Instagram : @peejburhan

marketing iklan

diam tak diam dah 2 tahun jugak la aku business kecil-kecilan ni.
tapi yang betul-betul aku buat sendiri lepas aku kawin ni la.
n Alhamdulillah rezeki lepas kawin ni bertambah stabil la.
kadang tak pernah terpikir pun.
tapi mama selalu ingatkan kita orang jangan gaduh-gaduh.
dia kata lepas kahwin ngan MrB, rezeki bertambah murah.
betul la tu.
aku ni pun malas nak berkira sangat ngan MrB. yelah laki bini kan.
sebab dia pun tiap hari dok doakan macam-macam untuk aku.
dia pun rajin memberi. so maybe daripada dia la, aku mendapat tempias-tempias rezeki ni.

kebetulan je pun aku meniaga ni.
asal daripada aku n adik aku guna produk tabita.
aku share kat blog. asal few readers nak kirim.
until la semakin bertambah. so maybe Allah bukak jalan, ni punca rezeki aku.
so jual la.

then lepas kawin, ephyra pulak approach aku.
time tu dorang baru bukak company.
suruh try je. ok la try la. asal untuk iklan.
then dia kata taknak jadi agent ke?
since aku memang time tu ada jual tabita kan.
then aku try n suka product tu. why not kan.
dari situ la start jual ephyra pulak.

ramai tanya kenapa aku tak tambah product?
biar la kira macam if orang nak beli apa-apa, semua aku ada.
aku ni tak reti nak jual2 produk memacam.
mencari-cari ke apa. kira apa tengah hot. aku sibuk nak grab n jual.
sebab aku jenis cakap jujur.
contoh let say customer tanya itu ini. aku tak pakai ke apa.
aku tak reti nak kelentong kata aku pakai ke apa.
so aku tak suka. just for the sake kau nak jual, kau macam menipu kan.

sebab tu aku kalau customer tanya aku jawab jujur je.
contoh dorang tanya pakai lagi ke tabita?
aku akan jawab, aku pakai cleanser je. sebab aku malas.
then macam sejak sebulan ni aku paksa rajinkan diri pakai balik full.
so orang tanya, aku akan jawab yes. *sambil kembang2 hidung*
macam ephyra, ada time aku sangat malas so aku tak amik lama.
so if orang tanya aku akan jawab memang aku amik jarang gila. gituh.
contoh aku kan dulu ada jual sne n be.
orang tanya, terus terang aku ckp aku tak pakai
sebab aku tak mampu. so if nak tau details mmg aku takleh nak jawab.

now kan ada few product aku jual.
ingat aku gigih mencari ke?
takdanya, aku di recommend. aku rasa ok so aku proceed la jual.
or if supplier aku kata jual la. bagus ni. aku jual.
tapi still if ada yang tak selesa aku nak jual. aku taknak amik.
macam tu la.

macam tu jugak ngan marketing strategy.
siapa tak tau marketing. mesti la tau.
tapi entah aku jenis tak suka.
sebab tu kalau korang follow fb, ig ke, twitter ke.
kau takkan nampak aku merapu semangat 80 kali nak promo itu ini.
sebab aku rasa macam poyo je macam orang semangat meniaga.
hahaha saiko tak? padahal memang tu la pun punca rezeki aku.
tah aku macam malas nak semakkan timeline pasal itu ini.
aku macam takda la obses.
certain orang kan obses. rasa nak sepuk kadang.
paling tak tahan dalam setiap status ke apa nak selitkan.
contoh, ahhh badan rasa sihat dan segar. good mood sangat. minum ephyra mmg boost energy. marilah try. belilah ephyra dpd saya.
tak pun, nakkan kulit mulus, apa lagi order la cepat produk dot dot dot ngan saya.
get it? get it? get it? rasa nak tikam diri sendiri.

tah aku bukan macam tu kot.
even kadang jumpa2 orang.
let say ada 6 orang. sorang tu tau aku meniaga.
tetiba bila kenal2 ke apa. tetiba sorang tu kemain cakap, oh dia ni tauke besar, dia jual macam-macam produk.
aku macam tersipu2 n sengih je.
memang aku tak reti la tetiba nak sambung beriya kata, best…cuba la try. memang nanti ok muka bla bla.
memang tak la. aku tak reti. haha.
aku diam je. ;p
sebab tu aku selesa duduk belakang screen n meniaga online je. aku tak reti.

certain people jenis nak marketing. tapi kederek nak kuar duit.
bangsa suka tag orang gambar. ni sangat gampang ok.
aku benci! i mean have some respect.
aku meniaga dah 2 tahun ni sekali pun aku tak pernah tag orang ok.
some aku tengok macam kat instagram la.
jenis kat comment box semua artis orang glams ke apa dia nak promo produk dia.
macam biadap aku rasa. esp kemain panjang lebar la details barangan dia.
me not like.
so kalau la aku di tag, harap maklum aku delete serta merta.
bukan sombong. tapi sila respect peniaga lain yang keluarkan duit untuk iklan kt kita.
plus aku rasa, aku takda berperangai macam tu sesuka hati nak tag2 orang.
so memang takkan bagi chance orang lain nak buat macam tu.

