Instagram : @peejburhan

kaulah yang terpaling cantik.

seperti biasa.
bila clearkan pics kat hp baru terperasan banyaknya pics.
ni baru daripada camera phone. belum yang dalam camera betul.
perasan pun sebab aku clearkan segala pics trans proof orang bagi bila buat payment.
baru macam, e eh ada memacam pics la. hua hua.
aku now nak bawak camera keluar pemalas gila. hua hua.
biasa la masa nak beli tu kemain cita-cita.
konon akan rajin update blog la, pics nanti best la.
takda makna. kosser nak angkut berat2. ;p

tu yang konon gatal nak beli go pro.
hampir membeli last week. then pikir2 perlu ke kan?
aku bukan rajin travel ke apa.
nanti la maybe nak travel nanti kita beli.
so tak jadi beli gopro end up aku belikan papa hp.
sebab dah lama mama cakap, hp papa dah teruk la apa.
ye la kira2 balik mau dah lebih dpd 7 tahun hp dia.
mama suruh kongsi2 belikan papa hp.
lama kebenor nak kumpul tu.
dpd harijadi papa sampai la dah masuk tahun baru. soon hari jadi again.
takpa biar ahkak beli. Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit bulan ni sebab promo tu.

terus malam new years eve tu aku belikan.
pastu kasi surpriseeee. terkejuttt ke? aku tak amik pun pic.
rasanya mama ada amik hari tu.
happy tersenyum simpul papa.
mama lagi poyo siap nangis2. over tau.
pastu nak balik tu kemain lama papa hug kata terima kasih atas segalanya.
ingat balik n menaip ni sebak pulak aku.
apa sangat la hp tu dengan jasa mama n papa besarkan aku ni.
sampai sebesar almari ni lah kan. huhu.

teringat pulak kenangan papa n mama belikan hp pertama aku.
kita orang ni takda la senang.
so orang dah pakai hp dpd zaman aku form 4 gitu.
aku takda. x silap aku dah masuk form 6 gitu baru dapat hp.
beli 3310. n nombor hotlink. yang until now aku pakai ni.
time tu starter pack hotlink pun mahal ok. rm168 kot.
kenangan.

aku ni kalau dah bercerita kau tau la.
suka melalut tah apa-apa kan.
padahal entry ni takda kena mengena.
takpa la update sementara ingat.
al-maklum dah berumur ni ingatan tak seperti zaman remaja.
so mana ingat baik kita abadikan kat blog ni kan. :)

ni aku pun tak ingat bila.
maybe 2-3 minggu lepas.
ala yang aku kata nak keluar pergi beli bra baru tu.
sebab bra aku semua sepakat membawa berkat semua nak rosak at the same time.
so lepas beli baru terus semua aku ke tong sampahkan.
tapi now menyesal. sebab tau la bra lama ni dia loose sikit. selesa pakai dok rumah.
if baru ni tahap mengcongkam dia lain macam. penat tek iols.

nway, memula malas nak keluar.
tapi nak tak nak kena gak keluar nak makan.
ajak laki ke klcc dia kata ok. so lets.
sebelum tu aku ke puti bungsu kat jalan yap kwan seng tu.
dari sehari ke sehari nak pergi tapi tak pergi.
bukan apa, tau la kawasan sesak ni aku malas nak hadap.
n since ada akleh, aku mmg tak guna dah jalan lain.
so tak lalu situ. memang tak pergi la.
tapi takleh jadi nak gak, so rajinkan diri.
nasib time tu jalan clear water no buaya. :D



pilih lauk apa nak.
suruh dorang hidang.
ah sedap. tapi still takleh lawan nasi padang ori.
but puas hati gak la.
dapat daging dendeng n sambal ijo.
n teh botol. super love.









cisss tengok pic ni tetiba rasa nak makan kat waroeng penyet pulak.
ada gak teh botol n ada jus alpukat. sodap tu.
tu la masalah orang gemuk. bersusun la wish list nak makan apa tu. haha.

then ke klcc.
oh ye la aku pergi tu weekend sebelum orang nak christmas.
punya la ramai manusia. pening lalat ke situ. takleh jadi.
so terus menuju ke la senza sambar apa nak.
then terus nak gerak.
tapi laki ajak minum jap.
ok la ke dome.
tapi sian dia tak dapat banana smoothies yang dia nak.
ye la time tu almost 10pm gitu. habis dah la kan.




lepas minum singgah beli garret popcorn sebab mama suka.
then beli sausage cheese auntie anne's few untuk lain2.
then terus balik n ke setiawangsa.
happy mama dapat popcorn tu siap cium pipi nangis2.
over gila mak aku ni. over sensetip mengalahkan neng yatimah.
dia kata masa dia tengok aku upload pic tunjuk aku kat klcc.
dia dah rasa nak pesan garret popcorn tu. tapi dia segan.
so dia diam je la. sekali tengok memang aku beli. rezeki.
mengada gila segan kan. mintak je la.
dia lupa ke zaman aku membesar aku ni suka meminta2 jugak. hahaha.

