Instagram : @peejburhan

hari minggu

mesti best je hari minggu korang kan.
jalan sana sini ke?
aku duk rumah aje.
pergi post pun tak. sebab last week dah post hari2.
weekend aku nak rehat.
tapi takda rehat pun sebab ramai hari ni COD.
so memang takleh keluar la.

tadi petang ada la noy facetime kata jom keluar la apa.
mula-mula macam malas, pastu macam eh ok gak. aku nak beli bra.
pastu end up dedua pemalas.
sebab memikirkan jalan mesti jam.
pastu nanti semua shopping complex nak parking hazab.
ye la time orang dapat gaji kot kan.
harus la semua pun keluar la apa.
ihhh tak kuasa la.
duduk rumah je la pun.

nasib duk rumah sebab sekali ada lagi orang call n nak amik barang.
wah baguih. rejeki jangan dia tolak.
ni tengah melangok sambil layan game kat fb.
sampai dah tak tau nak online apa la pulak kan. ;p

ni lewat malam ada sorang nak amik lagi.
pastu free. boleh la lepak makan atas.
hahaha kecoh, kat atas je pun kan.
itu tiap malam pun selalu je pergi.

ni dalam bilik ni.
pasang scented candle. bukak aircond, layan online.
tadi Mr.B masuk kejap dia kata depan ada kawan dia.
lagi aku malas nak keluar. aku ni orang tak kenal memang malas meramah mesra.
buruk perangai. lantak la hai.
dia ni ramai sangat kawan la. semua pun nak ajak rumah. rimas kadang2.
dah la tak kenal.
aku lain, mostly kawan-kawan aku memang pusing2 yang sama je pun.
so takda elemen terkejut kat situ yea.

eh apa cerita best nak layan yea
takda kat viooz kejap lagi boleh beli dvd ke.
sangap la pulak.

andakah bermimpi?

semalam aku ber-bbq kat rumah family friend.
siap dapat bekalan.
sampai rumah pun dah 12ish macam tu.
balik je terus tertidur ok kat sofa.
kepenatan beberapa hari ni.
nak lepak n bersenang lenang rumah parents aku pun tak dapat this week.
busy sangat kan.
supplier aku ajak aku jumpa orang kanan tabita pun aku tak dapat nak pergi.
sebab by the time malam mesti letih aku tertido la.
tak pun aku ada hal la.

elok lena, around 2am MrB kejut.
suruh masuk bilik tidur.
terjaga je terus mengadap makanan bbq balik ok. haha syabas.
masa kat bbq tu aku tak makan banyak sangat.
sebab asyik minum je. so kenyang minum air.
so bila makan balik bekalan tu. oh sedappnyaaa.
ada pulak aunty maz tu bekalkan ikan kembung bakar.
cicah air asam. hoi sedap.
marinate ikan tu sedap gila. siap ngan balut daun pisang lagi.
tak menangis kau makan kul 2 pagi kan?
siap ngan nasi lemak bedal. fuhhh.

settle makan aku. harus la segar bugar je kan.
terus aku mengadap bagi tracking number kat customer.
kena buat. kang tangguh, memang aku tak bagi nanti.
nasib la korang kul berapa pagi hp bunyi whatsapp/sms masuk kan. hahaha.
settle semua tu baru masuk bilik.
laki den dah tidur.
aku segar ni. apa lagi layan online la.
lama rasanya tak dapat online kan.

then settle online.
patut boleh tidur la kan.
takkkk. aku gi baca blog chics pulak
dia pulak buat entry pasal cerita the purge.
aku macam, eh macam menarik.
terus tengok kat viooz.co tu ada tak.
ada. dah HD pulak tu. ok lets layan.
hamagad best cerita dia weyh.
so if sila la tengok ok.
mencemaskan sampai berapa kali ahkak pause.
maklum makin meningkat usia ni, jantung cepat debar2. hahah.

tapi if pikirkan if la memang wujud benda macam tu.
mesti aku awal-awal dah mati.
sebab tak kaya kan mana mampu nak rumah ada security system canggih2.
oh by the way cerita dia macam setiap tahun. akan ada satu hari tu dlm masa 12 hours.
sesiapa sahaja boleh bunuh or buat apa2 jenayah.
korang takkan di dakwa ke apa.
so kata la macam selama setahun ni kau bengangggggg je ngan orang tu.
so if sampai hari the purge tu, kalau tiba-tiba kau nak bunuh orang tu, kau takkan di dakwa.
kalau kau rasa nak rogol orang, pastu bunuh kejam ke apa pun takpa ok.
sementara the purge tu berlaku, segala polis, bomba, ambulan ke takda nak layan kau yea.
konon dengan adanya annual purge ni, masalah jenayah berkurang.
dan setiap individu tu akan rasa hati dorang makin bersih takda la hatred ke apa semua.

tak gila kau kalau memang ada benda tu?
scary gila kot kan.
pastu orang kaya-kaya ni semua kemain la rumah semua terus seal la apa.
abis orang miskin macam aku ni?
memang senang2 la orang nak ceroboh. eeee takut.
ye la mana tau. maybe selama ni i dambaan seseorang, lalu dirogol. *wahhh nak jugak macam drama2*
pastu kena bunuh. eee takut.
pastu mesti nanti kucing i nyorok2 takut.
tengok la movie tu. best.
ni ada few lagi movie menarik untuk layan
takda masa lagi.

tapi layan movie punya pasal.
rasakan kul 8 pagi kot baru tidur. muahahahhaha.
tapi kul 12 tadi dah bangun.
sebab seingat aku ada customer kata nak amik barang kul 1pm.
apa ni dah kul 2 takda lagi. kejam.
aku lak carik balik customer yang mana tak jumpa lak.
dah banyak sangat masuk kan, so nak mencari tu jenuh.

ish ngantukkkk pulak.
lapar pun ye. tapi tak tau nak makan apa.
nak tidur takleh sebab nak kena pack barang n post. T_____T

patut aku nak restock barang today.
tp pepagi owner dah contact cakap restock next week.
sebab dorang pun ada sale jugak.
wah, harus la tunggu next week kan.
baru la penjimatan berganda kat pihak aku pulak. :)

ok la. nak sambun pikir memang ada ke customer kata nak amik barang ke aku bermimpi?




Malika Overseas Shopping

[Advertorial]

Siapa follow ig/fb aku tau hari tu aku ada promo Malika Perfume Boutique.
macam-macam perfume ada, daripada original perfume n sephora perfume pun ada.
now Malika Perfume Boutique dah maju setapak lagi, dengan adanya Malika Overseas Shopping.
ye masih mengekalkan nama Malika.

Apa benda pulak overseas shopping ni kan?
pernah tak korang macam bila tengok any tv series ke, movies ke.
nampak barang-barang dalam cerita tu macam wahhh bestnya. nakkkk!
kat Malaysia takda ke eyh?
usually memang takda la kan.
but sometimes ada, pastu kau macam teruja. pastu tengok harga terus emosi. woi mahal!
padahal hasil kita google barang tu takda la mahal begitu.
kan? kan? kan?
siapa pernah kena macam ni?

so dengan adanya Malika Overseas Shopping.
impian kita selama ni ada harapan jadi kenyataan.
Malika Overseas Shopping ni amik pre order kalau korang nak high end brand daripada oversea contoh kenwood, brenville, cath kidston, tefal, portmetrian and etc…
amboi kemain nama. aku pun terjakun2 je bukan kenal. 2-3 je pernah dengar. hahaha.

barang-barang di ambil adalah daripada UK ataupun Australia.
macam-macam barang la, barang-barang rumah, toys untuk kanak-kanak.
so takda la tertumpu untuk orang dewasa je.
if ada customer nak request apa-apa barang dari kedua negara tu pun boleh.
nanti Malika Overseas Shopping akan quote price dengan harga yang very reasonable.

Bayaran ansuran pun ada ye.
sebab barang adalah pre order.
pre order ni kan korang macam order, nanti dorang akan bagi tau bila dijangka barang sampai.
so let say korang beli barang sekarang, so bayar deposit je. nanti barang sampai february, so by then boleh la bayar habis. once habis bayar akan dapat la barang.

serious best barang-barang dia.
ni some la aku share.
serious lawa n comel n macam gempak.
tetiba rasa macam kau perluuuuu je benda tu.  hahahha padahal takda pun dalam list nak beli kan.
tetiba sangat.



