Instagram : @peejburhan

sampai tahun depan.

gila penat memikirkan kerja yang menunggu.
kau tengok la borang je dah botingkek-tingkek

itu pun nasib semalam aku dah tulis semua.
so untuk today punya just tambahan je la.
sebab aku kan tutup pukul 2pm.
aku pikir siapkan borang sempat la pukul 2 keluar kejap ada urusan.
takdanya. sedar-sedar dah nak pukul 3 ni.
aaaaa mandi pun tak sempat lagi ni.
rambut dah tahap minyak sapi ni.

walaupun kelam kabut, bersyukur ngan rezeki Allah bagi.
ok takleh lama. nak kena mandi n buat kerja dengan gembira dan senyuman.
wah katanyer. hahaha.

promo aku lanjutkan 2 hari lagi.
aku tak sampai hati la. aku ni takleh. bila ramai je whatsapp cakap itu ini.
aku jadi tak sampai hati.
sebab mostly kata busy uruskan anak sekolah la.
duit 2hb baru masuk la.
tunggu bonus la. sian pulak.
so aku bagi chance 2 hari lebih yea.
takleh dah lepas tu.
lepas tu kembali normal n takda promo ok.
so maknanya sampai 2 januari je promo.
thats it. jangan buat cerita sedih lagi ngan aku.

ok la. lagi layan sembang sini sampai ke sudah tak siap kerja aku.
ok ta-ta.
selamat hari isnin.


awas! muatan berat

tolonglah kaki sakit.
pat betis ni.
semalam tah apa mimpi terasa rajin nak mengemas rumah.
bukan apa.
kan ceceh dah boleh bawak masuk rumah.
ye la takkan nak kurung luar je kan.
so dia memang dpd dulu eksyen kan.
so dia takleh ngam ngan yang lain. asyik nak menyinga je.
dia lupa kot dia sebenarnya kucing n bukan singa.

so since dia masuk.
kucing2 lain start buat perangai.
suka berak sana sini.
biasa la perangai kucing yang suka tunjuk konon dorang ni akak-akak kawasan.
berak bukan yang jenis full berak.
tapi stock lepaskan sikit2 je.
dah la sana sini. dah la tumpuk2 sana sini. eiiii geram.

memula dorang buat kerja kat alas kaki toilet.
satu dah buang. beli baru. kena lagi.
aku tengok dia suka material tu. takleh selamat gak kena buang.
sebab kan alas tu bawah getah.
bila dah berak dia kencing lak. dah la bau takleh hilang even dah basuh 2-3 kali.
beli jenis lain. ok la selamat.

then dorang buat kat carpet dapur lak.
laki aku alas kotak2 atas tu. atleast senang buang.
dah aku sakit mata sebab macam rumah kerja kontrak pulak.
aku tak suka so buang.
carpet balik. now end up gulung carpet. takyah carpet.
tapi tak best la lantai takda carpet kan. aaaaa
sekali takda carpet belakang. dah kat dining area lak. sebab material carpet sana.
tensi mak nak.
dah jadi kerja ok.

takleh jadi.
so petang kelmarin laki aku membersihkan carpet.
siap aku kata try sembur serai wangi. bau tu kan kuat.
so hopefully dia taknak dah kat carpet.
Alhamdulillah so takda dah buat hal lak situ.
tp dah dia start kat lantai dapur.
tak banyak. sikit2 stock besar duit 20 sen tu je.
stock janji aku dah tunjuk sini tempat aku.
problemnya kucing banyak rumah ni. so tak tau sapa yang nakal.
yang penat sebab everytime kau nak mop tu.
sebab ye la kau nak lalu lalang ngan air sembahyang apa bagai kan.
paling tak tahan if laki aku mop.
sabun berkoyan. pastu tak bilas balik. dah la melekit je jalan. grrrr.
atleast taknak bilas sabun sikit cukup.

tu yang semalam aku tengok laki aku elok tertidur kat depan computer dia.
nak kejut n bising kucing buat hal tak sampai hati.
biarlah aku je buat.
buang semua pasir dpd litter box semua. pastu aku basuh.
dorang pakai jenis macam gua tu.
so biar tu kering. sementara aku pakai balik litter tray biasa.
sebab memikirkan maybe dorang suka fresh air. hahahha

then mop lantai. berkemas dapur apa bagai.
angkut itu ini.
settle tu flat terus tertidur.
semantara tunggu jonet datang. semalam jonet tidur umah aku semalam.
merindui. lama tak jumpa. dia busy.
if dtg pun dia n noy aktiviti malam minggu. mak kan dah masuk kelab isteri2 solehah.
so takda la join. tu tak jumpa tu. ;p

then laki kacau. lena kejap je.
sambil tu sempat cakap kat suami kata jap lagi jonet datang. aku dah kemas semua.
vacuum je tak. so mintak tolong dia kemaskan. aku sambung tidur.
by the time jonet datang aku ke depan dah bersih. weowwww. hihi.
then lepak layan maharaja lawak sat then lewat malam br keluar makan.
lapar weyh tak makan apa lagi. last makan kul 2pm.
time tu dah 12ish am.
then berjalan kaki ke kedai2 atas, jalan kenkang je.
dok tahan2 sakit. betis aku macam ada urat tegang n bebola la dia punya sakit tu.
turun bukit or turun naik tangga seksaaaaaaa.
aku dah macam apesal sakit gila ni macamkan aku baru merentas desa.
aku bukan exercise pun.

then teringat. shit takkan takat buat kerja membasuh, mop n mengemas sikit2 dah begini sakitnya.
maybe la kot. sebab takda explaination lain.
itu je bentuk exercise yang aku buat dalam tempoh terdekat.
wah ayat. kata je la dalam tempoh 5 thn. hahahah
tu la muatan berat. takat baru buat kerja berdiri cangkung sesikit dah macam ni takleh blah dia.

tapi gila weyh. ni baru balik. terbaring aku.
sakit gila n lenguh gila kaki. wah dapat urut sedap ni.
ok nak rehat. bye





tak terlarat.

bulan ni super busy kot.
maybe sebab promo.
sebab tu jugak aku now buat postage isnin-khamis.
tu pun baru 2 weeks ni buat macam ni.
kalau tak straight isnin-sabtu.
penat weyh.
takda time nak buat apa pun kadang rasa.

aku bangun pun dah pukul berapa.
bangun terus attend segala order ke apa.
tutup order pukul 2pm.
sambil tu online kejap la dapat.
then start isi borang poslaju tu.
today paling gila la. amik kau isi borang je sejam setengah.
then start packing. sambil tu ada orang order still aku attend.
if sempat siapkan sebelum gerak, even buat payment after 2pm aku post jugak.
if terlalu banyak nak pack n tak sempat so aku post ke hari post seterusnya.

then terus siap pergi post pulak.
then lepas tu pergi makan.
if tahan selalu lepas post baru makan.
if lapar nau, selalu aku order je apa2 delivery.
then balik relax kejap.
kadang ada customer nak COD.
so tunggu la. sambil tu la nak online ke, nak tgk tv ke apa.

*sambung. tadi aku terpaksa stop sebab suami ajak keluar*

haaa tak abis ayat dah di ajak keluar.
baru nak suarakan.
pastu nanti malam around 10-11 macam tu laki ajak lepak.
aku kang tak ikut dia sentap.
so layankan je la.
bukan kejap2. sampai pagi.
so perut harus lapar.
tengok orang makan, kau pun nak makan.

by the time balik dah pukul berapa.
time tu la mana sempat aku online.
then lepas subuh tidur.
then rutin balik bangun n sama la.
aaaaaaa. penattt. atleast keluar sekali sekala ok la.
ni selalu. i is kepenatan n nak relax jugak kan.
me time katanyer. tak dapat der.

tu takpa lagi. dah keadaan makan gaya gini.
berat aku meningkat ni.
baju semua al ketats dah.
stress mak nok.
ok poyo lebih la kan. motip nak stress padahal sepanjang hayat memang gemuk pun khen.
tp kau rasa la. mengah lebih pastu tang baju ketat tu takleh blah tu.

ok diet diet. righttt.
diet la sangat.
padahal elok kul 3 pagi order nasi goreng kampung. hua hua.

ramai tak tau pulak pasal promosi.
korang terlepas pandang kot.
so nak tau promo apa ada CLICK HERE
promo abis 31/12




Expose Mistik : office mu, office ku jua.

salam..

hi k.peej..saya lagi..
baca latest post akak kat blog pasal expose mistik dah takda orang share so saya teringat MIL ngan FIL saya punya cerita..
MIL dengan FIL saya kerja gov kat kedah..
diorang 1 syarikat just lain2 jabatan..
ofis diorang tengah2 bandar..
ada laa sampai berbelas tingkat..
by the way semua orang yang kerja situ dah tau bangunan tu memang keras, selalu orang kena kacau.
staff situ paling lama boleh stay lepas ofis hour adalah pukul 6.
lepas dari tu semua dah takut.
sedangkan masa tengah ramai orang pon boleh kena kacau apatah lagi sorang2 kan.
disebabkan banyak sangat cerita so saya divide kan laa ey.


