Instagram : @peejburhan

jirannn...bermacam jirannn.

haih pelbagai macam jiran ada la.
sorang macam ni, sorang macam tu.

yang si wilcha sebelah rumah ni kemain mintak memacam.
dah la sesuka hati je sms order laki aku mintak roti, butter, kaya, telur, minyak. grrrr.
hari tu nak raya kemain siap order mintak kerusi meja makan if ada nak bagi dia.
bila laki aku kata takda dia boleh lak cakap, macam mana ngan kerusi yang di susun bertingkat, di ruang balcony, di depan tingkap bilik depan tu.
wtf? boleh nampak ok.
well memang ada kerusi situ. mama bagi. guna if buat majlis makan2 la.
which is tak selalu pun, but stillllllll....
motip perati barang orang pastu sesuka hati mintak.
i is not like.

sorang lagi pulak. selang few rumah la.
aku tau makcik ni dpd zaman arwah maktok hidup.
memang ada perangainya aku tak berkenan dpd zaman tu.
ye aku ni memang jenis akan ingat ok. haha teruk betul. but whatevs.

now takda la berbaik ke apa.
sebab aku kan mana reti sangat mesra alam ni.
tapi aku perasan la dia.
aku rasa dia ada bela kucing kot.
tapi jenis kat luar tu la, jenis bagi makan. kucing keluar masuk suka hati.
aku perasan nanti beberapa hari dia akan berjalan satu lorong goncangkan bekas makanan kucing tu dok mencari kucing dia.

makcik ni pun. macam la kucing dia heran.
setakat biskut tu kan.
kucing dah lepas macam tu. bermacam lagi makanan sedap dia dapat.
sebab area umah aku ni akan ada nyonya ni bergerak naik motor.
kat handle motor dia ada tersangkut baldi segala plastic2 la apa.
kat dalam tu banyak macam sisa2 ayam.
bukan sisa, aku pun tak sure.
tapi macam carik2 ayam n tulang ayam semua la.
so aku tengok aunty cina ni akan round keliling taman area aku ni.
nanti kau akan nampak banyak la kucing follow motor dia.
nanti dia campak la makanan.
serious ok. aku rasa sehari 3 kali kot dia buat.
pagi, petang n tengah malam gitu.
seronok lak tengok kengkadang, sebab bayangkan kau tengah lepak, kau nampak tetiba banyak ke kucing berkumpul get ready.
rupanya aunty tu on the way ok nak sampai dah.
daripada jauh kucing2 dah kenal bunyi motor dia.
so aku rasa takat biskut makanan kucing ni memang la tak berapa nak heran berbanding hidangan ayam dpd aunty nyonya ni.

nway, sambung cerita.
so nanti jiran aku ni aku dengar la dok goncang bekas makanan dia.
panggil kucing2 dia la apa.
n aku perasan mesti akan lebih2 goncang depan umah aku. grrrrr.
sebab umah aku ni memang kat porch pun banyak kucing.
laki aku ni terlebih lak sekarang, suka bagi makan kucing luar.
so jadi seronok lak kucing2 ni lepak.

so ada sekali tu.
dia goncang2 kuat2 n panggil kucing.
yang kucing rumah aku lak macam kan tak cukup makan or busy body tak hengat.
sibuk dok ngiau daripada dalam.
siap ada yang menggelupur2 melompat2 langgar cermin pintu semua.
eiiiiiii. tu takpa.
aku pun bangun nak tengok kucing aku.
sekali aku pandang depan tengok makcik tu ngan cucu kot kemain tertonggeng intai rumah aku panggil2 kucing.
umah aku kan ada bidai. so tak nampak dalam.
so tu yang gigih tonggeng bagai.
nampak aku tau lak menggelupur. agak2 takda orang la.
selamba je aku jawab, "takda la kucing sini. kalau ada pun ni kucing rumah ni."
terus blah. tapi tetap la dok goncang makanan n panggil2 nama kucing dia area depan umah aku.
eeeee geram. adakah muka aku nampak macam penyamun kucing?
motip aku nak amik kucing dia n kurung dalam umah aku?
tolong la kucing dalam rumah aku ni pun dah rupa sarkas. takdanya aku nak menambah lagi.

