Instagram : @peejburhan

bermulalah episode satu.

siapa follow aku kat instagram tau la yang semalam bermulalah episode aku untuk bersenam.
hahaha ok kelakar.
ok cerita daripada awal.

perasan tak lately ni musim panas kemain.
panas tak boleh tahan rasa taknak keluar rumah.
penyeksaan betul la if keluar tu.
tapi nak taknak kena keluar n post barang petang tu.
cuaca petang pun panas macam kan tengahari la.
semalam post tak banyak, selalu tak banyak laki aku pergi naik motor je.
cepat dia kata. tapi semalam kata nak pergi sama.
ok la. paham, kita naik kereta pun panas. takkan dia nak naik motor kan.
so pergi sama.

settle hal tu pergi makan.
aku as usual tak makan apa lagi. so petang baru nak makan.
makan ayam penyet as usual. kali ni duduk dalam.
tak sanggup la nak duduk luar. panasss. so biar ada a/c baru nyamannn.

yang aku ni berdebar je malam nak berexercise.
al-maklum orang yang sejak kecik memang tak suka exercise. haha.
so masa sembang-sembang kat whatsapp aku kata la panasnya cuaca tak menahan.
tetiba elly kata, "kenapa kau taknak yea join malam karang. taknak cakap. aku tak marah."
tetiba sangat kan. hahaha. dia dah mula tau perangai aku kot.
tapi takda la. memang langsung tak terpikir.
n gila apa. dah beli kasut tu. pergi je la.

so lepas maghrib bersiap.
baru keluarkan seluar track yang beli last year.
dalam plastik lagi ok. hahaha.
sekali satu tu panjang melampau lak.
nasib satu lagi ok. so ok la.
around 7.45 gitu gerak.
perempuan semangat. janji jumpa kul 8.15pm. pukul 8 dah sampai. kah kah.


hahah terasa poyo n kelakar pulak berkasut sukan bagai.
funny funny funny.
elly sampai so bergerak ke atas.
register.
pastu elly tanya nak try je dulu tak? so kau bayar walk in je dulu.
hah? takpa la. bayar je la full. kang aku tau if aku walk in je, nanti aku walk out tak kembali.
so atleast dah bayar tu. ada la rasa bersalah if tak join nanti kan. gituh.

sampai duduk kejap. then simpan bag dalam locker.
yang elly kata air mana? aku kata la dalam locker.
elly kata hebat sangat ke kau? pergi amik air. oooo boleh bawak masuk yea? mana acik tau. hahaha.

so bermulalah episode menakutkan.
semalam tu class step board.
memula ok la. walaupun lembab aku catch up step.
sampai 15 minit aku dah rasa jantung laju.
ok takpa. teruskan lagi. nasib la lembab pun.
sampai 20 minit aku dah slow.
sebab aku macam gerak pusing step sana sini dah rasa terhoyong hayang.
woiiii kegilaan apakah ini.

elly memang dah hebat la.
kalau 20 step tu aku rasa maybe 1 je dia miss step tu.
mostly semua macam tu la.
then orang rancak aku dah slow down.
jantung dah laju gila. aku kan paranoid takut mati kat situ.
kang jadi kerja sapa nak angkut aku. aku ni ada darah tinggi.
kang push sangat kang jadi apa2 tak pasal.
so buat bila rasa nak je.

minum air kau jangan cakap la. sampai tak rasa dah walau air masuk dalam tekak.
botol besar tu aku minum tinggal suku kot. padahal bergeraknya ciput je. cannot go betul.
then aku dah takleh dah. so aku duduk tepi.
pastu tanya elly pukul berapa ni? elly kata baru setengah jam.
whatttt???? punya rasa separuh nyawa baru banyak tu je.
takpa la dorang teruskan aku tak mampu.

tapi elok aku stop. sebab aku memang dah gerak tu takleh rasa kaki terhoyong hayang je.
sekali dalam aku buat slow2 tu, ada sorang sebelah aku ni terpeleot n tergolek jatuh.
aaaa takut. sebelum aku menambah tragedi nangka busuk tergolek. baik aku stop.
then lagi 15 minit terakhir tu dance sikit. dah tak guna step board la.
then ada macam exercise2 apa tah. yang tu join balik.
walaupun dia suruh buat 20. aku buat lapan lalu baring terlantar je macam dugong.