:: Russel Hobbs Mini Chopper 14450 = RM120. Deposit RM60 ::


:: Henry Cleaning Troller = RM149. Deposit RM60 ::

:: Le Crueset Cassis Stoneware Petite Round Casserole 0.2L = RM130 ::

:: Le Crueset Cast Iron Shallow 30cm RM-630. Deposit RM250 ::


:: Punch Bowl out, Drinks Fountain in = RM165 ::

:: Cath Kidston Fold Away Shopper = RM210. Deposit RM100 ::




:: Maxwell & Williams - Spice It Up Carousel 17 Piece Bamboo = RM215 ::

:: Pyrex 10 Piece Storage Dish Set = RM190 ::

:: Tefal Actifry Plus with Salt & Pepper Mills = RM850. Deposit RM250. Free Electric Salt and Pepper Mill ::

:: Tefal Fresh Express Plus 150W Foood Prosessor = RM250 ::


:: Cashmere Regal Rose 16-Piece Dinner Set = RM450 ::

:: Bedsheet - Queen RM150 - King RM170 ::

:: Tommee Tippee Pink Closer to Nature - 6 x 260ml Bottles = RM150 ::


:: Bouncycle = RM300. Deposit RM150. for 18mths++ ::

banyak kan best-best.
ni aku share sikit je ok.
so kalau nak check out apa lagi yang ada.
boleh pergi ke fb page Malika Overseas Shopping.

if berminat pun senang je.
just contact Cikin, PM kat fb 
or Whatsapp/Wechat at 0192998091



lawa ke? *libas rambut*

tolonglah nak bersenang lenang pun tak ada masa.
kalau tak sebelum ni apa gossip pun cepat je tau.
ni nak online pun takda masa.
selalu nanti sebelum tidur baru ada masa online 1-2 jam.
tak sempat nak cover semua, sebab by then dah penat n perlu tidur.
gituh la 2-3 hari ni.

semalam lagi hampeh.
sebabkan kelmarin pun busy gila.
sambung ke semalam. banyak pulak order.
by the time MrB balik dia pun terkejut tengok banyak.
sebab usually aku jenis pos selang sehari. ni takleh kena post hari-hari.
settle siap pack, bergegas ke post.
bawak siap extra ephyra. sebab ada customer nak amik.
dia nak datang rumah aku risau tak sempat.
better bawak if la dia taknak tunggu n nak amik kat post office ke kan.
end up jumpa kat festival city. sebab aku pun nak makan.
biasalah bila dah busy mana sempat makan n minum pun.

lepas makan terus balik.
nak berjalan pun tak kuasa n tak larat.
later tu dok la rehatkan badan. last-last tertidur kau.
terjaga tengok kul 12am. hahaha hebat sangat.
terus lepas kedai atas. harus lapar.
sebab petang tu aku makan pan mee je pun.
plus aku ada nak amik blurberry cheese tart tu. mama mintak order kan.

lepas tu amik takleh tidur lak.
merasa lambat gak la tidur.
so tu yang today terbangun lambat.
as usual berderet la notification sana sini.
settle reply semua terus aktiviti packing barang.
oh kalau korang contact aku tapi sepiii je sebab aku tengah busy packing ye.
or aku kat luar. so harap paham.
jangan tiba-tiba panic konon aku menghilang setelah selamat dapat duit korang ke apa.
sebab tau, tak semua customer aku adalah reader, ada yang atas recommendation ke apa.
sebab tu korang masih takut ke apa aku tak sure.


antara yang perlu hadap for the past few days.
Alhamdulillah baru restock semalam, today dah habis ephyra.
termasuklah yang sememangnya ada aku simpan restock.
maknanya tomorrow kena jugak la restock lagi.
penat memang penat, tapi rezeki Allah nak bagi n korang pun supportive.
so mari hadap.

oh btw, ni muka bangun tadi.
walaupun maybe horror la kot bagi korang.
tapi aku macam teruja.
memang macam ni la perasaan setiap kali bangun n cuci muka setelah malam sebelum tu tidur pakai skincerity.


jerawat pun terus gelap bak tahi lalat hidup. hahahha.
baguih la.
aku suka la pakai skincerity ni.
bangun tu muka macam moist n super licin rasa.
gambar tak edit ye. straight dpd camera ni. n muka baru bangun so takda make up.
mata lebam abaikan. situ aku tak sapu apa. sebab takut.
dah tua-tua ni paranoid lebih. hahah.

nway, sambung.
settle pack n pergi post.
terus pergi makan.
macam tu la hari-hari.
today langsung minum pun lupa.
yang laki aku balik, "moling tu pergi dapur terkejut ke sebab bersih?"
hahhh? i tak pergi pun. minum pun tak lagi ni.
hahah boleh? kecewa je dia.
dia kan rajin kemas, pastu nanti aku puji2 bersih suka.
masalahnya aku ni ke dapur pun tak sempat ok. sedih gila.

so tetiba rasa nak makan mihun sup special ni.
so lets.


i like.
ada daging, perut, paru, tauhu, lobak asin, kicap cili padi tu. fuhhh.
tengah snap pic MrB datang.
letak popia. dia singgah beli.
terus, "i nak amik pic ngan zizan tu".
aku ingat dia ni memain sebab suka sangat kelentong lebih.
sekali betul la.


siap ada emma maeembong. amboih.
memang bercinta kah? entah.
tapi tadi memasing ada bawak kawan memasing. balik pun asing.
makan je la sama.

yang laki aku.

Mr.B : lawa emma tu.
Me : lawa?
Mr.B : lawooo *muka serious*
Me : siapa lagi lawa? i ke emma?
Mr.B : moling tu la.

hahha bagus.
tapi sanggup dia menipu kan.
obviously la aku tak lawaaaa! gila!
tapi effort dia untuk menjaga hati bini tu harus di puji.
terima kasih daun keladi.
tapi laki aku tu, tanya la aku ngan miss world siapa lawa pun dia akan aku lagi lawa.
yo lahhhhh.



seketul punat.

semalam aku buat status macam ni kat fb
kemain otak orang memikir sesuatu je. bengong.
apa sebenarnya seketul punat?
ni hahhh

stressss gila weyh.
tapi terima kasih jugak la kat spec tu.
pic kiri tu konon ala sweetttt je kan. pandai dia coverline kan.
padahal amikkk.
besar weyhhhh. nasib ketepi sikit so tak nampak dpd hujung mata ni ke apa.
if nampak lagi stress kot.
tapi ni tak nampak pun cukup stress kot. sebab tau dia ada situ.
dah la customer tengah ramai nak COD. aaaaaa.
kalau2 aku lepas rambut tutup sebelah muka agak2 customer takut tak? hahaha
lambat bebenor dia nak masak or kering.

elly lagi la. hari tu jumpa.
dia sibuk bawak segala barang make up chanel dia taknak.
so suruh aku n filla pilih. wah rezeki. amik je la kan orang bagi.
salah satu tu barang dermalogica.
kemain siap cakap, "bagus benda ni, sapu kat jerawat nanti senang kering."
siap masa cakap tu elok tunjuk jerawat tu kan. kong jaq.
dah la masa tu tak sengeri now. time tu baru nak jadi.
aaaaaaaa.
hahah kecoh kan. seketul je pun.

nway, Alhamdulillah sambutan menggalakkan.
so semalam aku kena restock tabita.
matiklah penat semalam tak rehat daripada pagi sampai tengah pagi balik.
then tadi bangun takda la awal nau. around 11 macam tu.
layan email apa segala. then rush keluar pergi restock ephyra pulak.
singgah lunch. baru bertenaga sikit nak mengadap kerja.
wah poyo, padahal badan macam aku ni tak makan seminggu pun ok ni.
banyak tenaga tersimpan ni celahan lems sans sins.


makan kt hayaki cafe.
dekat depan office oceanlife je pun. senang la sekali harung.
layan nasi dagang n sirap bandung cincau ahhh sedap ah ah *siap ada effect tu*

balik angkut barang. aaaaa penat.
nak tunggu laki lambat. kerja nak buat ni.


harap cukup untuk this week.
kalau tak letih ulang alik angkut stock.
nway, since order banyak.
untuk this week aku post everyday yea.
sebab if tak, kena angkut 3-4 bag pergi post. lagi penat nanti.
ephyra ni dah la besar n berat.
so if nak beli. korang bayar before 2.30pm akan post hari yang sama yea.

tak sure akan continue selagi promo ke tak post hari-hari ni.
takpa la. apa2 aku info kat korang masa buat payment tu. macam biasa.

ok ta-ta.
nak sambung buat kerja.
demi bersuap-suap nasi dagang. heheh.


[advertorial]


Harga RM100 sahaja !!!
Berminat boleh register now - sms 0129113790 (hazwani)
- email themakeuplover@gmail.com


sekadar yang mampu

Alhamdulillah banyak pulak masuk order ada promo ni.
even untuk ephyra pun ada yang dah sibuk nak harga promo even aku belum publish lagi.
siapa regular customer dah tau la harga promo aku.

ye harga promo untuk ephyra adalah.

