Instagram : @peejburhan

Ephyra Promo dan Krim Ibu Putih

aku tengah takda mood nak update sangat.
macam rasa nyampah ngan diri sendiri.
hahaha saiko tak.

tapi ni aku update sikit.
sebab aku ni dok busy la.
dok tangguh la.
dok layan menyampah tak.
tau-tau dah hari jumaat.

aku daripada last week dah buat promo ephyra ni.
siapa yang contact aku direct memang dah beli ngan harga ni.

promo until 5th october yea.

beli 2 box RM350 (Normal Price: RM394)
beli 3 box RM500 (Normal Price: RM591)

free postage.

beli dalam gandaan itu yea.
jangan tiba2 nanti tanya if saya nak beli 5 box macam mana kira?
i nak beli 4 box macam mana?

no jangan suruh i kira. i malas nak kira.
so nak beli sila beli either 2 or 3 box.
boleh la tetiba nak beli 6 tu reti la aku kira.
tapi if 4 ke 5 aku malas kira.
so faham?

trial pun ada. if beli more than 1 box pun ada discount beli.
so berminat boleh contact.

tabita takda promo. sebab tu baru je promo hari tu.
oh satu lagi. aku dah ada tau stock ibu putih.
aku belum berkesempatan nak update pasal tu.
tau kan krim ibu putih tu?
siapa dah tau n la rasa nak beli ke kan boleh contact jugak.


30gm - RM50 (postage RM55)
50gm - RM75 (postage RM80)

nanti senang aku try buat entry tu by this weekend or next week yea.
ok sekian.
aku nak pergi buat kerja.
ta-ta

Expose Mistik: Asrama

Assalamualaikum Peej. 

Peej ex-mrsm mane dulu? Kite pun ex-mrsm.

Sebelum saye duk MRSM saye duk asrama dekat sekolah menengah harian. 
Asrama tu memang menyeramkan sampai saye tak pernah ponteng prep mahupun sekolah. 
kalau dekat mrsm memang selalu ponteng,

Tapi ade satu mase haritu saye ade PJ (pendidikan jasmani). 
Saye tak engat nak bwk baju PJ so saye terpakse masuk asrama balek sesorang. 
Mase tu asrama dah kosong, dorm saye memang dah tutup lampu. 
Asrama kitorang siang pun kene bukak lampu kalau tak memang gelap yang teramat. 
Alkisahnye baju PJ saye dipinjam orang lain maka saye nak pinjam dengan kawan saye yang same dorm. Bahagian loker dia kat  hujung dorm. 
Bukan hujung dekat pintu tapi paling jauh daripada pintu. 
Mase otw nak pergi loker dia, macam2 bunyi saye dengar . 
Bunyi loker bukak tutup. 
Masalahnye dalam dorm memang dah takde orang. 
Saye tak jadi pergi loker dia terus pergi sekolah.

Kejadian lain. Saye tengah prep malam tibe2 selipar saye putus. 
Lepas mintak izin pengawas asrama, saye dan seorang kawan balek ke bilik untuk tukar selipar. 
dorm mase tu gelap, lepas bukak lampu saye menghampiri loker saye. 
tapi saye dengar suare orang gelak2 dalam dorm. 
macam "kahkahkah" gitu. 
motip nak gelak dalam bilek yang lampu kipas sume bertutup? 
Kitorang teros lari dalam keadaan saye berkaki ayam.

Kawan saye pernah tak pergi prep malam pastu dia nampak kaki hijau yang besar bawah katil sebelah katil saye. 
dia nampak kaki tu macam orang berjalan belakang katil tapi hanya ade kaki sahaja.

So far mrsm saye takde kes pelik walaupun mrsm saye ialah mrsm kedue tertua yang dibina. 
Tapi pernah lah mase saye ponteng surau dan berjalan ke blok akademik sesorang tetibe saye terbau bunge rampai yang kuat. 

dekat kolej saye dekat UPM (censor ea) lagi banyak cerite. 
next time saye cerite ea. 
sorrylah kalau cerite saye tak seram tapi mase mengalami tu memang meremang segale bulu.


Azuralicious Fresh Oven

[advertorial]

last week aku ada share pic bawah ni kat instagram.
pastu cakap nanti aku share mana boleh dapat.
pastu busy punya pasal now baru ada masa nak share kat korang.


blueberry cheese tart.
hoiiii sedapppp gila weyhhh.
melted in your mouth ok. nangis la makan
takda makna kau makan seketul pastu macam, ok cukup la tu.
mesti tau-tau dah 2-3 ketul masuk.

makan few then simpan dalam fridge.
esoknya teringat so makan.
ingat letak dalam fridge jadi keras ke apa.
tak ok. lagi lazat ada. dah la sejuk sedap.
pastu ada gak melted dalam mulut tu. fuhhhh.
pastu konon nak makan sikit je.
tinggalkan suami sikit.
tau-tau makan dah licin. hahhaha.

:: ni makan esoknya tu. berseri2 lagi. nyam ::



super love.
azura ni adalah kenalan.
asal kenal suami dia.
geng lepak aku ngan MrB since bulan puasa hari tu.
then ada sekali lepak suami dia bawak cheese tart ni bagi kita orang makan.
hoiii sedap. terus laki aku suruh aku promo kan dalam blog.
ok aje.
so raya hari tu la baru dapat kenal zura ni.

ni antara yang Azuraliciuos Fresh Oven ada.



