Instagram : @peejburhan

Skincerity


New Product in the house.
as usual harus aku try dulu baru boleh cerita.
sebab tu amik masa baru aku update even ada dah war-warkan yang Skincerity coming soon aku akan jual.

ok sebelum cerita pasal pengalaman pakai ni.
harus cerita dulu apa Skincerity ni.

Skincerity adalah keluaran Nuccerity International & merupakan produk kosmetik berteknologu tinggi yang dicipta oleh pakar-pakar kulit America dibawah geran r&d kerajaan U.S. SBIR NO. (AR444355)

Skincerity Nightly Breathable Masque ialah satu revolusi baru untuk masker yang boleh bernafas, sekaligus untuk gantikan set skincare kita.
or boleh meningkatkan mutu set skincare yang sedia ada bila diguna bersama Skincerity.

Skincerity dicipta khas untuk masalah kulit.
Sesuai untuk lelaki dan perempuan.
Kanak-kanak malah bayi pun boleh guna.

Keputusan kajian yang dijalankan oleh university health science centre di san antonio texas menunjukkan 67% daripada pengguna yang diuji mengalami perubahan mendadak dari segi keanjalan kulit dan kekurangan kedutan sebanyak 39% sehingga 200%.

  • Revolusi teknologi kulit yang bertindak sebagai layer kedua kulit.
  • penyelidikan teknologi ini dipatentkan dan dibangunkan oleh ahli dermatologi dengan sumbangan tabung national institutes of health.
  • Skincerity telah diuji dan telah mencapai standard professional komuniti perubatan.
  • Skincerity juga berkesan merawat kulit bekas jerawat. Skincerity dapat kurangkan lebih 74% bakteria mengakibatkan jerawat.
just pakai sekali Skincerity sehari.
ratakan pada permukaan muka dengan hanya "roll on' botol Skincerity sebelum masuk tidur.
lapisan masker yang terbentuk sangat nipis tidak akan menyerap macam krim. 
tetapi lebih bertindak sebagai pembalut luka yang menyamai kulit untuk memelihara, menyimpan dan mengawal kelembapan.
Skincerity mempunyai dua agen anti-oksidan yang sangat kuat dalam merawat kulit iaitu Vitamin E dan Grape Seed Oil.

Kebanyakkan pengguna laporkan tona kulit bertambah baik dalam 1-2 hari sahaja.
walaubagimanapun, tempoh untuk pulihkan kulit adalah pelbagai dan bergantung kepada keadaan kulit sejauh mana masalah yang dihadapi.
kebanyakkan pengguna akan mula melihat dengan jelas dan merasai perubahan dalam masa seminggu penggunaan.
Dengan penggunaan berterusan kebanyakkan pengguna melaporkan dapat menyelesaikan masalah kulit kusam, tona tak sekata, tekstur kulit yang agak kasar, kekeringan kulitm bintik2 penuaan, dan masalah pori-pori, garis penuaan dan kedutan.




ok dah cukup bebel benda basic. aku bebel panjang lebar macam korang rajin baca.
masa mula diperkenalkan produk ni.
aku rasa biasa je. then nampak pic atas ni macam teruja.
then aku kaji sikit la pasal skincerity ni.
macam seram nak pakai pun ada.
ye la, so far kulit aku ok la. so macam takut nak cuba sembarangan kan.
tapi tak cuba tak tau kan.
so dapat je. after few days aku beranikan diri cuba.

mula-mula pakai rasa macam apa ni. tak nampak apa pun.
sebab kau rollkan benda ni kat muka kan. nampak pun sipi2 je.
then dah pakai relax la. aku terus online.
pastu tetiba rasa muka ketat n keras. uiksss.
terus pergi tengok kat cermin.
oooo dia memang jadi macam selapis mana kau roll kan tu.
dia jadi macam bentuk gam tu. or kulit putih.
ketat gila muka. hua hua.
tapi best teruja sebab bau sedap.

