang sama ada dekat rumah aku - kesan cakara kucing dekat sofa/kerusi. Nangissss. Berambu ramba sofa rumah. Paling horror, kerusi rumah ni kerusi orang, mati bila tuan dia cek nanti

muna said... [Reply to Comments]

peej, aku beli sangkar kucing agak2 murah kat sini: http://airwalk-kucing4sale.blogspot.com/. dia bukak kedai kat kawasan perumahan kat taman desa. mmg umah teres, jgn jadi aku sesat2 cari kedai betul, haha. pastu ada kawan aku ckp, office mate dia beli cage kat jalan pasar tak silap. tp tatau apa nama kedai. harap bleh membantu :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...