Instagram : @peejburhan

happy familia.

penat sebenarnya ni.
dah la esok nak bangun pagi.
tapi tu la takleh nak tidur.
daripada membuat benda tak tentu hala.
baiklah aku update blog ni.

tengok pics kekucing pun banyak.
so nak share kat blog pulak.
ni la family ku kat rumah ni.
selain daripada MrB la kan.
walaupun kadang penat n pening n stress ngan perangai tarzan memasing.
tapi tetap ni jugak la ubat penenang n our bundle of joy.
wahhh nak jugak.

especially bila semua manja.
tapi tu la bela kucing ni pun lifetime commitment.
hari-hari kena mengemas rumah sebab penuh bulu la, pasir sepah sana sini.
nasib laki iolls rajin orangnya. selalu bab tu dia rajin la.
aku jaga bab litter box je la pun. n sapu area tu je. hua hua.
then tak sampai 2 weeks kena restock pasir n makanan.
kos jangan cakap la. ala-ala pitams gak.
bawak pergi vet lagi. sekali vacsin apa semua ada dekat rm100.
then if spay pun sekor rm200++
tu termasuk duduk sana semua la semalam.

jangan bagi aku cadangan pergi la vet kerajaan ke apa yea.
aku tak sanggup.
dulu pernah sekor kucing aku konyot bawak spay kat kerajaan la.
ok memang bagus.
tapi hantar. then few hours later kena amik.
tak sanggup aku. dia pulangkan kucing ngan keadaan kucing still pengsan tak sedar.
ngan mulut ternganga n mata terbukak. macam mati lak kucing tu. aaa tak suka.
then kucing tu sedar dia lalok2. berjalan takleh. terkencing2 tak terkawal.
aku tak sanggup la.
so better pergi swasta yang kau hantar. esok by the time kau amik kucing kau normal.
teruk pun setakat tak berapa aktif sebab baru operate kan.

tapi takpa la.
kucing ni pun bawak rezeki kan. :)
so kongsi la rezeki sesama mereka.

:: mochi. lately kemain manja. nak kepit2 je ngan kita. pastu dok paksa2 kau belai dia. dok la sondol2 tangan. oit pemaksaaaa ::

:: kaseh si gangster paradise. semua dia nak belasah. eiiii. tapi lepas spay ni semakin gebu lak dia ::


:: kucing dan kotak tidak dapat dipisahkan. ::

sebulan lepas macam tu aku ada belikan cat tree ni.
memang impian daripada dulu nak beli tapi tak mampu.
plus dulu dok ngan parents kang aku beli mama kata semak.
so ni umah sendiri. ada duit lebih sikit mari beli.
selama ni aku beli scratching post jenis murah.
sepuluh kali jahanam.
pastu kesian keruk sikit tergolek2 benda tu.
so mari beli yang elok.






semua excited n jakun je. huhu happy.
sorry harga pun tak sempat bukak.
aku rasa harga ok kot. sebab if aku tengok kat pets wonderland lagi melampau harga dia.
dua kali ganda pun ada.
ni aku beli kat petsmore wangsa melawati.
ok la banyak choice n harga berpatutan.
oh abaikan laki ku yang terlebih rajin kat background tu.

paling happy bila everytime lalu tengok benda ni di gunakan dengat elok.
seronok tengok dorang bersantai n tidur situ. super love.


:: mochi onjebit. suka nak selit2. ::

:: moolat yang dah tak berapa bulat sekarang ::

:: ceceh the queen bee ::

:: time ni aku makan ice cream dia sibuk mengadap dengan harapan dapat sikit ::

:: milky yang pemalu. mesti nak lari-lari if ada orang dia tak kenal ::

:: riri ze blacky beauty ::


:: milli terpaling baby. paling kenit tah bila nak besar. ::

tersenyum2 aku menaip ni.
sebab walaupun korang ni tarzan, tapi tetap simanja kakak.
eh kakak ke? ke mummy? aku pun confuse.




18 Comments:

b3nz said... [Reply to Comments]

arrr....aku suka betul kalau ko cerita pasal kucing. ko tak rajin cari petshop biasa ke? yang bukan glamer2 omputeh ni. aku beli barang kucing kat petshop biasa, harga murah banyak dari petsmore,pet save n all.

antara fave petshop Pet Micasa, Dewi Petshop, Kucing4Sales dengan Petzmania. tapi tenguk jugakla barang ape ko nak cari sbb masing2 ada jual situ murah sana mahal. bagi kucing makan ape? 2 minggu rotation tu jenuh jugak..if nak beli breeder pack macam RC ke proformance ke boleh tenguk FB Za8 & Sue Pet Micasa or Dewi Petshop. dorang ada buat delivery jugak

mahapla weehhh...excited pulak komen panjang2. aku bagi kucing makan orijen. kalo ko nak aku survey2 harga untuk food kucing ko pun boleh. nampak x dia punya gembira shopping barang kucing tu camana? ahahaaa

siti hawa said... [Reply to Comments]

mummy lah peej, baru tmbh kemesraan....