then after awhile gosok2 muka. pastu rasa sesuatu. oh dia macam boleh kopek.
halus je.
lagi la suka. kau tau la kopek2 ni kan feel dia lebih.
addicted pulak. 
tapi tahan sebab kang dah kopek semua apa faedahnya.
so tidur lepas tu.
then bangun tidur sambung kopek lapisan tu.
then ke toilet bersihkan.
my oh my. sumpah macam terkejut sebab muka jadi super licin n moist n tak tau la nak cerita.
if macam kat atas kan aku ada kata ada laporan daripada pengguna nampak dalam masa sehari dua.
serious ok!!! aku pakai malam pertama tu dah rasa terbaik gilaaaaa.

oh aku siap pakai area buku lali. ye aku memang obses nak betulkan buku lali sbb kalau tak horror sangat.
pastu memang terkejut la tengok oit tak macam malam sebelum tu masa aku pakai.
apa lagi barang best. terus aku bawak satu untuk mama. suruh dia try. tak sure dia dah try belum.
serious terbaik n terkagum2.

sampai tahap tak sabar nak tunggu malam n pakai ok.
pastu pagi terkagum2 bila dah bersihkan muka.
rasa macam lihat kulitku. cantikkan kan. 
haha tak tau la kalau syok sendiri ke apa. orang tengok biasa je ke.
tapi lantak la, janji sendiri rasa macam bestnyaaaaa.



Cara penggunaan tak susah. Roll kan je kat mana-mana yang korang nak.
macam aku akan rollkan kat muka, kat scar yang aku nak hilangkan n buku lali.
bila pikir rasa la macam eh letak muka letak kaki la apa.
tapi pikir balik dah sorang je guna, so ok la.
plus before pakai dah bersihkan pun muka, basuh kaki ke apa semua.

so ni cara nak tanggalkan pulak.
macam aku usually aku suka macam peel dia. macam feel sangat. hua hua.
pastu nanti aku akan basuh muka pakai cleanser macam biasa.
kadang-kadang akan ada tinggal sikit lagi melekat2.
so boleh guna tuala kecil untuk bersihkan. ada dia bekalkan kain sapu tu.

buat perlahan je, jangan la di tonyoh2 pulak. sebab dia tak susah pun nak tanggal.
sebenarnya masa cuci sisa skincerity tu lah yang mantu kulit untuk menunjukkan lapisan yang baru sel kulit yang lebih muda dan sihat.

Skincerity ni boleh tahan sebulan ikut cara penggunaan.
bila kulit dah ok. after 2 weeks tu boleh pakai selang sehari.

Harga?

Semenanjung Malaysia - RM250
Sabah & Sarawak - RM260



Semua barang ada ready stock.
  • Ephyra
  • Ephyra Trial
  • Tabita Exclusive
  • Tabita Regular
  • Tabita Trial (repack)
  • Krim Ibu Putih (30g)
  • Krim Ibu Putih (50g)
  • Skincerity

Current promotion.

  • Tabita Exclusive/ Tabita Regular dapat FREE Krim Ibu Putih (15g)
  • Tabita Acne Cream or Eye Cream - RM75 (Normal Price RM115)
  • Tabita Exc Night Cream (40g) - RM90 (Normal Price RM140)





siapa perempuan tu?

aku baru lepas menyiapkan pack barang ni.
sambil di hiburkan ngan dengan karaoke daripada wilcha.

dia tu memang gemar la karaoke.
suka dia nak karaoke santak berjam2.
pastu kuat. pastu tengah malam ke pagi pun selamba.
semua orang dah masak kot.

tu takpa tu takpa.
dia kalau nyanyi mesti suka irama tradisional.
pastu duet ke apa. dia akan nyanyi sorang2 la.

banyak kali kot kawan datang rumah dok gelak je.
sebab dekat kan rumah aku ngan dia.
kira if kau depan gate aku.
memang nampak la dia depan tv.
sebab rumah dia extend ke depan.

tu yang kadang customer datang amik barang paling la tak coverline.
kemain korang dok, "ini ke wilcha tu? hihihi"
yang wilcha ada depan tu.
aku dah macam, korang punnnn. hoiiii.