1. husband saya dulu masa dia sekolah selalu gak teman ayah dia pergi ofis kalau hujung minggu.
pastu husband saya cakap, tengah dia dok layan main komputer tu dengar orang dok taip2 keyboard.
then ayah dia pon bersuara, jangan laa kacau aku nak wat kerja ni.
tak lama pastu telefon meja pon bunyi, kat meja sana, meja sini.
then FIL saya pun cakap lagi, aku mai wat keja sat, bukan kaco hang pon.
pastu senyap.
husband saya time tu takut gila.
then dah abeh FIL wat kerja diorang pon balik.


2. ada maintenance tengah wat kat tingkat berapa tah.
pastu org2 yang wat kerja tu dengar orang menyanyi, fon berdering, orang taip keyboard.
diorang memang dah arif dah..pastu wat kerja cepat2 nak turun guna lift sekali masuk lift, lift tak bergerak. 
lama plak tu. tekan punya tekan, then diorang give up..cakap, laa...aku mai nak wat keja. jgn laaa kaco. aku dah nak balik ni.
pastu lift pun OK...

3. ada Pengarah dari KL turun Kedah sebab nak rai ketua yang dari Kedah ni bersara.
tengah dok bagi speech, menda tu kaco...dia ckp, "testing 1,2,3" pastu dia wat fuh2 kat mic tue.
kan orang kalau nak test mic wat camtu.
ha dia wat macam tu laa sebijik.
saya ada tanya MIL saya, suara laki ke pompuan? 
MIL saya kata time tu suara laki. tapi dia boleh buat macam2 suara.
kadang2 nyanyi suara pompuan. lagi sedap dari siti.
berbalik pada cerita., then Pengarah tu terdiam.
maybe dia ingat ada org tengah test mic lain kot.
yang staff nie senyum je la.
lepas dia berucap tu diorang ada makan2, dia tanya sapa yang test mic tadi? 
diorang senyum je cakap orang dalam saja dia nak mai kaco.
terdiam Pengarah tue.

4. time ofis hour, tengah orang dok busy wat keja.
tiba2 ada dengar orang nyanyi..mendayu2..staff wat tak layan je sbb tau itu mesti 'dia'.
kadang2 ada gak diorang suruh 'dia' senyap sebab ganggu org nak wat keja.

5. tingkat berapa tah dalam bangunan tu diorang ada sediakan macam suite untuk orang yang datang berkursus kat situ tido dalam bangunan tu.
save budget dari nak tido hotel kan.
dalam suite tue ada banyak katil.
FIL saya cerita sapa yang singgah tido situ selalu kena kaco..malam xley tido..dengar macam2..
so memang x berani lah sapa2 yang datang nak tido kat situ sebab dah tau cerita kan..

6. FIL saya cakap sorang je yang tak takut 'dia'.
guard. nama apa saya dah lupa.
saya bagi nama Ali naaa...Ali nie dia macam tak betol, tapi bukan mental.
dia OK just mcm betul bendol kot.
dia ni kalo kerja malam tengah2 malam slumber je dia pergi meronda dalam bangunan sampai tingkat atas.
pastu bila orang tanya tak kena kaco ka?dia cakap tak..sebab tu kot dia tak takut.
tak pasti kenapa Ali nie tak kena kaco.
kadang2 kalau diorang tertinggal barang kat opis, mintak Ali tu ja p amik kan..

ok lah k.peej itu ja cerita yang saya ingat wat masa sekarang..hahaha..
nanti kalo ada lagi saya share lagi ey..daaaaaaaaaaaaaaaaaa!

thanks,

regards,
iza.

promo ending soon

again nak bagi tau.
promo ending soon yea. last 31/12
so siapa nak beli ngan harga runtuh sila cepat.

tabita

trial set - rm110
reg set - rm250
exc set - rm280

*untuk reg n exc postage charge add rm10


ephyra 

1 box rm197
2 box rm350
3 box rm500

*free postage
*free shaker n recycle bag

trial box 1 - RM68
2 box - RM120

*free postage


if nak skincerity n krim ibu putih pun ada yea.
just contact je bagi tau.
boleh email, whatsapp or sms.
please sekali lagi ingatkan bila order, buat payment ke apa semua tu sila guna 1 medium je.
if sms then order, confirm payment mms pic semua situ.
if order kat email tabita then stick kat situuu je, jangan nanti tiba2 guna sms pulak, email personal aku pulak.
aku keliru nanti.

ok over n out.



gangster's paradise

banyaknya cerita aku tangguh je.
alasan sebab malasnya nak transfer pics dpd camera.
tu takpa. now nak angkut camera keluar pun malas ok.
so pakai camera phone sudah.
tu takpa, tu takpa. now aku macam terasa nak beli gopro pulak.
sebab suka tengok pic pak radie laki filla. macam best je kan.
tapi tu la. if beli tu memang tak guna la camera satu lagi tu.
aku ni bab gadget memang gilo sikit.
kau tayang la beli beli handbag ke, barang kemas ke apa.
takdanya aku heran. suka kau la.
tapi kalau nampak orang share beli hp ke, camera ke, computer ke apa harus tak senang duduk.
rasa macam, aaaaa nak beli jugakkkk.
gituh. hahaha.

so nway, hari tu aku ada transfer pics camera ke laptop.
so since pics tu ada dulu. cerita kisah tu gulu.

as usual mesti ada session nak keluar ngan filla n elly.
kemain awal dah plan ni.
harus la sebab kena bagi tau laki.
elly paling eksyen sebab dia memang sentiasa laki dia ok je.
aku ni ok2 la. sebab so far ngan dorang laki aku ok.
paling takleh blah filla. selalu dia yang kemain ajak la apa, tapi dia paling last bagi tau sebab takut.
pastu dia takut. ngan aku2 jadi seram. hahaha.
tapi selalu ok je la lepas tu.

so plan last weekend adalah ke bangsar.
aku nak chilis. so dorang kata bangsar.
ok je. aku tak pernah pergi chilis bsc.
filla cakap nak datang rumah aku dulu amik aku.
wah lagi bagus. so pergi ngan filla.
balik pulak ngan elly.

tetiba last minute dapat call jonet free nak jumpa.
memang tak dapat la. sebab dorang nak ke klcc.
kami lak nak elakkan klcc sbb sesak kan orang shopping christmas bagai.
so takda la dapat jumpa. rindu jonet tu.
jonet sempat ejek cakap, wah kau blogger gathering ke. hahah bongok.
takda la. 2 orang je pun. aku ni dah la takda kawan kan.

so sampai sana jumpa elly kat dome.
perempuan tu sakit tekak kemain nak pekena honey lemon dulu la apa.
pastu feeling sorang2 kalahkan mak datin.


yang filla boleh tak nampak mana elly.
aku dah, yang dok sorang macam mak datin tu apa?
pastu suruh elly habiskan cepat2 air.
lapar nak gila dah aku n filla.
aku memang tak makan apa time tu.
so nak terus dinner. kau bayangkan la lapar dia tu.


order appetizer.
dap dap dap.
memula nak triple play tapi agak2 la main course semua heavy.
kang tak habis kang.
so light2 je dah.


seronok la berkawan ngan dorang ni.
walaupun umur beza2 tapi satu kepala.
dah la ada je lawak memasing.
pastu memasing berebut nak cerita macam-macam.
tu yang kena ada session melepak tanpa gangguan.
dapat sebulan sekali jadi la.
next plan bercuti.
tapi aku n filla debar2 je ni nak cakap kat laki masing2.
pastu tetiba filla macam, kalau laki kita ikut takleh ke?
aku macam, a ah ok jugak kan. lagi senang la kan.
filla, tapi dorang duduk la bertiga lelaki. kita perempuan satu bilik.
yang elly, alaaa kalau laki ada, takkan aku nak duduk ngan korang. mesti la ngan laki aku.
tu malas tu. elly ni suka nak feeling konon nak romantik la apa.
tah apa2.
so now masih dalam plan bagaimana hendak atur rancangan percutian. hahaha.

oh btw, lawo kan.
aku beli ollo clip dpd kawan aku.
so tu fish eye. nampak lebar sikit kan pics. suka.


sorry aku memang tak kuasa pass kat orang suruh amik pic ke apa.
pemalu kan.
so asal pic aku mesti ala2 vain macam kan lawa je.