2 box RM350
3 box RM500

postage free.

oh ada yang bertanya beli ni dapat apa-apa free gift tak?
jawapan takda!
aku hanya bagi normal free gift ephyra tu je.
iaitu setiap box memang ada free gift shaker & recycle bag.

sorry aku tak boleh nak bagi free gift.
sebab harga aku bagi ni dah murah.
lain la harga aku normal n standard price ephyra, then Insyallah boleh la bagi free gift.
ye la beza banyak kot. kalau gitu bapak gift pun boleh bagi. hahaha.
plus memang aku dah survey dulu.
80% customer aku prefer discount daripada free gift. so aku ikut apa kata survey la.
plus citarasa orang ni lain-lain, kang aku bagi free gift ni, kang ada yang tak berkenan lak.
contoh la tetiba aku bagi free gift, seketul bekas pencungkil gigi ngan cungkil gigi sekali.
ada orang maybe suka, yang tak suka tu mesti rasa nak cungkil2 je mata aku ngan benda tu. eee takut.
so senang macam ni kan. discount.
if rasa nak free gift boleh try carik2, maybe ada orang tawarkan free gift yang menepati citarasa mu.

oh lagi satu.
ramai tanya kenapa aku tak post hari-hari.
memang boleh sebenarnya. tapi aku taknak.
sebab aku tahu tahap kemampuan aku.
kalau aku rasa terlalu banyak sangat prder baru akan aku buat hari-hari.
setakat boleh bare lagi ni baik tak payah.
memang bagus la if hari-hari. sebab orang selalu tak sabar kan.
tapi taknak. nanti aku stress.
kang sambil pack aku nangis la. sebab penat tak berkesudahan.
tak pun aku jadi tak fokus. aku asyik salah post barang.
siap, post again pun aku salah lagi. haaa parah tak?
kang busy sangat buat kerja sampai keguguran bagai.
wah matiklah drama macam la gugur lapan kali kan. hahah.
so aku taknak.
aku ikut pace aku je la.
jadi harap boleh ikut timing postage aku.

Alhamdulillah dah 2 tahun ni, takda lagi la barang orang tak sampai.
lambat cepat je. kadang bukan salah aku tapi salah orang pos.
once aku pos, aku takleh kawal bila benda tu nak sampai.
so tunggu la yea.
if tengok tak sampai, n aku lak pemalas lak time tu tak bagi tracking number.
sila contact n mintak. aku bagi.

oh if kata memang aku sepi ke apa.
try tanya balik.
kadang korang beli barang, aku tak confirmkan payment.
or kadang aku dah confirm payment. tapi apesal barang tak sampai.
tanya. kadang aku lupa nak catit. sebab tu tak berpost barang. i is terlupa.
ye la otak dah berapa tahun ni ngan beberapa tahun dulu tak sama.

so harap paham.
ku hanyalah manusia biasa yang sentiasa membuat kesilapan. wah ayat.

nway, aku kena check stock.
rasanya stock promo loose toner nak habis dah yea.
ke dah abis. so maaf la ye.
so siapa cepat dia dapat.

lain still ada.

so dapatkan year end sale ni ye

Ephyra 

- 1 box RM197
- 2 box RM350 (NP RM394)
- 3 box RM500 (NP RM591)

Tabita 

- Trial RM110 (NP RM130)
- Reg RM250 (NP RM290)
- Exc RM280 (NP RM330)
* +RM10 postage utk set reg n exc

- Facial Soap RM80 (NP RM100)
- Night Cream reg 25g RM70 (NP RM120)
- Night Cream exc 40g RM90 (NP RM140)
- Eye Cream RM75 (NP RM115)

*postage free

Selain barang promo nak beli Skincerity n Krim Ibu Putih pun boleh.

Skincerity 

RM250 (Semenanjung)
RM260 (SabahSarawak)

Krim Ibu Putih

30g RM50
50g RM75
* +RM5 for postage






Tabita Year End Sale

Promosi datang lagi.
so sila grab peluang ni yea.
nanti promo habis semua sibuk tanya takleh ke nak dapat harga promo la apa.
jawapan tak boleh.
sebab aku buat promo bila supplier bari barang kat aku pun harga promo.
if hari biasa, aku beli harga biasa, tak dapat la sesuka hati nak buat promo kan.

kali ni promo maksimum namanya.
check out people.



price with postage fee:-

Exc set - RM290

Reg set - RM260
Trial set - RM110


Ephyra Promo.



1 box - RM197
2 box - RM350
3 box - RM500

*free shaker n recycle bag/box. 
*free postage.

Trial 1 box - RM68
Trial 2 box - RM120

*free postage

so if berminat as usual boleh email kat tabita.nhb@gmail.com
or sms/whatsapp 012-2758575

tolong hantar order ke, proof payment kat satu medium je.
jangan hantar sms/email dedua n whatapp sekali.
nanti aku confuse.

ok happy mega sale.


Program Cuti Sekolah 2013 : Safiyyah Fun Art & Safiyyah Hot Kitchen!! again on 26th & 27th November

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Dear all

First, we thank you for all the support given to us  for the past 3 creative and cooking workshops organized by Mahallah Safiyyah, International Islamic University Malaysia, Gombak Campus in 2011, 2012 and 2013.

WE ARE BACK!!!.. 
School holiday is coming. 
Let our children have fun while learning to be creative in Arts. 
They can  also enhance their living skill by learning the basic thing in cooking and sewing.

For 3 constructive years, this year Mahallah Safiyyah, IIUM Gombak Campus will conduct the 4th SAFIYYAH FUN ART & SAFIYYAH HOT KITCHEN !!! 
again ON 26th & 27th November 2013.
FOR CHILDREN AGE 5 – 11 years old.

Art therapy for children can provide kids with an easier way to express themselves since children are more naturally artistic and creative and the creative process alone is a good release of stress.  
Cooking helps our children to learn science, mathematics, and cleanness indirectly whereas sewing can create something beautiful  and it helps our children develop important skill such as controlling their little fingers, focusing and develop their patience.

MOST IMPORTANT, we can assist you babysitting  your children so you can work peacefully while your children is having fun with us learning. 
Please visit the website below to see the details of the programmes and the successful cooking and creative workshop held last April 2013.

From past experiences, we are sure that your kids will enjoy learning and playing during  our programs conducted by our own students. 
At the end of the day children will be happy and proud to take home their own masterpiece for their parents.

Click here for detail program  2013
http://www.iium.edu.my/announcement/2013/safiyyah.pdf


April 2013  program:

CREATIVE ATTACK
https://www.facebook.com/MahallahSafiyyah/media_set?set=a.606477089386125.1073741833.100000715171815&type=3

COOKING ATTACK
https://www.facebook.com/MahallahSafiyyah/media_set?set=a.606915062675661.1073741841.100000715171815&type=3


Further information and registration please email to 

farah.jainal.arifin@gmail.com
hnaiza@iium.edu.my

Sms/whatsapp : Farah  013 643 4426 / Aida 019 248 0458 / Farhanah  013 268 2949

salamat pagi.

wah pagi kan entry today.
hari ni bangun pagi woih. *kembangkembanghidung*

semalam keletihan.
sambil layan raja lawak sambil membuat kerja.
habis layan raja lawak kerja still tak settle.
so layan jodoh itu milik kita pulak.
sebab aku record tapi tak sempat tengok.
sendu betul la drama melayu ni kan.
semua ending macam takat ada ending je.
dinda menyesal.
baik layan tv series omputeh la.
best n orgasma je tengok setiap episode.
tapi syok layan blacklist dia on break pulak kan.
cisss.
scandal pun sama gak on break.
tapi takpa. penantian berbaloi sebab memang best gila ceritanye.

nway, elok settle kerja. sakit pinggang.
ingan nak baring la relaxkan pinggang.
amik kau tertidur terus.
ingat tidur kejap je, sebab usually after 2 hours mesti terjaga.
tapi semalam elok pulak tidur sampai ke pagi.
bangun je kasi pack barang untuk post.
main game kejap.
mandi n pergi breakfast.
wah suka. jarang sekali breakfast kan.
lepas breakfast post barang n balik.

ni tengah bersantai.
ingat nak merayap sana sini penuhkan hari-hari ku.
tapi laki ku ngantuk.
so balik tadi dia mengemas ntah apa. ni tidur.

sangap gak bangun awal ni kan. hahah.
tak tau nak buat apa.
ada kang bosan, aku pun tidur balik kang.
nampak gaya gitu la.
takpa buat masa ni mari membuat aktiviti tak berfaedah layan blog, youtube ke apa kan.

happy weekend peeps.
ta-ta


for sale





untuk di jual.
baru beli last March.
semua in superb condition. Box pun still ada lagi.

price

- Play mat + panel - RM750
- Bumbo seat + tray - RM120

pick up area coverage nilai > setiawangsa.

interested boleh contact Huda at 012-2724077



aku suka cerita hantu

eh dah lama aku tak dapat email expose mistik korang.
sebab tu jugak aku takda apa nak share.
cepat la. email la aku.
aku suka baca cerita hantu.

aku ada few la yang kawan-kawan cerita n all.
tapi tu la malas nak type. hahah.
kong ajo kan. suruh korang email, tapi sendiri malas.
plus aku lupa keseluruhan cerita. kang aku cerita tak mari tak best gak.
tengok la if rajin aku cerita la.
if not tunggu la korang email.
if tak email gak, jawabnya berkubur la expose mistik punya segment.



macam pasar

ikutkan memang takda mood sangat nak update blog.
i mean yang bergambar n all.
amik gambar pun kemain malas sekarang.
sebab tu tengok aku now suka update yang jenis bebel2 je.

