Instagram : @peejburhan

family day

ni kisah 2 minggu lepas.
kemain nak keluar sabtu.
boleh ahad minggu sebelum tu tina dah inform nak breakfast sama.
amboih kemain awal. perli ke apa ni.
tapi bagus pun la. maklumlah awak ni kan poyo2 busy mengalahkan menteri kan.
so bila awal2 dia dah lock date, so senang la aku memang tau sekian hari n time aku ada program.
mana yang stock last minute baru nak bagi tau nak jumpa ke apa tu pasal aku macam takleh nak jumpa.
kadang aku tengah keluar sana sini ke apa.
even kalau jenis kata ok esok nak datang amik barang.
tapi tak bagi tau time.
aku tunggu sepi. aku keluar la.
tetiba nanti kata sekarang ada rumah tak? nak amik barang.
sorry tak dapat nak nolong. aku kat luar kan.
gituh.

kebetulan malam sebelum tu tetiba jonet inform kata nak datang lepak n tidur rumah aku.
yeay. so ok la kan join sekali la esoknya.
lupa nak amik pic bersama.
rindu gila dia lamaaa tak jumpa.
ye la dia dah dok hospital now. memang membusy la.
bila dapat balik kejap2. harus dia nak mencucuk langit.
kata mak dah bersara kan di arena tu. dia dia n noy n kawan2 la bersession.
aku meratap nasib diri je kat rumah. tu tak dapat jumpa.
so hari tu dapat lepak spend masa sama best la sikit. kesayangan tu.

esoknya kemain lock jam.
ye la kalau tak memang tak bangun aku.
ikutkan ramai pulak set nak amik barang hari tu.
since laki tak ikut. aku pesan kat dia je kata orang nak amik barang.
sila alert.
tu pun ada customer kata dia tekan bell laki aku tak bukak2.
rupanya tidur. nasib aku call dia sedar. baguih.

tapi takda la breakfast pun.
by the time keluar n sampai ke destinasi dah pukul 12pm.
elok sangat la pekena nasi.
aahhh rindu. lama tak pekena.
laki aku kureng nasi2 daun pisang ni.
nak pergi ngan noy masa selalu tak ngam.
dia pun dah ada geng, manew ingat kitew.
so dapat ni harus sambil makan kepala tergeleng2.



orang tamak. harus semua nak order.
ikan nak, sotong nak, ayam tu tina n jonet punya.
jonet janji nak kongsi ikan. pastu sotong tu ramai2 la kongsi.
hampeh ikan tu aku kena makan sorang.
half je mampu. dah la bagi aku ni kira awal la makan kan.
menangis nak abis kan.
aku biasa makan kan lewat petang.
makan ikut time macam ni baru la kejutan budaya di perut.

kejutan la sangat.
padahal orang tu letak nasi aku tak puas hati.


ye la jonet mencuba diet. so kemain nasi sikit tak masuk akal.
which end up tetiba mintak tambah. ehhh poyo. hahaha.
nway, lepas dia letak nasi jonet.
tang aku dia letak sikit jugak. aku mintak tambah.
dia tambah sikit. e eh. tambah lagi plisss.
pastu dia buat muka ala2 terkejut konon aku punya nasi bertambah2 kan.
e eh ehhh main kasar nampak. aku nak makan la!


pastu time letak kari pun macam tak ikhlas je.
aku mintak tambah. nak lagi. lagi. lagiii. pastu again konon sengih2.
cibs betul. ye la kang kering makan tak syiok la kan.


harus di makan bersama thairu. oh sedap.
pastu sambil makan sambil, "Ya Allohhhh, sedapnyaaaa".
sambil suap sambil kepala tergeleng2.

then masuk kejap ke bv2.
sempat teman jonet shopping.
aku pun sempat ke aldo beli selipar.
ala selipar elok sikit la.
abis manjang keluar pakai selipar jepun je kan.
so kasi up sikit la. amik selipar tapi platform. hua hua.
hari tu nampak filla pakai nampak macam best n selesa je.