aku bengang kalau orang tak masuk akal macam tu.
aku ingat lagi aku pernah dapat email daripada someone ni.
kemain siap printscreen blog aku pic kaseh.
pastu email aku cakap boleh tau tak ni memang kucing aku ke apa.
sebab dia ada kucing sebijik macam ni n hilang sekian hari bulan kat sekian tempat.
seriously dudeeeee????
sebelum kau tanya soalan bengong macam tu, do ur research la.
baca dulu la blog orang tu ke apa ke.
plus kucing kot. macam mana kau nak tau tu exactly kucing kau ke apa.
kucing basically nampak almost the same je pun certain kan.
unless kau memang selak bulu dia satu persatu n hafal.

haha aku walaupun kekadang rimas ngan kucing2 ni n bikin sakit jantung.
tapi still kesayangan kot.
dah macam keluarga kot.
cuba kalau aku tetiba amik pic anak kau. email pastu cakap, eh ni memang anak u ke? sebab anak i hilang, serious sama sangat. u sure ni anak u?.
tumbuk kang.
ye aku memang suka bagi perumpamaan kucing ngan manusia. hihi.

aku 2-3 hari ni sangat la stress ngan kucing2 aku.
sebab superrrrr nakal esp yang kenit2 tu.
tolong la langsir aku sampai jahanam ok dikerjakan dorang.
yang ceceh tengah on heat. memekak gila.
aku takda masa nak bawak pergi sunat.
terus call laki aku.

me : i serious tak tahan la ngan kucing2 ni. i nak buat kerja semua susah. ngan langsir semua dorang panjat macam tarzan.
Mr.B : dorang tu manja la.
me : ni bukan manja. ni syaiton. tak kira i tengah pack barang ni. i nak pack sekali dorang n post je mana2.
Mr.B : jangan la molinggg. dorang tu manja.
me : ahhh semua i pack. biar u balik dah takda semua.
Mr.B : semua tekoli (sekali) ke?
me : semuaaaa. hmmm kecuali miki (milky) ngan riri.

yeee. tu antara kesayangan aku. manjaaaa.
laki aku tetiba balik awal petang tu.
aku tanya la asal balik awal.
dia kata nak tolong aku post barang. kesian.
hahahah takdaaa...mesti nak check takut aku post kucing2 dia.

aku tadi dok baring sorang tetiba terasa macam, ada kang aku suruh orang adopt kekucing ni.
pastu berangan amik pic sekor2 tanya siapa berminat.
terbayang pic milky n riri terus emosi.
aaaa cannot. sayangggg.
walaupun memasing nakal.
paling aku cair ngan riri n milky la.
manja tak menahan.
riri tu aku panggil kekucing lain tetiba dia ada depan muka kau.
pastu sondol2 paksa sayang dia. hahaha.

milky tak macam tu sangat la.
milky jenis masuk bilik tetiba dia dah ready tidur terkangkang atas katil.
pastu kalau boleh nak stay ngan kau.
dia jenis manja tapi coverline. bila takda yang lain cecepat dia tunjuk manja dia.
if lelain ada. dia mengalah.

ok aku pun tak faham ngan diri aku ni.
nampak sangat mereng.
cerita jiran, tetiba masuk bab kucing, tetiba cerita pasal kucing sendiri.
saikosis sangat iolls.

ok sini adalah some pictures of my mighty pets.
serious macam mana kau nak marah n menyampah lama2 bila tengok muka2 ni.

 :: Milly n Moolat. Milly ni nakal syaiton macam Mochi dulu. Moolat lak jenis sopan santun sikit ::


 :: ceceh yang super gatal this past 2 weeks. menaikkan darah je dia ni ::


few days back.
aku nak buat kerja.
so nak amik borang poslaju nampak semua kucing berkumpul dalam bilik office.
terus capai camera.
hahhaha nampak nau dorang lagi sayang Mr.B daripada aku.
bayangkan semua tidur kat dalam bilik tu.


nampak?
nampak?
hah tak nampak?
ok mari zoom in.

 :: RiRi n Milky atas kotak ephyra. Milky tu bukan kotor tau. memang color dia macam creamy. ::

 :: Mochi belakang monitor ::


3 beranak ni kat sini.
tolong la tray tu memang takleh letak apa.
jadi tempat tidur dorang turun temurun.
apa best sangat tah.
letak pun harus roboh macam tu.
pastu kau nak amik barang kat bawah2 tu payah.
so takyah la. biar kosong. tidur la korang.

kalau tidur macam ni memang la tenang n aman damai je rasa.
tapi bila time aku nak buat kerja la time tu dorang nak beraksi tarzan.
tak faham sangat.

ok tu je.
lari konsep entry ni.
tapi takpa. janji aku gumbira.
ok aku tidur. macam tak betul memula bengang2 tetiba now gembira.


