Instagram : @peejburhan

lotih

lotih aku ni. macam tak cukup tidur.
noy ni tidur umah aku semalam.
aku ni memang hampeh. kejap buat kerja.
nanti rasa penat n malas je tau-tau tertidur.
bangun sambung buat kerja. best la kan.

tapi dia ada rumah aku takda chance aku nak tidur kejap ke apa.
if dapat lena pun ada la 1/2 jam gitu kot.
pastu dok tanya-tanya aku soalan la apa. eeeiii.
tu takpa. tetiba nanti kejut aku pastu ceria-ceria suruh aku cergas la apa.
aaaa penat. patut weekend la selalu boleh rehat apa patut pun.
usually weekdays busy. dah la ni orang time gaji kan.
mesti seminggu dua akan busy la. fuuuhhh.

patut tidur ni. tapi biasa la aku bila dah cergas.
harus time-time ni payah nak tidur. cisss.
sementara ada masa terluang n takleh tidur mari update blog.
daripada buat benda tak berfaedah n blog terabai kan?
walaupun blog pun takda la faedah mana kan.
tapi takpa atleast berupdate n mana-mana readers aku yang masih rajin membaca blog aku ni ada la benda nak baca.
walaupun taktau nak cerita apa pun. sendu je. hahah

sebelum update proper entry.
mari update entry carca marba.
mana gambar yang ada kita share n cerita apa patut.


if lepak rumah mama, if ada singgah mana-mana memang akan belikan dia macam-macam.
kadang lepak lama, mula la mama nanti mereka-reka nak itu ini la.
macam ada satu malam tu dia kata if dapat tutti frutti mesti best. lama tak makan.
amboi hint kemain nampak.
selagi tak beli nanti mula la tetiba kejap-kejap dia dok slurppp.. keluarkan lidah.
pastu jilat-jilat bibir. slurppp. hahah sabar je la.

tak lama lepas tu aku kata ok bye nak balik.
wah muka sedih je. saje je drama.
padahal aku memang nak pergi belikan pun.
belikan la untuk mama n papa.
harus ada aku punya jugak.
tapi aku makan sikit je pun sebab time tu batuk sebab demam tu tak ok lagi.
balance bagi ayol abiskan.
amboi mama bila dapat tu kemain tergeleng2 kepala bila makan.
yang papa pulak makan sambil main computer.
takleh tahan je tengok muka tersenyum simpul makan ice cream.
papa memang favourite dia ice cream.
if kita orang pergi mcD tanya nak apa.
dia hanya akan pesan nak sundae je. hihi.



maaf la ye. ahkak ni memang suka selfie n feeling.
tapi saje je. sebab time tu tengok instagram sendiri macam lama takda muka aku.
harus la verangans. tapi end up aku tak tepek pun kot.
so kasi letak sini je.
selfie paling best adalah #seatbeltselfie la.

semalam pergi rumah mama.
lagi menyampah sebab elok aku masuk duduk mama bersuara, "dalam gambar nampak kurus, sebenarnya muka besar pasu."
pastu dia n ayol dok gelak2. malas nak layan.
hahaha memang la. gambr vain mesti la nak yang feeling lebih…walaupunnn…
tu yang nanti senang orang nak cerca kan. eleh dlm gambar macam ok, tengok live pitams.
tapi ada aku kisah. hahah.

aku la orang paling tak kisah.
mana customer pernah pick up barang kat umah aku tau la.
aku suka hati je hantar barang muka bangun tidur ke, tak mandi ke, pakai seluar katok ke, tshirt milo ke.
dok umah kot. motip nak melawa semata-mata nak pass barang kat orang. kosser ok.
keluar lepak pun sempoi sudah.
sampai bila aku lepak nanti mula la kawan-kawan laki aku tanya, "akak lain macam hari ni, siap make up pakai jam, pakai cincin, pakai anting-anting"
takleh aku nak melaram sikit tau. macam amazing sangat la.
dah la cakap anting-anting. kelakar je.
tapi if tetiba aku begitu sebab earlier tu aku keluar memana la.
takda semata nak lepak aku nak over begitu.
dorang ni dah la mostly tua daripada aku tapi dok panggil aku kakak.
sabar je la. al maklum i kawin ngan orang tua dpd iolls.
tak pasal aku pun kira kakak-kakak la. cisss tak merasa nak jadi muda tau.
nakkkk jugak.