:: dip untuk nachos tadi. ish tengok balik pic ni rasa lapar la pulak ::



cukup berani kan order lamb shoulder padahal darah tinggi.
lama kot tak makan.
banyak gak la bedal. pastu cecepat makan ubat.
pastu sakit kepala kejap sampai isap rokok pun takut.
ye la kang elok sempang tersungkur kat situ dah satu hal.
eeee takut takut.
tapi sedappppp.

 :: ni makanan filla n elly ::

 :: makan sampai tak larat bergerak lepas tu ::

 :: ni pulak try wide lens ollo clip tu. memang wide termasuk la muka iolls ::



:: gang bini-bini ku gangster ::

hahah percubaan amik pic sendiri pakai fish eye.
rasa macam penyu je muka. haha tak sukerrr.
pastu dah kul 10 mula la laki masing2 tanya kat mana la apa.
aku hantar pic still kat sana.
dia hantar jugak.
dia ajak kawan datang lepak layan dvd.
sian. kesepian lettew.
tapi ye la sekali sekala. asyik hari2 mengadap je adalah bosan ok.



:: hadiah dpd filla. comel. suka. ada fridge magnet tapi malas lak nak pergi snap pic ::


balik je rumah terus laki aku ajak lepak ngan kawan2 dia pulak.
ikutkan tak kuasa.
tapi kang sentap kuasa lapan.
so layankan la.
walaupun letoh gak la.
pastu bila dia tanya apesal ngantuk ke?
tak berani kata ye. cakap eh takkk. hahaahhaha


:: geng laki-laki ku gangster pulak ::


gila kan.
lepak 2 jam gitu n berempat je pun.
kau tengok berapa banyak air dorang minum.
aku minum 1 je air. dorang sorang 5 gelas ke apa.

pastu time lepak kemain segar bugar.
balik as usual takleh tidur.
cisss. merasa dekat kul 8am baru tidur.
gila.

tetiba rasa rindu lak rambut panjang.
selalu macam tu la kan. bila panjang rimas nak potong.
bila dah potong ni rasa macam aaa lambatnya nak tunggu panjang balik. tsk.


kitotttt.

ingat that the other day aku cerita pasal kitot.
kitten kat luar yang selalu datang rumah makan tu.
nak bagi masuk takleh tau la rumah aku pun banyak kucing.
nak kurung kat cage luar dia tak suka. bising.
ye la sekat kebebasan dia kan.
so biarkan je la dia.
laki aku cuma pakaikan collar supaya orang tau tu maknanya kucing ada tuan.
bukan liar ke apa.
aku syak dia pun kucing orang lain kot.
so cukup la kita orang tumpang manja n bagi dia makan je.

as usual semua kucing kan nampak kelibat laki aku balik kerja ke apa.
mesti berlari la ke rumah kita orang.
sebab tau dapat makan.
laki aku rajin layan dia main ngan toys apa semua.

dalam pada tu laki aku asyik la risau takut dia kena langgar kereta.
sebab dia ni sesuka hati lintas n berlari sana sini.
even rumah aku ni lorong kecik je kan. laki aku risau.
aku lak kata takda kot. bukan banyak kereta pun kan.
pernah la kita orang laki bini nak pergi lepak makan kat atas.
dia ikut kemain jauh.
taknak la dia ikut. atas tu jalan besar. kang jadi apa.
sanggup laki aku patah balik angkat dia n bagi dia makan.
biar dia leka then cepat2 gerak.

semalam lepas aku siapkan sikit kerja.
aku ajak ke atas. rokok aku pun dah putus.
so makan n minum kejap.
then gerak.
otw back tu nampak anak jiran kita orang ni.
aku rasa maybe 20an kot laki ni. aku ni kan x bergaul orang.
tapi laki aku peramah mesti la tegur kan.

dia tanya la baru balik lepak ke?
that guy kata a ah. n dia frust ni. kucing dia baru mati.
kena langgar kereta depan rumah ni.
berderau jap darah.
laki aku tanya la kucing mana.
pastu tau tak kucing mana? kitotttt!
rupanya tu kucing jiran tu. ok bukan la dia punya tapi kira kitot tu suka pergi sana main2 tidur semua.
nak makan n main lagi dia ngan laki aku pulak.
so sadddddd!

yang langgar adalah jiran sorang lagi.
dia kata nak gaduh gak la. sebab memang mamat tu bawak lajuuuuu gila.
ok maybe some akan cakap sayang kucing then jangan la lepas.
kena langgar nak marah2.
masalahnya if jalan besar ke highway ke logik la kau nak laju.
ni lorong kecik je. dalam perumahan. motip nak laju2.

nasib la bukan depan mata kami.
aaa so sad.
budak tu kata memang hancur kot dalaman.
sebab sekejap je then dia terbatuk2 n mulut keluar darah mati.
sian si kitot.

ni kejap tadi aku dok pass barang kat customer.
keluar tengok kitot takda.
selalu dia ada depan ni mintak makan or kadang dok tidur.

laki aku dah la emo kan.
bila call nanti asyik la cakap dia sedih kitot dah takda.
ye la kitot datang tu luka teruk. laki aku gigih dok ubatkan.
banyak kali laki aku kata nak bela.
aku tak bagi. ye la dah banyak weyh kucing rumah aku.
dah la kerja angkut taik kerja aku.
tu ok lagi. tapi tang makanan n pergi vet semua.
i is pitam nanti.
aku spend utk makanan n pasir dorang je rm200 kot sekali beli.
tu ada la tahan seminggu lebih je. tak sampai 2 weeks pun.
belum pergi vet lagi. duit turbang hey.
so aku kata cukup la kitot tu bagi makan kat luar je.

tapi tu la nak buat macam mana.
umur dia tak panjang.
tapi terasa2 sangat la.
ada kucing ni memang best. tapi tang nak hadap benda macam ni la tak tahan.
seksa dia tu makan tahun weyh.



lazy sunday

lazy sunday sangat.
aku memang dah lama nak carik orang tolong bersih2 rumah sikit on weekend.
kira seminggu sekali je la.
rumah aku ni bukan la ada benda sangat nak bersih pun.
sebab MrB kan rajin vacuum la apa.
tapi still ada la kotor2.
contoh kipas, cermin2 tingkap ke, dapur, barang2 hiasan berabuk ke apa.
benda2 tu je pun.
rumah bukan besar. so takda apa sangat kan.

tapi tak tau mana nak carik.
then terpikir budak2 indon yang kerja kedai atas ni.
dorang siang kan free.
so mintak kebenaran kat owner kata ok ke if kita orang mintak dorang tolong.
owner kata ok. tanya dorang pun ok. so ok la.
sebab sorang tu jenis lembut sikit.
so owner dia selalu cerita dia jenis pembersih n suka mengemas.
so ok la kan.

tu tadi dorang datang la.
wah suka. datang berdua. sorang lagi pun budak tapi tu lelaki la.
baik2. so ok la berdua dorang buat.
gembira hati ini mana yang selama ni aku tengok berabuk now bersih kemain.
berbunga hati makcik.
ye la sendiri nak lap pemalash.
pastu tadi pergi dapur sendiri terkejut sebab oit kemasnya.
selama aku duduk sini tak pernah kemas begini. huehuehhueh.
beli nasi ayam n tebu. makan sesama.
aku ni memang pengesian sikit kan.
ok la kan. at least dapat dorang duit lebih kan.
daripada aku amik orang tak kenal.
sementara ada sini baiklah dorang je buat kan.

tak lama pun dalam 3 jam lebih gitu.
ye la takleh lelama nanti dorang malam nak kerja lagi kan.
biar rehat.
ni patut nak keluar.
nak ke rumah mertua. semalam laki aku ajak.
then ingat lepas tu nak ke klcc.
aku nak ke la senza. bra aku boleh sekali gus 3-4 jahanam sekali harung.
kong jaq betul.

tapi tu la. bangun awal tadi.
so ni macam ala2 mata kuyu n malas je nak gerak.
gerak satu hal la. nak bersiap tu malas kan.
tapi ni tengok laki aku pun bersantai je.
senyap je. bagus gak tu.
aku ni ikutkan lagi la malas nak keluar.
rindu pulak kat parents aku. nak dekat seminggu tak jumpa.
sibuk takda masa nak kesana.
dorang dah la eksyen bukan nak datang rumah aku.
nyampah.
tapi tak datang pun takpa.
kalau tak sibuk dok bebel kata rumah aku banyak kucing la apa.
pening arrr. pening arrrr.

nway cakap pasal kucing.
nak share pics kucing2 kesayangan.
walaupun kadang syaiton sangat.
tapi bila time semua terbongkong n aksi manja tu takleh tahan.