peluh jangan cakap la.
kuyup belah2 atas ni sampai tak tau nak lap mana dah.
yang elly abis class kemain nak cam whore.
muka aku macam harem. tu takpa penat mata pun juling tak tau nak pandang mana.

tapi ok la cikgu dia.
dia takda paksa buat macam biggest looser tu ke apa.
ikut pace. dia pun kesian kot tengok ada perempuan gemuk tercungap2 kat belakang tu.
habis kelas tanya ok tak. aku kata tak ok la. sebab bertahun tak buat tu yang tak tahan tu.
dia kata takpa slowly.
ye la kan baby step kekdahnya.
baby step sangat walau sebenarnya baby elephant sangat rupa.


balik singgah kedai.
time tu rasa macam aaa laparnya.
tapi kuatkan iman n tetiba poyo. beli ni.
bagi sedap sikit tekak yang rasa nak muntah minum air mineral je


pastu singgah umah mama, layan sembang ngan noy.
sumpah penat dia tu rasanya pukul 11pm aku dah boleh lena kot.
tapi noy tak bagi. cissss.
so turun bawah. aku makan la mihun sejemput tinggal mama masak siang tu.
aaaa sedap. boleh tahan lapar la. tapi takpa la. tahan je.
sia-sia aku macam gila terkinja-kinja tetiba nak layan tekak kan.

aku gerak lewat gak. sebab laki aku takda.
tetiba seram lak nak balik sorang.
so tunggu dia call dah balik baru aku balik.
sekali dia kata nak lepak pulak.
so jumpa kat kedai la. aku ni dah penat mata berlipat ni.
tapi layan la teman.
n nasib berjaya tak makan hanya minum je.
pelbagai godaan la dorang ni semua buat. keji gila weyh.
tertelan2 air liur aku. sampai tutup2 telinga malas nak dengar.
time tu la nak cerita pasal telur asin la, ikan masin la, itu ini la. eeeiiii.

ramai orang semangat lebih daripada aku.
ada yang tanya apa target la apa.
dimaklumkan aku bukan nak diet sebab aku target nak kurus. tak ok.
aku buat sebab aku rasa aku semalam lesu n pemalas je.
tak produktif sungguh. so ada ni hopefully ok la sikit.

pasal makan. aku tetap makan apa aku rasa nak makan.
aku takda macam orang diet tak makan nasi la.
kira kalori la. eeiii takda masa.
aku makan je apa aku teringin. n ikut tekak ni.
cuma aku nak elakkan makan lewat malam je. itu aje.
lain sama. so tak perlu nak bagi aku tips pemakanan ke, or aku cerita hal makan takyah nak cakap eh ni kalori tinggi bla bla.

pastu pasal target? target weight ke apa.
takda ok! takda! kalau turun baguslah.
tak turun pun ok je janji aku tau ada la senaman sikit aku buat. gituh.
takda la tetiba verangans nak kurus ke apa.
lagi pun laki aku tak suka nanti kurus.
kau tgk laki orang tgglkan bini sebab gemuk. pergi kat perempuan kurus.
tetiba nanti laki aku tinggalkan aku sebab aku kurus. hahahah tak pasal.

malam kang ada lagi class.
siap tanya elly dah penat tak class dia?
sebab hari ni rasakan jalan kengkang ok.
sebab kaki takleh nak straight pun sebab tegang gila betis tu. hihi.

sekian celoteh kak jah.
kak jah lapar nak makan ni.
semalam last makan mihun sejemput tu je.
ta-ta.

24 Comments:

Miss arfisa said... [Reply to Comments]

serius lawak sgttttttt. hahahaa. gud luck sis. :)

Jojet said... [Reply to Comments]

go go peej! go go!
kita bukan nk kurus kita nak fit!
betenaga, xde la lemau je.
aku pon gitu skrg, tp aku nk fat tu betukar jd muscle!! ehehe

schazaza said... [Reply to Comments]

HAHAHAHAHAHA~
sumpah gelak baca entry ni...
bagus gak ada kwn mcm kak elly tu..
berani la cakap nk berhenti work out di tengah jalan...
mmg kena berdas2 la kot...

xpe peej...
aku support kau...
kemonla koko... :)
anggap je work out ni utk enjoy2 n keep fit bkn keep slim ke apa..
so xde la stress nanti...


all the best... nati update kisah mlm ni plak ye...
:)
bawak air lebih tau

ayahmamilisa said... [Reply to Comments]

cayala peej..keep it up! hehe..tah bila nak ikut jejak langkah mu ni..hihi..