sekali kejap ni tengok gambr eh ada la banyak tak update.
so rajin sikit ni mari la update.
ni masa cuti panjang hari tu.
deepavali ke?
ye kot. entah lupa aku.
tapi kita orang ke ikea.
sebab aku nak beli candles.
hahah matiklah candles je pun tapi sampai ke ikea kan.
aku suka candles ikea sebab bau sedap n tak memeningkan.
soothing je kan bau dia. so mari gigih n beli banyak2.
as usual ada gak la beli 2-3 benda lain. biasa la gi ikea memang takda je kau pergi beli apa kau nak je balik kan.

tapi rimasssssnya weyh!
sumpah ramai gila manusia. sebab cuti n weekend kot.
n orang lak time elok dapat gaji kan.
sumpah ramai n taktau la manusia dari pelusuk mana datang.
tapi memang kotor gila la ikea n sepah n bingit.
aku rasa sebab ramai budak kot. datang stock macam rombongan ke apa.
pastu lantai ni kau berjalan pun semua atas sampah je la.
barang pun jadi sepah sana sini.
nak berjalan pun traffic jam di buatnya.
aku ni tempat if ramai orang n sesak aku memang rimas.
so jalan laju n capai apa nak je.
pastu gerak. takleh tahan.

pastu lapar.
nak makan kat cafe memang jangan harap lah.
gila ramai manusia kalah kenduri kahwin.
tak tau nak gi mana.
nak menapak gi curve malas.
plus time tu dah kul 9ish kot.
so terus ke publika.
pun blur tak tau nak makan mana.
time tu dah kul 10ish macam tu.
so park kat tepi tu n makan ben's.
cesss park luar je terus kena rm15 kan. sebab rupanya vallet.
kiwok, bukan vallet pun. park sendiri je pun.
dulu masa aku duduk area sana takda pun semua ini.
now kemain korang.
sebab time park tu takda orang so ingat ok la. plus dah hujung kan.
sekali elok nak ke ben's tu sanggup orang tu kejar suruh bayar. haha. bayar je la.
kosser nak park bawah pun, malas nak menapak.
plus perut lapar.


:: tempat penuh. merasa la duduk hujung n candle light dinner. huhu. ::


gambar banyak semua.
tapi tah kenapa upload tadi mata jadi macam tu.
dah macam sakit mata lak. haha.
hari tu takda.
so cukup la mata laki ku je jadi macam tu.
yang aku punya taknak upload.
macam ada berudu lak dalam mata. haha.
nasib pic aku bawah ni takda jadi macam tu.
kalau tak sentap mak nak takda pic iolls.








tengok pics ni terasa lapar lak.
tapi dah few times makan ben's aku rasa idok la sedap mana.
yang best appetizer je kot.
next time taknak lagi la makan sana.
ke ada yg best menu situ?
kasi suggest sikit.




tolonglah...

kan semalam entry aku kata ngantuk n nak tidur awal la apa kan.
guess what elok je abis buat entry tu memang tertidur. wah best.
tapi tak lama best tu sebab kul 2 pagi laki kejut.
kejut bukan sebab apa. sebab ajak makan boleh?
tolonglah asyik makan tengah malam, berat aku naik berganda.
cea macam la tak biasa kan. hahhaa. poyo.

pastu balik tu aku harus la segar bugar.
terus semangat nak kemas sikit.
sebab semalam petang aku beli rak kasut.
yang proper la.
sebab macam kejutan sangat bila sedar apa ke banyak sangat kasut aku ni. haha.
serious selalu rasa takda kasut sebab aku kan 24/7 suka pakai selipar je pun.
sekali amik kau banyak. n sakit mata lak tengok rak beli rm10 ni. senget2 macam ke hapa.
so mari beli yang proper. so kena la adjust sikit tolak2 barang kasi ruang rak tu sampai.

then masuk bilik seperti biasa online.
eh awal lak laki aku masuk tidur. pastu baring je tak sampai 5 minutes tidur.
bagus kan. dia sedap berdengkur aku ni celik takleh nak tidur balik.
pastu datang lak geng gossip kat whatsapp. pun 2-3 ada geng burung hantu.
amik kau session sejam layan memacam cerita la.
paling best memasing kak nam gila nak type laju n gelojoh je.
typo memang macam haram gila.
yang amazing tu walaupun typo gila pun memasing paham apa yang cuba di sampaikan.

pastu sampai la ke saat ini ahkak takleh tidur uols.
cisssssssssss.
elok pulak ada few customer whatsapp la email la apa.
so mari attend.
then layan game.
now what?

ok ada rasa sedikit mengantuk tapi tak rasa nak tidur.
macam mana itu?
ada baju nak basuh ni.
tapi macam malas. sebab dah lama aku takda buat kerja basuh baju n sidai apa semua.
aku now kan basuh. then pergi keringkan kat laundry.
senang. sebab basuh. keringkan. balik terus aku lipat.
kalau tak aku ni nanti basuh.
jemur je mau 2-3 hari sebab ngan musim hujan ni kan.
then angkat jemuran masuk bakul.
mau kau bakul menunggu untuk lipat makin bertimbun.
so takleh.
nasib la rumah ni padat ngan barang.
kalau tak mau tetiba rasa nak beli dryer.

ni few weeks back.
tengok kau dah 3 bakul berderet baru reti nak mengadap.
pastu sambil lipat kena sambil layan tv series.
baru tak terasa lipat tu.


alang2 tu memang terus kemas la almari.
sorry aku bab melipat memang takda la nak kemas2 sangat.
sebab tak reti. ok tipu. reti je. tapi macam kena fokus so tak suka
janji berlipat sudeyh.

lepas aktiviti ni la maka adegan terkejut sebab oit banyaknya baju aku.
n seluar aku!
selama ni beli rasa macam alaaa takda baju bla bla.
tapi tu la perangai. baju baru pun tapi tetap ulang baju sama.
baju baru sayang nak pakai kalau takat keluar dekat2. haha boleh?

nway, elok aku buat entry kata baju tak pakai taktau nak buat apa.
sebab mak aku kan kata if kita sedekah tapi baju tu alasan dah taknak pakai, maknanya tak ikhlas. tsk.
serba salah aku.
sekali elok ada reader ni kata dia nak.
wah bagus. kalau tak memang tak tau nak buat apa.
tu yang asing tu. n dah selamat sampai pun kat dia.

ni baru teringat. kat bilik tengah tak silap dulu aku ada gak asing baju.
dua kotak besar. rasanya ada lagi tu.
nanti la senang nak tengok la apa ada.
lupa sudah.
sebab now aktiviti rasa nak clearkan rumah yang semak2.
cea ayat nak tunjuk kerajinan je.
takda makna. memang nak clearkan. tapi takdanya settle dalam masa terdekat.
kerajinan aku hanya muncul mungkin sebulan sekali je. hahaha.

eh ok la.
nak tidur la.
aku ni bukan boleh berjaga lama sangat.
nanti perut tu lapar je pastu mereka-reka je dalam otak nak makan itu ini.

kekecohan villa

dah berapa hari ni kan asyik la baca status kt fb orang pasal villa nabila tu.
aku memula macam blur n tak tau apakah kecoh2 ni.
still tak amik tau.
semalam ada la baca-baca sikit.
ok faham dah jalan cerita.
tapi tak amik pusing.

then tadi ada orang share artikel kat blog orang.
so bukak la blog tu.
bukak sebab nak tengok gambar.
ok la if pikir scary la nak tetiba ke situ kan.
tetiba teringat cerita misteri rumah tua tu.
kan rumah scary2 macam tu kan.

tapi aku cannot help it.
maklumlah jiwa makcik2 sekarang.
sambil tengok rumah tu terpikir, lawanya la hai villa ni.
bayangkan time villa tu masih ok n ada penghuni la.
lawa gila kot design dia kan.
suka benar tengok. walaupun tinggi bertingkat dan ada harapan kurus exercise dalam rumah sendiri je.
aaaa tipu. kalau rumah begitu besar harus orang gaji ada 8 kan.
takda nya nak gerak. panggil pakai intercom je. amboih.
tapi lawa kannn? hihi.

korang ada tengok tak rumah tu?
berkenan.
pastu katanya sebab atas bukit kita villa tu boleh nampak singapore kan?
mesti best je.
tapi now takleh la kot abis tu dah serupa hutan macam tu.

nway, kisah budak hilang tu macam menggelabah pulak kan.
parents kau risau2 kau hilang.
kau sesuka hati boleh lepak ngan gf kt umah kawan ke apa.
kong ajo. macam la tak tau kekecohan tengah berlaku. boleh dia buat diam.
kalau anak aku ada yang dah makan kaki.
ewah bercakap, macam la reti nak bg orang makan kaki. hihu.