:: milky paling pemalu n paling penakut orang ::

:: nak keluar tengok dia jenguk macam ni. fav spot lepak kat atas shoe cabinet ::

:: ni amik tadi. lazy sunday. semua lepak sama2. ::


ceceh yang kemain macam boss.
lepas spay dapat masuk rumah kemain suka.
tapi as usual tak ngam ngan yang lain.
dia daripada dulu eksyen. padahal anak2 dia gak. tah apa2 tah.

alaaa. tetiba laki aku kata, "jom la."
aaa penatttt nak rehat je.
tapi kang mat sentap pulak.

ulang alik.

kan kat entry semalam pasal aku kata bunyi bumbung tu kan.
benda ni dah lama gak la.
start 2-3 bulan lepas tak silap.
almost every night jugak la ada.
mula-mula tu menggelupur jugak la.
tapi lama-lama dah biasa.

aku as usual memang akan tidur lambat kan.
seperti yang korang dah sedia maklum.
MrB selalu jugak tidur lewat, tapi tak selewat aku.
memang usually dia akan tidur dulu la.
aku seperti biasa layan online sebelah la.

tiba-tiba satu pagi tu tetiba bunyi bumbung dapur ni bunyi.
bilik aku ni belakang. so belakang bilik ni terus dapur.
so around 5am macam tu bumbung tu bunyi bising gila bunyi macam berjalan ulang alik.
kuat ok. macam bumbung zink pulak bunyi dia.
padahal tu bukan bumbung zink.
mula-mula aku dengar tu berderau ok darah aku.
sumpah seram gila meremang bulu roma.
sebab bunyi macam kuat gila macam orang berjalan.
pastu berjalan stock ulang alik ke kiri ke kanan. then ke kiri again. pastu ke kanan balik.
aku dah macam ish apa tu.
terus aku kejut laki aku.
bila laki aku jaga senyap pulak.
then dia sambung tidur bunyi lagi.
aku bukan apa takut orang. tau la zaman sekarang ni.
then laki aku terjaga. dia kata musang.

aku rasa lega sikit la bila dia cakap macam tu.
cuma serious macam takleh terima akal.
sebab musang bukan la besar mana.
aku biasa nampak musang area rumah aku ni. stock kenit2 je pun.
ni bunyi tu macam berat la yang berjalan tu.
so aku abaikan je la.
lama weyh ulang alik tu macam apa yang kau buat sebenarnya kan.
around 5.30am macam tu senyap.
sebab time tu nak subuh kan, surau pun dah start mengaji bagai.

mula-mula la aku seram.
lama-lama tu aku pikir memang la kot musang.
mungkin king musang kot yang berjalan tu.
nampak situ? king musang yea. sebab if aku sebut musang king tu dah lain dah. tu durian. heheh.

nway, selalu timing bunyi tu mesti nak subuh macam tu.
tapi semalam lain pulak.
elok aku dok edit expose mistik tu dia galak berbunyi.
seperti biasa ulang alik la.
then settle siapkan entry tu dia sepi.
elok aku main game semua apa bagai.
then aku buat entry ni dia bunyi lagi.
entah. takda apa kot kan.
maybe musang la, sebab tu bumbung rumah ni banyak jahanam.

eh jap.
tiba-tiba aku teringat.
dulu masa aku kecik. pernah jiran cakap dorang nampak atas bumbung rumah ni dorang selalu nampak ada 'harimau'. if u know what i mean.
ok tak kelakar.
takkan kot kan? ok positif positif.
*musang..musang..musang…musang..musang*

so what does the fox say???

p/s: auto publish entry n cerita aku sendiri. so takyah la tggu segment expose mistik ke apa eyh.

Expose Mistik : diperhati

Hai peej.. akak ni silent reader awak n ur mum. 
suka sangat2 baca.. tiap2 hari sure nak bukak :-)  
dah lama nak cite tapi cam xde kesempatan lak, n x sure best ke x cite akak ni.


Cite 1 :

Anak akak ni dianugerahkan cam leh nampak 'makhluk' tu. 
so kadang2 tengah2 main dia akan cakap ngan akak "Umi, apa tu mi, dia tgk je ahmad" sambil tunjuk2 kat dinding, pintu. 
umur dia 2 tahun 8 bulan. 
kat umah org pun kadang2 leh cakap menda2 macam2 if dia nampak. 

one day, akak pergi rumah adik akak kat sg buloh. 
anak2 semua main kat bilik atas.
akak kat dapur n semua2 borak kat hall. 
tetiba anak akak jerit yang sangat kuat sambil nangis.
anak adik pulak terus lari ke bawah peluk mak dia. 
akak terus lari ke atas tanya kenape. 
dia cakap "umi, kak limah pukul perut ahmad".
akak tanya kak limah mana. dia boleh tunjuk bilik yang adik akak letak barang2 tak pakai. time tu tetiba meremang semua bulu2 akak. 
akak dah terbayangkan kak limah awie tu. 
ayah, husband n adik semua naik atas.

diaorg pun ingatkan gaduh2. 
sekali tengok perut anak akak merah yang kena pukul ngan 'kak limah' tu. 
ayah akak terus suruh husband akak Azan. 
yg adik akak amik air yassin, akak lak baca ayat Qursi terbalik-balik, x leh abiskan. 
ayah akak cakap ni mesti dia panas ni sebab tadi maghrib ayah akak baca yassin kat bilik. time tu malam jumaat. saja je ayah nak solat kat situ. 

Alhamdullilah ayah leh tau la sikit2 nak buat apa. 
then settle camtu je. 
husband Azan 3 kali, adik sapu air yassin kat perut anak akak tu. 
esok nye biru kat tempat tu. 


Cite 2 :

rumah akak belakangnya pokok getah yg dah terbiar. 
so, sinki memang ngadap belakang la. 
tingkap kat sinki tu pulak jenis nako.

hari tu pukul 4.30 pagi akak bangun nak masak utk org order. 
so tengah siang2 ayam, kupas bawang, tetiba rasa macam ada org peratikan. 
memula rasa hish, ni dugaan ni.. xpe, teruskan je la. 
skali memang jantung ni berdup dap dah. 
terus lari ke bilik sambil sebelah pegang pisau, sebelah pegang bawang. 
kelakar je..

kejut husband cakap macam ada org tengok akak, husband akak mamai2 cakap.. takde apa-apa lah. Malaikat tu.. 
hissh sabar je la, if malaikat takkan la rasa meremang segala menda. 
desak dia suruh bangun gak. 
last2 give up. 
bangun then terus bukak pintu dapur yg mengadap kebun getah terbiar tu.

dia senyap je pandang ke belakang. 
dia cakap jom kite sedekahkan fatihah kat dia. 
akak tanya kat sape lak. dia ckp kt 'makhluk' tu. sian dia.. 
so akak x pikir menda akak baca je la.. 
then terus husband amik kerusi dok tepi pintu sambil ngadap akak siap2 barang nak masak. 
dalam 15 minit lepas2 akak cakap dah ok dah.

pagi tu before pergi kerja akak tanya apa dia yang suruh mintak sedekahkan Fatihah kat dia. 
husband akak cakap ala, nanti kita pakai camtu gak.. 
Ya Allah terus meremang lagi. 
tapi nak buat macam mana 'makhluk' Allah jugak kan… 
sabar je la.. tetap gak kena pergi dapur kan.

ada banyak cite lagi. tp tu la, takut tak best lak cite akak ni..