  • Blueberry Cheese Tart (9pcs) - RM12
  • Blueberry Cheese Tart (25pcs) - RM35
  • Cheese Cake (1slice) - RM5
  • Pavlova (1pcs) - RM5
  • Red velvet (1slice) - RM7
  • Durian Crepe (2pcs) - RM4
tak silap kalau nak whole cake pun ada untuk red velvet n cheese cake tu.
tu korang contact zura sendiri.
zura baru nak start balik business ni.
so tu yang nak menambah customer ni.
aku tak try lagi yang lain.
tapi definitely aku akan order lagi blueberry cheese tart tu.
pastu sorok, pastu makan sorang je. hahaha. 

berminat boleh contact zura kat

phone : 0192447247 (sms/whatsapp/wechat)

buat masa ni COD kat area wangsa maju.
n ada la few tempat, again tu nanti korang contact zura.

satu lagi cara adalah melalui aku. keh keh.
kata la korang nak amik barang daripada aku ie tabita ke, ephyra ke.
tetiba korang nak sekali anything ni. just bagi tau.
tapi bagi tau la awal sehari dua so that aku boleh order kat zura.
n amik sehari sebelum korang nak pick up tu ke.
tapi. if amik thru aku, aku charge extra rm2.
jangan nak berkira ngan iolls. rm2 boleh la aku buat order kopi.
minum kopi, makin galak aku update blog khenn.
ada paham?
kira if korang order cheese cake 1 slice tu. 
if korang amik thru zura rm5 la.
tapi korang rasa nak amik kat aku je senang, sbb dah tau rumah sebab dah biasa COD barang.
tp jadi la rm7. begitu. 

kalau korang nak order thru zura. bagi tau sehari sebelum, Insyallah esoknya dia dah boleh sediakan.
tapi if kat aku bagi tau la macam sehari 2 awal yea. 
jangan la malam kul 11pm order.
expect esok kul 2pm nak datang amik. agak2.
atleast bg tau ptg ke ok la.

begitulah ceritanya.
cuba la rasa. serious terbaik wokkk.
mmmm....aku adalah sangat suka segala cake, crepe, tart ke apa ni semua.
fail betul la.



Kak Tons Corelle

[advertorial]

haaaaa. entry yang akan disukai oleh ahkak-ahkak n makcik-makcik.
aku yang tengok pun sangat la teruja.
kemudian tersedar yang eh aku ni teruja apesal, macam la aku dah sampai ke standard nak menjamu orang ke apa.
takda siapa pun. kita orang je pun.
tapi serious teruja.
ada yang sooner or later akan ku sambar jugak.
awas kak ton.

ye dengan ini nak memperkenalkan Kak Tons Corelle.
so siapa yang rasa dah tiba masanya untuk tukar pinggan mangkuk baru.
sesuai sangat la check out barangan Kak Ton ni hah.



Kak Tons Corelle ni online shop.
takda kedai, jualan daripada rumah je ni.
Kak Ton ni jual Corelle, Corningware and etc...
Semua barangan Kak Ton ni Insyallah original dan authentic ye.
wah confident sekali Kak Ton ni kan.
mana taknya, sebab Kak Ton sendiri pergi ke US and pilih sendiri satu-satu barang yang dia jual.
So daripada situ Insyallah memang authentic




Semua barang Kak Tons Corelle adalah ready stock n not in small quantity.
so kalau korang beli takyah nak tunggu berjanggut shipping ke apa.
Kak Ton memang beli in large amount.
Kak Ton dah dalam bidang ni daripada 2010 tapi tak thru online.
ni baru nak berjinak online business.
bagus. tak baik tau Kak Ton ada set lawa2 tapi senyap2 je tau.
share la ngan kita-kita ni kan.



haaaaaa banyak kannnnn.....
juling2 mata aku tengok ni.
dan terasa macam diriku makcik2 bila belakang tu aku nampak kotak tu.
aku macam, eh kak ton ni jual bedsheet jugak ke? macam best je.
sedih tak aku ni? keterujaan masa kini towards barang rumah, pinggan mangkuk n bedsheet pun suka ok. hahha.

nak jamu mata tak antara collection kak ton?
ni semua kak ton snap sendiri ok.
bukan daripada google ke apa.
cuma maafkanlah kak ton sebab dia kan baru dunia online business ni.
so kak ton ni tak reti nak watermark picture dia.

:: Corelle Square 16pcs Jacaranda ::

::  Corelle Square 16pcs Shadow Iris ::


:: Corelle Round 16pcs White Flower ::

:: Corelle Square 16pcs Embossed ::

:: Corelle Square 16pcs Scribble Lines ::

:: Corelle Square 16pcs Mandarin Flower ::

haaaaaa lawa-lawa kan.
tak menahan tengok.
aku tak tahan tengok yang embossed tu.
hoi apesal lawa sangat tu. *telan air liur*
tu takpa kejap ni aku bukak tengok kak ton menayangkan corningware.
lawaaaaa *kesat air mata*

oh lupa bagi tau collection kak ton ni banyakkkk tau.
tapi kak ton tak keluarkan semua sekali gus.
dia akan keluarkan satu-satu.
so korang kena rajin checkout tengok latest collection yang kak ton saja tayangkan bagi kita air mata darah.

apa ni asyik bebel kan?
bagi tau la mana nak checkout collection yang kak ton ada kan.
so if korang berminat.
silalah checkout ni.

Facebook : Kak Tons Corelle

email : kaktonscorelle2@gmail.com

kak ton lebih senang berinteraksi thru fb.
laju sikit dia reply ke apa.
so make sure ke fb kak ton ye.

haaa apa lagi.
kumpul duit beli. tak pun bodek sikit suami supaya belikan.
boleh la nanti jamu tetamu sambil kembang2 hidung..hahhaa.
tak tunggu tetamu, kalau aku mau setiap kali aku makan, aku sengih sorang2. saiko gila.





mmm dap dap dap.

ni adala 2 weeks back.
busy mak ngah tak sempat nak update sangat pun.
berderet benda aku nak kena update ni.
arap by esok settle lagi 2 benda yang wajib ku updatekan.
ada masa kejap ni lets update cerita ni dulu.

as usual nak keluar makan.
tapi jemu gila asyik la pergi pusing2 tempat sama je.
dah lama tak pergi jauh.
tetiba terasa nak ke pavi
tapi tak plan kan.
so merasa la comots je pergi.
tapi siapa ada kisah pun kan.
tujuan pergi nak makan je pun.



terus ke teppanyaki.
ahhhh sedap.
tapi ramai gila orang.
rasanya 15 to 20 minutes jugak la tunggu.
aku ngan Mr.B sakit jiwa je tengok manusia makan pun nak feeling.
makannya lembab sebab sibuk nak tengok orang.
ada satu couple tu lagi la.
gf dia dah abis makan 10 minit kot. dia dok terhegeh2 je.
hoi jantan pun makan lembab ke.
dah la lapar gila.
time tu 4ish dah kot.
tak makan apa daripada pagi. mau tak sentaps.