Filla said... [Reply to Comments]

HAHAHAH kelaka gila entry ko ni.. penat gelak.. go peej gooooo!!! go peej gooo!!! *sambilakujadicheerleaderataskatil*

ain.ya.nun. said... [Reply to Comments]

Alahhh, exercise utk sihat je sudah.
Bukan senang nak keluar peluh selambak gitu kan.

jija said... [Reply to Comments]

hahahahhaha......lawak gila Peeja...
x tahan sangat nak gelak bace entry nih...
hahahahahahha...........

A.I said... [Reply to Comments]

aku lak tingin sgt nk berzumba. bila baca blog elly kata kelas tu buat sejam non stop, trus aku terbayang. aku ni poyo je lebih. ntah2 baru 10mnt aku dah tercungap2 mintak nyawa. tak ingat langsung badan berpenyakit. tp siyes tingin ^____^ - baca entry kau ni pun aku dah tercungap2 gelak sengsorang hokey. hahahaha

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

Laaaaa kasut keeee. Aku tgk kat IG smlm macam langsir. Aku ingat ko join buat show ke theatre ke. Hahahahahhahah

mimi danish said... [Reply to Comments]

Jangan skip makan sangat peej.nanti takda tenaga dan kita mula stress.saya pun konon nak diet sakan.tak makan sangat.skip makan..boleh buat tapi sebulan stgah je berjaya..lepas tu letak jawatan.makan jangan skip k.pecahkan kuantiti 5 kali sehari makan.tapi dgn jumlah kecil dan selang seli dengan snek sihat..mcm buah,cereal,makan yang berfiber lama tahan kenyang...lepas tu workout mcm zumba tu ok peej.cuma workout ni elok sehari buat sehari restday.bagi badan rehat

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said... [Reply to Comments]

Ooooiiihh kelakar sgt cite ni.. xpe kak peej slow2 lama2 dh catch up mst jd fun

ieyka dinda said... [Reply to Comments]

kaki tegang sebab kak peej lama sangat tinggal eksesais kan..

seronok bace and good luck! :)

peej said... [Reply to Comments]

@Miss arfisa

memang lawak sebab tak pernah di buat exercise bagai ni tau

peej said... [Reply to Comments]

@Jojet

yes betul. supaya aku takda la lesu je.
n supaya baju n seluar aku tak bertambah size. aaa seram.

peej said... [Reply to Comments]

@schazaza

betul la ikutkan hebat elly ni. dia je berjaya paksa aku sampai aku join. kalau tak memacam orang ajak aku tak pernah nak layan. kosser.

peej said... [Reply to Comments]

@ayahmamilisa

ala tak buat apa pun. ni baru satart. bertahun dah naik lemak tak buat apa.

peej said... [Reply to Comments]

@Filla

amboi suka kau kan. tapi bestnya relax atas katil. nyamannn.

peej said... [Reply to Comments]

@ain.ya.nun.

betul. memang takda langsung la. tak buat apa pun.
kerja rumah apa sangat je pun kan.
so tu je la time nak berpeluh pun.

peej said... [Reply to Comments]

@jija

orang yang mengalami sendiri pun terasa lawak je ok. hihiihh

peej said... [Reply to Comments]

@A.I

memang tercungap ok. tapi paksa2 diri mana takat mampu.
tapi kau dah kurus la. macam gadis remaja. motip kau nak berzumba bagai?

peej said... [Reply to Comments]

@lilRed Farah

hahah bongok kan kau. tapi bila aku tengok balik memang macam langsir la weyh. a ah macam kat teater. hahha.

peej said... [Reply to Comments]

@mimi danish

takda skip pun. tapi elakkan makan lewat malam je.
tu la now memang dapur kosong. tu yang takda benda nak munch ke apa.
kita tak buat everyday pun. kelas 2 kali je seminggu.

peej said... [Reply to Comments]

@ieyka dinda

tu la kan. lama2 nanti ok la tu

iza.rahman said... [Reply to Comments]

peej pegi gym mana ni eh??

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...