hari tu filla datang lepas rumah aku.
dah la saiko call aku tengah hari banyak kali.
pastu aku jawab gak la walau tengah tidur.
dia boleh tak puas hati hoi dah tengahari asal kau tidur lagi?
eh suka hati aku laaaaaaa...hahhahaha
later tu dia datang lepak.
pastu kemain dia gelak sakan.
sebab time tu wilcha tu tengah karaoke.
tengah nyanyi lagu yang, "kenek kenek la ode. lembu patah tanduk ahhhhh. cik abe kene la gode..."
macam tu la.
pastu tanya kenapa dia nyanyi lagu tu?
mana la nak tau. dah dia suka kan.

then sabtu lepas ice n huda datang.
lepak la makan n sembang.
dorang siap bawak makanan arab. wah best.
pastu lepas tu ice ke depan nak amik bola untuk anak dia.
masuk je ice.

ice : eh siapa perempuan tu?
me : perempuan mana?
ice : karaoke tu suara perempuan.
me : dia lah tu.
ice : hahhh? macam perempuan je suara.
me : dia memang macam tu la. kau ingat sebab apa panggil wilcha? sebab memang wilcha n memang macam ucop wilcha la (sambil buat gaya tangan)
ice : ye ke? patut la. lagu p.ramlee dia nyanyi. bila time lelaki suara p.ramlee la. pastu suara perempuan nyanyi.
me : yeeeee! dia memang suka. dia kalau nyanyi pun mesti lagu siti ke. noraniza idris ke.

laki aku lagi la.
kan dia suka nyanyi lagu tradisonal macam tu.
nanti bukak gate.
masuk je dalam, kira dah terlindung la sikit.
mula la laki aku menari zapin la apa.
bongok gila.

eh ok tu je.
nak pergi post barang.
nak pergi renew lesen sekali.
ta-ta

belajar angle

tak ingat aku bila masa ni
biasa la bila terasa nak update.
check tengok apa ada pastu sendiri terkejut.
sebab eh bila masa ni eyh?
lama dah kot. mesti 2-3 minggu lepas.
haha biasa la kan.

ke jj au2.
sebab nak beli barang rumah banyak putus.
bukan barang dapur tapi macam pewangi, spray nyamuk semua tu la.

tapi sebelum tu singgah makan.
aku kan suka dah petang nanti baru makan.
sekali harung la ngan suami.
tak mungkin aku keluar saje-saje la.
ni mesti hari post barang.
so lepas post keluar.
sebab kalau biasa2 mesti tak kuasa nak keluar.
haha pemalas sangat.

so ajak dia ke madam lim.
tak tau nak makan kat mana.
kang pelik2 MrB tak suka.
so ada nasi n lauk2 ok la baru dia gemar.





kau tengok la hasil dia amik pic.
tah apa-apa je. tak reti amik angle.
isteri dah la besar almari. buat2 la carik angle nampak macam wah kecik molek orangnya.
wahhahaha nak jugak. tah bila masa tah pernah dapat pujian gitu kan. berangan je lah.
sebab tu kadang aku prefer snap sendiri.
tu takpa pastu nanti sepuluh kali nak snap.
ye aku masukkan 2 je. ikutkan banyak gila dia snap.
sebab tu pic atas ni muka dah malas layan.
sebab nak mintak dia camera meh nak simpan la.

menu bawah ni semua hasil pilihan dia.
aku order tomyam je.
taknak amik goong. yang tu sedap.
tapi MrB tak makan tomyam kang pitam aku nak abiskan.
so amik yang tomyam biasa ni je.
tah macam tak sodap. aku tak suka sangat la.
tak berapa stone.

:: sweet sour chicken. pilihan MrB. aku tak suka sebab manis kan. tapi aku try rasa not bad la pulak. ok la ::

:: tomyam soup ::

:: omelette ::

:: sambal sotong ::

kedai ni masakan semua style nyonya chinese macam tu la.
ok la sedap la. tapi ada some tak sama la macam kita punya.
dorang suka pakai limau purut tu. so kang tergigit nangis jap. hahha.

ish tengok gambar2 ni aku yang tak tahan.
eh ok la takleh lama. nak sambung buat kerja.
ta-ta

Lalina Boutique - TWO IS BETTER THAN ONE

Lalina Boutique is back!
haaa tau tak Lalina Boutique tu yang mana?
kalau tak ingat tu memang saje je la kan.
dah berapa kali promo ni.
Lalina Boutique ni jual baju plussize.
antara online seller yang jual baju plussize kesukaan aku.