:: dedua amik salmon set. add on sirloin steak. nyammmm ::


cara coverline paling berkesan
make up tak sangat.
so untuk nampak macam ada effort sikit. pakai lipstick terang.
sebatu orang nampak.
btw, ni MAC - lady danger.





yeay siap.
puas hati makan. love love love.
tapi laki aku pencurik tauge aku.
banyak lak tu. eeii nyampah.
suka kacau makanan iolls.

settle makan gerak.
nasib masa bayar bil aku tengok masa dorang bukak bil.
selalu aku tak tengok.
sekali aku tengok eh apesal lain je list makanan n air yang aku order.
boleh dia nak charge table lain punya. agak2.
kalau tak perasan memang aku bayar je.
so lepas ni memang kena tengok la kan.

lepas makan smoke kejap.
pastu perut ketat macam malas nak bergerak. haha boleh?
tau la pavi tu besar mana. rasa nak shopping tapi malasnya nak jalan.
so jom balik je la.
tapi sebelum balik harus beli dulu makanan yang idam sekian lama.

:: vanilla cream puff form beard papa. sedap nak mampuih ::


red velvet just heavenly.
oh heaven.
then later singgah rumah papa n mama jap.
balik rumah.
pasangan tua sangat kan.
jalan pun malas. jalan pun sebab carik makan je.
syabas.
eh update ni tetiba rasa lapar la piuler.
waht to eat eyh?


romantika la sangat

siapa follow ig aku pernah tertanya.
sebab aku selalu share pics aku tengah menggunakan toilet.
nanti semua kucing2 aku suka menyibuk.
tak tau la apa yang seronok sangat nak menyibuk.
amik bau kah? haha.
pastu dorang tanya la aku ni tak tutup pintu ke?
jawapannya ye! sebab dah kata selalu aku sorang je kat rumah.
motip nak tutup pintu?
tak perlu kot.
kesepian nanti aku. so biarlah kucing2 tu teman. hehehe.
tapi siang la. bila laki aku gi kerja.
kalau dia ada selalu if beris aku tutup la pintu.
malu la uolls. hua hua.

tapi sebab dah terbiasa. so mandi pun kadang tak tutup pintu.
sometimes rapatkan aje la.
nanti terbukak jugak sebab kucing aku suka tolak pastu nak intip.
mana tau boleh selit masuk.
tapi sebab mandi, dorang penakut air la jugak..so tak masuk la.
lepak luar je.

aku tak tau la apa penyakit laki aku ni.
atau apa penyakit aku.
adakah aku berangan ke apa aku tak tau.
tapi kadang if kita basuh muka ke apa kan tutup mata kan.
dah berapa kali aku menjerit kuat gila terkejut sebab tetiba laki aku tengah intip tepi pintu.
dan berapa kali gak aku maki dia. sebab sumpah aku terkejut ok.
aku pun tak tau kenapa aku terkejut begitu sekali.
terkejut macamkan yang tengah intip tu penjahat yang sedang bersedia nak merogol.
tapi masalahnya aku rasa kalau betul ada penjahat. dia terintip, mungkin dia lari terus ke sempadan, lupa terus niat asal nak merompak ke apa. kah kah.

dah banyak kali dia buat macam tu.
dan dah banyak kali jugak aku terperanjat.
macam tadi lagi la.
aku tak tutup pintu.
pastu aku rasa tengah cuci muka mengadap cermin.
cuci2 pejam mata la.
bukak mata nampak kelibat dia berdiri belakang aku menyengih je.
again aku menjerit kuat gila sampai rasa nak sakit jantung.
pastu marah2 dia. aku kata lain kali bagi la salam ke apa. aku terkejut la.
dia kata saja nak buat surpriseeeeee...
banyak la kau punya surprise.
dah la gelap. tinggi lak tu. serupa lembaga hitam dah weyhhhh.

aku cakap jangan buat lagi.
dia kata dia nak mandi.
sajeeeeeeeeee je ok. aku tengah mandi kot.
nasib dah nak habis pun.
aku tak tau la kalau dia buat macam tu sebab nak feeling movie omputih.
konon2 surpriseeee. lalu beromantika di toilet.
eeeeiii tak kuasa. dah la bagi orang heart attack. cecepat aku keluar daripada bilik air.
jahat weyh dia.

sebab tu nak berangan ke apa pun
kena pastikan kunci pintu bilik.
sebab nanti tau2 rupanya dia intip je daripada celah pintu.
dah la dia gelap. memang berapa lama dia kat luar tu pun aku tak nampak ok.
tau- tau nanti kena ejek je.
bahaya betul.

kadang2 Mr.B ni walaupun dah tua.
perangai macam budak2. letih aku nak layan.
pastu bila aku letih nak layan, mesti dia sentap.
kau bayangkan. keluar jalan la apa. pantang aku leka.
pandang tengok dia dah takda. rupanya dia main nyorok2 ok.
ye! main nyorok2 kat shopping complex. kau mampu?
memula dating memang la aku cuak macam eh mana dia ni?
tapi dah lama2 tu. aku tengok takda. n aku sebenarnya tau je dia nyorok mana.
aku buat bodoh n jalan je sorang2.
pastu tau2 dia kejar kata sampai hati tak carik dia n tinggalkan dia.
sabar je la. aku rasa if aku ada anak pun, anak aku takda nak tetiba ajak main sorok2 kat shopping complex.

tu belum lagi game satu lagi.
let say la dia kata nak gi toilet. haa pergi la.
aku tunggu tepi tu la.
dia akan buat2 jalan melepasi aku. toleh kiri kanan.
konon tak jumpa aku kat mana.
aku perhati je perangai dia tu.
pastu konon nak call la tanya aku kat mana.
pastu time tu la dia toleh n konon terkejut rupanya aku ada je kat belakang tu.
pastu datang kata, sorry tak perasan tadi
aku tak sure nak gelak ke apa. benda macam tu pun dia rasa sungguh fun.
kalau dah masuk 9 tahun macam tu. aku pun pelik macam mana dia still rasa benda tu fun.

