Instagram : @peejburhan

birthday & farewell

nak cerita pun tetiba terasa sedih la pulak.
kalau tak busy lately ni tak terasa sangat.
macam pernah bagi tau yang huda akan sambung belajar kat UK.
so dorang satu family akan ke sana la.
nasib tak lama sangat la. sebab dia buat master by course bukan thesis ke apa.
kalau tak lagi lama pening2 lalat.
tapi lama tak lama pun setahun lebih la jugak.
then tadi baru terasa macam, omg kawan aku akan pergi sana lama.
lama tak jumpa. setahun lebih bukan sekejap, macam2 boleh jadi.
ye la kita merancang, Allah menentukan.

tapi cuba carik masa nak jumpa asyik tak kesampaian.
sebab memasing busy. time dorang free aku busy.
time aku free dorang lak busy.
ye la uruskan memacam kan.
plan konon khamis n jumaat free so boleh la jumpa.
tetiba huda n ice kata dorang takda masa nak jumpa.
maybe jumpa kat airport je. what?
tak sama, airport ramai ngan family bagai.
takleh duduk2 sembang ke apa nanti kan.

sekali elok aku buat kerja tadi around 3ish dorang bagi tau dorang akan ke klcc.
ada urusan kat situ. so if free boleh jumpa.
melompat aku. ye la gila apa aku time tu kerja packing belum start kot.
yang nysya terus kata ok around 4 gitu dia gerak.
aaaa stress. aku tau usually petang pun lewat2 baru settle kerja.
aku kata aku pergi tapi maybe lewat.

tapi tak sangka aku rupanya ada darah geng x-men.
laju pulak aku buat kerja. hueheueheuh.
pastu apa lagi inform laki n kata jom ke klcc.
dia ok. pecut pergi post barang.
hari baik takda orang lak. memang cepat la kerja.
usually nak post pun makan masa sampai 1/2 jam or lebih.
pecut mak ngah. jalan pun elok tak jam. yeszaaa.

terus whatsapp dorang kata pilih tempat makan.
aku lapar tak makan apa lagi time tu.
so pilih memana. aku belanja sempena farewell n birthday ice.
kebetulan semalam birthday ice.


tak sure nak makan mana sebab chilis confirm kena tunggu2.
mana ada masa.
so ke dome sudah.
tapi hampeh sebab nysya tak makan sbb later dia nak dinner ngan fam sebab birthday adik dia gak semalam.
huda lak minah diet ke apa dia order bruschetta je. ceh.
takpa janji birthday boy makan gak ok la.


aku ngan MrB of coz makan la.
laki aku lagi over sampai dua makanan order.
tolonglah aku ni stress tapi makan tetap makan.
sebab baju n seluar semua dah ketat derrrr.
badan pun dah ala batu belah batu bertangkup ni.
timing ni timing.
asyik lepak n makan je.
memang lepak boleh je tak makan.
tapi mana boleh tengok orang makan, kita dok telan2 air liur.
eh takleh jadi. order gakkkk!
pastu sendiri stress tau diri gems terlampau.
pastu taknak timbang sebab nanti ada adegan tikam2 lemak diri sendiri. hihu.
tapi stress tolak tepi.
pic makanan tetap amik. hihi.



sorry makanan lain tak amik pic.
kata menggelupur lapar uolls.
so tak pandang kiri kanan dah.



nampak disitu huda mengambil dose gossip dia.
dah lama tak jumpa. hahaha.
kemain dok tanya ok apa update? cerita cepat.
yang aku ni otak dah tua, kalau kau harap aku simpan gossip memang takda la.
dia boleh tahan 2-3 hari je dalam memory.
lepas tu dah tak hangat, lupakan aje.
so bila teringat gossip, either aku ke, nysya ke.
mulakan cerita je..terus semua macam, haaaaaaa….ok ini yang kita mau, ok cerita. hihi.


sempat huda candid.
kejam gila muka like penyu kehausan gitu.
see muka besar pasu. aaaaaa.


:: tengok la tu, kak nam pic paling over kan. hahah. tapi kesayangan semua ni ::




laki aku mood baik.
balik balik dia, balik balik dia je bercerita.
pastu tak abis2 ngan kata-kata nasihat.
tengok la tu nysya melayan je.
aku, huda n ice dok bantai gelak.
sebab laki aku ni suka mengarut je lebih.
kalau nak tau cerita dia depan2 tu kau takyah amik tau.
kau amik belakang tu je. belakang tu je cerita n isi penting sebenarnya.


see so comot lagi batu belah sangat ghupe.
kelam kabut. main hentam je sarung baju cecepat n pakai eyeliner je siap. onnn.
nasib klcc rumah kedua. plus kata batu belah, bukan ada orang nak pandang pun.
so lantak.