so kali ni Lalina Boutique ada buat special promo.


apa benda promo 2 is better than 1 ni kan?
haaa dia adalah promo yang menekankan kalau korang beli dua lagi best la daripada beli satu.
sebab akan dapat discount di situ.
haaa apa lagi. dah dapat gaji kan?
so sila la borong sebab banyak lawa-lawa.
kalau rasa taknak bolot sorang, time lunch hour tu duduk ngan geng office pastu pakat la beli sesama.
so dah jimat situ. :)
tak pun beli untuk diri sendiri tu, jangan lupa beli satu lagi n hadiahkan kat mak ke, adik beradik ke.
mesti dorang suka. 
kalau adik beradik sama size la kan. 
kalau macam aku takleh la. gedobos kalau tetiba nak bagi noy.

serious ada macam-macam.
kau jangan tadi aku singgah ke blog Lalina tetiba aku lak teruja macam nak banyak je ni.
serious menarik.
apa yang ada?
ni lah antara collection yang ada dalam promo Two Is Better Than One.







Untuk Special Promo ni consist of 4 pcs from new collection.
1. Jubah Dress
2. Rayon Top - Ada 2 type, Hi-Lo & Non Hi-Lo
3. Basic Cardigan

Selain daripada tu. untuk yang past collection pun ada promo

1. Flare Palazzo Pants
2. Panel Skirt
3. Maxi Skirt
4. Normal Palazzo
5. Kimono Cardigan













Flare Pallazo tu sangat best ok.
if ingat aku pernah share dulu.
selesa n lawaaa. me loff it.






macam-macam color ada.
lawa pulak tu semua.
tu yang memang sesuai sangat kempen ni.
sebab confirm selesa n best n tamak dalam diri nak semua color,
so akan beli mesti more than 1 punyalah.
confirm.

here are some pictures aku pakai stuff from Lalina Boutique.

 :: me in Flare Pallazo Pants ::



 :: me in Chiffon Batwing Top. super love this top. jenis Hi-Lo. pastu sheer :D ::


:: me in Rayon Top : Hi-Lo. ::

pun sangat suka.
gambar pelik sebab hampeh MrB ni mintak amik pic semua hasil fail.
dia tu tinggi sangat la. nampak aku macam midget ok dia amik.
tak suka aku. 15 pic dia amik satu pun takleh pakai.
tu yang end up biar iolls amik sendiri.

oh lupa nak bagi tau.
promo Two Is Better Than One ni starts today.
28 - 31st October 2013 ye.
so apa lagi sila bergegas n checkout.

How to order & contact details





Ciri-Ciri Tabita Skincare Palsu

aku dah dapat ni quite awhile.
tapi baru ada masa nak update sini.
sebab ramai tanya time nak beli.
ada kawan terbeli la, kakak la. ramai la.
so mana sempat aku jawab la.
mana aku lupa reply sorry. hope entry ni membantu.

few contoh yang obvious selama ni kau beli ori ke tak.
paling utama tengok penjual tu.
if dia ada jual travel set yang bag kecik color2 tu.
ada color, pink, biru, purple, putih pun ada.
yang tu confirm tak ori.
so if travel set dia jual tu tak ori. of coz exc n reg set dia dpd supplier sama.
so sama tak ori tu.

satu lagi pasal new packaging.
penjual yang amik dpd ibu desi dah keluar new packaging daripada July.
mana yang tak ori ni dorang start jual september.
kira ibu desi keluarkan je new packaging.
sepantas kilat dorang buat. tapi pantas pun tetap 2 bulan lepas tu baru dorang dapat tiru.
sebelum ni ada statement kata yang new packaging memang keluar september.
siapa yang jual awal tu patut di ragui.
nak tergelak pulak baca.
sebab pikir logik. satu dunia kot apa produk pun, ori keluar dulu.
baru la semua yang pentiru ni akan tiru n buat yang sama. khennn?

ok bawah ni antara details ciri-ciri tabita palsu.
tak berapa nak obvious tapi if letak sebelah2 memang ketara.