macam2 hal la dia ni.
layankan aje.
kadang memang rasa tak terlayan n takleh tahan.
tapi dah ini yang kau kawin, sila la hadap untuk jangka masa yang akan datang jugak.
agaknya berapa lama lagi dia nak main game2 'fun' dia ni.


si degil lembaga hitam ni la yang aku kawin kan.
jenuh ok aku kejut berkali2. aku kata pergi tidur dalam.
takkk. nak jugak tidur macam tu.
kagum aku manusia boleh tidur macam ni. tang mana selesa tah.
aku nak tidur harus selesa. bantal kena ada. bantal peluk wajib.
kalau tak cuba la macam mana, mesti tak berjaya.

aku kalau buat kerja kat depan suka konon nak teman.
cara teman dia macam ni la. dia tidur. dia ada tu maknanya teman la.
aku lagi rela dia masuk tidur.
sebab nanti kadang dia tidur tiba2 siku aku la. sepak aku la.
lagi semak nak buat kerja ada.
pastu aku kejut suruh masuk taknak.
tak pun nak marah2 macam kan aku ni jahat la kacau dia tidur.
last2 aku dah malas. suka kau la nak tidur mana pun.
tapi paling takleh blah, if dia terjaga n masuk bilik.
sanggup kacau aku tidur cakap, sampai ati(hati) tak mojut(kejut) ite(kita) masuk ilik(bilik).
huishhhhhh *urutdada* sabarrrrrr je lah.

pic baru amik tadi.
now dia dah terlentang ke belakang pulak.
tidur duduk kepala sandar kat sofa. T________T

tips berjiran

no aku bukan nak bagi tips.
aku nak tanya korang tips.
sebab aku pernah cakap kan.
aku ni tak pandai bergaul orang.
aku memang memerap je la kat rumah ni.
kalau takda orang datang amik barang or aku kena keluar.
aku memang duduk dalam je la.
bila MrB balik kerja baru aku jenguk pastu ala2 terkejut oit sepahnya.
sebab rupanya angin kuat masuk banyak daun la apa.

kalau keluar pun tak.
apatah lagi kenal segala jiran ke apa.
aku perasan la 2-3 muka tapi tak kenal la.
kadang-kadang bila keluar makan kat kedai atas ke apa.
tetiba Mr.B dok tegur orang itu ini.
pastu aku tanya, siapa tu?
rupanya jiran aku ok. ahhahaha.
kau jangan. laki aku ni boleh jadi wakil rakyat. peramah tak bertempat.

kalau kadang kita orang jalan kaki nak makan kat atas.
ada jiran hujung india tengah bawak jalan anjing dia.
laki aku mula la tegur how r u? dah makan? bla bla.
orang tu pun sembang bagai. aku macam pokok kat situ tak tau nak buat apa. hahah.

serious aku tak reti.
lagi la akak rumah oren depan ni pun aku tak tau rupa dia macam mana.
hari tu aku balik. tetiba depan rumah ada kereta berhenti pastu orang keluar.
yang aku dah, eh ada customer ke nak amik barang. takda cakap pun.
Mr.B kata tu akak depan la. oooo. mana acik tau.
pastu yang aku terus keluar bukak gate nak masuk.
tapi laki aku tegur akak tu, "baru balik kerja ke kak".
akak tu pun rancak bual. aku sengih je. pastu masuk.

aaa macam anti social sangat kan.
tapi aku memang tak reti la.
macam tetiba nak tanya baru balik kerja la apa.
padahal aku takda kisah pun suka dia la nak balik kerja ke apa kan.
eeeeii teruk kan.
tapi aku memang daripada dulu la
rumah mama pun. aku tak reti tetiba nampak jiran ke apa nak tegur kakkk, buat apa tuuu??
macam lawak je.
selalu aku senyum je la n masuk.
cukup baik senyum. kadang muka kerut2 konon aku busy n banyak masalah.
so tak perlu eye contact. saikosis gila.

tapi kenapa tetiba aku nak tips.
kau perasan tak orang suka share kena rompak la apa.
aku ni kan paranoid n penakut gila.
walaupun hanya sekangkang kera je gate ke kereta tapi takut.
tetiba terbayang eh kalau la aku kena apa2. Nauzubillah.
tapi aku jerit la mintak tolong.
mesti takda siapa nak tolong. walaupun ada je jiran tetangga.
mesti dorang intai je pastu, "padan muka kau gemuk. selalu eksyen. mapuh mu."
wah tetiba lak jiran cakap kecek kelantan.

get it? get it?
so bagaimana mengubah sikap tetiba jadi peramah n all?
bagi tips muka tebal n tak berat mulut plisss.
ke korang pun macam aku?
ke korang adalah peramah n boleh jadi wakil rakyat macam laki aku?


Segment Minggu Ini: Pengkhianat bangsa?

Ingat tak aku pernah hari tu share kata nak buat segment baru?
yang setiap isnin nak share.
well sebenarnya lepas aku buat entry tu.
aku sendiri lupa ok?
padahal ada yang hantar pun email kat aku.

segment apakah?
segment luahan perasaan.
if la ada yang mencari tempat untuk bercerita.
tapi nak identiti dia di rahsiakan.
so boleh aja share.
akan ku kongsi every isnin.
mana aku boleh bagi pendapat aku bagi.
tak pun maybe readers ada pendapat or pengalaman ke.
dorang boleh bantu mana patut.
begitulah.

ok ni yang aku nak kongsi.


untuk adik innai blues.
ni pendapat ku.
bagi aku fashion ni tak lari banyak la.
contoh if tengah trend peplum. merataaaaa kau akan nampak orang buat.
daripada high end sampai la ke pasar malam pun ada jual.
sama la leggings ke, maxi dress ke apa.
usually memang ikut trend.

tapi ada jugak yang akan tiru sebijik macam design orang lain.
tapi akan keluar statement macam 'inspired by'...
tu ok la.
tapi macam blues innai cakap sampai tahap tiru idea n mengaku tu karya hak cipta tu memang tak patut la.
tapi dunia ni ada macam-macam orang.
sanggup buat apa je untuk kepentingan diri.
memang buat tanpa rasa bersalah.
so eloknya jauhkan je la diri daripada orang begini.
jiwa kita pun tenang kan.
biarkan orang macam tu terus hidup feeling dia designer. walaupun. huhu.