Memperkenalkan Ephyra punya new packaging n wajah baru Ephyra

[sticky post - scroll down for new entry]

yang beli kat aku Ephyra lepas raya ni mesti perasan kan sekarang dah kotak baru.
terutama yang beli by post la.
sebab masa dapat new packaging aku still ada packaging lama dalam 6 box macam tu.
so decide siapa yang by post aku bagi kotak baru n yang amik COD kat rumah aku bagi kotak lama.
sebab kotak baru ni ringan sikit. sep duit posting ahkak. mihmihmih. cerdik sangat *tangan di dada*



tapi jangan risau, kotak lama ke baru ke sama je.
jangan ingat sebab kotak lama tu barang lama pulak.
takda stock tu baru aku amik before raya pun.
even now maybe if korang beli daripada some dealer still dorang ada kotak lama.
aku dah takda.
aku dah start jual kotak baru ni tapi time tu memang belum di war-warkan lagi.
sampai ada la yang whatsapp aku tanya.
sebab before this dia beli direct dpd HQ.
baru start beli dpd aku. so dia macam terkejut la tengok apesal aku punya lain.
gituh. ye la takut pulak mana tau tak ori ke kan.

so apa beza kotak baru ke kotak lama?



so kotak baru ni lebih ringan n style macam kotak mancis.
tujuan tukar ni untuk mengatasi masalah sebelum ni yang pernah berapa lama ephyra takda stock kan sebab isu kotak sebab kotak lama tu pembikinan dia amik masa n macam2 la.
so solution dia ini.
sambil tu ini jugak kempen ephyra untuk tolong save the environment.
sebab kotak boleh recycle.
sebelum ni kotak jenis begitu nak buang pun sayang je kan.
dah la simpan sampai bertingkek-tingkek. now takda lagi masalah tu.

ada jugak sticker hologram ngan coding tersendiri kat kotak baru ni.
untuk mengatasi masalah tak ori ke di tiru ke untuk masa akan datang.

n belakang box pun dah cetak harga baru.
ye harga yang rm197 tu harga kekal untuk sekotak ephyra.
tapi korang beli lebih i bagi discount terbaik.
hanya di blog peejburhan ye. :)

dengan ini nak bagi tau jugak.
yang Memey Suhaiza wajah baru Ephyra untuk kempen.






Asalnya Memey adalah salah seorang pengguna Ephyra yang sangat puas hati la ngan hasil Ephyra.
buat masa ni dia dah minum kotak yang kedua n sangat la happy ngan perubahan yang dia rasa.
selalu dia share kat instagram dia pasal Ephyra.
so Oceanlife pengeluar produk Ephyra ni berbesar hati la nak amik Memey untuk kempen bulan August n September.
so korang boleh checkout sendiri pengalaman Memey dengan Ephyra kat instagram dia @memeysuhaiza

So masih belum cuba Ephyra n still tak yakin lagi.
korang boleh tengok kesan hebat Ephyra kat Facebook Oceanlife2u.
or instagram official ephyra kat @ephyra2u.
selain daripada tengok kat instagram memey la untuk bulan august n september ni.

oh btw, Memey ni bukan duta produk ephyra ke apa yea.
dia cuma menjadi salah seorang wajah Ephyra.
sama macam model-model n jugak pengguna ephyra yang share testimonial.
semua start adalah pengguna ephyra n berpuas hati ngan produk ephyra.
sama macam korang pengguna ephyra ni.
share la pengalaman korang, bagi pic before n after.
korang pun akan jadi wajah-wajah ephyra.


nanti aku senang aku share testimonial daripada customer aku.
aku ni orang bagi kadang aku lupa nak save.
ye la some bagi thru whatsapp je kan.
kang ada aku terdelete la apa.

oh ada yang tanya if breastfeed anak boleh ke minum.
boleh takda masalah.
baca testimonial memey ni sebijik macam testimonial customer aku zura.
aku terdelete la. grrrrr.
dia kata dia tak perasan if ada perubahan kat dia.
tapi since dia bf anak, dia perasan anak dia makin lama makin gebu n comel.
siap dia bagi pic baby dia. memang cantik gila kulit baby dia. comell sangat.

