Instagram : @peejburhan

anak-anak buah

lately hidup adalah sedikit meriah.
kan hari tu aku cerita mak ada tidur rumah kan.
n mak selesa. so now kerap jugak la mak datang tidur rumah.
ada satu malam tu mak saje nak jalan-jalan.
datang ngan adik ipar aku satu fam.
sekali ngan anak-anak dia.
datang quite lewat. so dorang nak gerak la tidur rumah adik ipar aku satu lagi.
laki aku. tau la. dia memang takkan bagi la.
ada pulak anak-anak hafiz tu kan.
dia ni kan suka budak kecik.
memang dia tak bagi balik. suruh tidur rumah je.
yang dorang dah segan. segan ngan aku la.
mana tau aku tak suka ke. e eh gila apa.
tidur je la.
bukan ada apa pun. rumah ni pun selalu kita orang berdua je la.
so bila ramai tu meriah la.


laki aku memang mengadap si kecik ni je la.
ali. eeiii geram ngan dia ni.
dah la baik pendiammm je. takda nak meragam ke apa.
pastu tak sangka si ali ni suka pulak kat kak jah uolls.
kemain if terpandang aku je mula la menyengih.
agah sikit kemain happy terjerit-jerit.
wah teruja. haha lawak. biasa la aku ni dpd zaman dulu budak kecik tak gemar.
automatically aku pun jadi tak gemar budak kecik. hahaha.
mengada la nampak aku nak takut2. matiklah sentap bawak ke tua kan.
tu yang bila ada yang teruja ngan aku, aku adalah happy. heheh.



time ni pukul 1-2 pagi macam tu.
amboi kemain happy n teruja ali ni. sayang sangat ni.
tapi dorang tidur semalam je.
tapi tak silap lusa tu suruh dia datang lagi tidur. hihi.
tapi memang pun sebab aku dok la repeat video ni. rasa rindu pulak kat kenit ni.
plus masa datang tu dia sakit mata. sian tengok taik mata banyak je.
pastu lusa tu suruh laki aku call tanya dorang dah bawak ke ali pergi klinik.
tak sempat lagi katanya. risau pulak kan.
plus filla ada datang time dorang ada, filla kata baik bawak cepat.
sebab dulu anak dia kena lagi teruk sampai takleh bukak mata. lagi kesian nanti.
so aku kata datang malam tu, meh aku bawak gi klinik.
hahaha alasannn. sebenarnya nak dorang tidur lagi. boleh dok melayan ali lagi.
rupanya pergi klinik Dr kata ada demam sikit.
tapi takda lak rasa panas ke apa. yang ali ni pun elok je demam ke, sakit mata ke relax je. baguih ni.
Alhamdulillah baru 2 kali titik mata dah ok dah. haaa baru bertambah handsome kan.

esoknya siang tu kita orang reramai makan kat kedai minang.
haruslah orang minang kan.
eh tak silap plan nak ke festival city makan. tapi gila kau jam pastu takda parking langsung.
even tempat yang vallet tu pun full.
tu yang singgah kedai minang area gombak sana.
sebab plan lepas tu nak melawat abah pulak.
abah kan sakit, so now kakak MrB jaga.

lama gak la stay.

akak ipar aku ni ada anak special sorang.
dia ada autism n apa tah. eh tak reti nak sebut.
so dia takleh bercakap n jalan la.
tapi otak bagus. kau tengok dia main ipad tu. kemain hebat.
kau off la. dia tau bukak, then pergi youtube n tengok video yang dia suka.
if dia suka tu. merasa la sepanjang lepak sana kau akan layan lagu tu je ulang 80 kali.
ye tak exaggerate sebab aku sampai naik hafal ada satu lagu mengaji tu. hahah.
if dia tengah mood hindustan. hindustannnn je dia layan ok.