serious aku tak faham la.
kenapa ada orang macam ni eyh?
i mean susah ke dia nak credit ke orang?
bukan bab baju je la. contoh blog la.
if baju la, boleh je kau mention, "aku suka tengok design baju sekian2 ni. so aku buat version aku, of coz yang harga mampu milik."
kalau blog, "aku terbaca entry dia ni. membuatkan aku rasa nak cerita n blog pasal benda yang sama."
boleh kan? tak susah kan?

aku tak faham pasal baju sangat sebab aku bukan designer ke apa.
tapi pasal entry tu aku paham.
sebab aku pernah kena. aku pernah buat entry meluahkan rasa aku.
sekali 2 minggu lepas tu aku dapat komen ke email dpd reader bagi tau ada blogger yang famous amos la konon ni buat entry meniru entry aku.
aku ingat reader aku tu saja je perasan sendiri.
bila aku baca memang panas kepala aku. sebab serious 90% samaaaa macam entry aku.
sama! bukan dia plagiat la. tapi isu yang dia cakap n isi kandungan 'luahan hati' dia tu samaaaa!
rasa wtf la jugak. tapi malas. mampuih pi la.
sebab biarlah dia nak menipu orang n at the same time menipu diri dia sendiri.
sebab bagi aku kesian orang macam ni.
sampai bila kau tak dapat hasilkan sesuatu yang betul2 bagus n boleh kau banggakan.
sebab kau takda la bernas or creative mana.
hasil kerja kau adalah hasil ceduk idea sana sini.

sama kes baju ni la.
dia feeling la macam mana pun konon dia mengilhamkan benda tu.
tapi kenyataannya tetap itu adalah hasil buah fikiran n idea designer lain.

korang rasa macam mana?


Dove HairFall Rescue System

[sticky post - scroll down for new entry]

Aku rasa dah lama aku simpan rambut panjang.
seems like forever. nak ingat balik when is the exact year aku start berambut panjang pun tak boleh ingat.
rasanya semua orang tau yang lagi panjang rambut kau.
lagi senang la rambut gugur.
ini yang aku perasan la. n jadi kat aku.
if rambut pendek memang macam sihat je rambut.
rambut panjang ni nak jaga agak susah.

emosi jugak bila tengok pics lama aku rambut aku gila lebat kot.
now dah tak selebat dulu.
maybe faktor usia n jugak problem keguguran rambut.
pernah tahap everytime aku sisir rambut guna jari memang segumpal la keluar.
everytime ok!
takut gila time tu ingat ada penyakit ke apa ni.
tak bagi tau orang pun segan je kan.
so sendiri pendam je.

rambut bersepah sana sini jangan cakap la.
memang kadang-kadang memalukan je.
sebab tetiba nanti kau nampak rambut kau sangkut kat baju la, kat lengan kau la, melekat kat handbag la.
siap kadang selalu berurusan kat kaunter elok rambut kau atas kaunter tu. aaaaa.
sebab tu rasa lagi senang if ikat rambut je.
tapi tak best la kan. i mean rambut panjang mesti rasa nak lepas kan.

sebab tu adalah happy dengan the new Dove HairFall Rescue System.


:: Dove HairFall Rescue Shampoo n Conditioner ::

:: Dove HairFall Rescue Serum ::

:: Dove HairFall Rescue Hair Tonic ::


Seronok sebab takda lagi masalah rambut gugur yang kronik.
nak kata 100% takda hair fall tu menipu sangat kan.
tapi out of 10 times kau sisir rambut pakai jari jemari, maybe sekali dua je ada rambut gugur.
itu pun ada la sehelai dua sahaja :)

n paling best sebab aku ni rambut sangat la kusut.
tapi Dove HairFall Rescue ni menguatkan akar rambut bagi rambut extra lembut, mudah di urus.
me loving it.

:: loving my Dove HairFall Rescue Shampoo n Conditioner :*  ::



Haha. terus rambut kasi lepas n straight ok.
maybe lepas ni impian aku akan tercapai n dapat buat rambut curl macam Beyonce. yeehaww.

So apa lagi, jomlah sama-sama kita menghalang keguguran rambut & jadi inspirasi kepada yang lain.
korang boleh menyumbang suara dan join usaha pemerkasaan Dove dengan 4 langkah mudah.

Jom kunjungi kempen Facebook bit.ly/rambutmumahkotamu 
Lengkapkan penyertaan aspirasi ni,  "Jika saya bebas daripada rambut gugur....."
Dengan 5,000 penyertaan, anda berpeluang memenangi pakej pelancongan bernilai RM1500 atau hadiah saguhati rantai tangan Thomas Sabo untuk 10 penyertaan bertuah.
Cepat ye!  #DoveMahkotamu





    dah tua tua tu tak payah la.

    aku rasa siapa baca blog aku lama tau kot.
    aku memang tak suka PDA.
    apa tu PDA? PDA tu public display of affection.
    maknanya kau bermesra secara berlebihan depan orang ni.
    aku paling la tak reti.
    sebab tu kadang kau tengok pic orang laki bini ke apa kemain mesra kemain.
    kau takkan jumpa pic aku macam tu.
    sebab aku seorang yang keras n tak reti la benda macam ni.

    kadang-kadang aku rasa aku punya perwatakan lebih banyak macam lelaki daripada perempuan.
    no bukan la macam aku ni ganas tetiba macam jantan ke apa.
    aku rasa aku masih sweet like chocolate. eh tetiba. haha.
    maksudnya kalau selalu la dengar sana sini gf or isteri mesti jenis cemburu lebih kan.
    pantang laki bercakap ngan pompuan.
    terjumpa message ke apa. perempuan akan jadi gila n melenting2.
    aku jenis tak. aku jenis malas nak menggila. aku jenis ok kau rasa kau nak orang tu?
    kau boleh jalan. kalau rasa nak ngan aku. then jangan buat lagi.
    senang.