1. Beg Tabita Exclusive dari sisi tepi berbentuk tiga segi., manakala original berbentuk bujur. Beg palsu materialnya keras berbanding original

2. Warna gold pada logo dan lining botol lebih gelap dari yang original

3. Bau toner lebih kuat dan menyengit dari original

4. Day Cream lebih cair manakala day cream original lebih pekat dan likat.

5. Warna night creampalsu seperti putih susu dan cair, manakala yang original pekat dan berwarna putih mutiara.


so ni antara ciri-ciri nak bezakan tabita palsu or original.
so harap korang lebih jelas lepas ni.
tapi kadang susah nak beza.
cuma antara ciri-ciri yang sangat obvious beza adalah bag exclusive set tu.
n jugak booklet.
so if korang beli reg set takleh check kan bag tu.
so check la tang booklet tu.

oh satu lagi.
currently ada promo daripada supplier ku.
if beli set tabita exc or reg set akan dapat free Krim Ibu Putih 15g.



sorry aku tak sempat nak pic lagi.
so share pic yang supplier provide :)

apa Krim Ibu Putih tu?
dia adalah booster. so if pakai tu sila campurkan ngan lotion biasa korang pakai.
dia macam agent memutihkan kulit.
boleh pakai untuk muka n jugak badan.
so bila pakai tu campurkan la ngan krim badan or krim malam utk muka.
tapi siapa pakai tabita aku rasa tak perlu pakai ni kat muka.
sebab krim malam tabita pun dah ok dah.

so yeah. beli reg or exc set dapat free Krim Ibu Putih 15g ni.
tapi if korang nak beli Krim Ibu Putih je pun ada.

30g - RM50
50g - RM75

postage - add RM5

so siapa nak beli tabita stock ada.

Exc Set - RM330
Reg Set - RM290
Trial Set (repack) - RM130

untuk pembelian 3 set ke atas aku bagi reseller price.
tapi untuk reseller price ada postage fee.
so if nak beli murah kumpul beli ngan kawan/fam dapat la discount ye.

terima kasih.



pengaruh game.

kan dalam entry sebelum ni aku ada cakap aku now start main game balik kan.
so salah satu game aku main adalah kitchen scramble.
game ala-ala diner dash gitu tapi ni kita macam chef la.
so memacam la kau kena masak apa orang order.
matiklah terseksa main game gitu ok.
memacam menu buat.
tetiba aku teringin pancake la apa bagai. bongok tau.
tu takpa.

ada sekali tu sebelum tidur aku macam main game tu.
sekali masuk stage baru tu ada menu potong2 tomato then masukkan dalam oven ngan ikan.
dah la ikan macam siakap gitu.
dah aku telan2 air liur terbayang siakap 3 rasa. fuiyoooo.

apa lagi.
esoknya lepas post barang terus ajak MrB pergi kerisik.
dalam hujan lebat sanggup ku redah weyh.
why kerisik? sebab ikan 3 rasa dia terbaik n menepati citarasa aku.
dah few tempat kedai tomyam aku pergi.
tapi bila siakap 3 rasa fail tetiba dapat macam siakap goreng sambal tabur2 nenas je. wth sangat.
so kalau nak siakap 3 rasa baik gi kerisik.


hujan sangat lebat sampai naik air sikit.
sampai tu memang terlalu lebat la.
yang MrB kata tunggu dulu la dalam kereta.
ok tunggu. tapi oit lama ni.
i dah lapar uols. takleh jadi. keluar gak lari! nak siakap 3 rasa punya pasal.

oh hari tu aku ada tepek pic kat ig.
ada yang tanya mana kerisik ni.
sorry aku tak reply situ. aku ni memang if pemalas tu satu apa aku tak reply.
nway, aku pernah bagi tau dulu. tapi lama dah la.
so ni bagi tau again.
kerisik ni macam kat area sebelah belakang aeon au2 tu. jusco la.
dia sebelah asrama felda ke apa tepi tu.
memang belakang tu ada deretan kedai2 makan ni.
nama kedai ni kerisik ye. barisan kiri n tengah sikit.

menu pentamak petang itu.