-r-
…………………………………………………………………………………….

nama anak akak ni di ubah ye.
akak tulis xxx tapi aku bg nama ahmad. tak best lak dok baca xxx nanti kan.
kak ada cerita nanti share lagi. 
serammm. syok baca.

bertambah seram tengah dok aku baca nak readykan untuk auto publish elok bumbung belakang rumah aku ni berbunyi2 macam ada something berjalan.
tu nanti aku cerita entry lain.



puas hati

ni auto publish entry.
elok aku nak menaip prapp bunyi.
no bukan baju or seluar koyak.
bukak bunyi perabot patah ke apa.
tapi MrB seperti biasa kentut dengan penuh bertenaga dalam tidur.
takleh terima betul la. motip tidur pun kentut kuat macam tu?
nasib takda bau. ada bau memang kita siku je. hahaha

nway, hamagad. hamagad.
kan aku cerita hari tu, tv series yang aku follow semua tengah on break kan.
terus rasa diriku sunyi. wah ayat takleh nak drama lagi ke? ;p
takleh jadi. so mari pikirkan cerita apa lagi nak tengok.
dok la aku dok google pasal tv series.
teringat cerita the following.
pernah orang suggest. then tak silap ada nampak keluar tv iklan dia.
macam menarik. pastu pergi youtube pulak tengok trailer.
best ni. so bermulalah operasi meng-download.

best weyh cerita dia!!!!
sebab best debar-debar seperti biasa aku memang marathon la kan.
dah dalam masa 2 hari selamat marathon habis season 1, 15 episode. fuhhhh.
terbaiklah.
pastu now menggelupur sebab tak sabar nak tunggu season 2 sebab dia sajeeeee je bagi ending cemas kan.
nasib bila check next season adalah januari ni. la la la.

jalan cerita best la.
tapi siapa tak suka cerita cemas n ngeri jangan tengok la.
aku rasa nak pitam2 jugak la tengok dok bunuh sana sini.

best ada tv series nak layan bukan sebab apa.
kira sambil2 buat kerja2 packing, buat trial set ke, sambil lipat baju ke.
kira tak terasa sangat bosan n letih tu.
sambil menyelam minum air kaedahnya.

lepas ni tak tau nak tengok apa pulak.
ikut ellen *ellen lagi!* ada jugak few times dia sebut pasal cerita orange is the new black.
kisah benar kan.
tak sure best ke tak. belum ada hati nak meng-google or tengok trailer.
nanti la ada tv series best lagi aku paksa2 korang pun tengok jugak :D



pening lalat

semalam tah apa kena takleh tidur.
busy marathon tv series kot. tu aku dah cerita kat next entry (auto publish)
sedar tak sedar rupanya dah pukul 7ish am ok time tu.
gilo.

tu takpa. dah ready nak tidur tetiba baru teringat.
dayummmm aku kena bawak ceceh pergi vet nak sunat tu.
ho man, dah la kena bawak pagi katanya.
dah ngantuk.
ingat nak tahan n nanti gerak.
tapi takleh jadi. ok takpa kita set jam. dapat lena sejam jadi lah kan.
takda makna. tak dengar langsung alarm. hahaha.
sedar around 10am pun sebab MrB kejut. dia nak pergi kerja.
oh dia memang macam tu, tak tau la jampi serapah apa dia bagi kat boss dia.
boss dia ok je dia datang lewat ke apa.

nway, nak pitam rasanya bangun menggelupur n tak cukup tidur.
melekat2 rasa mata n jalan pun terhoyong hayang je mcm mamai.
pergi freshen up sikit. siap n terus zass hantar.
kul 10.30 mcm tu baru sampai vet.

later singgah sarapan kat thurkahs.
layan perasaan je sarapan sorang. hahaha.


sedap weyh. aku suka.
laki aku ni if ajak nanti dia kata asyikkk thurkahhhh je.
tah bila masa tah asyik. rasanya last time aku pergi ngan dia ada lah setahun yang lalu.
so best je makan tosai, kuah kelapa n kari ayam.
tosai dua plisss. tapi lupa pesan taknak garing.
aku tak suka garing. :/

masa pergi tu ramai gak la orang.
so aku duduk meja hujung kat belakang. itu je kosong.
tapi aku rasa ada perempuan ni pekerja baru kot.
macam bangang je.
dorang nak prepare untuk lunch kot.
since aku sorang n meja besar. dorang dok la kumpul bekas kuah tu tepi2 aku.
pastu depan mata aku dia letak la bekas kuah kecik2 tu.
satu lagi besar kuah apa tah. dal kot. ke kari.
aku tak makan pun.
tapi lantak la.
paling takleh terima dia nak bungkuskan orang kot.
boleh dia membuat kerja bebetul depan muka aku.
guna bekas kuah tu. kau amik la kot ye pun. buat kat tepi.
aku macam tergamam je.
pakej kuah tu terpercik2 keliling aku. eeeiii gila.

balik tadi ingat nak terus tidur.
tapi banyak pulak kena reply customer.
so attend dulu.
now tengah menaip entry sambil layan mata sat lagi lena la ni.

nway, untuk customer harap maklum aku ni burung hantu.
malam berjaga, siang usually tidur. pagi la.
so kalau korang contact aku tak reply ke apa takyah kalut.
jangan dah bank in tetiba cuak aku tak reply ke apa.
tanya apesal aku senyap, apesal aku senyap.
aku tak telan duit tu la. aku cuma belum bangun maknanya.
tapi if la korang dah bank in. aku still tak confirmkan payment sampai keesoknya tu.
sila bg tau again.
ada kemungkinan aku terlepas pandang ke apa.
sebab kadang aku kat luar. aku check. tapi aku tak reply confirm payment.
sebab aku hanya akan confirm once aku dah catit dlm buku. *woah tadi hampir typo dalam bulu. wakakakka*

ok chiow.
nak tidoq barang sejam dua.


melayan nafsu

jangan di tanya ini bila.
cea macam la ada orang nak tanya pun kan.
nway, aku memang tak ingat la bila.
tapi tau seperti biasa aktiviti lepas post barang petang mesti nak makan.
asyik makan sama je, tetiba petang tu rasa nak makan nasi arab.
senang ke saba restaurant je la.
dekat area setiawangsa je kan.




sampai terus order. gila lapar tak makan apa kan.
harus order mandhi lamb.
lama weyh tak makan lamb. takuit.
orang la kan suka menakutkan makan lamb ni darah tinggi apa bagai.
so baik xyah makan.
tapi sekali sekala tak salah kan.
so yeah. harus order.
pastu makan pejam2 mata. sedapppp. lembutttsss..


air harus mango juice. sedap.
pure je rasa. teringat mango juice kat mekah dulu.
tak tau ada lagi ke tak now.
tapi dulu pergi, memang after solat kat masjid mesti akan singgah beli mango juice.
terbaik.


muka sangat sakai.
aku biasa la tau takda kemana memang begini je keluar.
mama bising gila. mama kata atleast pakai la bedak, eyeliner n lipstick.
bedak pun takda. aku memang tak pernah pakai bedak. maybe lepas ni kena beli.
laki aku memang tak pernah complain.
tapi ye la kan, sendiri sedar sebenarnya comot. tapi tu la pemalas.
akan cuba merajinkan diri. tapi tengok la.
aku make up ni ok lagi. aku malas part nak membasuh muka nanti.
kang tak basuh tak bagus kan.
beli make up remover untuk senangkan diri, dah muka aku lak tak serasi.
abis jerawatan.


makin bersih pulak muka laki aku ni.
dia nak pakai tabita memang malas. lelaki kan.
dia suruh aku pakaikan. eh tak kuasa. aku pun boleh tahan pemalas.
so dia just pakai cleanser je la.
tapi dalam diam now tiap malam tak pun selang semalam dia akan pakai skincerity.
amboih. semangat sungguh. hahahaha.
bertambah semangat bila 2-3 orang tanya dia pakai apa, muka nampak bersih.
pastu tanya aku betul ke? entah. kita ni hari2 tengok mana nak perasan kan.
tapi harus dia semangat.
kelakar kadang dia duduk main computer. aku lalu nak ke toilet nampak la dia.
berkilat je muka. gigih dia malam awal lagi dia dah pakai skincerity.
skincerity kan senang pakai. just roll on je kat muka. satu tu je.
tidur. esok pagi cuci. senang la tak leceh nak pakai 2-3 benda.
tu dia suka tu kot.