    tak pun kan selalu orang cakap, amboi masa bf gf jalan berkepit.
    dah kahwin jalan laju ke depan tak ingat bini.
    well aku, zaman bercinta pun takda nak berkepit.
    dah kawin pun takda. mesti aku jalan laju gila tinggalkan laki. haha.
    sampai laki aku tegur, "lajuuuu je jalan" baru la aku brake n slow.
    aku tak suka jalan nak berpeluk sakan ke apa.
    sebab katanya gemuk. aku rasa kemain rimas nak berjalan berlaga2 ni la. eeeiii rimas.
    jalan macam biasa pleaseeee.
    kadang2 la jalan pegang tangan sebab laki aku ni suka nak jalan pegang tangan.
    pun aku rimas. sebab macam penat je.
    tapi if nak ok aku pegang lengan ke apa. haa tu tak susah nak jalan.
    ada sekali tu aku dapat komen reader kata nampak aku tengah berjalan berpegang tangan ngan laki aku. tapi dia nak tegur segan.
    hahaha orang nampak macam tu pun aku segan. amboi kemain kau pegang tangan.
    if la korang ternampak selalu macam tu. bukan aku yea yang nak.
    dia tu suka. layankan aje.

    so dah nampak tak corak di situ.
    so kalau benda macam ni yang berdua n tanpa tahu orang nampak ke tak pun aku tak suka.
    ini pulak benda yang terang2 kau tau orang nampak or baca.
    orang yang kenal kau or kau sebenarnya tak kenal la. takpa nanti paham.
    aku tak paham orang yang bagi info terlebih kat fb, blog ke apa la.
    usually fb la.

    orang yang bermadu kasih kat fb pun kau baca dah rasa macam wtf.
    ini pulak yang 18sx. ok tu nanti.
    contoh la tak kira la laki bini ke. bf gf ke.
    yang jenis. siap tag nama pastu tulis u r the love of my life. glad that i found u. u r the best bla bla bla.
    yang tak tahan yang laki pun siap balas balik.
    seriously people?
    kau boleh jumpa face to face cakap, kau boleh call n sembang, kau boleh sms, tak pun kau boleh private message kot kat fb tu.
    perluuuuu keeeeeeeee??????

    no aku bukan jealous.
    tolonglah laki aku kalau di layan dia jenis macam tu ok.
    siap boleh komen bermadah2 pujangga la.
    tapi aku jenis segan.
    ye la kau gila apa aku kat ruang tamu dia dalam bilik office tapi nak tulis kt fb. tak payah ok.
    aku siap unfriend dia kat fb sebab malas layan dia merepek.
    ye la dia nanti tetiba komen kat pic aku siap cakap, siapa yang omel (comel) sangat ni?
    tak ke kau rasa kelakar, gila apa nak puji. orang baca pun muntah.
    so takyah ok. nak puji meh sini depan2.

    tu ok lagi. tu ok lagi.
    macam baru2 ni ada filla kongsi pic tau kan iklan2 kemelayuan yang berunsur 18sx ni.
    serious makcik2 ni tak malu ke. ke dorang tak tau iklan akan keluar begitu?
    kat blog serius rajin share iklan tu.
    macam bodoh ok perempuan pakai tudung baju ketat mendada gila caption, buah dada saya mantap, laki seronok sampai taknak keluar rumah.
    ada tu pakai tudung gak kemain jilat2 bibir pastu caption, saya amalkan ini, suami gembira sebab katanya macam anak dara ketat dan sendat.
    woiiiiiii. korang ni dah kenapa.
    paling tak tahan bila ada nenek pun join iklan pastu kata dia kegilaan ramai, seronok dapat pucuk muda.
    plis nenek, nasib bukan nenek aku, kalau tak dah lama kena starlight.

    itu dah tentu la.
    ni yang kat fb ni aku tak tahan.
    kemain cakap nak main la. nak romen la malam jumaat.
    wtf sangat. tak malu ke. dah la takda muda mana.
    patut dah boleh pikir la.
    pastu yang tak tahan laki pun melayan komen.
    pedulik la kau nak romen sampai terbalik katil pun siapa ada kisah.
    tapi perlu ke tulis kat status fb?
    kalau dedua tu memang rupa pornstar takpa la jugak.
    ni kau paham tak makcik n pakcik je aku rasa. arghhhhhh.
    dan aku mempunyai imaginasi yang tinggi.
    benak otak aku sebulan ok baca benda macam tu pastu terbayang. kim betul.
    kim tu kimak ok bukan kim kardashian.

    takyah nak tunjuk cool n hip sangat la.
    konon membincangkan benda 18sx je maknanya kau open minded.
    hek la. kau bebudak orang layan la.
    jiwa n nafsu bergelora katanya.
    ni umur takda la muda mana. bertudung pulak tu. cakap takda filter.
    untuk orang imaginasi tinggi kau akan membayangkan.
    trust me aku pun tak teringin nak bayang. tapi dah kau sebut. automatically ok.
    terus terbayang. n dari segi apa yang ku bayangkan. sudah tentu tak indah.
    dah tentu lebam dan berkedut sudah. pitam bangun pitam bangun pitam bangun.
    masih takleh hilang daripada otak ni.

    aku pun dulu suka je cakap benda2 kotor ni.
    until now pun. tapi limitkan la antara kawan2 or sesama sendiri je.
    takyah nak tulis kat fb ke, blog ke. malu woih.
    aku jadi super segan nak merepek2 bila kau tau pelbagai peringat umur yang baca blog aku.
    ada sebaya, yang tua daripada aku, peringkat emak2 n nenek2 pun ada.
    siap ada yang umur baru form 1-2 pun baca ok.
    so now nak menaip tu pikir la sikit.
    takyah nak kecoh sangat. macam kau sorang je ada bf, macam kau sorang je ada laki, macam kau sorang je ada kehidupan sex.
    selalu orang yang berbunyi lebih ni yang life dia dull.
    i mean orang yang sexually active takda kecoh.
    tapi orang yang sekali sekala je mendapat ni keterujaan dia lebih n nak menunjuk macam kan dia la terpaling hebat n bahagia. hak hak hak ptuih.

    berbalik kat kat iklan.
    kan aku terpikir memang ada ke orang tergamak biarkan diri buat iklan macam ni.
    then bila terbaca kewujudan manusia2 yang tanpa segan silu bagitau hal dalam kain memasing.
    well orang macam tu la kot yang akan teruja if dapat tawaran buat iklan macam tu.
    caption, "kami bukan sahaja romen malam jumaat, tapi sejak amalkan ini hari2 suami ajak romen"

    kim. kim. kim.
    kimok.

    p/s: kalau tetiba aku dah tua n berperangai tak senonoh macam tu. kalau korang ternampak aku kat mana2 tolong tumbuk muka aku tanpa notis.