Anonymous said... [Reply to Comments]

hi Peej..i'm your silent reader :)...suka baca blog kau..la ni kalau free kat opis...gigih baca from the beginning..suka la ko punya blog..sempoi, kelakar dan straight forward gitu...dan satu lagi aku suka kekucing2 ko sebab aku pun banyak kucing...cakap pasal pasir kucing ni, aku cadangkan ko beli wood litter for cat, sangat menjimatkan...aku tukar dari pasir ke wood since kucing aku banyak..mmg tak larat nak beli pasir tiap minggu babe...aku beli kat kedai pet "Dear Cat Pethouse"...diapun ada blog jugak...dia jual murah compare to other petshop...

ok Peej, nak sambung keje...moga rezeki ko bertambah murah...

- Hayati -

Capt Lalok said... [Reply to Comments]

kakak la sangat..hahaha...ceceh tu super gebuss..tp garang sgt..btw maybe dia putus cinta tu peej..cer carikan bf..gerenti mood ok je..hahaha

Huda Ramlee said... [Reply to Comments]

banyak kucing macam tu la. samalah macam kat rumah ni. gigih husband buatkan scratching pole DIY, nak jugak cakar kat kat sofa. tu belum kira jatuhkan barang-barang. nak lawakan rumah pun tak tak boleh. tapi tula kan, kalau budak2 tu senyap je mencari pulak.

Anonymous said... [Reply to Comments]

tersengih tersenyum jugak ni.. suka semua entry kucing2 u peej. always made my day-at-bloody-office.
tetiba nak cakap tengkiu. hehee tengkiu peej :)

intandayani said... [Reply to Comments]

Mahal gak ko anta spay..aku kat putrajaya ni de 1 fav vet..tu jela 1 pun..tp pernah anta kucing aku spay jantan dlm rm90 cmtu..betina rase dlm rm110 je kot.Diorang ada cawangan lain gak..

peej said... [Reply to Comments]

@b3nz area umah aku tak banyak petshop biasa la. if ada pun takda pilihan makanan.
aku dah check fbshop kau suggest. again aku rasa takda beza lak harga dia.
macam petshop yang aku pergi tu ada member card. so dapat la 10% disc. ok kot.
btw ok yea orijen? aku ingat nak campur2 makanan kucing.

peej said... [Reply to Comments]

@siti hawatukar2 kejap kakak kejap mummy. saiko gak aku ni

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous hayati, ok ke wood? kalau kencing dia macam mana? aku suka pasir sebab pasir tu clumping senang kan. if wood macam mana?

peej said... [Reply to Comments]

@Capt Lalok dah sunat. nak bf apanya. tu la nak bawak grooming kasi potong kuku dia. nakal sangat.

peej said... [Reply to Comments]

@Huda Ramlee tu la kadang stress. tapi kalau takda mesti sunyi sepi nanti

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous tu la walau stress kadang kucing ni bagi kita rasa happy kan.

peej said... [Reply to Comments]

@intandayani aku rasa aku punya tu termasuk harga boarding sehari tu. plus aku selesa la buat situ so far puas hati la. ada pernah buat petshop lain murah la. tapi ngeri semacam je. paling takleh blah dah sunat kucing masih bernafsu n kencing merata. apakah?

peej said... [Reply to Comments]

@intandayani aku rasa aku punya tu termasuk harga boarding sehari tu. plus aku selesa la buat situ so far puas hati la. ada pernah buat petshop lain murah la. tapi ngeri semacam je. paling takleh blah dah sunat kucing masih bernafsu n kencing merata. apakah?

Anonymous said... [Reply to Comments]

- Hayati (Silent Reader)

Peej, if wood kencing tak le bergumpal macam ko pakai pasir, ko still kena gak jemur wood tu kat matahari, then pakai balik, cumanya sangat le menjimatkan bagi yg banyak kucing...tapi wood ni kurang le baunya berbanding pasir...tapi kelemahannya, if kucing berak, klu dia tak kambus, harus la segera tuan pencacai najis kasi ceduk taik dia...tu je..hehehehe..cuba le sepekat dulu..(like i said b4...sangat menjimatkan kos :)

b3nz said... [Reply to Comments]

@peej

pet micasa ada member price. orijen 6.8kg rege 177 dptla discount rm5, rm172.tp dewi petshop boleh bg rm160.cuma aku x pnh beli sbb time nak dorang xde stok.
orijen purpose mmg nak gemukkan kucing,protein tinggi.aku bg sbb grain free.kucing aku pemalas minum air,so kena jaga sket mkn dia.

pd aku ok,sbb super premium kan.bau dia kuat n attract kucing mkn.tp ko kucing byk ni..6.8kg tatau tahan berapa lama. dia takde breeder pack

b3nz said... [Reply to Comments]

owh lg satu..aku sebelum ni guna pasir.tp x tahan debu,aku tukar paper litter.time tu kucing sunat..ok,tp ko kena rajin buang tiap kali kencing. sbb dia bau masam2 gitu.
then aku pakai oko plus. best jgk,kena kencing clumping.tp ko akan terbayang nestum/cornflake.wawahaha! last week baru beli pine wood,nak try yang ni pulak.

if ko pakai fussie cat litter,petzmania ampang jual murah. 10L = RM13.90 kdg2 RM11,jenis clumping.aku ada lg sekampit x pakai..sbb x tahan debu

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...