then lepak kejap bawah.
tau noy ada atas, terus mintak kebenaran laki nak lepak atas.
dia kata ok berdesup aku pergi.
dia ngan kawan dia hida.
lama tak jumpa noy ni. payah bebenor.
i is sad. tapi what to do.
haluan berbeza. dia masih muda mudi. aku ni dah stock isteri mithali *yo lah tu*.
so nak lepak pun payah.
so ada time harus lepak sekejapan catch up gossip2 hangat. gituh.

then dok show off kat dia olloclip iphone ni.
eksyen kejap la iolls ada fisheye cam. hua hua.



mintak anti social tak pernah berubah.
bila orang panggil buat muka gituh.
tapi seronok orang layan phone ni kau suruh la dia pass apa barang ke apa.
laju weyh dia buat. sebab dia nak sambung guna phone kan.
pastu kau maki2 panggil macam2 pun dia cakap ye.

contoh:

me : noyy…noyyy…noyyyyyy!
noy : *tak layan. main phone*
me : eh kim. bak sini ashtray tu.
noy : huh?
me : kim…kimmm..kimmm..bak ashtray.
noy : *pass ashtray* apa kau kata?
me : aku panggil kau kim. tapi bukan kim kardashian. tapi kimak.
noy : kurang ajar kan kau.
me : hahahha.

betul ok.
kau panggil dia beruk ke, mencarut ke, tau2 nanti dia menyahut, "yeee!". hahahahha

takda la lama sembang.
lama tak lama la sejam lebih kot.
then laki aku dah whatsapp ajak gerak. pedengki betul.
tapi aku turun bawah boleh lak dia layan tengok movie.
tapi aku pun tersangkut sekali. hihi.


hasil sambar.
sekali 4 aku amik. aku suka la senza sebab bra dia sangat lawa.
bila pakai terus kau rasa macam tek kau la tek paling cantik sekali. hahaha walaupun.
serious. pergi kedai lain dorang suka bagi design makcik senah.
pastu bila kau protes dia pun tunjuk kepandaian dia kata memang sesuai pakai yang ni la itu.
tak suka laaaaaa!
so la senza ni cutting dia lawa n colour n design lawa. i is love.

bestnya hari tu beli sebab nak christmas shopping kan.
so macam beli 1 tu normal price, second bra 50% off.
as usual aku mana tengok harga kan. so kemain try dua. cutting ok.
so tambah lagi dua. total 4 la.
then dorang kata dapat free panties dua. so pilih la.
terus menuju ke XL. confident dia kata aku pakai L.
siap ukur2 kata aku pakai L
tah aku tak try lagi. tapi if kecik awas ok. ceh panties free pun kecoh kan.
then lepas dia kata nak tak register member.
memula malas. tapi dia kata dpt 10% discount n free camisole ke apa.
ok la amik.
lawo camisole tu. macam lace2. aku pun tak sure bila masa nak pakai.
kang tetiba pakai laki aku kata tebiat lak.

so masa aku isi borang untuk member's card tu.
dia tanya nak bayar cash ke card.
aku confident kata cash.
bla bla bla.
time bayar terkentut kejap tengok total harga.
nasib aku memang baru keluarkan duit time tu.
buatnya confident nak cash sekali tak cukup duit khenn. maluuuuu.
ok mahal la. tapi aku rasa berbaloi la harga ngan design n quality dia.
kalau tak pernah try, try beli satu pilihan kalbu.
mesti akan jatuh cinta pastu verangans macam, eh betul ke ini aku atau jelmaan victoria secret model?
muahahhaha verangan tak agak2.

eh ok la.
aku ni jangan di layan.
makin di layan makin melalut nanti.
ok ta-ta pipol with nipol.



9 Comments:

mazz said... [Reply to Comments]

I is in love with la senza...banyak pekdahnya jadik prestige member la senza tu peej....ada vip sales diskaun sampai 70%...gilak gilak

DHHassan said... [Reply to Comments]

wah sedapnya...have a nice day.

me suya said... [Reply to Comments]

ok kali ni kelakar peej..senak perut layan.rasa cam sembang depan mata.. hahaha

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

peej, rasanya bukan ur mom jek segan. my mom punnnn. tapi kan kita anak pompuan ni dia punya connection lain macam. belom dia mintak kita dah tau. pastu nangis terharu hihi

peej said... [Reply to Comments]

@mazz
ada eyh? wah best tu. mana nak tau bila saled dia tu?

peej said... [Reply to Comments]

@DHHassan sangat sedap.

peej said... [Reply to Comments]

@me suya jarang2 berlaku update ala sembang ni.
tu sekali rajin susah pulak nak stop. hihi

peej said... [Reply to Comments]

@f.i.e.z.a kan kelakar je. tapi sometimes dia mintak je.
if ingat memang akan belikan.

mazz said... [Reply to Comments]

Nnti dpt sms kalau ada new arrival or launch new product..then ada sales preview, sale biasa semua dpt sms

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...