eh ok la.
perut lapar rasa nak makan.
tapi macam malas nak keluar.
ngantuk pun ada ni.
baik tidur kan. tapi tu la, konon bagus la tidur awal kan.
tapi seperti biasa if la tidur ni. confirm jap lagi kul 3am terjaga.
T______T

jadian

tadi dok melayan fb.
nampak la status kat news feed.
pasal ada sorang unsatisfied customer ni sampai tahap sanggup bayar ruang iklan kat facebook untuk page dia reka supaya boycott satu hair saloon ni.

apa lagi. memang tengah sangap n tahap kepochi tinggi.
bertenggek la kejap kat page tu.
gigih aku katamkan page tu.

kisahnya perempuan ni pergi satu saloon terkenal ni.
rasanya if sebut nama semua tau.
dia ada banyak gila branch. n mostly kat shopping mall gempak2.
so anyway, dia ke sana dengan rambut yang katanya thick, healthy n long.
setelah 5 jam di spend di saloon tu, n bayar rm600 untuk segala benda dia nak tu.
dia memang tak puas hati ngan rambut dia.
sebab rambut dia jadi macam lion king katanya.
besar, frizzy, kusut, rosak apa semua la.

so dia nak refund.
tak pun bagi dia free treatment sampai rambut dia ok n saloon tu refuse.
ok la memula macam kesian la. sebab rambut jadi gitu.
n sangat tah apa2 saloon macam tu nak berkira lebih padahal kayo.

then dia tepek la pic dia before n after.
ok first of all rambut before takda la ok healthy sangat. n takda la long pun.
sebab boleh nampak belah bawah tu semua rambut dia dah kering.
ok takpa.
then aku tengok lak pic after. what the hell.
tengok je aku tau ngan hasil apa yang kau buat. mmg patut la kau jadi lion king weyh.

sebab tengok je tau dia colour rambut dia. warna lak macam blond or hijau lumut gitu.
warna terang akan buat rambut nampak lagi rosak FYI.
then dia macam ada highlight jugak. ok highlight memang akan rosakkan rambut.
walaupun tone color rambut jadi n nampak lawa.
sebab highlight dorang pakai bleach.
then dia buat rebonding.

now u tell me? rambut mana yang tak menjerit mintak tolong semua tu kau buat sekali harung?
pastu dia buat treatment.
so maybe lepas settle dia blog rambut kau. kau terus rasa jelita.
je balik saloon semua orang jelita. ok ada yang tak la, tapi tu nasib kau la sebab dapat stylist hampeh.
tapi sekejap je lawa kau tu.
kau mandi. rambut kering macam biasa. baru kau tau betapa horror nya rupa kau kan.
hahhaahaha. aku gelak sebab aku tau la. aku pernah kena.
padan muka.

aku dulu pernah bleach rambut highlight sendiri ye kat rumah.
then tak lama lepas tu. tak lama as in after 3 months kot.
pergi saloon buat rebonding. mmg lawa la rambut baru pas buat.
lepas tu amik kau. bayangkan rambut aku yang bahagian bleach tu macam elastic ok.
kira kalau aku tarik rambut tu jadi macam getah. tak scary tu?
solution memang aku potong lepas tu weyh. eee takut.

tapi tu la yang pelik apesal hair stylist tu masa pompuan tu nak buat tu kau tak sangkal ke apa kan.
sebab tu la aku suka saloon yang aku pergi now.
dah pergi situ 5 years kot. ke more.
suka sebab dorang buat ikhlas n selalu mendapat hasil yang kita nak.
pastu takda adegan push kau suruh cuba produk itu ini or treatment itu ini.
dia ikut je kau.
dan yang paling penting tak cekik darah.

dia ikut tu takda la membabi buta je.
dia akan cakap la rambut u kering. better tak perlu highlight dulu.
panjang sangat. better trim sikit. n if trim pun ikut arahan length sampai mana.

macam aku baca page boycott tu ada orang komen.
kata dia nak buat digital perm supaya rambut macam kim kardashian.
sekali siap jadi kerinting macam maggie.
bengang la apa.

so benda macam tu takkan jadi kat saloon yang selalu aku pergi.
sebab dia memang akan cakap, rambut macam tu u kena set or blow curl.
perm takkan jadi. perm akan jadi kerinting kecik.
bagus la kan. kang kau feeling kardashian tetiba jadi sahara yaacob kang tak pasal.

macam aku teringin nak rambut curly.
taknak la macam maggi. tapi nak curl lawa la.
macam rambut aku kan wavy. aku suka dia curly.
rambut aku hanya akan dapat curly macam tu if bercuti kat pantai.
tak sure. sebab air laut ke. angin laut ke. tapi kat pantai rambut rasa macam lawa nau. hahahaha.

macam baru ni aku pergi saloon tu.
gigih weyh print screen pic pastu tunjuk kat celine tu.
tanya if i nak perm rambut jadi macam ni boleh tak?



tak boleh katanya. tsk.
sebab ni memang orang tu set tu. pakai curling iron ke apa macam tu.
dia kata if perm memang result akan jadi kerinting tak macam ni.
plus rambut akan rosak sangat nanti.
baiklah. so mari la mengidam ibarat mengidam buah kedondong.
tapiiii. lawakannnnn rambut khloe n beyonce tu. i is love.

nway, sambung cerita tadi.
lepas gigih bayar page boycott tu.
akhirnya ada balasan dpd saloon tu.
bagus la dengar cerita dua pihak.
so katanya stylist mmg dah warn dia rambut dia kering.
so if dia nak buat itu ini akan lagi teruk.
tapi minah ni nakkkk jugak.
pastu bila betul horror kau takleh terima la.
nak meminta macam2. wtf sangat.
n dia datang complain tu after 5 days gitu.
macam aku cakap, bila dia dah mandi, dah apa semua. rambut dah tak macam masa baru keluar saloon kan.

e ehhh. tah apa2 tah.
kalau aku, aku diam je kot.
walaupun dalam hati menangis.
sebab aku pernah kena. orang tu dah sound cakap itu ini.
degillll. nak jugak rambut gitu. pastu rambut horror sendiri tanggung la.
tapi maybe dia emosi lebih sebab saloon tu macam berprestij la. n dia bayar sampai rm600.
haha sapa suruh kan.

akhir kata dedua aku tak sokong pun.
baik aku sokong saloon kesayangan aku.
walau saloon tu tak canggih macam saloon2 yang kemain banyak sekarang.
tapi aku puas hati ngan hasilnya.
walaupun parking hazabul, tetap aku gigih pergi supaya lepas settle terus rasa kau boleh mengaku kau ada kena mengena ngan kardashian. wahahhahaa nak jugak tu. puiii.

utk that girl. tak yah butthurt sangat.
lion king tu biasa la…

:: rambut lepas keluar saloon ::

bawah ni pulak rambut di hari-hari biasa.
yang selalunya yang kau kena hadap











































...
























...


the lion king.
aweeeeeeeeee…..wii wiiii wiiii..aweee awembawey…
aweeeeeeeeee…..wii wiiii wiiii..aweee awembawey…
awembaweb..awembaweb..
awembaweb..awembaweb..

in the jungle. the mighty jungle. the lion sleeps tonight.
in the jungle quiet jungle, the lion #seatbeltselfie…



gegirl keliru

kelmarin mama tidur rumah aku.
macam aku cakap dia kan sibuk mengemas la apa.
tu takpa la.
pastu asyik la dia bising kata rumah aku busuk la apa.
bau taik kucing la apa.
ok ada la bau sikit kot kalau kau pergi belakang area litter tray tu.
tapi takda la sampai sakit jiwa ke apa.
adat la membela kan.

tapi dia punya bising tu.
kemain jerit2 kata busuk la, pening kepala la, terlalu banyak kucing la.
sampai paranoid aku.
ok aku mmg tak suka la if rumah bau kucing kan.
tapi aku rasa tak bau.
sebab if bau aku memang boleh detact.
tapi mama kata aku duduk rumah aku mana sedar. dah immune.

tapiiiii. selalu jugak orang lepak umah aku.
takda lak dorang complain busuk ke apa.
sebab selalu lepak kat depan je la pun bukan sampai ke belakang.
so as long as my ruang tamu ok, ok la khennn.
dorang lagi kata takda bau kucing macam tak bela kucing pulak.

tapi mungkin jugak sebab teman rapat so dorang tak cakap apa?
ok whatever.
so semalam operasi kemas apa patut. jap lagi sambung.
tapi tadi anny datang nak amik barang.
anny ni bff filla tu. kalau baca blog filla kenal la anny siapa.
so aku pernah few times jumpa anny so ok la. kenal semua.
so alang amik barang, anny nak tumpang solat.
boleh je.
so masuk la.
walau segan sikit, sebab rumah ada sedikit kena bom.
nasib sedikit.

nway, anny excited la tengok kucing banyak n all.
pastu leka kejap pastu dia macam dok sniff sniff.
dia kata eh rumah kau takda lak busuk or bau kucing kan. padahal banyak gila kucing.
aku dah macam ada kot. kau ke belakang ada la bau.
tapi anny tu merayap jugak la sebab dok kejar kucing.
dia kata takda. dok sniff sniff. aku dah macam. kau selsema kot.
ada kot. tapi belakang. dia kata dia tak bau.
aku kata baru semalam mak aku bising gila kata busuk.
dia kata takda.

tak ke aku keliru
mama lagi melampau.
dia kata banyak sangat aku laki bini gila.
bela 1-2 ok la.
pastu terus aku sound, ehhh datang rumah orang takat 6 bulan sekali nak bising yeah.
orang ok je. semata2 sebab 6 bulan sekali sibuk nak atur itu ini.
yang mama, okkkk lepas ni tiap minggu aku datang.
ok datang laaaa.

hahaha takdanya dia datang.
aku terpikir gak maybe la kot banyak sangat.
kadang memang rimas n pikir, alangkah senang hidup if takda kucing or ada sikit je.
tapi tak dapat bayangkan if kurang salah sekor.
tapi tu la pikir balik betul la.
helloooo.
takat datang sekali sekala banyak songeh eh.
tak suka takyah datang. wahhh.
ok tu bukan ditujukan kat mama la. kat orang yang datang n banyak complain.

