Instagram : @peejburhan

kak ton kuat bebel.

letih sungguh ahkak uolls.
rasa nak bersantai ngan baju rumah je.
tapi since now musim gaji, ramai pulak yang nak datang amik barang.
full jadual malam ini.
tak dapat la kak ton nak kemana-mana.
nak lelap-lelap mata pun tak boleh sebab berderet timing orang nak datang.

ikutkan kak ton dah set kalau boleh by 9pm settle.
tapi biasa la kak ton tak sampai hati, ada yang kata nak amik lewat la apa.
kak ton kata je boleh. syabas kak ton *tepuk2 bahu sendiri.

ni mata agak kelat-kelat mengantuk je ni.
dah la gemuk kuat makan kuat tido *tetiba cerca diri sendiri*
motip cerca sebab seluar dah ketat uolls.
merasa nak bersantai tak selesa.
tapi tu la tahan je la.
kang tukar baju rumah jadi kerja orang datang nak kena sarung lain la apa. leceh.

oh satu lagi nak bagi tau.
esok last aku post yea.
sebab cuti panjang kan. so nanti aku post khamis.
barang korang lama sangat kat poslaju. kang nanti jadi apa kang payah.
so siapa nak aku post esok pembayaran before 2pm yea.
or else next week baru akan post. harap maklum.

siapa nak COD boleh tapi set masa.
sebab al maklum cuti kan.
harus nanti rajin nak merayap sana sini.
cea cerita mesti poyo kan.
walaupun maybe akan merayap ke umah mak sendiri or mertua je. haha.
ye la pergi shopping complex mesti sesak. tak pun nanti banyak kedai tak bukak kan.

oh alang-alang post membebel n nak hilangkan ngantuk katanya.
mari cerita ceritu.
last weekend dengan bantuan mama n ayol dorang tolong aku ubah bilik.
kan sebelum ni office aku guna bilik depan.
tengah pulak guna jadikan bilik tetamu or tempat solat.

tapi bilik tengah tu takda pun tetamu tidur.
sebabnya panas uolls. hahaha.
ada kipas pun hampeh.
nak pasal aircond takleh sebab bilik tu tengah.
kalau pasang nanti mau melintang laluan ke kompresser tu ke bilik aku, ke dapur baru ke belakang.
gila apa. baik tak payah.
n since bilik tengah besar sikit. n bilik office aku sesak penuh barang.
sampai aku pun tak guna tempat tu.
aku asyik buat kerja kat living hall je. baiklah buat sesuatu.
tu tukar tu.

best best. sebab memang luas jadi kedua-dua bilik tu.
alang-alang kemas banyak benda yang rasa takda fungsi n semak kasi buang.
set ngan kawan MrB yang ada lori. bg upah sikit n mintak tolong dorang angkat n buang.
ahhh lapang sikit rasa. i is love.

now nak siapkan bilik yang tukar tu.
aku nak kena beli railing n langsir.
sebab sebelum ni bilik tu pakai blind macam office tu kan.
then nak beli carpet. n nanti ada rezeki nak pasang aircond.
so lepas ni takda la noy or jonet datang tidur kat sofa ke apa.
atleast proper la n boleh tidur bilik.
semoga casa impian. hihi.

teringin rasa di hati nak reno umah.
start sikit-sikit kan. tukar mana boleh.
tapi mama tak bagi. mama kata simpan duit.
baiklah omak den. ku bersabar. maybe in 2-3 years lagi kan. hahah nakkk jugak. degil ni *urut dada*

eh by then time abis type entry ni dah settle few orang datang amik.
tinggal few lagi.
tapi lambat lagi. rasanya elok la kak ton melayan nafsu mata kejap.
malam kang confirm laki den ajak lepak. kang orang bergelak ketawa akak dok menguap.
apa kelas menguap kan. tak remaja la kan.


0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...