:: ni memang dia bagi free je la. sambal belacan n timun ::

:: telur dadar ::

:: sup ekor ::

sedap woih hujan lebat sejuk2 tu kau hirup sup ekor panas2.
terbaik dah la gemuk ekor dia.
if ke sana try sup ekor ni. sodap gak. i is love.
shait buat entry ni aku tertelan2 air liur lak. *gulp*

oh btw sorry la pic blur.
ni namanya terketar2 kelaparan sebab seharian tak makan khen.
so malas nak setting2. snap je.
dah la laki ku dah tunggu je tepi ngan sudu n garpu nak terkam.
saje pressure kita tau.


:: kangkung belacan ::


tengok la tu.
aku tak amik pic lagi dia dah capai pun.
aku tunggu ikan sampai baru makan.
baru lengkap.
so dia makan dulu.
tapi dia jenis if makan mesti ada nasi tambah.
so ok la. aku makan slow, menikmatiiii...


taraaaa.. siakap 3 rasa.
sedappppp nak lagi ah.
sedap weyh kuah dah la sedap. memang 3 rasa la.
paling best sebab ada potong2 cili padi tu.
so kejap macam, kejap manis, kejap kang pedasss. terbaik.
so sila try ini kalau ke sana.
if rasa siakap macam ikan mahal sikit kan, tak silap aku pernah nampak orang order kembung 3 rasa.
cuba try tanya. aku tak pernah la try.
aku suka jugak siakap stim kat situ.
tapi MrB jenis tak suka makanan bersup macam tu.
gila apa kalau aku nak kena makan sorang kan.
so if keluar ngan dia n nak makan ikan akan order siakap 3 rasa ni.
if ngan noy or mama baru akan order siakap stim.

eh tertekan lak aku cerita makanan2 ni. sedap weyh.
ni auto publish entry ok.
aku menaip ni lepas subuh. so boleh bayang tak dia pun tahap kebuluq tu.


ni sotong tepung.
aku tak makan. tapi MrB nak.
aku tak minat sangat sebab dah la macam cekodok n selalu tak banyak kan.
pastu macam bg aku macam mahal sikit kan. so macam tak berbaloi.
aku hanya akan makan if makan kt kedai ikan bakar melaka. haaa tu baru goreng tepung.
ni cekodok. not loike.

so amacam?
ada terliur?


dah macam hidup kat bronx pulak rasa

oit lepas satu-satu kes jadi.
semalam lepas entry aku tu.
kan kes pegawai bank tu kena tembak tu.
eeee takutnya.
pastu gatal pulak aku tengok gambar.
terbayang je.

pastu tadi filla datang rumah aku.
dia tunjuk video cctv pegawai bank tu.
terus i is trauma.
bodoh sangat tau nak merompak macam tu.
dah la tembak kepala.
aku rasa tu mesti menembak pun tak reti.
tu yang kena kepala.
tapi ye la dah ajal. tapi still takleh terima.

pastu ptg tadi filla ajak makan mihun sup kat melawati.
ok je. aku pergi pos sekali alang2.
lepas pos aku nak masuk kereta filla relax je minah tu tak kunci pintu.
bebel aku.
aku kata, aku ni orang keluar je terus aku kunci.
masuk kereta pun terus kunci.
filla gelak je. main2 yeah.

then lepas makan dia hantar balik.
again aku bebel lepas aku keluar ni kunci kereta ni.
aku kata kang orang bukak pintu tembak nak?
dia dah marah sebab aku takutkan dia.
betul la kan.
dia lak nak takutkan kata aku lagi la sorang kat rumah orang masuk tembak.
takdanya. kau tak tengok aku kunci pintu bagai nak gila setiap sudut.
Insyallah takda apa.

then balik rumah baru sempat aku nak online.
tengok kat fb kecoh pasal kes kat taman melati kena tikam.
oit tu terlalu dekat ngan rumah aku.
siap pelajar kolej tar ni kena tikam.

pastu baru baca lain2.
rupanya mamat ni macam mental salah menuntut ke apa.
dia ni pemandu van hantar rokok kat kedai2.
so dia tikam 2 orang kat lrt taman melati.
perempuan umur 60 n 40 tahun.
then dia mengamuk kat kedai runcit ke apa.
dia bawak van langgar van air mineral.
dia keluar van, pergi tikam pemandu van tu. maut kat tempat kejadian.
then dia bawak lagi van. langgar kereta prius student kolej tar.
dia keluar n tikam student tu. maut jugak kat tempat kejadian.