:: sumber pic dpd crazy cat lady - Iz Yahya ::



mulalah aktiviti dia tu

mama tidur rumah aku ni.
tau la mama if datang mana reti duduk diam.
dengan puasa tu pun gigih dok ngemas sana sini.

tapi kelakar la pulak.
sebab dia kemas bilik office tu.
memang dalam tu banyak barang2 papa.
aku nak buang lama dah tapi papa kata dia datang nanti buat.
ye la tu dia punya nak datang tu dah setahun weyh.
so ni mama ada, mama kata biar mama buat.

aku kat depan membalut barang nak post ni.
kejap2 kang dengar la mama jerit.

keluar laaaa..
jangan kacau mamaaaa..
eeeee nakal laaa.
keluar..keluar. mama bungkus kang buang sekali ni kang.
heiiii. habis lahhh semua.

sebab apa?
sebab kena kacau dek kucing2 semua.
dorang memang sakai.
asal orang buat kerja semua menyibuk je.
aku tiap kali buat kerja terjerit2 kot.
yang pelik. sebelum aku buat tu elok semua tidur.
aku mula buat kerja ja mula la kat situuuu la dia nak berkejaran.
kat situ la dia nak landing
kat situ la dia nak masuk plastik.
time tu la dia nak terbalikkan tong sampah.
eiiiiiii. nasib comel.

ni tengok mama mengemas ruang dining area pulak.
ada- ada je mak aku ni.
aku lak debar2 ni. hahah kang ada tak kena mula la dia panggil.
tak tenteram dibuatnya.

eh ok la.
nak sambung buat kerja.
later peeps.



teka teki teka tekuk

mama ni memang kerja dia rajin melayan fb or blog if ada masa lapang.
tapi best gak la sebab ada la geng sembang ngan aku.
if jumpa nanti mula la dia cerita itu ini.
aku macam, ohhh tau. dia dalam friendlist pija jugak la. ada baca.

dulu zaman noy blog ada geng.
pastu dia takda. bila aku sembang blog nanti kena soung, "kau ni takda cerita lain ke? bloggggg je. loser gila."
kurang ajar kan minah tu. fineeeee!
tapi takpa now dah ada 2-3 group kat whatsapp. so nak gossip bebila boleh. hahah.

nways, so kan mama rajin online.
so if pergi sana lepak ada je la nak sembang.
sekali time tu tah dia baca mana tak tau la.
sibuk lak nak berteka teki.
tak kuasa nak layan la.
sebab aku tengah sembang ngan noy.
lamaaaa gila tak jumpa noy. eksyen gila minah tu.
payah gila nak jumpa asyik merayap je.
so bila jumpa banyak la nak sembang.

yang mak aku sibuk nak bagi teka teki kat aku n ayol.

mama: ada 4 orang gadis ni. kongsi satu payung. kenapa sorang pun tak basah?

kejap lepas tu. terdengar papa jawab.
cecepat aku jawab macam kan pandai.

me : sebab tak hujan la.
mama : aaaahhh kau dah dengar tadi mama jawab kat ayol?
me : takdaaaaa.

haha memang takda pun kot.
sebab aku dengar jawapan daripada papa. keh keh,

mama : ok lagi satu. kenapa? pengali kubur tu tak pernah pakai selipar. tiap kali gali memang tak pakai selipar.
me : sebab dia pakai cangkul la nak gali.
mama : alaaaa kau dah tau.
me : dah lamaaa la teka teki ni.

eee mak aku ni.
dah tentu dunia blog n fb ni pusing2 yang sama je.
sebab dah tentu aku rasa mutual friends kt fb pun nak sama je semua.
mostly readers la apa.
pe bendaaaa la.

mama : ni ada lagiii. dengar la sini.
me : apaaaa?
mama : dalam banyak banyak kera? kera apa yang banyak menaip?

eiii mak aku ni bagi teka teki tak mencabar langsung kan.
pastu nak orang layan dia.

ayol n me : kerani la.
mama : hi hihi hihihhihihi.

tension aku asyik la nak sembang ngan noy terganggu mama sibuk nak teka teki.
terus aku lak bagi teka teki.

me : pija ada teka teki.
mama : apa?
me : dalam banyak banyak mak. mak apa yang kerja dia asyikkkk nak onlineeeeeeeee je?
papa n ayol : hahahahhaha
me : jawapan dia mak naniiiiii.
mama : *jeling* eh pukimak lah.

hahahahahaha abis semua gelak.
pastu dia coverline. eh bukan mama sorang ok.
ramai mak orang pun semua online sekarang.
mak korang macam mana?


pettt pettt…wah so fast.

ni cerita last week kot.
ye la cuti deepavali tu.
semangat ni laki ajak keluar dia balik kerja.
sabtu tu dia kena kerja lak.
semangat i bersiap.
tapi tengok dia tidur.
nak kejut tak sampai hati lak.
mesti penat la tu.

tapi perut lapar ni.
aku kan perangai tak makan.
nanti balik kerja baru sama2 jalan2 cari makan.
tapi ni dia tidur ni. takleh jadi.
maka apa lagi. order kfc delivery la.
:: kau mampu sakan macam ni tapi sekadar tunggu adik kfc aje? mesti dia hantar lalu nampak bibir merah trauma abis. haha ::

motif kfc delivery pun nak buat entry?
harus ok sebab excited.
ye la teruja boleh order.
kalau tak selalu delivery aku order kfc, nandos or dominos je pun.

dah lama ada kat certain area kot.
memula tau ada alangkah excited.
tapi rupanya area rumah aku belum ada.
baru certain area je dia cover.

gigih ok aku bukak website kfc.
sebab nak check dia cover ke tak area umah aku.
tapi check kemain kata sorry takda. bla bla.
aaaaahhhhhhhhh.

sampai la tetiba bukak post box tengok ada flyers pasal delivery.
wah dah ada ke?
kalau takda tapi hantar flyers adakah harapan palsu ok. tumbuk kang.
so terus call petang tu. kita try.
mana tau kat fb page dia tak update lagi.
maybe sebenarnya ada.
sekali memang ada ok. oh suka.

paling best sebab masa penghantaran 30 minit aje.
which aku rasa bagus.
sebab usually kau order sebab kau lapar n nak makanan cepat.
aku rasa mcD amik masa sampai 1 jam untuk hantar adalah melampau lama.
dah la kau fast food kot.
nandos takpa la, sebab dia nak panggang ayam apa bagai. logik la.
ni McD by the time sampai soggy dah pun semua.
sbb tu if aku nak mcD baiklah rajinkan diri drive thru sebab br 10 minit mcm tu pergi balik.
dominos mmg 30 minit tp pizza ni best makan malam. siang kurang feel.

nway, tengah berangan vain amik pic sendiri tetiba dengar pettt..pett.
whattttt? adakah dah sampai.
n guess what? dia sampai in 15 minutes macam tu.
aku macam, wahhh gila cepat woih.
what kind of sorcery is this?

ye ok sumpah cepat gila.
hari tu tina datang rumah lepak ngan anak2 pun aku order kfc.
again sekejapan sampai weyh.
siap bunyi hon motor tu.
aku kata dah sampai tina macam, tak mungkin la. cepat gila.
tengok memang sampai.
jadi sila la order ok. puas hati.
tapi ni kat area umah aku la.
korang punya tak tau la.
maybe yang branch kat umah aku ni rider dorang terdiri daripada pelumba negara mungkin. hihi.





ahhhh sedap.
oh btw ni order lagi.
by the time aku abis type ni dah selamat sampai makanan.
kfc i love yew….nyam

no kfc delivery
1 300 222 888

try la checkout if kat area korang ada ke tak. :)

santai

baru balik daripada dinner.
hari ni lepak kedai atas ni awal.
yeee! kita orang ni almost everynight lepak situ.
kalau ada award customer paling setia boleh bagi ni. haha.
biasa sangat lepak dah jadi kawan.