so apa tunggu lagi.
berminat boleh la email, whatsapp or sms aku untuk beli.
pembelian lebih daripada sekotak akan dapat discount.
oh satu lagi promo handbag organizer tu dah habis yea.
tu promo sempena raya je.
tapi discount ahkak bagi duit yang save tu boleh beli sendiri gift tu 2 ketul. :D

so mari la try ephyra.
siapa yang baru nak cuba ada jugal trial box rm68 sahaja.
free postage pipol.




nangis

penat bak hang.
serious.
rasanya aku memerlukan cuti lagi.
nampaknya cuti yang aku amik masa raya tu tak cover langsung penat ni.
ye la dah kata raya, cuti ke kau kan.
kau akan busy n penat tang lain pulak.

berapa hari ni tak rehat langsung je rasa.
rasa dah dua petang tengah buat kerja tetiba ternangis kejap.
nangis sebab penatnya rasa nak jerit.
tapi kerja harus di tetapkan.

tapi memandangkan tak cukup rehat.
aku blur gila je.
minggu ni je 3-4 kali aku salah hantar barang kat orang.
siap hantar sekali lagi pun salah. kau mampu?
nasib dapat customer yang sweet n baik je.
siap tetiba yang salah hantar tu pun dorang beli.
dapat yang cerewet tak ke aku kena bambu kan.

orang datang amik barang pun aku blur.
kemain siap dah aku sediakan balance.
sekali balance tu aku pegang je tak reti2 nak bagi. kah kah.
aaa tak suka
orang tanya soalan pun aku termenunggg je tak tau nak jawab.
letih otak pun tak fungsi betul.

2 minggu ni memang sangat busy la.
sebab orang dapat gaji kan.
biasa la tu.
plus pulak now aku dah start buat harga reseller untuk tabita.
memang ramai borong je.
sampai tuan ni pun putus stock. amik kau.

aku ni penat.
tapi permintaan orang macam susah je nak tolak.
orang mintak tolong itu ini mana aku rasa mampu aku tolong la.
sampai tak tahan tadi aku pesan kat laki aku, hentikanlah bagi tau orang aku kalau jual memang laku.
beratus jual la apa.
ok memang betul. tapi kerja aku ni pun aku tak menang tangan nak uruskan.
nak tambah lain, tu yang sambil buat kerja sambil nangis tu.
tapi if tolak aku rasa macam nanti aku eksyen ke apa pulak.
serba salah ok.

tolonglah punya busy aku nak ke saloon daripada isnin sampai ke hari ni tak dapat pergi ok. tsk.
tadi pun agak hectic.
gigih aku pack semua barang.
sambil order masuk bertalu2.
aku kalau pack barang mmg aku stop layan hp ke apa.
dapat pulak yang jenis selagi tak reply selagi tu whatsapp, pastu sms pulak, pastu email pulak.
kang tetiba call pulak. nangissssss.


again dapat komen kata aku OCD walaupun aku tak ngaku.
sebab cara packing kemas. takdanya kemas. biasa aje pun.
tapi serious aku tak rasa aku OCD.
OCD bukan semua kena perfect ke apa ke.
aku rasa umah aku takda pun tahap tu. masih tahap kena bom.

syukur la laki aku jenis rajin gila n takda rungut ke apa.
tadi dia balik kerja terus kita orang gi post barang.
umah aku tinggalkan takda la semenggah sangat sebab baru lepas buat kerja kan.
then kesana sini, balik pun lewat dah ni.
balik terus dia berkemas. baik gila.
aku lak balik terus mengadap nak bg orang tracking number pulak. aaaa.

lepas post tadi kami singgah wangsa walk.
sebab dah janji nak belikan mama cover ipad n charger ipad sebab yang local ni kan panjang sikit.
then ke rumah mama, sebab mama n papa ajak ke sana sebab ada reader kami nak beraya sana.
so boleh la aku jumpa sama.
walaupun aku penattttt n rasa nak rehat, tapi again tak sampai hati tak pergi.
so ke sana la.
sempat la lena sejam kot sebelum tetamu sampai. i is die.

tapi berbaloi2 pergi sebab mama buat nasi impit n sambal daging. nyum.
ok la ni aku nak sambung bg tracking num kat orang.
ye aku memang sesuka hati kul berapa pagi hantar tracking number kat whatsapp orang. kah kah.
tu la nikmat dapat penjual geng burung hantu ye wahai customer. ;p

later nak isi borang lagi n post untuk jumaat lak.
siapkan senang esok post.
patutnya aku post sabtu. then tersedar eh sabtu cuti merdeka.
so esok la kita post.

ok sudah.
saje nak mengadu nasib betapa penatnya diriku ini.
dan aktiviti penuh sampai ahad ni. tsk.
i need massage. i need a vacation. i miss my beauty sleep.
oh ta-ta peaches.


jubah moden for sale.

again helping someone jual jubah moden ni.
aku amik sikit je dulu.
bukan amik pun, dia bagi aku ok kan aje.
so if tengok sales ok then aku akan letak banyak lagi design n size.