dah besar dah dia. now dah 14 tahun.
dulu aku kenal dia kecik je lagi. ye la aku kenal MrB pun dah berapa lama.
10 tahun kot.
daripada dia kecik dia punya lah suka laki aku ni.
sebab laki aku rajin layan dia.
aku tak berapa rapat ngan ariffin ni.
sebab kecik dulu dia suka pukul n cubit. sakit weyh.
dia akan jealous ok. memang takleh la aku nak mesra ke apa ngan MrB.
kena nanti. so baiklah aku jauhkan diri.

tu yang bila pergi sana.
dia nampak laki aku. dia punya happy tu terlampau ok.
sibuk nak berhimpit je.
laki aku lak dia dah besar macam tu still dukung bagai. suka la dia.
laki aku pergi sini, dia ikut.
pergi sana dia ikut.
nak berpeluk n bercium je.
laki aku baring nak tidur pun tak dapat sebab dia nak selit.
pastu dia nak suruh cium. pastu nanti kena cium syiok sampai meleleh air liur. haha kelakar.
tapi comel gila je

tengok la tu siap berpopok bagai.
memang tak dapat buat apa laki aku.
so kerja aku adalah melayan ali la.

:: ali n auni ::

auni ni kemain susah nak rapat.
dia tak suka orang. kadang kau pandang dia pun dia boleh ngamuk.
pegang memang tak dapat la kan. dia akan menyorok je belakang parents dia.
laki aku nak pancing pegang dia buat2 la nak tunjuk kucing ke apa.
tapi now dah selalu ke rumah aku. amboi kemain sampai je rumah nampak aku terus peluk.
aku lak rasa janggal. haha aku ni kan ada masalah PDA.


:: kak jah pun nak sibuk jugak tu. haha ::

last weekend memang tina n fam dah plan nak datang rumah aku.
saje nak lepak. laki aku dah rindu anak-anak dia.
aku kan sabtu memang akan ke rumah parents aku sebab siang tu session lepak ngan elly n filla.
lepas tu lepak la lama sikit sana.
sebab laki aku pun keluar ngan kawan. aku nak balik buat apa.
sekali malam tu before gerak laki aku kata mak nak datang boleh ke. sekali ngan fam hafiz.
e eh laki aku ni. suka tanya soalan macam tu.
datang je la.
pastu siap pakej pancing kata, ali yang nak datang. ali kata rindu kat aku.
ye lah tu. ali tu bercakap pun tak reti lagi.

so tau dorang nak lepak situ.
bergegas la aku pergi giant beli barang sikit.
ala takda apa. beli air kotak kecik n vitagens untuk auni n anak2 tina.
then aku ke kfc. amik terus 21 pcs n segala side orders. kita party kfc malam tu.
sambil layan fear factor n cerita bohsia.
berkerut2 kita orang tengok cerita tu.
scary sungguh ceritanya.
yang biras aku naive gila.
siap kata memang ada ke rempit semua ni. kenapa tak pernah nampak.
nak nampak macam mana kau tak keluar malam kan.
adooo. berlambak n menakutkan ok.





as usual ahad tu melawat abah.
tapi kali ni pergi ngan laki aku n mak je.
fam hafiz gerak awal. ada kerja.
so laki iolls melayan la ariffin ni.


takleh nak berenggang.
kalau la laki aku duduk sebelah aku. laju je ariffin main langgar je aku janji dapat kat uncle dia ni.
boleh tahan lama la lepak sana.

tetiba dah tak tau nak cerita apa.
rajin nanti aku update lagi.
wah rajinkah?



4 Comments:

Capt Lalok said... [Reply to Comments]

pija, aku doakan nanti ko cepat2 dpt baby mcm ali tu,muka dah ada iras..kata nenek aku,kalau ada baby suka kita tu..tak lama lagi lah tu..ada ali dalam perut kau..

aku doakan !

linda said... [Reply to Comments]

Saya pun doakan peej dpt baby cpt2 jgk..org baik insyaAllah akan diperkenankn..

tifa anvar said... [Reply to Comments]

saya juga doakn sama pija.

Bunga Rampai said... [Reply to Comments]

alaaahai sweetnya entry kali ni, pasal kanak-kanak :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...