dah la tadi aku kata aku nak beli note 3.
terkeluar2 urat kat kepala ice tak puas hati.
dia kata team iphone mana boleh pakai note 3. hahah.
sebab aku pikir nak beli samsung sebab aku nak jadikan second hp.
tapi dia tu pakar meyakinkan orang. so baiklah tak jadi beli.
aku tukar 5s la kot.
n maybe tak perlu kot amik second number.
sebab aku cadang new number memang utk business je.
tapi aku tau perangai korang. aku bagi no lain pun nanti tetap akan bg kat nombor now punyalah.
kang ada dua hp lagi kelam kabut aku kan.
so takyah.
ok 5s it is.
phone sekarang plan nak bg P.G. see how.
eh aku tengok apple store online ada sale kan today. mih mih.
tapi beli gitu kena set up sendiri kan. kang tak reti.
baiklah beli kat machines ke apa je kan.

n sempat sembang ngan ice.
tadi earlier aku dapat pasal isu asb loan ni rugi la apa.
terkilan lak bila baca tu.
sekali sembang ngan ice. dia bagi kira la apa.
dia kata takda rugi la. if disiplin n ikut cara dia ajar tu lagi untung ada.
wah menarik. so takpa. bertenanglah. gituh.

tak lama pun lepak.
maghrib memasing gerak.
dorang ada urusan lagi nak buat.
so suruh nysya ikut aku. hantar dia balik.
later singgah rumah mak aku.
pergi takleh tangan kosong.
so beli la pretzels mokcik anne ni.
lama tak makan. selalu aku beli yang sausage cheese tu je.
kali ni back to ol'skool


tapi beli je lebih buah tangan.
tapi tuan tanah batu belah tumpang bedal sekali.
pastu komplen gemuk.
tapi kemain siap ada dip chocolate n cheese. tak agak2.
*sebelah tangan menaip.sebelah tangan lagi lempang2 lemak perut sendiri sambil jerit gemukkk..gemukkkk*

plan taknak lama pun.
sebab aku dah berlengas nak balik mandi.
pastu segar boleh aku hadap buat kerja.
sekali sampai sana kejap je laki aku dah tertidur. cisss.
pastu kejut lapan kali takleh nak bangun.
sian laki iolls ni. dah tua. asyik nak tertidur je.
aku dok layan tengok movie ngan mama n ayol.
then rupanya noy ada atas. apa lagi terus ketuk pintu.
perempuan tu tidur. eee tidur je kerja.
harus kena maki 2-3 round sebab kacau dia tidur.
lepas tu layan sembang. lama tak sembang n catching up.


saje amik pic dia.
teruk urat kat kepala. ni namanya urat dawai tulang besi. ok tetiba.
tetiba rasa nak kumpul duit nak pergi la UK next year.
ye la since dorang kat sana kan.
tempat tinggal dah save duit. :D
makanan kita bawak la bekalan banyak dpd malaysia ni.
so kira kena spend pun duit flight n duit shopping je la pun.
apa sangat nak shopping pun kan.
amboii ayat sedapkan hati. padahallll nanti mula la mereka2 kan.
omg excited tetiba. wahahha verangans la.
ok akan dipikirkan. :)
nak try ajak noy sekali la. if dia nak la.
perempuan tu kata dia nak simpan duit.
simpan duit ada makna tu.

around 12 gitu baru gerak balik rumah.
tu pun sebab ada customer nak amik barang kat rumah.
so bergegas pulang.
settle bab tu terus mandi.
relax kejap. pastu baru nak buat kerja.
tetiba laki aku ajak makan. dia kata lapar.
time tu pukul 2am ye.
aku dah bising2 kata aku dah gemuk la apa.
aku kata aku kena minum je la lepas ni. no more makan la apa.
yeah right. elok dia order maggi goreng, aku tetiba order nasi goreng kampung.
lu apa citaaaaaa?  hahahahha
padahal kul 11pm tu kat rumah mama aku dok makan mama buat asam pedas sedap gilersss.
eeee saikosis pastu gemuk komplen. bodoh piang.

ok la. aku nak sambung stress sambil ngap anis choc moist cake.




4 Comments:

syeka sweetheart said... [Reply to Comments]

nasik grg kampung plak....apa citaaa apacitaaa hahaha

Xuriana said... [Reply to Comments]

ehh bukan aritu ko kata tak nak pi UK ke? haha

aku takleh ikut ke? boleh tumpang rumah depa save duit, haha. suami anak-anak kita tinggalkan kat KL muahahaha...

ayahmamilisa said... [Reply to Comments]

kite pon dah makin gems arr skang..huuuuuu~

nadrahfihil said... [Reply to Comments]

Kak,share la skit nape asb loan tak rugi? Sy pun risau gak. Mcm nak stop je if rugi

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...