Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Gym Seram

hai, kali kedua menulis ke kak peej ke ruangan expose mistikcerita dia takdalah seram sangat, tapi #seramsikit jee ;p

KISAH 1.

benda ni jadi bulan Mac hari tu. kitorang perempuan dalam 12 orang ada latihan menari kat gym tiap lunch hour dan after office hour. 

satu hari saya macam biasa saya turun paling awal, sebelum 4.30pm saya dah sampai gym, call maintenance suruh siap-siap bukak lampu dan pintu gym. so bila sampai kunci gym dah bukak dan gym dah TERANG buka lampu.

mcm biasa bila orang pertama sampai dan sementara tunggu yang lain saya kayuh "basikal gym" tu seround dua.

tengah-tengah syok kayuh tiba-tiba Fana (member selatihan tarian) whatsapp (rujuk attachment print screen)



"mane ko kis? kenape kunci pintu?"

maka aku yang tgh syok kayuh ni jadi panik dan cacat sambil balas wasap (sempat lagi) terus pecut lari tak cukup tanah ke arah pintu gym sebab setahu aku kalau gym ni kunci macammana aku boleh masuk? eh?

masa bukak pintu tu mmg jelas muka Fana terkejut tengok gym terang benderang dan pintu tak berkunci pun. pastu kitorg macam buat-buat faham, senyap dan buat  macam takda apa-apa berlaku. padahal... 

baca kisah ini versi Fana.


KISAH 2.

baru jadi dua minggu lepas. 

lepak-lepak gym lepas latihan menari. waktu lunch ok, tengahari buta. lepak sambil cerita kisah seram kat office kami. pastu boleh pulak aku bukak Kisah 1 di atas sampai sorang member tegur.

"weyyhh korang ni bercerita kat tempat dia taw?"

tak sampai seminit ada bunyi pukulan kuat kat belakang kitorang. bunyi macam nak-bagitahu-dia-ada-kat-situ.  

masa tu semua mengadap depan, kecuali member sorang si N ni, memang dia meloncat lah kan. 

aku dah terdiam. si N sedapkan hati kitorang kata bunyi pintu. padahal bunyi kuat tu jelas kat belakang gym. dan pintu gym jenis auto yang slow-mo tutup teww.

kitorang slowly kemas-kemas barang. cabut speaker. aku bersuara 

"wehh korang dah taknak berlatih lagi kan?"

semua macam faham dan terus perlahan-lahan beransur-ansur keluar gym. 

dekat lif baru si N ni bagitahu ada kelibat putih atas punching bag belakang gym kami. si N memang jenis senang nampak benda mistik ni, habis satu bangunan office kami ni dia dah buat seekers. hahaha

(rujuk attacthment gambar gym utk gambaran gym kami) ;p



lepas dua kejadian ni, kitorang mmg tobat masuk sorang-sorang. tunggu ada 2-3 orang baru berani. tapi serius, kat gym ni kalau duduk sahaja sembang-sembang dia mcm ada rasa berdebar tak bersebab, sejuk seram berdiri bulu roma tiba-tiba.

maybe penjaga gym ni suruh jangan lepak gym saje-saje,  workout dan amalkan hidup sehat kahkahkah! haa main-main!

sekian!


0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...