JMS 01
size S (fit up to uk 6)



JMM 01
Size M (fit up to UK 8)





JMXL 01
Size XL ( Fit up to UK20)
SOLD




JMS 02
Size S (fit up to UK6)




JMM 02
Size M (fit up to UK8)




JMXL 02
Size XL (Fit up to UK20)
SOLD


semua adalah material high quality lycra tu.
so ia adalah stretchable n kain adalah berat.
ada hiasan batu.

except yang bawah sekali ni bukan lycra.
dia jenis yang kain jarang tu.
so kena pakai inner maxi tu.
semua pun sangat lawa.
yang XL tu memang cutting sangat2 besar.

harga ialah rm169 (free postage)
interested boleh contact aku macam biasa.
email nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
whatsapp, sms 0122758575.
tolong jangan call. aku memang malas angkat call no tak kenal.

aku tak pegang lama tau stock.
so sila cepat sementara stock masih ada.


kecoh raya

elok huda n ice balik.
nysya stay kejap.
sekali pedd call tanya aku ada kat rumah mama ke tak.
sebab dorang ada beraya kat situ.
aku kata takda, aku kat rumah aku la.
dorang kata nak beraya. haaa datang la.

sampai je terus paksa aku tukar baju.
sebab sibuk nak amik gambar.
tah apa-apa tah.
terpaksa la layan, muka dah la comot gila.
tapi semata2 nak amik gambar tetiba semangat nak make up tu poyo sangat namanya.

laki aku la melayan amik segala pics ni.
kemain memacam angle dia amik. ish over sangat.









banyak sangat tak kuasa aku nak melayan dah.
so aku masuk dalam tukar baju balik.
over sangat la pulak tetiba berterusan nak berbaju kurung bagai kan. haha.
oh btw baju kurung adalah daripada Kree.my ;)

rupanya aku dah masuk bilik, laki aku still sibuk mengambil gambar lagi.


:: over gila kan siap ada pose bersalaman hari raya. eeeeiiii ::





later tu Mr.B n paan pergi naik atas membeli makanan untuk kami makan ramai2.
haha senang kerja macam ni. orang datang kita beli je apa patut.
siapa suruh last minute bagi tau.
cea kalau bagi tau awal pun macam la aku rajin nak layan masak.

ish aku sangat busy la.
tak sempat nak kemana.
rumah mama pun sampai seminggu aku tak pergi minggu lepas. tsk.
sendiri pun rehat tak cukup.
dah la macam tak sihat 2-3 hari ni.
ada masa sikit, harus aku power nap.

ni patut today rasa relax sikit.
sebab ikutkan stock ephyra macam banyak je.
sekali bangun tadi banyak order masuk n orang buat payment.
so nak taknak kejap lagi keluar la kita restock barang.

ok tu je.
later update lagi.
eh aku ada benda nak jual.
nanti senang malam2 kang aku update if ada masa.


Dove Rambutmu, Mahkotamu.

[advertorial]
[sticky post - scroll down for new entry]

31 Julai yang lepas aku pergi ke pelancaran Kempen Dove Rambutmu, Mahkotamu kat Double Tree by Hilton.
Rambutmu, Mahkotamu adalah satu kempen sosial Dove yang pertama untuk menggalakkan wanita Malaysia membuat komitmen bagi mengatasi masalah keguguran rambut.









:: Ucapan oleh Ashlee Ng, Pengarah Pembinaan Jenama, Uniliver (M) Holdings Sdn Bhd ::

:: Profesor Madya Dr. Irene Lee, Dermatologis Konsultan membincangkan mengenai masalah utama keguguran rambut dan macam mana cara mengatasinya ::

Aku paling suka time ni.
Sebab banyak info yang dapat punca masalah keguguran rambut n cara-cara mengatasinya.
Antara info yang aku dapat cara untuk atasi masalah rambut gugur ialah:


  • amalkan makanan yang seimbang
  • lepas mandi jangan lap rambut ngan tuala secara ganas, buat slow2.
  • kurangkan pengguna hair drier, hair curling n straightener
  • jangan ikat rambut terlalu ketat
Ada banyak lagi la.
And ada games jugak
Kat situ la banyak tau myth atau truth pasal rambut ni.