elok abis makan nak balik.
tapi tonight pekerja sorang kurang sebab anak tak sihat macam tu.
so dia gi bawak anak hospital kejap.
ramai pulak tu customer.
as usual laki aku ni mana boleh kan.
terus dia buat aktiviti menolong kat situ.
dpd kemas meja, amik order, hantar order, bersihkan segala peralatan.
u know my husband. ocd. so harus quality control terlampau macamkan kedai dia. haha.
aku lak elok duduk habiskan air.
ada customer datang tengok takda meja.
bergerak aku ke meja dalam.
tapi aku pemalas. memang aku duduk je la tunggu. huhu.

lama gak la tunggu laki aku ni semangat pekerja.
heran aku tahap kerajinan dia.
tak penat ke apa.
ni balik rumah aku ngadap laptop. tengok dia dok kosongkan tong sampah apa bagai.
coverline cakap aku dah mop lantai tadi sebab kencing kucing.
rupanya dia perati ok.
dia jawab, "tapi moling tu mop kawasan ni je. sini sampai sini je."
terus aku tutup muka.
hahahahah memang pon!
abis tu dah kata dasar pemalas kan.
sebab dia baru mop last saturday satu rumah.
motip aku pun nak mop satu rumah kan?
cukup la aku mop kawasan terlibat n bawak ke dining area sikit je. hahahahah

nway, mukadimah.
matiklah mukadimah panjang macam tu.
perempuan kuat bebel memang macam tu.
entry berkisar lain.
aku online nampak la kat fb moon tag status.
sebab ada orang komen konon tak paham bahasa blog ni la apa.
so dia kata lepas ni mari buat blog tulis formal.

nak gelak.
aku tak paham orang yang komen macam tu.
aku rasa simple.
kalau kau rasa tak faham ke. tak suka ke. jangan baca.
simple.
macam kau rasa kau bukak blog dia sakit mata. takyah la bukak lagi.
bahasa dia bikin kau pening sebab rempit sangat. then takyah la baca lagi.

macam blog aku la.
ikutkan cara penulisan betul kau kena buat by perenggan kan.
well aku tak suka. aku rasa sakit kepala nak baca.
so memang after setiap ayat aku akan enter.
senang aku nak baca. senang gak korang nak baca kan.

bahasa aku still ada la yang santai.
tapi sikit2 aku try ubah.
ingat lagi masa memula blogging aku suka eja guna huruf e.
contoh: akue, die, bile, suke, mane…
macam tu la.
oh aku jugak suka sangat letak 3 titik > …
sikit2 nanti … bla bla bla ….
lama2 sendiri rasa annoying maka stop.

bahasa pulak slow2 stop pelik2.
sebab satu aku sendiri baca menyampah.
satu lagi noy pernah bagi tau kawan2 chinese dia ramai jugak baca blog aku.
time tu la. now tak tau la.
so kadang bahasa aku n ejaan aku pasar sangat dorang tak paham.
walaupun boleh je pikir, eh pergi la mampos. suka aku la blog aku.
tapi cuba la terbaik untuk ubah.

then start dapat tau blog aku ni ada perlbagai peringkat umur.
so kalau bahasa moden sangat nanti makcik2 tak faham pulak.
so kurangkan bahasa pelik2.
then tau pulak ada pulak readers aku di kalangan budak sekolah.
paling muda yang pernah tau form 2 macam tu.
bila tau rasa tak best.
sebab sebelum ni entry aku ada gak kelucahan sana sini.
so rasa macam tak manis pulak bila budak baca kan.
plus pikir umur makin lama makin meningkat kan.
sedar-sedar la diri tu.
nak lucah je apa ke hal kan. macam bangang.
tapi among friends kau nak melucah suka hati la.
kalau kat blog memang kurang sangat la. begitu.

macam sebelum ni aku blog background hitam.
tulisan putih. ramai mengadu sakit mata.
payah baca la apa.
tapi ada jugak kata jangan tukar sebab memang identiti aku hitam putih.
amboi identiti la sangat. poyo. hahaha.
so aku amik dua2 sekali.
aku tetap maintain blog hitam putih.
tapi aku buat background putih, tulisan hitam. senang kan.
now umur aku pun dah 30.
aku paham. sebab kadang ada certain blog memang berpinar mata aku nak baca bila background gelap n tulisan cerah.

tapi satu yang daripada dulu until now yang aku tak boleh nak ubah.
adalah typo aku.
sebab aku sejak sekolah paling la malas check balik.
so sama macam blog.
aku type laju-laju.
then terus publish. agak jarang la aku tiba-tiba nak baca balik.
check ada kesalahan apa-apa ke.
sorry ye. so korang pun pandai-pandai la pahamkan typo aku tu ye.

kesimpulan di sini.
untuk pembaca. kalau rasa tak boleh blah sangat baca blog orang tu sebab kau rasa menyampah ke, tak paham ke apa. tak yah baca. benda simple.
tapi kalau kau nakkkkk jugak baca sebab kau memang nak amik tau pasal blog orang tu.
so kau pasrah je la. baca je la. and terima la seadanya gitu.
takyah nak ajar orang tu or ubah cara dia.
hello, tak semestinya orang tu tulis begitu dia tak berapa cerdik.
tapi mungkin sebab bila berblog dia selesa dengan cara itu.
macam ahkak. walaupun blog merepek ke apa.
tapi spm BM akak A1 ok. sebab tu tanpa segan silu berani mengaku diri perempuan melayu terakhir.
wahahhaha nak jugak.
aku ni bab pepatah, penjodoh bilangan semua terel gila kot.
ingat kan kalau karangan kau masukkan pepatah dapat extra mark.
amboi kemain satu karangan tu kalau boleh 2-3 pepatah nak masukkan.

i don't know about u guys.
tapi aku lagi suka baca blog yang personal n santai.
sebab rasa feel tu lebih n rasa kenal je orang tu.
if formal sangat ni aku tak suka. jadi cepat bosan.
ada la few aku suka. tapi tak banyak.
kadang orang yang terlalu puitis, formal n all ni pun rasa semak baca.
in the end abis baca blog dia aku akan macam, "woiii kimak apa kau tulis ni bunga2, kias2 aku tak pahammmm laaa".
tapi hanya cakap dalam hati je la. hahaha.
tapi dasar kepochi suka baca orang tu. lalu berkata lagi dalam hati, "puitis pun puitis la."




pening kepala aku

semalm seharian ada urusan kat luar.
balik pun dah lewat.
masuk je rumah aku bau kencing kucing kuat.
aaaaa tak suka.
aku ni tolong la hidung sangat kuat.
bau tak kena sikit boleh detect.
aku kan paranoid umah berbau ni.

menggila jugak la aku dok cium sana sini mana bau datang ni.
cium2 sofa kot la ada yang kencing situ.
takda. ok je.
tapi apa ni menusuk sangat.
detact area ruang tengah dekat bilik air.

aku nampak la alas kaki tu sepah sikit.
tapi pijak2 takda lak basah ke apa.
check toilet. rasanya ok.
pastu paranoid adakah toilet aku busuk tahap toilet awam.
rasanya tak. sebab aku letak pewangi apa bagai.
aaaa apa ni.
kuat bau. mana dorang kencing ni.
n siapa punya ankara ni.

ok takpa. malas pikir.
tidur.
keluar bilik bau kuat lagi.
siot aaaa. aku dah la suka lepak depan.
bau kuat macam ni mana boleh tahan.

takpa biarkan.
aku siapkan pack barang n post tadi.
post sekali barang hari sabtu.
bongok gila sabtu pergi post boleh dia tutup.
aku rasa sbb last week kan deepavali sekali ngan sabtu pertama.
so tetiba cuti sabtu tu dia boleh ganti ke minggu depan tu pulak.
kong jaq sangat. suka hati je.

lepas post beli mihun sup utara.
mama dah lama kata nak.
semalam dia nak gak tapi kedai area umah tutup.
so aku kata takpa hari ni aku post then aku belikan.
so settle post terus beli mihun sup special.
tempat biasa beli kat food court melawati tu.

terus pecut gi umah mama n makan sesama.
fuhhhh sedap.


sedap melampau aku suka.
kena lak ngan kicap pedas tu kan.
best sebab tak kedekut bahan.
ada daging, paru, tauhu, perut. nangisssss makan.

then duduk kejap sembang ngan mama.
zasss balik.
ramai nak amik barang hari ni.
pelik2 korang ni. selalu awal bulan meriah. tengah bulan sepi.
tapi bulan ni, awal bulan kurang meriah.
tengah bulan ni Alhamdulillah ramai lak order memacam.

nway, masuk rumah aku stress lagi.
bau kuatttt!
takleh jadi.
terus tuju ke alas kaki depan toilet tu.
angkat bau. makkkkk aiii.
ini yang kita cari.
jahat la woiihhh.
dua bekas litter box aku sediakan.
kemain yang mahal punya tetap nak buat perangai.
aku rasa tunjuk perasaan sebab lately aku ngan MrB asyik takda umah.
lama lak tu kena tinggal. mengada la tu protes.