    Expose Mistik: Pulau


    Salam Kak Peej.


    saya nak kongsi satu kisah mistik yang seram.
    Ketika saya menulis kisah ini, meremang bulu roma tengkuk saya mengingatkan balik ape yang telah berlaku.
    Peristiwa ni berlaku tahun lepas.

    Kisah bermula apabila syarikat tempat saye keje tu ade wat aktiviti syarikat. 
    Aktiviti tersebut macam ade unsur-unsur keagamaan and kerohanian, sebab bile tengok je sape yang jadi fasilitator time tu,memang dah tau dah aktiviti ni pun macam memberi kesedaran rohani.  

    Nama pun aktiviti rohani. 
    Mesti lah memerlukan ketenangan spiritual ye dak.
    So, pergilah kami semua ( 75 orang termasuk pengerusi syarikat and all managers) ke sebuah pulau, naik bot.
    Untuk pengetahuan Kak Peej, access nak ke pulau ni tiada yang lain melainkan naik bot ni aje. 
    Pagi sekali, malam pukul 11 sekali.
    Kitorang kat sane tak lame. 3 hari 2 malam je.


    1st day (Jumaat)

    Kitorang arrived dalam pukul 5 petang camtu. 
    So bile dah arrived tu, check in lah memasing. 
    Satu bilik 3 orang. 
    Kire orang ketiga tu tidur kat extra bed lah. 
    Saye lah yang kene tido kat extra bed tuh. 
    Atas dasar respek kat dua orang lagi akak senior saya ni. tak pe la saya mengalah. 
    Masuk je bilik kami tu, saya bace bismillah.. ye lah..tempat orang kan. saya sekadar berjaga-jaga. 
    Alhamdulillah, saya tak la rase seram. 
    Rasa biase je. So rehat la kami jap. 
    Aktiviti bermula malam hari.
    Malam tu tak de ape yang berlaku, aktiviti kat dewan kat resort tu berjalan lancar. 
    Habis pukul 11 malam n balik hotel pun lepas solat isyak, tido lah kami semua ngan nyenyaknya. 
    Serius bile waktu malam, rase sunyi gila yang extreme sunyi. 
    Selalu kan dengar bunyi ombak ke burung ke kan kalau kat pulau percutian, tapi sebab ni bukan pulau percutian, semacam jadinya.


    2nd day (Sabtu)(siang)

    Masa breakfast pagi tu, kami semua dengar cerita yang ade sorang akak nih sakit lutut masa tengah tido semalam. 
    Pastu dia bukak2 mata dia tengok ada satu lembage hitam, berbulu tengah gigit ke jilat ke lutut dia tu. 
    Saya ni positif sikit. 
    Saya percaya ada benda- benda ghaib kat alam ni, tapi saya seboleh2 akan fikir yang positif. 
    Saya cakap lah kat akak tu., ‘’Akak mamai kot and letih sangat, tu yang nampak imej bukan-bukan”  tapi jauh kat sudut hati saya, saya rasa tak sedap hati dah. 
    Sebab saya dengar dah banyak cerita bukan2 pasal pulau terbiar ni oleh kawan2 saya.

    Lepas tu kami pun pergi dewan buat aktiviti. 
    Aktiviti berlanjutan smpai waktu maghrib, hanya diselang selikan oleh break waktu zohor/lunch, asar/tea time. 
    Lepas yang break solat asar tu.. 
    Penceramah bagi ceramah dah lain macam saya tengok. 
    Pengisian yang betul2 membuatkan kami semua insaf dan terkenang dosa2 lalu. 
    Saya toleh kiri kanan majority menangis. 
    Lelaki pun menangis sampai keluar air idung.. 
    So Kak Peej dah boleh bayang kan, jiwa kami semua mase tu rasa sayu, sedih semua… dan jiwe yang tengah sedeh lagi senang bende2 halus nak masuk….. 
    dan sampai pada satu saat bila penceramah melaungkan azan allahuakhbarrr…..salah seorang dari kami(perempuan for sure) menjerit kuat gile….
    kuat yang sumpah kuat sampai saya dan orang lain terkejut. 
    Jeritan dia saya dengar pada mula nya memang suara dia tapi makin lama makin nyaring dan halus semacam dah bukan suara dia. 
    Dia jerit sambil tutup telinga..
    Kakak yang kat sebelah akak yang kena hysteria tu terduduk n dia lepaskan tangan. 
    (Kitorang tengah pegang tangan masing2 sbb before azan tu ade baca selawat ramai2) .  Mase tu, fasi2 perempuan datang la baca doa ke ape ke kan kat akak yang hysteria tuh. Mase tu jugak at the same time, akak yang terduduk tadi tu pengsan. 
    Kenapa dia pengsan? nanti saya cerita…


    2nd day ( Sabtu, Malam)

    Dah settle semua, kami pun balik bilik. mandi semua dan nak tido dah. 
    Mata saya ni pulak dah tak ngantuk. 
    Puas saya pejam tapi tak mau tido jugak. 
    Saya pun call la kawan saya.
    Gayut pelan2 bawah selimut. 
    Tiba2 line putus….saya tengok memang tak ade line pulak mase tu. saya pun ok je la sebab kat pulau kan..paham je lah line camne.
    tengok jam baru pukul 12 rupanya..saya still segar bugar.
    tiba2 saya dengar bunyi krek krek.
    saya wat tak tahu je lah.
    saya tengok akak2 rumet saye semua dah berdengkur je.
    pastu selang beberapa saat bunyi lagi.
    bunyi nya macam orang yang nak bukak tombol pintu bilik air bila kita kunci dia dari luar bilik air. 
    Walhal tak kunci pon pintu bilik air  tuh. 
    Saya dah seram saya ckp dalam hati kau nak kacau, kacau lah tapiii jangan tunjuk rupa kau kat aku.