elok aku baca ni filla terus call.
tanya lrt rumah aku mana.
taman melati tu la!
situ la filla turun aku amik hari tu.
dah aku sempat bebel kata kunciiiiii kereta!
kang senang orang bukak tikam la apa.
benda nak jadi ni tak tau.
memang kalau dah tertulis tu kita takleh elak.
tapi atleast berjaga2 kan.
kalau tertulis dia nak tikam kau, tapi dia bukak pintu takleh, maybe la tak jadi.

ish kenapa la malaysia begini.
terus jadi seram je sekarang kan.
tapi tu la. nak ikut seram tak kemana la kita.
plus if dah nak jadi kau tak keluar, kat rumah pun jadi kan

so kepada semua.
hati-hati lah. esp kalau kita ni bergerak sendiri n perempuan.
make sure masuk kereta terus kunci.
kalau tau jenis lupa sila pergi kedai kereta.
kau boleh buat auto lock kat kereta.
kau tekan brake je memang automatic kereta lock.
if kereta kau takda auto lock la.
n if nak masuk kereta or nak masuk rumah ke apa.
sebelum tu sila pastikan dah ada kunci kereta/rumah kat tangan.
so that takda lengah masa cuai n lalai baru nak mencari ke apa.
memang betul, kadang benda nak jadi.
tapi tak salah kalau sentiasa berhati-hati n dalam keadaan bersedia kan.



tido pun bertenaga.

ni masa raya haji eve.
Mr.B balik kerja petang tu terus ajak dia pergi klcc.
sebab aku nak beli make up.
aku dah lamaaaa tak beli eye shadow.
yang aku pakai selalu ada la dua color mac noy bagi tah berapa lama tah.
color untuk highlight tu pun takda.
so bila mood datang rasa nak make up rasa macam tak cukup bahan.
wah bahan katanya macam masak2 pulak kan.

plus foundation pun dah habis.
aku ni memang pemalas nak make up.
tapi kadang tetiba rajin rasa la nak make up.
so bila ada terkurang macam tak best.
foundation pun noy bagi
dia memang asal salah beli tercerah ke apa color mesti akan bagi aku or mama.
so memang lama jugak la aku tak beli sendiri.
tapi bestnya barang make up kita orang 90% sama.
so if kata noy dtg umah aku tak bawak make up, boleh je pakai aku punya,
if aku gi umah sana lepak, tetiba noy ajak keluar, aku kecomotan. boleh pakai dia punya.
sebab memang sama mostly.

nway, sampai harus makan dulu.
lapar katanya dah lewat petang baru nak gi makan.
aku lettew.
ikutkan teringin nak makan kat chili's
tapi tau mesti kena tunggu la apa.
oit tak tahan, lapar sungguh dah
so ke ben's.
tapi kelakar je Mr.B aku lupa dia tak pernah pergi.
so sampai je dia tak abis2, "special je tempat moling ni bawak".
hahahha apa yang special ntah.






laki aku ni bawak la pergi mana pun
kalau dalam menu ada nasi. memang nasi la dia akan order.
tapi melampau betul nasi istimewa ni.
nak bagi orang makan ke melantak aku tak sure.
gila kau lauk dia 2 ketul rendang ayam, 2 ketul ayam goreng, sambal tumis udang, telur asin, keropok, sayur kangkung kot tu.
memang seketul ayam goreng tu laki aku takleh nak habiskan.
pastu amik kau sampai esoknya laki aku tak makan sebab kenyang.
aku lak risau asyik tanya u taknak makan ke? time malam tu la. sarapan pun.
dia akan jawab, "kenyang. moling bg makan nasi itimewa. enyang."
kalau aku pun kot. silap2 pitam kat situ.

