kucing oh kucing.

aku menghilang kan few days ni.
tau kenapa?
sebab kan hari tu aku cerita perihal unifi aku takleh nak guna.
sebab kucing aku dok gigit wayar.
elok hari isnin orang unifi datang n betulkan.
wah lega.

so rabu malam aku online macam biasa.
aku dok update entry yang sebelum ni.
gigih aku type settle semua. eh tetiba takleh nak auto publishkan.
asyik error. aku dah macam ni dah kenapa.
ok la aku try kasi save dulu. pun tak boleh. e eh.
kenapa ni. kejap ni baru je aku main game la online semua ok.

aku toleh pandang router tu tengok logo bumi tu dah warna oren.
dia kalau warna oren memang kau tak connected to internet la maknanya.
if ok dia warna hijau lampu dia.
aku pergi tengok. guess whatt???? jahanam ok wayar tu.
3-4 tempat kena gigit.
aaaaaaa stressssssnya.
baru isnin kot orang unifi tukarrrr. aaaaaaaaa.

marahnya la aku haih.
memang la aku boleh online pakai phone kan.
tapi tak sama la.
tu takpa. tu takpa. kan baru ni if kira total 4 days la aku kena online pakai phone kan.
aku memang takda la tengok youtube ke apa.
just layan fb, 9 gag, whatsapp, email ke apa.
tetiba dapat message kata nak limit dah data plan aku.
tu takpa. pagi tadi satu hapa aku takleh nak online.
payah gila nak loading semua.
rupanya dia kata dah guna max aku punya data plan.
so memang speed nak online akan super slow.
aku dah pelik. why ah?
kenapa laju sangat dia jalan? aku pun tak faham la. sakit jiwa aku.

tapi aku memang semalam call dah orang unifi.
sampai orang tu tanya ok. bukan baru isnin lepas datang ke.
wah pandai iolls pusing cerita. kata rumah aku ada kucing.
so orang pasang takda cover apa.
harus la kucing gigit n all.
wahahhaha. padahal aku yang takuit kena marah ngan orang unifi sebab banyak besar kucing kau asyik menjahanamkan harta benda kan.

takleh jadi. asyik la kena je kan.
so aku pikir kena beli something untuk cover wayar tu.
nak beli yang jenis putih cover tu takleh sebab takleh bengkok ke apa kan.
so aku beli kat hardware tube yang ala-ala getah paip tu.
so tadi gigih aku suruh budak unifi masukkan wayar situ n pasang.
tapi takleh guna wayar yang fibre optik tu.
sebab wayar jenis tu standard size panjangggg gila.
aku dah alihkan modem n router dekat sikit ke arah box tu.
n tiub aku beli tu takda la besar sangat. kepala n kaki wayar fibre optik tu besar.
takleh masuk. memang boleh masuk tapi jenuh kang budak tu nak masukkan.
so dorang guna wayar lain. apa tah tadi tak dengar lak aku.
elok aku suruh potong pendek n cukup2 je.
tapi kelakar la. kemain gigih dia siap letak duck-tape la apa.
siap dia kata kalau saya letak macam ni ada terkeluar sikit nanti kena gigit lagi.
dia pun fed up kot seminggu dua kali kena datang rumah aku.
tu aku cakap potong cukup2 n make sure sikit pun takda wayar yang expose.

seksaaaa weyh takda internet.
seriously.
terus rasa takda gunanya kau pakai macbook ke, pakai smart phone ke.
semua useless kalau nak online pun takleh.
tapi duduk-duduk aku selak la buku novel. baca sikit2 terus rasa eh macam best je.
ye la selama ni ada online segala, memang takda la kau nak bernovel ke apa.
tapi sebenarnya layan novel ni best jugak kan.
tapi kojap je la pun. ni dah boleh online terus rasa malas nak membaca novel balik. huhu.

nakal la kucing-kucing ni.
aku kadang stress. tapi tu la dah sayang kan.
so bertahan je la. plus kucing kot kan. apa la dia tau.
tu takpa. semalam aku balik rumah nampak muka milky berlubang.


memang takda lain si ceceh la yang buat tu.
sian gila milky. macam tu pun dia still senyap n diam je.
siannn. aku buat masa ni sapu minyak gamat je.
tak ok aku akan bawak gi vet. tsk.
ceceh ni aku tak tau la apa dia tak puas hati sangat ngan milky.
yang lain-lain pun dia tak ngam.
tapi ngan milky ni siap nak bergaduh bagai.
padahal milky jenis takda kacau ke apa.
milky jenis suka menyendiri je.

macam tadi aku tengok milky elok tidur kat cat tree tu.
ceceh perati je. tau-tau dah bunyi gaduh apa bagai.
milky dah nyorok bawah meja. aku perambat ceceh.
buat muka tak bersalah je.
milky ni jenis manja n tak reti gaduh ni.
ye la umur 4 bulan dah sunat apa bagai. so memang manja n sweet.
ceceh memang gangster paradise takleh nak cakap apa la kan.
sian milky.
eeiii geram rasa nak tenyeh2 cili padi kat ceceh. haha tetiba saiko ibu tiri sangat. keh keh.
tapi aku cakap je. ceceh pun aku tak sampai hati nak buat apa.
macam perambat tu bukan aku pukul ke apa.
aku dok tepuk2 n libas2 meja ke, dinding ke bagi dia takut je pun. T____T

hoi la kucing-kucing. kamu sangat comel tapi kenapa kamu sangat tarzan

2 Comments:

Xuriana said... [Reply to Comments]

haha tang nak tenyeh cili padi kelakar.

peej said... [Reply to Comments]

@Xuriana if buat betul2 nampak sangat saiko kan.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...