lepas makan dok lepak kejap.
sebab jalan jam kan petang.
sementara tu bungkuskan untuk family aku sikit.
kebetulan tengok mama update status fb kata dia masak simple je untuk berbuka.
so terus dapat je makanan aku gerak. boleh mama berbuka kan.
lupa pulak nak snap pic yang di pack tu.
nasib mama rajin snap gambar. CLICK HERE.
blogger tegar mak aku ni, aku dah sendu.

dah lama tak makan chilis la.
tetiba rasa nak makan la.
tapi tu la chilis tu nak menunggu turn tu ahkak malas tu.
tapi sedapnya tetiba teringat mashed potato dia.
haiii la nafsu.
letih ok nak melayan.



extra letih

tah kenapa 1-2 malam ni extra letih.
sampai malas nak lepak keluar pun.

tadi terpaling la penat.
sampai pukul 8pm aku dah nak tidur.
tapi confirm terjaga tengah malam tu.
tapi takpa la. janji rehat.
tapi ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
elok tidur hp aku non stop ringing.
ada la misscall dekat 20 kali kot. pitam kan.
rupanya customer nak amik barang.
mamai2 dibuatnya.

sempat la kena tanya asal aku tak suka angkat phone.
ye harap maklum aku memang tak suka cakap phone.
even kawan rapat pun aku tak kuasa nak sembang dalam phone.
ni pulak no tak kenal kan.
sebab tu aku tekankan if nak apa2 sms or whatsapp.
sebab aku tak nampak apa lebihnya call.
sebab if nak beli sama gak end up aku tetap kena bg details through whatsapp/sms kan.
kalau la iphone ni boleh block calls dah lama aku buat.
ok memang boleh kan tapi kena masukkan satu2. kosser.
aku nak terus settings n set call takleh masuk. hahahha.
ada kemungkinan kena beli samsung ni. samsung boleh kan?
jadikan second phone kan. n sememangnya tau no tu takda penting pun orang nak contact.
kan kan kan?
ok tunggu next year la kita beli.

oh siang tadi aku keluar restock ephyra.
sebelum tu singgah mcD beli prosperity burger.
ada burger tu memang tak order lain la.
then singgah kejap kat bank cucuk duit.
takda cash lebih pulak.
sebab aku transfer boleh limited amount je in a day. saja set gitu.
so since amik ephyra banyak. so ada yang kena bayar cash la balance tu.
petang pulak nak post kan. so baik cucuk sekali duit.

ada 2 machine atm.
satu tu rosak.
beratur la belakang ada 1 family tu. lama pulak.
tu takpa, tu takpa.
sekali tengah beratur harus la tengok kiri kanan.
sekali ada sorang lelaki ni masuk.
tolonglahhhh kacak nak mampus aku kena pandang dua tiga kali.
kenapa?
sebab muka dia macam nak iras remy ishak.
ok korang tau kan betapa aku tak tahin tengok keseksian remy ishak tu.
so aku nak pastikan eh ni remy ishak ke apa ni?
tapi bukan la ofcoz sebab kalau tak mesti dah rapat orang terjerit2. *akulettew*

dia ni muka memang sebijik.
tapi dia cerah sikit rasanya.
n setelah perati berkali2 *wah sanggup tu* rasanya badan dia kurang tough la.
tapi if dia rajin gym sebijik woih.

satu perangai aku yang hanya noy tau.
aku takleh weyh tengok orang kacak n menepati citarasa ni.
sebab aku teruja lalu sengih ok.
sengih kalau lawa takpa ni macam ke hapa.
automatic senyum meleret sampai ke telinga.
sambil hidung kembang2 sebab konon nak tahan daripada senyum tapi tak berjaya.
so agaknya kalau la ada orang nampak aku ingat mesti aku sewel.
sebab dia beratur belakang aku. so aku cucuk duit sambil senyum sorang2 macam orang gila.
pastu aku gerak tetap senyum2. tapi nak toleh tengok again segan.
sekali nampak lagi kelibat dia lalu sebelah aku sengih macam kera lagi.
dah macam apa perangai jalan sorang2 sengihhh je muka.

masuk kereta nampak dia keluar. oh abang remy. *wah tetiba*
pastu perati je dia pergi mana.
nasib dia sorang je.
mula2 ingat dia menuju ke arah satu kereta ni.
macam perempuan tengah isi minyak.
tetiba rasa macam, e eleh, bukan lawa pun. untunglah dapat remy ishak.
hahahah tiba2 sangat kan. padahal perempuan tu tak bersalah pun.

but nway, siapalah yang kawin ngan remy ishak tu kan.
mesti nanti aku benci je kat perempuan tu. hahah bodoh gila.
tapi zaman kecik2/remaja korang pernah kan macam ni?
contoh korang minat artis ni gila2. sekali tau dia ada gf ke apa.
automatic benci weyh gf dia tu.
tapi tu zaman memuda kita paham la.
motip aku ni dah tetua tetiba nak benci bakal isteri remy ishak khennn?

laki aku n abang aku cukup menyampah aku suka remy.
sebab dia kata mat bangla.
ok fine ada certain angle sedikit ada la.
tapi kadang tak. nampak macam lelaki melayu sangat kan? ke tak?

oh talking about bangla ke apa.
macam ada sekali tu lepak ngan mama.
dia ada pergi wedding anak tiri kepada sepupu aku.
orang pakistan.
so mama n ayol dok kata la ramai gila orang pakistan handsome.
berkerut muka aku.
tah la i tak minat.
ok fine memang ada certain tu memang la kacak.
tapi kalau dah pattern muka bangla, hindustan, arab ke apa mesti aku tak minat.
kira kalau tetiba la kata aku tak kawin, dapat orang gitu. aku tak suka kot.
wahhh ayat, macam kan miss world nak reject2 orang. padahal orang tu awal2 dah tak hingin kan.
just saying la.

pastu ada lepak sembang ngan siapa tah. lupa.
cakap kalau la kita ni memang duduk luar negara, agaknya bf/laki kau orang apa.
aku cakap aku suka black. hahahaha amikkk.
chocolate man. itu i is taste. tapi so far taste tengok movie ke apa la.
tak tau la kalau dah memang depan mata suka ke tak sure la.
sebab yang ada kat malaysia semua menakutkan.
kalau tengok tv if yg american punya kan sexy sikit. mih mih mih.

motip entry hari ni cerita macam ni dah kenapa?
hilang ingatan apa dah ada laki? hahahhahaa.
nasib laki aku tak reti baca blog2 ni.
kalau tak mau kena perli 8 tahun.

ok bye.
tak jadi tidur jadi mari sambung buat kerja.



scandal


ni yang malas nak tengok tv series ni.
sebab bila dia on break tu tertekan jiwa dan raga nak tunggu sambungan tu.

antara cerita yang aku follow adalah scandal.
cerita political scandal.
aku ni tak berapa suka politik. sebab sakai sangat. wahahha.
so masa mula-mula nak follow cerita ni macam tak berapa nak mari je.

tapi aku kan subscribe ellen show kat youtube.
so si ellen ni tak abis2 la dok puji cerita scandal ni.
macam ke best bebenor la.
so start google pasal series ni. politic. macam tak best je.
tapi since aku suka pelakon perempuan watak utama ni.
suka tu, daripada zaman save the last dance ok. zaman mak remaja uolls.
ok apa kata give it a try.
tengok pulak baru ada season 1 time tu. baru habis la season 1.
ok la. aku kalau nak follow cerita biar baru. if dah terlalu banyak season malas nanti.

mula-mula kasi download 5 episode je dulu.
tu pun berkurun download tapi tengok nya tidak.
bila betul2 free n relax baru tengok. amik kau.
non-stop. terus marathon uolls.
menarik gila jalan cerita pastu jenis ending tergantung n mendebarkan memang wajib tengok episode seterusnya.

ni baru lepas layan season 3 episode 10.
sekali on break la pulak!!!!
sambungan hujung feb nanti. hoi tekanan hoiii.
dah la ending tadi macam gempak gilaaaaa.

aku malas follow banyak sangat tv series.
nanti tak jalan kerja aku.
bulan ni dah la busy bebenor.
aku nak update blog pun tak sempat ni uolls.
i mean proper update yang siap transfer pics apa bagai tu la kan.