:: spiced wedges ::


tekak western.
oh sedap.
ikutkan nak tamak order memacam tapi tau portion besar.
masa time sampai fish n chips ni rasa macam 2 ketul ni je kau bagi?
sekali amik kau makan seketul dah rasa kenyang dah.
tapi katanya sedapppp, harus licin.
ayat mesti poyo konon makan seketul kenyang kan. memang la derrr.


lepas makan baru beli barangan make up.
eye shadow amik naked by urban decay tu.
nak naked 2 tapi out of stock.
tengok naked pun ok so beli tu pun ok.
plus ikutkan naked color lebih dark berbanding naked 2. ok lagi acik suka.


then ke bobbi brown beli foundation.
pun bongok ok.
sebab aku just nak beli macam mana yang last time aku pakai tapi darker la warna.
dia kata ada register member tak. aku kata takda.
sebab ni adik bg. so dia ada la account.
so dia bukak memang ada. tapi yang aku pakai tu dah takda ok yang tu.
yang noy beli bukan yang tu.
see nampak nau berapa lama benda tu. aku pun lupa sudah.
sebab aku memang jarang pakai. so tahan lama la.
so nak taknak sendiri register la, lepas ni senang refer.

tapi dah beli berapa lama ni.
aku tak rasmi lagi.
ye la pergi mana je pun
kang tetiba aku gigih sakan, macam tebiat sangat pulak kan.

masa petang tu papa call.
cakap malam2 tu datang la
tolong mama nak masak untuk raya tu.
aku memang plan nak pergi pun.
so malas pusing ke apa.
lepas shopping tu terus ke setiawangsa.
relax n layan sembang ke apa dulu.
around 9pm macam tu baru start potong2 segala n masak pun lewat.



patut aku tolong potong2 je la.
masak mama buat.
tapi mana boleh lepas tu terus gerak.
harus tunggu sampai siap kan.
harus siap je aku rasmi dulu.
takleh tahan.


:: signature dish me mommy. nasi impit n sambal daging ::

kul 12ish am aku bedal.
woah terbaik.
cibs tengok balik pic ni takleh tahan.
ada yang sabtu ni aku carik daging n buat balik ni kang.
yeah right. macam rajin kan.

then balik rumah.
raya haji tu takda apa pun.
around 11am pergi rumah mertua.
makan lepak sembang2 sikit.
around 3pm pergi surau rumah aku sebab dapat coupon amik daging korban.
taman rumah ni kecik je. surau je pun.
tapi lembu korban ada 21 ekor. hebat.
tapi daripada zaman kecik dulu pun banyak.
time aku tadika dulu kat sini pun sekali korban dah 7-8 ekor.
ingat lagi dulu rajin ikut arwah atuk gi tengok
ada sekali tu aku tengok dekat n clear.
aku tak sanggup. so memang lepas tu tak tengok dah.

lepas amik tu ke rumah mama.
bagi daging tu kat mama.
pastu apa lagi. harus laaaa makan lagi. aaaa.

:: nasi impit. masak lodeh. sambal daging ::

makan harus ulang lapan kali.
makan. tidur. terjaga lapar. teringat makanan sedap. makan lagi. pastu tidur balik.
then around 8ish gerak balik rumah.
kemas apa patut. by 10ish ke kedai abang am atas rumah aku.
dia buat makan2 open kedai.
menu banyak gak, nasi lemak, masak lodeh, lemang n rendang, apa lagi eyh?
apa2 la macam2. tapi yang pasti aku tuju laksa utara je.
berapa kali ulang tah.
dah kata laki aku memang rajin lepak situ kan.
tak pasal buat kawan ramai.
so dia layan sembang, aku layan makan.
oh heaven.

eh serious buat entry ni tengah pagi.
sambil teringat n tengok pic.
rasa macam takleh terima kelaparan yang mencucuk2 ni.
pastu air liur bertakung bagai nak gila.
ok di harap kerajinan datang.
aku memang nak buat menu nasi impit n sambal daging.
tetiba rasa nak homemade laksa jugak.
haaaa boleh matiklah mak gajah nafsu menggila.

ok la tu je.
lagi layan kang lagi takleh blah nanti.

apa kena mengena ngan tajuk entry ni kan?
sebab masa nak buat entry ni.
pikir tajuk macam apaaaa eh. tak tau nak letak tajuk apa.
tetiba MrB sebelah aku ni kentut. tapi dia tengah tidur ok!
dah banyak kali aku kena.
yang aku pelik orang tidur tapi kentut sangat kuat n padu.
so rasa macam, eh tidur pun bertenaga ke?
urat kentut hebat sangat. kah kah
tah apa2 tetiba cerita kentut.

ok bye.