tapi takleh blahnya. aku kan dah terima dah hakikat aku ni dah kakak-kakak.
mostly readers ke customer pun panggil aku akak.
so dah terbiasa. kadang memang aku akan bahasakan diri aku akak.
kang nanti kena la sound kata, eh yang kau ni berakak-akak ngan aku kenapa peej? kita sebaya la.
tak pun orang tu tua dpd aku. hahahhaha dah terbiasa weyh.



ni la antara muka-muka yang almost setiap malam jumpa.
lebih kurang la. ada yang ada malam-malam ada. kadang takda.
tapi boy yang baju hijau n mi yang tengah tu almost everynight la.
yang laki aku tak abis buat cerita sedih, "korang je la kawan yang aku ada. sejak aku duduk rumah ni, aku mana ada kawan yang sebaya ke apa."
hahahha tapi memang betul pun. ni la kawan dia yang dok area dekat la kan.
area umah aku ni kalau tak pokcik mokcik, atuk nenek, tak pun anak2 dorang mostly yang masih sekolah ke, tak pun anak pun takda area tu.
untuk yang berjiran dekat2 ni la. so ni la geng boleh masuk kepala.

saiko dorang ni. lepak memang gelakkkk je la.
ada je lawak.
tengok la boy tu, dia kan gelap macam MrB. everytime nak amik pic mesti dia on lampu so that dia nampak terang. eee sabar je la T_____T
dah la aku tiap malam ada situ.
dorang bukan kisah aku ni pompuan ke apa. nak sembang lelaki pun selamba.
tapi aku memang jenis tak kisah pun. so dorang pun selesa je kot.

oh wife boy la yang jual cakes n bluerberry cheese tart tu.
ingat tak pernah dulu aku promo.
serious sedappppp weyhhhhh!
siapa makan mesti terus mata terbeliak sebab terkejut apa ke sedap sangat ni.
senang la. aku now if ada orang ajak majlis apa ke.
aku order je kat zura few pack n bawak.
buat tambah makanan kan. ye la iolls bukan rajin tetiba nak potluck ke apa.
walau tak disuruh tapi aku suka je share. sebab serious sedap.
cubalah try.


dah la murah ok.
macam 12pcs ni rm16 je pun.
kau sorang hadap mau 4 ketul la.
dia kata area wangsa maju section 1 je pun.
macam kelmarin kawan aku ajak bbq hari sabtu.
malam jumaat baru bagi tau.
terus aku whatsapp zura boleh tak esok aku nak 3 pack yang 12 pcs tu.
dia kata ok. ok terus on.
pastu bawak semua suka kot. siap cakap eat or die.
memang sedap la. terbaik.

serious kena rasa. nak contact je zura thru whatsapp/sms 019-2447247
selain ni ada jugak redvelvet cake, cheese cake, kek batik n few lagi la. try tanya nanti.


hari tu makan banana leaf kat thurkah ngan noy.
nak pergi bangsar jauh nau la pulak rasa.
ok takda la jauh, tapi memikirkan hazab nak parking area tu jadi malas.
plus ngan noy je boleh ajak. laki aku tak berapa sangat nasi daun pisang ni.
if nasi kandar dia suka. pepelik je. tak jauh beza pun.
i is love. sodapp. makan lak ngan tairu kan. pastu order rassem (eh mcm mana eja?) pastu order ikan goreng tenggiri. harus makan tinggal mata putih aje.


noy now rajin lak melepak umah aku.
so selalu bawak dia join lepak ngan geng2 larut malam tu.
kegembiraan la sebab dorang lawak kan.
yang dorang pun kegembiraan la sebab ada bunga la. pemanis la. gadis la
nyampah. aku stock, eh abis aku ni bukan gadis la.
semua stock, akak tu bini orang, dah tak gadis dah, tengok muka laki dah tau akak dah tak gadis.
kong ajar gila.
sikit punya manis kot ni.
wahahahaha. dasar perempuan tua muka pasu tak sedor diri.

eh ok la.
dah subuh uols.
ahkak nak kena beradu later.
banyak nak pack barang ni untuk post today.
selamat hari isnin pipoll with nipoll.






2 Comments:

linda said... [Reply to Comments]

update yek sy suke bc blog KAK peej hihi tp lawak part gadis tak gadis tu haha..

peej said... [Reply to Comments]

@linda
update bergantung kepada kerajinan dik. hihi

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...