hari-hari ku pack.
sebab bulan ni kan aku buat everyday postage.
sebab kalau tak menangis nak angkut barang nanti.
everyday ada je la benda kena buat.
siang busy pack barang, petang post.
then kadang ke sana sini.
kadang berulang rumah mama hantar stock.
malam balik mengemas apa patut kejap.
laki ajak lepak. dia tu if aku kata malas ikut masam2 muka.
layankan je la. dia lak lepak mana reti kejap.
then by the time dapat online apa sangat aku boleh buat.
then tidur. then bersambung lak aktiviti harian.

so buat masa ni baik la follow beberapa ni sahaja.
so far aku follow scandal, the blacklist n game of thrones.
game of thrones takpa april nanti baru muncul season 4.
oh aku ada follow gak pretty little liars n carrie diaries tapi tu aku biarkan abis season dulu nanti download n marathon.
eh dah settle ke latest season dorang? tak check pun.
but so far paling suka 3 atas tu la.
yang carrie n PLL tu agak keremajaan la.

oh lupa nak bagi tau.
lepas ni COD dah takda kat rumah parents aku yea.
aku kesian la kat dorang, dah tua n tak larat.
dah la door bell rumah lak rosak.
so ngan mama takleh dengar. orang lak datang timing tak menentu.
kesian papa kena alert je. nak solat dia pass ke mama.
mama lak tak pasal kena duduk depan pintu jenguk2 if ada orang nak amik.
so kepada customer ku, if nak amik ke apa sila la amik kat rumah aku yea.
if takleh sila gunakan method postage.
if nak amik jugak sana, hanya bila aku ada sana, which ikut masa aku la ye.
n aku adalah manusia biasa yang ada laki, ada mertua, ada life yang sendu.
so takda aku nak ada sana 24/7.
so if nak jugak COD memang rumah aku sahaja ye.
ala tak jauh pun sana ke sini, beza 10-15 minit je pun.

sekian terima kasih.


Promo Tabita n Ephyra CLICK HERE

seram-seram manja la sangat

hari tu kemain ramai kan dok komen pasal cerita banglo seksyen 2 tu.
dia buat drama yea?
aku tak dapat tengok time tu sebab aku takda kat rumah kot.
ramai la kata seram la apa.

tunggu jugak kot ada ulangan ke apa.
tapi takda pulak.
tapi akhirnya tadi dapat la aku tengok daripada website.
chesue share.
dia tengok cerita lain.
bila bukak tu tengok ada lak cerita banglo seksyen 2 tu.
so tengok tu dulu la.

ok la cerita dia.
agak slow memula.
n rasa macam bongok2 jugak la.
tapi bila kau tengok pepagi buta.
sensorang lak tu. n suami dah confirm elok lena.
agak seram gak la. mengeletik2 jugak la kaki sambil tangan tutup muka seram.
pastu rasa tak seram balik.
pastu rasa macam menyampah.
tapi yang pasti after settle tengok cerita tu sampai habis.
now aku haus, aku macam seram pulak nak keluar pergi amik air. gagaga
hampeh betei.

tapi tu la aku nyampah ngan cerita hantu sekarang.
sebab korang perasan tak since cerita juon muncul.
dan-dan la cerita hantu kita pun semua nak stock merangkak2 meniarap apa bagai.
what the hell.
kalau ingat zaman dulu mana ada kot cerita hantu gitu.
cerita hantu kita semua stok berdiri elok. melintas ke. terbang ke. lepak akt pokok ke.
now? sibuk nak merangkak. eh kau dah kenapa kan?
satu lagi since cerita omputeh hantu merangkak panjat dinding.
cerita hantu kita pun nak macam tu jugak.

e eh aku ni kemain menaip kondem.
tiba-tiba al-serams la pulak.
kang sibuk nak kata menyampah la. mana ada hantu melayu gitu la.
kang nampak sendiri baru tau.
aaaa dont want.

kelmarin noy ajak tengok wayang.
since lama tak tengok wayang n keluar.
so ok aje la.
keluar berempat aku, MrB, noy n PG
tengok cerita paku.
aku ni ikutkan malas tengok cerita melayu kat wayang.
sebab rasa macam tak berbaloi bayar rm20. menyakitkan hati je.
memang membazir pun.
macam tak scary langsung cerita paku tu.
pelakon pulak semua sendu. pastu make tebal macam cake.
ada satu part je yang aku seram la.
masa ada part perempuan ni naik lift nak lari la.
tapi kena kacau la apa.
sekali bila lift terbukak, dia keluar dia kat highland tower.
eeeiii seram pulak memikirkan if la betul.

kenapa aku seram lebih?
sebab hari tu kan ramai share kisah highland tower.
sempena 20 tahun since kejadian tu berlaku.
so aku dok baca la kisah sana sini.
kronologi la. kisah dia yang keluar history channel tu.
tah kenapa aku macam seram n cerita tu menghantui aku.
dorang lak share2 pics mangsa2 tu. bukan la pics dah jadi mangsa.
tapi pics dorang la. tah kenapa muka2 tu dok la bermain kat pikiran aku.
so macam seram.
pastu bila penyelamat time tu kata masa dorang jumpa mayat2 tu kan.
after 6 hari dah busuk area tu.
pastu mostly mayat jumpa kat area tangga. ye la nak lari kan.
so mayat kebanyakannya berpelukan n all.

so masa tengok movie paku tu.
memang dia amik kat bangunan highland tower tu.
nampak la struktur rumah tu kan.
tetiba aku terbayang muka2 mangsa tu semua kat situ.
tak reti nak explain. tapi i is seram.

oh satu lagi cerita paku tu part aku seram yang.
time nak tidur laki dia dok baca ayat kursi.
sekali bini dia sebelah tu nafas dah macam kerbau menahan seksa.
muka dah ngeri gila.
oh cerita dia pasal bini dia mengandung mati dalam runtuhan highland tower gitu.
tapi laki dia ni takleh terima kenyataan bini dia mati. sebab terlalu sayang bini.
so dia mintak tolong dukun hidupkan balik bini dia la.
so tu yang paku tu. macam kisah paku pontianak gitu la.
eiii ada laki macam tu kan.
yang aku lepas abis cerita tu cakap kat laki aku, "moling tu jangan paku ite tu tau."
wahhhh confident. silap aku mati laki aku pesta.

haaa cerita banglo seksyen 2 tu satu lagi aku seram tadi part yang kawan dia nampak kawan dia sorang lagi atas katil.
dok senyap je keras.
cakap ngan dia pun tak layan tak apa.
pastu dia malas layan dia turun bawah, sekali nampak kawan dia tu elok ada kat bawah ok.
tak kelakar ok. tapi sebab mamat tu berani.
dia tanya kawan dia tu kau bukan kat atas ke tadi?
kawan dia kata tak.
terus dia pecut naik atas balik nak tengok.
sekali atas katil tu ada orang elok baring dalam selimut ok.
fuckkkk. tak kelakar.

benci ah benda macam tu.
tetiba teringat masa kat asrama dulu ada cerita kawan aku ni.
sama2 form 1, roommate dia form 5.
dia ni demam. so tau la tak selesa tidur malam asyik terjaga.
sekali dia terjaga pandang la katil roommate dia.
boleh tak akak tu elok tidur kan.
tapi ada satu lagi akak tu tengok duduk hujung katil memandang arah tingkap.
so macam ada dua di situ. eeeiii. not likeeee.

tetiba aku seram adakah sebelah aku ni laki aku ni?
ke bukan sebenarnya?
eh memang dia kot. cara dengkur n kentut2 time tidur.
memang tak lain tak bukan la. memang dia.



now what?

plan asal nak keluar ni.
tina ajak ke bangsar.
perempuan tu plan nak pagi aje. menyampah gila.
tapi ok la sebab jumaat aku memang takda apa. so on la.
kemain 2-3 alarm iolls set.
al maklum jenis tak bangun pagi kan.
elok aku bangun n mandi. whatsapp dia.
dia kata gi lewat pulak. sebab dia servis kereta ke apa.
so tunggu lepas solat jumaat baru keluar.
nice kan?

yang aku dah bersiap bagai ok!
ok la boleh la lari pergi 2-3 tempat pikir aku.
ok siap semua. angkut bag n laptop duduk kat hall jap.
kasi customer tracking num semalam.
settle je, pastu perasaan malas nak keluar muncul.
ye la, aku nyampah meredah kota siang hari ni.
dah la kereta banyak pastu bawak semua macam cilaks je.
kang aku yang sakit jiwa. pastu ngan panas nya.
eeeiii memang i is tak suka siang hari ni la.
so takyah la. mari menghabiskan masa duduk tunggu minah tu je la.