Kempen ni di terajui oleh 2 orang kawan baik yang dah berkawan selama 10 tahun, Hasreena dan Athiya.
Dorang saling menyokong antara satu sama lain bila masing-masing sedar dorang mengalami masalah keguguran rambut.



:: Emcee Nana Mahzan menemuramah peneraju Kempen Dove Rambutmu, Mahkotamu Athiya dan Hasreena ::



Aku suka ngan Kempen Dove Rambutmu, Mahkotamu ni.
Especially sebab kita berkongsi masalah kita ni dengan wanita-wanita yang lain.
Ye la selama ni kita ada masalah pun usually kita senyap n pendam je kan.
Sebab ye la segan je. Aku pun tak tak terkecuali jugak ada masalah rambut gugur ni.
Walau tak banyak sekali gus, tapi tetap ada.
n agak stress bila sedar makin lama macam makin kurang je rambut ni.
If lepak ke, jalan sana sini, nampak rambut gugur melekat kat tangan ke, jatuh kat meja ke.
Cepat2 amik n buang, segan orang nampak.
Nak cerita kat orang segan. Cerita apa, if orang nampak pun segan kan.
So dengan kempen ni, takda lagi perasaan tu.
terus tak segan nak share masalah n sama-sama atasi isu rambut gugur ni.
Sebab tau kita tak bersendirian, almost semua orang mengalami masalah rambut gugur ni.


:: Pelancaran Kempen Dove Rambutmu, Mahkotamu ::

Dove berhasrat untuk mengumpulkan 10,000 suara aspirasi daripada wanita-wanita Malaysia.
Tindakan ni merupakan satu simbol untuk menandakan komitmen mereka untuk mengatasi masalah keguguran rambut supaya ia tak mempengaruhi kehidupan kita.
Dove percaya yang rambut seharusnya jadi sumber keyakinan kaum wanita dan bukannya masalah.
So dengan Kempen Rambutmu, Mahkotamu ni ada lah platform supaya kita, wanita-wanita di Malaysia ni boleh menyokong satu sama lain dalam mengatasi masalah keguguran rambut.

Lepas dah capai 10,000 suara dengan kempen Rambutmu, Mahkotamu, Dove akan menubuhkan satu dana untuk mengekalkan usaha ini.
RM10,000 akan disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan ini.
So, Kempen Rambutmu, Mahkotamu Dove, digabungkan dengan pelancaran Dove Empowerment Fund.
Dove akan membantu kaum wanita merealisasikan potensi penuh mereka.











:: Wanita-wanita Malaysia dengan suara mereka. Aku kat belakang. Orang tak berapa tinggi tapi segan nak berdiri depan, merasa la tak nampak apa. hahaha ::


:: Dove Hair Fall rescue range. Nanti aku akan cerita review aku pakai produk ni semua yea. yeayyy. ::



:: me with Athiya n Hasreena ::

:: with Yasmin Hani yang turut memeriahkan Kempen Dove Rambutmu, Mahkotamu ::

:: Me with Ceera n Kathy with our Dove playcard ::


:: hahaha impian pelik2 je kan. tapi like i said before. teringin nak rambut besar tu. tapi ye la rambut tak banyak. kang tak berapa nak singa. singa suam2 kuku n sedih je. taknak la kan ::

Lepas selesai pelancaran kita orang dihidangkan ngan makanan yang super best from Double Tree.
Kemain lama lepak.
Orang semua dah balik awal tapi aku, ceera n kathy kemain sembang sampai lupa nak balik. haha.

So apa lagi, jomlah sama-sama kita menghalang keguguran rambut & jadi inspirasi kepada yang lain.
korang boleh menyumbang suara dan join usaha pemerkasaan Dove dengan 4 langkah mudah ni:
  1. Log in ke Facebook Dove Hair Malaysia
  2. Klik pada app Dove Rambutmu, Mahkotamu
  3. Lengkapkan pernyataan aspirasi ini, "Jika saya bebas dari rambut gugur,....."
  4. Akhir sekali, kaum wanita boleh memilih untuk memainkan peranan dalam Dove Empowerment Fund
Check out Dove Rambutmu, Mahkotamu for more info.