Instagram : @peejburhan

wah aura tu dah ada

hi tawan-tawan. (motip nak pelat manja konon? hahha)

aku happy ni sebab iolls dah cuti daripada mengepos
tapi tu la cuti tu je la.
baru ingat hari ni dapat tidur aman damai.
takda maknanya.
terjaga sebab telefon aku dok la bunyi whatsapp masuk.
customer tak henti-henti dok whatsapp, sms la apa.
calls pun ada. sorry tak layan.
i is aura cuti ok. wahahaha.

tapi takda nak aura sangat la.
nak taknak kena bangun.
ingat panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari
sebab ramai contact nak COD barang today n tomorrow.
uhukk-uhukkk. takpa la. aku limitkan untuk korang pick up today n tomorrow yea.
weekend takleh. aku nak rehat. sampai isnin.
aku pun nak jalan-jalan ngan laki ke khennn.
kalau ada orang nak COD tak bergerak weyh.
sebab timing berbeza-beza. aku limitkan pun nanti mesti ada yang terlajak perahu.
esok pagi orang dah gigih nak amik ok.
aku ok kan aje. tapi debar-debar je sebab possibilities untuk tidur tak bangun tu ada. erk.

siapa nak order boleh je contact. tapi if aku lambat sikit reply maknanya aku tengah jadi rokiah ronggeng.
ronggeng la sana sini.
so nanti aku reply jugak.
tapi segala urusan post start selasa ye.

last wekeend dok lepak tetiba kita orang plan pergi karaoke.
so tengok availability semua orang. set rabu malam semua ok.
so suruh kawan MrB set kan kat mana.
so kita orang ke news ktv ampang park tu je. huhu.
aku ni malas pergi situ sebab tau pilihan lagu english kurang.
tapi nak yang tak jauh n harga tak berapa mahal. so ok set.

seronok pulak bila dah beramai ni.
macam-macam pilihan lagu la keluar.
lawak-lawak pun ye. baru sedar macam-macam jenis lagu ada dalam dunia ni.





laki aku kerja nak kutuk orang je.
macam suara best. pastu sibuk nak bagi orang berapa bintang.
supplier tabita aku husband n wife pun ada join.
tapi dorang gerak awal la since today flight dorang pagi nak balik kampung.



meriah kan. aku n noy dok gelak sebab amboi disco nya suasana tempat ni.
kemain lampu pusing2 kelip2 bagai. hahaha.

hebat-hebat suara dorang ni.
terkepit-kepit ahcik nak nyanyi sebab iolls suara semut je.

semalam malam elok nak keluar tetiba mak mertua kata dia otw datang rumah.
saje nak lepak dah lama tak jumpa.
betul la dah lama tak jumpa.
sebab aku macam busy takda masa nak keluar2 sangat.
pergi rumah mertua pun tak, rumah parents aku pun jarang dapat lepak lama.
terkejar ke sana sini.

tapi kita orang kan dah nak keluar.
so tak lama pun la mak lepak.
mak datang ngan fam adik ipar aku.
so dapat duduk pun 15 minit je.
rasa bersalah sangat.
tapi takpa MrB n aku plan weekend ni nak ajak fam dia makan-makan.
laki iolls dapat bonus tu :D so ok la kan.
best jugak dapat kumpul. tapi tak semua la.
maybe ajak yang bawah2 ni je.
mana yang asyik menghilang n nak jumpa pun payah takda kot. huhu.
tapi tu la plan kemain. nak makan mana pun tak tau.
kedai tomyam kah?
kang kedai pelik2 takut dorang tak reti makan.
sebab tau la tekak al minangs mesti nak carik yang ada nasi jugak ni.
takpa nanti bincang n pikirkan.

aku type atas ni siang tadi.
tapi halfway aku teringat aku ada barang kat PPL batu caves tak amik tu kan.
so call poslaju. kata boleh tak request hantar ke melawati.
dia kata tak boleh. T____T
n cakap item dah lama if tak amik today dorang akan hantar blk ke sender lepas raya cina.
oh mann. apa lagi bergegas aku bersiap pergi sana amik.
nasib jalan ok smooth even time tu dah 6pm gitu.
sebab ramai dah cuti kot. tak pun mostly office kan today half day je.
settle bab tu singgah pergi kedai jumpa mak.

dok kejap je. then mak kata nak ke rumah najib n tina.
tp tunggu najib amik mak.
kita orang kata takyah la. biar kita orang je hantar. satu haluan pun.
so tadi mak tutup kedai awal. ye la dah cuti pun orang pun dah takda sangat mak kata.
sementara mak tutup kedai. aku ke depan nak smoke kejap.
elok light kan rokok ada orang tegur. terkejut ahkak.
rupanya silent reader. hahha sorry la kalau iolls tak mesra alam.
sebab terkejut sbb tgh elok smoke n comot tahap kuasa lapan.
ye la tak plan nak singgah memana. plan amik barang n balik.
dah laki ajak singgah jumpa mak kan.
sekali boleh lak jumpa orang. amik kauuu.

