Instagram : @peejburhan

pinggg berpusing.

tahun baru semua pun harga naik kan.
salah satunya elektrik la kan. nice.
aku ni dah la gemuk ratu peluh.
memang kalau boleh 24/7 nak aircond je.
tapi kaya ke kau nak 24/7 aircond kan.

sebelum ni sesuka hati jugak la pakai.
yang laki aku pulak raja lampu.
semua lampu dia nak pasang la.
alasan sebab nanti kucing dia gelap tak nampak.
dah berapa kali aku kata kucing ni gelap mata terang.
tetap taknak percaya.
pastu siap semua tempat nak bukak kipas.
supaya kucing dia tidur selesa. T____T
padahal kucing ni dia nak tidur bukan kira mana. janji ada port sudah.

siang pun laki aku gemar pasang lampu bilik n dapur.
so ni dia takda. aku tutup semua.
penjimatan. cea cea.
pastu aku bukak hanya lampu depan n kipas. aku nak duduk situ kan.
pastu aku perati je meter tu. bagus. slow gila gerak.
slow melampau sampai aku rasa kau mampu bertapa n menuntut ilmu sebab punyalah lama tetap tak pusing satu round lagi.

ok tahan. walaupun seminggu dua ni panas terik kan.
so tahan daripada bukak aircond.
aku kan suka buat kerja kat living hall ni.
ok buat kerja. tabah n berjaya.
pastu ni start part nak pack. dah la banyakkkk gila nak hadap.
baru angkut2 barang aku dah berpeluh macam kambing.
dayummmm. aaarggghhh lantak. bukak jugak aircond.
perati meter tu. amik kau…terus pingggggg berpusing. macam gasing dah.
bertabahlah membayar bil akan datang.
tapi takpa kot kan. kau penat cari duit. harus la nak buat kerja ngan keadaan selesa kan.

atau untuk menjimatkan elektrik mari diet.
kalau kurus kurang berpeluh kot? ke tak?
ke macam tiap2 tahun mesti masuk topik nak diet?
tapi pastu macam konon2 hilang ingatan. muahhaha.

ok la sambung buat kerja.
banyak ni.
ta-ta

1 Comments:

shahida suhaimi said... [Reply to Comments]

kak, just nak inform. kalau taknak current berputar laju, TNB sendiri inform saya, letak suhu 24 tp kipas full pon takpe. sgt jimat kak :) try lah !

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...