terus aku membasuh benda tu. settle.
keluarkan mop. letak sabun banyak2. mop satu rumah.
pasang pewangi. pasang air purifier.
ahhhh nyaman.
baru la rumah ku syurga ku.

dah la mak aku bising kata umah aku macam zoo banyak kucing.
jangan la ada ok orang mintak.
tapi kan MrB tak bagi.
aku suka je. tapi sampai tahap rumah busuk aku tak suka la.
terpikir takdi nak give away.
then pikir. ok nak bagi yang mana eyh?
terus macam ala dia ni manja. ni pun manja.
ni pun manja. aaaaa semua pun la.
terus emo.
dah la memasing ada suara memasing.
kita kalau dengar meow. aku boleh tau suara yang mana.

milly suara meow dia serak basah. macamkan tercekik tulang.
milky meow serak n garau sikit. pendek2 je.
riri pulak jenis suka meow sambil lari. so meow dia jenis putus2.
mochi biasa la.
moolat pulak suara meow sangat la halus macam baby.

eee saikosis aku ni siap boleh cam suara kan.
kesimpulan cerita masih boleh tahan.
tapi buat perangai lagi n kantoi siap la nanti.

dah telan ubat. takdo pening kepala.
kalau tak memang tangkap kepala weyh bau tu.


terpengaruh.

aku ni kalau bukan hari post aku memang relax.
tidur gila orang dah sampai tempat kerja aku baru tidur kot. haha.
sebab aku marathon cerita blacklist.
huda n ice la hari tu datang. ice kata cerita tu best.
apa lagi download la.
tapi still tak tengok.
then lepak ngan papa, papa kata papa ikut cerita tu n macam best.
still tak senang nak tengok.
baru ada masa nak tengok pagi tadi.
tu sempat marathon 3 episode tu.

tu takpa. ngantuk sangat pastu tidur.
pastu tak sedar hp on silent mode.
bangun tengok berbelas misscall. hua hua.
nombor tak kenal lak tu semua.
check sms n whatsapp rupanya orang yang nak pick up barang during lunch hour.
sorry la yek. burung hantu memang timing lain macam.
plus takda kerja nak rush so relax la.

tadi sempat ada customer amik barang.
main game sat
then vacuum jap. ni baru leh update blog.
kena vacuum sbb ngeri lak carpet kotor.
kucing aku kan suka sarkas sana sini.
terpelanting je ashtray sana sini. tu yang teruk jadi.
Mr.B lak beberapa hari ni tak sihat tu yang dia tak buat.
kalau tak tau la sehari je mau vacuum 3 kali.
dia la hari tu gi rumah mama, mama mintak tolong alih2 kan pasu kolam ikan tu.
ayol kan baru operate jugak mana leh kerja berat sangat.
so lagi aku gigih.
mama suruh tolak je tetap nak angkat la apa. gilo.
maybe dia ingat dia muda seperti dulu kot.
esoknya sampai ke hari ni amikpeha depan tu sakit gila.
macam sakit kau exercise squat tu la.
sian aku tengok nak tunduk ke, naik tangga ke, keluar masuk kereta dah macam robot, "Allahhhhhhh…Allahhhhhhh…fuhhhhh."
lupa kot diri tu dah tak berapa muda.

tapi tu la time dia mengemas tu pedd ada area umah mama.
so dia datang la kita orang lepas sembang.
pastu dia pun macam takleh terima, sebab MrB ni daripada dulu kot perangai macam tu.
dah dekat 10 tahun kenal, tetap rajin melampau.
ramai ejek cakap, time baru kenal perlu la rajin sebab nak tambah hari mertua. ni dah dapat takyah kot.
masalah bukan tu. dia memang suka.
mana-mana dia pergi kot.
kalau gi umah mertua aku. boleh tak laki aku daripada nak basuh satu pinggan je.
dia boleh duduk kat dapur tu 40 minit. hangin aku. sebab aku dah plan nak keluar kot.
so nak balik.
takkkkk. dia boleh mengemas dapur ok!

macam kita orang kan selalu lepak kedai atas ni.
boleh kata tiap malam la.
laki aku lagi over kadang semalam 2-3 kali.
memula lepak ngan aku. balik. tetiba kwn dia dtg, dia lepak lagi.
then kita orang keluar. blk dpd keluar dia ajak aku lepak situ lagi.
aku macam, dah2 la tu.

pastu kata la kedai tu ramai orang, pekerja lak time tu tak cukup.
kau jangan tetiba laki aku siap tolong ok.
clearkan meja. lap meja. amik order la apa.
siap nanti dia sian tengok dia tolong basuhkan pinggan mangkuk la.
aku melopong la sorang2 dia tinggalkan.
tapi baik melopong dpd tolong. i is tak berapa nak rajin kan.

tapi lawak la.
sebab dia semangat buat kerja.
dah la customer ingat dia kerja situ.
ada sekali tu siap ada perempuan ni agaknya tak sure MrB ni orang apa.
siap speaking ok,"u have fries here?"
yang laki aku pun, "absolutely".
hahha bongok. aku rasa perempuan tu ingat dia black kot. entah.
pastu nanti kita orang nak lepak table belum clear. dia sibuk clearkan.
dah la orang meja sebelah kemain angkat2 tangan, "excuse me. excuse me."
suruh dia clearkan table dorang la.
tapi sebab orang tu muka poyo2 eksyen laki aku taknak layan.
bila rajin dia datang mula la kawan2 dok usik kata, "aneee, bagi saya teh wo wais satu."
kong ajaq sangat.

ok tetiba sangat kan cerita lain.
aku nak cerita lain sebenarnya.
nway, aku tetiba terajin pulak follow masterchef us season 4 ni.
tu takpa. tu takpa.
yang takleh tahan aku tertekan tengok semua makanan tuuuuu.
macam sedap je semua.
pastu mula la menggelupur rasa macam nakkkkkkk!
tapi laki aku ni bukan gemar sangat makanan dia tak biasa.
dia kan lelaki melayu terakhir.
so berkuburlah impian.

until la dok layan gtalk ngan tina.
dia kata last friday tu dia cuti so jom breakfast.
aku macam ok. walaupun tak sure boleh ke tak bangun.
tapi if ada berjanji ke apa2. aku akan cuba bangun la.
sebab tu sama macam korang customer.
nak datang amik better bg tau sehari awal aku leh set timing.
jangan tetiba esoknya tetiba saya nak dtg lagi sejam boleh?
time tu pagi. memang tak la derrr. tuan tanah tidur terbongkang.

terus sembang nak breakfast apa.
dia kata nak breakfast omputeh.
ok jommmm. sebab aku pun nak.
sekali kebetulan dedua nak eggs benedict. sebab rupanya dia pun tengok masterchef tu. hahaha.
tina la gigih google mana the best egg benedict in kl la apa. over.
telan2 air liur tengok. last kita orang decide ke publika plan b je.
senang n tak jauh sangat.

nasib pagi tu laki aku ketuk pintu sebab dia tertinggal wallet.
ikutkan aku terlajak tidur dah. sebab bukak alarm pastu tutup. syabas. haha.
so berjaya makan.
aaahhh heaven.


huish telan air liur lak tengok balik.
memang sedap.
masterchef la kong ajaq especially time description tu.
the best english muffin with a slice of bacon n a perfectly poached eggs, top with hollandaise sauce.
melampauuuu kan?
mana tak pitam aku tengok rancangan tu.
tu takpa. pastu ada dia buat burger la. kat restorang gordon ramsey tu.
pastu buat home made sausage la.
pastu pasta kau jangan cakap la. memacam jenis rasa nak nangis woiii mana nak carik pasta jenis tu semua kat malaysia ni?
pastu dessert jangan cakap la. takleh tahan tengok. eeeee melampau.

oh btw lepak tu aku berjaya amik pic itu aje je.
harap maklum tina bawak dua anak dia.
mayesa si kecik duduk sebelak aku.
ngan baby chair la.
dah la macam mak budak nak jaga kenit tu.
suka makan. kena ada makanan kat tangan.
kalau lambat hulur je amik kau dia berdiri ok.
belum lagi dia suka tarik baju aku.
kena tahan. kang terkeluar sebelah tetek tak pasal.
nasib aku dok heppp hepp tu dia takut la jugak.
tapi kadang gangster jugak aku dok jegil mata.
selamba dia poke hidung aku pastu sengih.

so takda la aku nak amik pic ke apa ye.
oh btw last weekend pergi saloon.
aku takleh tahan nak potong rambut.
panjang sangat dah n asyik simpul.
aku memang jenis tak sikat rambut kan. so boleh bayangkan horror dia?
sebab if sikat lagi tak elok sebab tak curly tp jadi gerbang. ish scary.

so hari tu potong. haaa puas hati.


tapi tu la.
tetiba rambut kontot rasa macam ehhh nak rambut panjang balik.
tapi tu la. merasa la tunggu lagi 2 tahun baru panjang balik kot.
takpa la. ok kot.

ok bye aku nak sambung mengemas.