tapi. tapi. tapi. perut is laparrrr. lambat lagi ni nak makan.
tu pasal jugak malas bangun awal.
nanti lapar memikirkan nak makan memacam.
if bangun lewat alang2 tu relax je perut if lewat sikit makan kan.
rasa nak order apa2 tapi kang kenyang pulak by the time keluar.
tapi if order boleh tahan lapar.
adakah perlu bedal maggi lagi?

ni dah masuk bilik online atas katil sambil meniarap.
e eh ngantuk pulak.
ok sementara ni nak buat apa ni?

terpaling nikmat.

eee lately ni asyik la rasa nak makannnn aje.
asyik la lapar tak pun otak dok pikir makan je.
maybe jugak sebab musim. sejuk2 ni rasa nak makan aje.
wahhh matiklah salahkan musim padahal dasar kuat makan kan.

kelmarin paling melampau.
dah la dinner dah makan nasi lauk paprik, kailan ikan masin, telur dadar n daging halia.
selang 2 jam makan daging burger double ngan cheese. huihhh.
selang sejam tetiba makan onion rings pulak.
pastu balik rumah golek2 tetap lapar. hahaha gila.

ni kala menaip pun lapar gak ni.
tapi tak larat nak keluar. ok tipu la tak larat.
bukan tak larat tapi malas.
so ni tengah tunggu maggi lembut.
makan maggi cup ayam. harap bertahan kelaparan ini.
masalahnya 2 jam tadi aku dah makan roti n chilli tuna. gila ke apo kan.

nway as usual cubaan mendelete pics dalam library.
jumpa pics ni semua.
tak sure pernah share kat blog ke tak.
tapi dah alang ada tu sebelum delete lets tepek.
takda jalan cerita tapi biasa la orang mental kan suka amik pic makanan. hahah.

:: beef burger kat la bodega. sedap bak ang. tambah cheese n mushroom. fuhhh. ::

:: paella. pun kat la bodega. sedappp. makan ngan tobasco. uikss telan2 air liur lak tengok. la bodega ni sekali sekala boleh la uolls. matiklah berdua je makan tapi bil rm100++ kan. tapi puas hati kesedapannya ::


ini adalah terpaling heaven.
aku tak sure pernah ke update. kalau pernah, korang redha je la siaran ulangan kan.
ini adalah lempeng kelapa. woiiii sedapppp.
makan pulak ngan sambal ikan bilis.
ikut hari kadang pakcik buat kari ikan bawal, kadang buat kari kambing.
gila kau sekali makan 2 keping sampai lepas tu menyesal dalam diri.
laki aku lagi melampau makan 3 keping. macam ka jakun tak pernah jumpa.
masalahnya memang seumur hidup ni pertama kedai aku jumpa jual.
selalu nak makan sila buat sendiri.

ok serious tengok pic ni rasa this weekend nak pergi lagi.
tapi tu la problem. kata sarapan kan.
kami laki bini geng burung hantu kan.
so possibilites nak bangun pagi pergi breakfast amat tipis.
usually aku akan tak tidur. laki aku tidur.
nanti around 7ish semangat weyh kejut dia sarapan. hua hua. sedapnyaaaa.

oh andai kata aku tak pernah cerita.
meh bagi tau mana kedai pakcik ni.
dia area taman melati yang perumahan teres tu kan.
area kedai ada 7eleven tu kan ada surau area tu.
so gerai ni bebetul opposite surau tu.
if surau belah kanan kau. kau tengok kiri.
ada rumah flat situ.
so kedai tu ke dalam area flat tu.
kau akan nampak banner antaranya dia tulis lempeng kelapa.
heaven woihhh. menangis makan.


ni jugak antara fav aku. pan mee.
kalau pergi festival city mesti nak pekena ini.
kalau tak sempat makan harus nak bungkus bawak balik. sedapppp.
dia kat stall tingkat 2 tu. ikut escalator tengah tu.


:: bermacam takoyaki telah ku cuba, takda yang sesedap tako tao. pasti wajib octopus yea. taknak lain. *telanairliur* ::

:: ni makan kat little wok. beef fried rice. ok la. makan ngan cili padi potong kan ::


ni kat madam lims.
ada sekali tu makan ngan Mr.B.
usually amik nasi n lauk2.
sekali nampak meja sebelah order mihun ni. macam sedap.
nampak tak buruk lantak situ? ada makanan sendiri tapi sibuk perhati makanan orang. haha.
nway, ada sehari tu aku macam terasa2 nak mihun sangat2 la.
paling terbayang mihun kat situ la.
sanggup weyh buat urusan kerja apa semua.
n redah2 sorang2 semata2 nak makan mihun.
sekali makan rasanya tak macam aku imagine. ok la.
tapi ni jenis mihun masak pakai sos tu. so manis sikit la.
aku kan suka pedas. gitu.


ni pun antara favourite kak ton.
mihun kari papparich.
ada sekali tu ternampak ceera update kat mana tah.
eh mihun kari. lama tak makan. nakkkk.
harus dalam minggu tu jugak terjah.
aku tak suka mee gemuk/mee kuning. so memang akan request mihun.
sekali elok makan memang mihun. sekali sikit je mihun bawah tu mee gemuk ok. kiwok betul.
aku malas nak mintak tukar. aku lapar gila kot time tu dah petang tak makan lagi.
kang kena tunggu. so aku habiskan mihun n some isi je la.
balance aku bagi laki aku, sebab dia suka mee kuning tu.

so amacam?
tertekan tak tengok pelbagai makanan aku tebarkan?
takpa jangan gusar or marah. sebab aku sendiri tertekan ni.
cis update entry makanan time kau lapar tetengah pagi ni adalah tak kelakar ok.
oh ye ni auto publish. so bayangkan aku atas katil meniarap, bukak aircond sejuk2 ni, air liur bertakung boleh buat kolam.
cobaann.


expose mistik : highland tower

Salam kak peej, 

Baca blog akak pagi ni baru teringat satu cerita. 
Cerita ni pendek jee. Tak panjang pun. 

Abg ipar saya bawak teksi, biasa la kalau geng-geng teksi ni kan ramai. 
So kwn lepak dia yg kat klcc tu ada cerita kat dia pasal highland tower. 
Sebab that day abg ipar saya nampak dia ni termenung jee sorang2. 
So abg ipar tanya la kenapa kan. ada masalah ke apa. 
Pastu dia cerita dia tadi ada la round kat area highland tower. 
Tapi kat bwh2 tu je la, time tu mcm nak dekat maghrib.
Tengah round2 tetiba ada perempuan tahan dia.
Rambut panjang dia kata. so dia berhenti laa kat perempuan tu. 
Pastu tanya nak gi mana?
Perempuan jwb nak pegi naik atas (merujuk ke highland tower)
Abg tu tanya la, ehh nak buat apa naik atas. nak malam dah ni.
Pastu perempuan tu kata, saya nak naik, nak ambik tangan saya. Sebelah lagi ada kat atas/
fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. abg tu terus keras kot. 
Lama pastu terus dia pecut. 
Tu yg sampai2 kat kwn2 dia, dia mcm termenung2 jee. 


Saya rasa mmg org kalau baru nampak benda tu memang akan termenung kot.
Sbb pengalaman sendiri saya macam kat pg plkn kan. 
Ada laa satu mlm tu, dalam pukul 2 ke 3 pagi mcm tu. 
Dah tido laa, tp mcm terjaga sbb nak tukar position tido. 
plkn punya dorm dia panjangggg mcm askar punya dorm tu. 
So memula saya tido mengiring ke kanan, tido mmg selubung habis sbb katil menghadap tingkap. hahahaha. penakut sikitt. 

Pastu terjaga nak tukar ke kiri. so bukak la selimut tu. 
Mata mmg terbukak tetiba terpandang dinding hujung sana. 
Elok je tegak satu makhluk yg pakai putih semua berikat kat atas. poconggg. haaaaaa.
Terus keras masa ni. otak mcm tgh analyze makhluk apa tu. betul ke tak tu. hahaha
Seram gila kot. tinggi nak mampus,. muka dia hitammmm jee. 
Terus tarik selimut pelan pelan sambil ckp dlm hati, tolong laa jgn lompat. tolong laa. 
Pastu baca apa yg patut terus tertido. 
Seram gilaaaaa @@

-mirna-