    pastu bunyi orang ketuk2 tingkap. (blakang bilik ktorang tu hutan) yang paling scary bunyi shower bukak tutup.
    Memang jelas kak.
    kan bilik hotel kan lepas pintu masuk, ada bilik air belah kiri or kanan pastu lepas bilik air baru katil kan…
    masa tu jugak akak rumet saya terjaga..
    die tanya bunyi ape tu? 
    Pastu senyap jap….
    pastu shower terbukak lagi..lama..
    saya dah bengang dah.. melampau ni.
    saya bukak surah yasin kat phone, bangun and pergi bilik air bawak surah yasin tu skali…
    Tengok tak de ape pun….
    lantai pun kering je…
    mase tu dah pukul 2.. bayangkan 2jam kot die maen2 tombol n bukak shower.. nak mandi ke ape saye pun tak tau….

    Yang ni hardcore.. lepas saye g bilik air tu…die tak bukak shower dah..
    die tutup air cond pulak……. 
    Mase tu saye dah ngantuk..
    baru je nak terlelap, tibe2 bunyi tiiiit…panas la bilik tuh… 
    saya ckp kat akak rumet saye, nape tutup aircond? 
    Die ckp bukan akak.. akak ingat u yg tutup coz remote aircond tu melekat kat dinding tepi katil u…
    ye tak ye jugak kan….
    saye ckp lah bukan saye yg tutup..
    kitorang 3 org paham la sape yang tutup…
    kitorang 3 orang wat bodo je…
    sampai la die bukak balik aircon tuh.. 
    pastu tutup..pastu bukak…pastu tutup..pastu bukak shower..
    mcm tu lah sampai pukul 4 pagi…
    kitorang 3 org tido2 ayam je..
    mengantuk gile…
    bacaan yasin kat hp siap wat auto replay pun die ganggu jugak smpai la pukul 430 cmtu kot saya rase ade benda, bisik dan berdehem betol2 kat telinga saya.
    terus saya terduduk…terkejot kot..
    pastu saya tido je balik….
    lantak lah….
    smpai pukul 6 pagi baru stop.

    Kalau di beri pilihan saya tak nak pergi pulau ni lagi sekali.
    ini lah kisah mistik yang paling hard core pernah saya alami. 
    Saya dapat tau pulau ni dulu tempat kuarantin orang2 penyakit kusta. 
    Lupe pulak pasal akak yang pengsan tu, die nampak lembaga hitam mate merah among of all the facies.
    Faci sume dah la pakai jubah hitam dan tudung hitam, so nak menyelit juga.
    Balik tu, saya demam panas seminggu and ade kesan cakar kat peha kiri saya dan belakang badan saya.

    Sekian…thanks Kak Peej..

    Miss  J


    melepas sudah

    last weekend ada wedding.
    since ni antara kenalan rapat n kesayangan kami sekeluarga so wajib pergi.
    aku pergi sendiri guna waze. sebab pergi ngan fam aku dorang gerak awal sangat. pitam hoih.
    so sendiri gerak.
    itu pun kelam kabut je bersiap sebab terbangun lambat. heheh.
    sebab dah la pukul 3pm dah janji ada orang datang nak repair bumbung.

    kak lin sangat la best. suka gila dia.
    sama kepala. tapi dia jenis sangat rajin tak masuk akal.
    jenis sanggup tolong buat apa je la.
    padahal baru kenal time tu ngan family kita orang.
    kita orang selalu bergurau je dalam family kata if dapat jadi kakak ipar ni best.
    tapi jodoh dia dah sampai kan.
    melepaslah kami. hahaha.

    dok tanya takda ke apa nak tolong untuk wedding.
    uncle kata takda.
    rasa tak best je sebab time wedding family aku buat uncle siap bawak semuaaa anak dia n tolong ok.
    baik gila fam dia orang.
    so memang wedding adalah wajib pergi.
    walaupun sebak di hati kak lin kawin.
    wah sedih konon, patut happy la orang tu kawin kan.

    nway, sorry tak amik banyak pics.
    sebab rushing kan.
    so makan, amik pic kejap n balik.
    nak kejarkan balik rumah.
    pics ni pun laki ku amik.
    abis makan cepat2 dia snap sana sini.
    so ni je la pics yang ada.







    laki aku suka snap pic banyak tapi tak bagi tau
    yang kita orang macam tu je la kemain lama tak bergerak.
    kot ye pun cakap la satu lagiii. satu lagiii.
    boleh la gak tukar2 pose ke apa. cea macam reti pose pun kan.
    aku kejap ni sampai tengok eh aku masukkan pic yang sama ke apa ni.
    tapi tau ni pic lain2 bila tengok pergerakan penyanyi kat belakang tu ok.







    :: pasangan pengantin ::




    aku lupa nak snap pics goodies dia.
    masa dapat rasa biasa je. tak rasa apa la.
    biasalah wedding favours kan.
    cuma rasa la lain macam tak pernah nampak.
    sebab dia macam buluh, dalam tu ada bungkusan letak sweets.
    then later ada ke rumah mama.
    mama n ayol cakap goodies tu uncle buat sendiri ok.
    amik buluh daripada hutan. terus aku terkagum.
    aku ni ada business macam buat motivasi ke apa dalam hutan2 selalu tu.
    so dia buat ni daripada sebelum puasa.
    dia amik buluh daripada hutan. then potong2. letak syelack eh mcm mana eja tu. entah la.
    alah macam cap kilat untuk kayu tu.
    then bawah buluh tu dia siap letak lidi jadi penahan. then tangkai pakai rotan.
    bila tau buat sendiri terus rasa macam wah gempakkk.
    n rajin gilaaaaa.
    nanti la tengok if mama ada update.
    mama letak kot pic tu.

    ok tu je cerita.
    aku nampak sambung buat kerja.
    ta-ta