ok bab keluar duit pulak.
ahkak bukan la kedekuit taknak bayar orang iklan ke apa.
tapi like i said. aku rasa macam poyo2 pulak. hahahha.
tapi setelah di paksa2 oleh bermacam pihak.
baru la kelmarin aku email filla kata nak iklan kat dia.
seeeeee, filla je pun. itu pun sebab aku dah selesa ngan filla.
pastu kau tau tak berapa lama dah aku kata nak iklan ni tapi tetap tak proceed.
aku rasa makan bulan dah kot. haha.
sebab?
sebab aku segannnnnnn.

bila tengok now filla buat iklan yang sikit bawah entry n ig.
baru aku rasa macam ok kot.
tu punnn bertangguh jugak la sebulan ni.
sampai la kelmarin aku kata ok on. hahah.
tu takpa. tu takpa.
bila baca iklan filla tu asyik la aku rasa eeiii segannyaaaaaa.
apa yang segan pun tak tau la. tapi aku segan.
bangang gila.

aku ni memang macam ni.
aku bukan macam certain orang ada target.
siap berlawan siapa jual lagi banyak. siapa lagi hebat.
jangan la tanya aku, mana kau nampak diri kau lagi 5 tahun?
adakah kau akan ada pekerja, ada kedai, bla bla. jangan!
maybe satu hari nanti aku akan pikir ke arah tu.
but buat masa ni aku ok je begini.
aku tak kisah pun orang kata, eh kau tengok dia. dia baru meniaga, aku tengok dia macam lagi terel je dpd kau.
eh biarlah. tu rezeki dia. rezeki aku macam ni. aku selesa macam ni.
sebab tu aku tak pernah suka MLM, aku memang takda ciri-ciri semangat terlampau semata-mata nak naik lagi dan lagi. n aku jugak tak suka kalau kena push-push.

certain orang sanggup bergaduh-gaduh sebab meniaga ni.
aku rasa macam bongok n membuang masa.
sebab Allah dah bahagikan rezeki masing2.
sebab tu aku tak kisah berkongsi.
pernah ada few customer terkejut bila aku bagi dorang contact direct ngan supplier.
padahal dorang sebenarnya nak amik dpd aku.
sebab aku pikir, rezeki masing2 kan.
until la supplier aku kata aku uruskan sendiri, sebab dia takleh nak handle.
then baru la aku start buat reseller price bagai.

of coz la ada la benda-benda buat aku sentap.
apa kau ingat solehah sangat semua kau ok je.
ada. mana boleh tak ada.
tapi aku jarang kecoh la.
paling-paling pun aku mengadu ngan mama.
tapi nanti mama bg la kata2 nasihat apa bagai.
terus tenang n kembali bersemangat.

gituhhh.
panjang tak celoteh kak jah?
kak jah memang macam ni, if nervous memacam rasa nak bebel.
ok la. kak jah nak beradu.
sebab ni auto publish.
kak jah punya segan. bayangkan pukul 9 pagi tak tidur ni.
ni pun tak tau la akan tidur ke tak ni.
kalau siapa contact kak jah menyepi tu paham2 la.








8 Comments:

Malina Mat Wazip said... [Reply to Comments]

Setuju dgn kak peej..rezeki masing2 kan..I follow ur way too..tq :)

siti said... [Reply to Comments]

Peej...apa yg u tulis sebijik dgn apa yg I rase...rase mcm eh nape u tau semua ape yg I rase....

sueMY said... [Reply to Comments]

i mmg suka cara u..tak approach lelebey..satu tanya satu ko jwb..sampai pikir deyy minah ni awat tak karang ayat lebey2 bg i lebh interested dah le 1st time nk beli ni.. tp nan ado.apa ko tanya tu la dia jawab..takde nasi tambah bagai...hahha..sbb tu suka bli tabita ngn peej..ada kejujuran di situ...hahhaaa gituww..

darikacamatai ly said... [Reply to Comments]

Tak kisah la kak jah....i is suka kalau kak jah celoteh pepanjang ni...lagi i suka...kelassss kak jah..hihihi

ieda iedana said... [Reply to Comments]

Hye K.Peej,

Chaiyo2. Semoga bertambah murah rezeki akak...

mizajasni said... [Reply to Comments]

aah kak peej. xberapa gemar org yg tiba2 eh rasa bertenaga la harini. oo sebab minum sekian2. hahah. saya pun jual brg juga. tapi malu2 juga nak promote :P

Ainur Izzati Ahmad said... [Reply to Comments]

No one can give a specified answer within 5 or more years from now, Peej.
Ikut kata hati sendiri mana yang lebih selesa.
Tak perlu nak ikut orang semata nak menaikan taraf hidup.
Rezeki bukan ditangan "seseorang"
Mengampu tak bawak kemana pun.
In sya Allah rezeki akan bertambah sekiranya diberkati olehNYA.

Didi Kar said... [Reply to Comments]

Saya pun x gemar style up status fb dgn kait2 kan diri dgn produk yg dijual.. mungkin ada yg jenis x kisah.. tp saya rimas.. nasib ada button do not show in nwwsfeed tu.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...