on the way nak ke rumah tina tu tetiba customer call kata nak ke rumah aku COD brg.
plan asal dia nak amik malam. tetiba nak amik cepat kan.
ok je la. bukan jauh
so ajak mak singgah rumah kejap.
settle bab tu hantar mak ke rumah tina.

lawak je. mak first time ke sana.
dorang dok kondo.
tau la kondo kan nak masuk susah sikit siap kena isi form la. tinggal lesen la.
yang mak, "macam rumah kenamaan kan. kena tinggal i/c semua. kondo kedai mak tu takda pun macam ni."
yang laki aku, "mummy, tak tau lagi ke? anak2 mummy semua duduk rumah kawasan kenamaan. rumah kandar pun kenamaan jugak."
eee sabar la laki aku ni. takda kenamaan pun. gila apa.

dok melepak kejap sana.
laki aku kan suka budak-budak. dia bawak mikhail n maqil pergi kedai beli segala benda la.
aku dok atas je la sembang.
tapi kelakar maqil ni macam suka benar kat aku.
dia ingat kot muka. anak tina maqil tu ada autism.
umur 3 tahun lebih kot.
dia cakap bahasa dia la.
tapi nanti apa dia buat mesti dia datang kat aku pastu macam nak sembang dengan bahasa dia.
pastu aku pun layan la.
yang tina dok gelakkan aku.
ye la aku ni dah la tak reti layan budak kan. so bila maqil asyik nak sembang ngan aku n aku beriya layan.
memang lawak.

tak lama pun duduk sebab later dorang keluar makan n pergi rumah kakak ipar aku.
aku takleh nak ikut sebab memang ada few nak datang amik barang.
so kita orang terus balik la.

tadi ngantuk n hampir terlena.
tapi asyik orang amik barang kan. now aku segar pulak.
n boleh tahan lapar la kan.
aaaaa laparrrrrr.
laki iolls tidur tu. malas kejut dia.
sebab dia ni mana cukup rehat.
so cuti-cuti ni dia ada masa rehat n tidur biarlah dia.
aku tunggu je la.

aku nak kena beli barang dapur la.
aku ni dah lamaaaaa gila tak masak ok.
so memang dapur aku kosong sekosongnya.
so jangan la nak bagi cadangan konon goreng la telur letak kicap la. goreng ikan bilis ke.
takda ok! takda!
maggi pun takda ni lama tak beli apa.

kata berdua. laki aku kata takyah la masak.
menyusahkan je nak masak n berkemas later.
baik makan luar.
belanja kau jangan cerita la. serious sehari makan luar 1-2 kali mesti makan n rokok je rm150 kot sehari.
tu if yang aku keluar ngan dia la. yang siang time dia kerja semua tak campur tu.
so sendiri pikir.
campur2 dah berapa tu woih.
pastu sembang ngan tina dia kata dia pergi pasar tani shah alam.
belanja rm200 boleh buat dia makan satu fam almost sebulan telan air liur aku.
takleh jadi. kena start masak balik ni.

satu lagi aku sendiri rindu masakan sendiri.
hahah sedih tak?
ye la makan luar pun pusing2 kau makan lebih kurang sama je.
muak ok tak tau nak makan apa dah kadang.
n kau takkan jumpa la kedai yang jual makanan sesedap masakan kau.
matiklah puji masakan sendiri. woi dah lama tak masak tah2 dah tak sedap pun kot.
ye la aku rasa last aku makan sambal sardin agaknya dah setahun lepas kot.
tetiba terbayang oi sedapnya sambal sardin pedas meletop makan ngan telur dadar. fiuuuhhh.

ok takleh jadi. cuti panjang ni mari membeli barang dapur.
tapi macam malas je nak pergi segala pasar beli barang basah ni.
how ah?

ok aku lapar. full stop.


5 Comments:

Xuriana said... [Reply to Comments]

pija,
mmg official la kau aunty fave si maqil. dgn org lain xde dia mcm tu. tu aku gelak haha.
btw aku pun laparrrrr. boleh x kami x sempat mkn. pi umah uji pastu ajib dh nk pi gym. sentapppp. ni tgh pikir nk mkn apa la ni. so sad.

Anonymous said... [Reply to Comments]

ajak family in laws makan kat restoren sambal hijau sungai pencala...minang habis tu.

Anonymous said... [Reply to Comments]

ajak mereka makan kat estoren sambal hijau sungai penchala...minang habis tu

fara said... [Reply to Comments]

kalau area rmh ade tesco, guna je online shoping dia. bayo depan pintu. sonanggg hehe

Dash Darus said... [Reply to Comments]

peej/tina,
Tina dah tutup eh blog dia? aku cuti confinement haritu, tak baca lama..balik2 bukak dah removed..suka tgk anak2 dia..comel2 sume..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...