tak lama pun.
lepas tu gerak.
orang2 ada laki ni kan.
biasa la laki masing2 dah call lapar la apa.
suruh bungkus makanan la apa.
so baliklah.
geram je kan.
padahal boleh je keluar mencari makan. tapi takpa la.
dah la melepak lupa ada laki, so alang2 tu bungkuskan la.


budak ni bad mood itu hari.
tah apa kena tak suka betul dia ngan aku hari tu.
aku pegang je nangis.
tengok la tu muka tak puas hati.
aku rasa dia bengang aku amik seat dia. haha.
tapi dia lupa ke
seat perut aku ni lagi selesa.

then balik rumah
around 3ish jonet gerak balik.
ok la lepak kejap je.
then dapat call dpd mak mertua kata abah tak sihat.
so MrB call adik beradik dia.
so ke sana la kita.

:: sempat #seatbeltselfie ::

bapak mertua aku memang dah lama tak sihat.
daripada mula aku kenal laki aku kot.
so bayangkan tak berapa lama tu.
tapi teruk sejak setahun kebelakangan ni sebab dia jatuh n tulang pinggul patah.
so takleh jalan dah. so memang macam tu je la.
n biasa la tua uzur. aku rasa takda teruk sangat ke apa.
cuma semua cepat panik.
sebab bila pergi sana tengok abah just demam. itu je.
tapi by the time aku menaip ni abah dah ke hospital pun.
sebab demam tak kebah kan.

tapi masa melawat hari tu aku rasa ok je.
sebab siap pesan nak nasi n sup bagai.
selera ok lagi maknanya ok la kan. :)
so lepak kejap sembang la apa.

:: budak bad mood sepanjang hari. pastu pandai drama buat2 nangis. cebek2 muka n kelip2 mata. padahal 2 saat lepas tu ok. amboiiii ::

then sembang pasal stall acheng kat festival city.
yang si tina tak pernah rasa pan mee.
yang aku dok beriya kata sedappppp gila weyhhh.
yang mak lagi sedih festival city pun tak pernah pergi.
so marilah ke sana pekena makan kat acheng n bawak mak sekali.
maaf takda gambar sebab al maklum keluar ngan bebudak kecik kelam kabuit amik pun lupa.
ahhaha apa yang aku kelam kabut tah, bukan buat apa pun.


tolonglah sedap nak mampuih pan mee ni.
tengok balik ada rasa nak ni.
ada minced meat, ada ikan bilis goreng, ngan daun apa tah, ngan mushroom dia, letak lak sambal pedas sikit. panas2 slurrppp. berpeluh kepala makan.
*telan air liur*
ok fine esok lusa nak makan lagi.
tak pun kita pi bungkus je. pun terbaik tu.

tak lama pun lepak.
aku kena gerak sebab ada customer nak ambik barang malam tu.
so kena balik.
sebab tu i kata nak keluar ke apa sila bg tau awal.
ye la dah berkeluarga ni kena muafakat. wah ayattt.
i mean kejap lepak ngan fam aku, kejap lepak ngan fam laki.
kang tetiba tang ngan fam dia aku kata nak gi jumpa kawan ke apa, kang sentap tak pasal.
so biar bagi tau awal. awal2 aku dah mintak kebenaran.
so tetiba dia nak ajak sana sini aku leh kata ehhh aku nak ke sini sini, aku dah bagi tau.
so harap maklum. hihihi.

ok sekian.
*penutup tetiba namanya ni*

2 Comments:

Come Sgt said... [Reply to Comments]

salam peej...im your silent reader..sy pun suke pan mee..susah nk dpt pan mee yg letak ikan bilis tau...dlu selalu mkn kt UO skng mostly pan mee xder ikan bilis..gerai acheng kt festival tngkat bape?? selalu jgak g sana tp xperasan plak stall acheng nih..

Ainur Izzati Ahmad said... [Reply to Comments]

Hihihih....aku le tu yg tekan bell bnyak kali xbukak2 >.<.
Dengar kekucings je belarian sana-sini dengan loceng2nya.
Apa2 pun next COD nk amik Skincerity sekali.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...