Instagram : @peejburhan

Promo Hari Raya Ephyra masih ada.

[sticky post - scroll down for new entry]

dah lama tak update pasal ephyra. so since ni ada testimonial ephyra
so check out testimonial daripada pengguna ephyra ni.



Amazing kan.
So apa tunggu lagi.
try sendiri n rasa n saksikan sendiri perubahan ke arah lebih baik.
Insyallah if rajin n disiplin sendiri akan kagum ngan result ephyra.


Murah je. sekotak (30 sachet) RM197 je.
if korang beli more than 1 akan ku beri lebih discount.
lagi banyak beli lagi banyak discount.
dan jangan lepaskan promosi hari raya daripada ephyra.


beli 1 kotak free 1 shaker dan 1 recycle bag.
beli 2 kotak dapat 2 recycle bag, 2 shaker dan 1 bag organizer.
cepat-cepat while stock last.

kalau ada yang baru nak try-try.
aku jual jugak trial box ephyra (10sachet) RM68 sahaja.
semua free postage.

oh lagi satu, kalau lalu NKVE highway, jangan lupa check out billboard ephyra.
right after tol jalan duta.


so interested boleh la email nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
whatsapp/ sms 012-2758575



zomba

sangat zomba ni rasanya.
semalam memang terlari sana sini.
lepas update entry semalam tu around 10ish memang terus ke rumah mama amik stock tart.
oh nak bagi tau tart aku dah tak amik order yea.
sebab keep on coming.
sian lak aku asyik papa sepuluh kali gi amik stock.
so thats it yea. takda amik order dah.

so amik stock sana sambil sembang kejap ngan papa n mama.
by 12pm tu gerak balik rumah aku.
singgah kejap beli stock air mineral.
sampai rumah dah kul 1am jugak la.
email tracking num kat customer, start menyalin nama n alamat semua kat borang poslaju.
sambil tu dok facetime ngan noy.

sedar tak sedar by 3am baru la siap ok.
siap isi borang je ye. amik kau sejam setengah buat tu je.
aku rasa otak dah letih sebenarnya.
ada satu tu aku spend almost 10 mins kot mencari particular orang.
sebab kat buku tulis ada order 2 ephyra. tapi tulis whatsapp je.
selalu if nama orang tu memang aku save aku tulis gitu la.
if takda aku akan letak sekali no phone dia.
tapi gila kau aku mencari tak jumpa.
stress2 aku. mana lak pergi.
belek satu2 weyh. siap sms pun aku belek takut aku yang salah tulis.
dekat 10 minit mencari. aku pandang ke tepi. tengok dah tulis picked up.
what the helll. itu rupanya nama orang ada pick up earlier. hahah. bongoknya.
penat sangat la tu.

settle tulis borang n sembang ngan noy.
ajak la suami pergi makan kat atas.
lapaq ni.
dah la penat semua.
sekali Mr.B kata nanti tolong gosokkan baju kemeja dia.
aku dah macam, u gosok la sendiri. balik ni i nak kena pack lagi.
dia bengang pastu dia kata biar dia gosok now.
aku cakap la nanti la. aku lapar, jom la makan.
dia kata if lapar sangat aku gi dulu.
kejam ok.
terus aku nangis. aku dah la penattttttttttttttt gila.
rupanya dia saje nak gurau2 drama2. hutak ah.
tak kelakar ok.

so terus gi makan.
tak lama pun lepak. tak sampai sejam pun la.
balik terus sambung pack barang.
tau-tau settle elok masuk subuh.


ada komen kata kemasnyaa.
ye sebab itulah jugak aku jenis tak suka orang lain buatkan.
sebab aku ada cara aku.
nak lipat macam mana, nak susun macam mana, nak tampal macam mana.
yes im cerewet like that.
Mr.B nak tolong. aku kata takyah la. nanti dia tak reti.
dah la dia tu kasar weyh buatan tangan. takleh aku.
lagi penat aku kerja nak perhatikan dia.
tolong lah aku mintak tampal sticker untuk trial set pun ada ke satu botol dia tampal sampai 2.
ada tu senget melintang. dia kata tak nampak.
dah tak payah. biar semua ku buat sendiri.

then dok itu ini almost 7am baru masuk bilik.
bukan boleh terus tidur.
terkebil2 kejap tengok update kat phone. seharian tak online sangat.
rasanya almost 8am baru tidur.
set jam kul 9.30am kot.
takda makna. tak bangun pun.
last bangun kul 10ish macam tu.
set ngan PG, dia datang rumah ku tolong post.
takda la tolong apa, tengok2 je dulu.
dia bukan reti nak buat apa. so bagi guideline la.

pastu malang nasib.
ku nak cucuk duit.
dah 2-3 kali takleh ok bila aku nak cucuk duit kat atm maybank.
padahal aku card maybank ni.
dia kata kad aku tak sah ke takleh read. pergi hubungi bank.
yang kelakarnya kat atm cimb boleh cucuk. what the fook sangat ok.

nasib tadi sampai takda orang sangat la kat poslaju.
baru half la dalam tu. sebab semalam kat sampai ke luar beratur.
settle situ aku terus ke taman melati lrt sebab ada customer nak amik cookies pukul 12.30pm
memula berurusan thru email, later tu pakai sms la.
so of coz aku tak sempat nak save number ke apa.

harus gegas sebab lunch hour ada orang nak amik barang lain.
yang ni memang aku totally lupa, sebab last minute baru nak confirm ok ke tak ke.
gituh la.

dalam pada otw dok la dapat sms kata otw la.
nak sampai la.
sms nak sama je. aku dah macam, ok sampai nanti jumpa la kan.

then call. tanya kat mana.
aku pun pergi la ke kereta.
tetiba dia nak hulur duit. aku dah macam, eh dah bayar kan.
dia kata tak mana ada.
aku dah macam nak amik cookies kan. nama ina.
tak saya nak ephyra 2. saya takda bagi tau pun nama saya.
aku dah macam. ehhhh.

aku cakap la aku memang tak bawak la ephyra ke sini.
aku dah macam bila yang kita set nak jumpa sini.
tu la problem last minute plan, pastu aku zombie tak cukup tidur lagi.
last suruh dia ikut belakang kereta aku ke rumah aku. nasib tak jauh.

aku dah macam, memang ada ke orang nak amik cookies ni?
ke aku imagining things?
elok nak sampai rumah dapat call daripada ina tu. nak amik cookies.
dia dah kat depan lrt melati tu ok!!!!!
arghhhhhhhh.
terpaksa la aku kata aku br gerak sebab ada orang nak amik ephyra, aku takda barang.
so now ke rumah aku.
aku kata tunggu jap nanti 10 minit aku patah balik.
dia kata dia nak amik anak pulak.
aku kata macam tu datang umah aku.
aku guide. senang je.
so datanglah dia.

sekali tengok kereta dia.
boleh tak aku nampak ok masa kat sana.
ku park belakang taxi. dia park depannn nun kat tempat taxi gak.
huih kelam kelibut betul la.

then balik rumah aku lega sikit.
aku memang penat n letih ni.
tapi ngadap segala inquiry daripada customers.
then nak tidur la.
tapi tolonglah banyak sembang lak PG ni.
aaaargghhhh.
last dapat la lena.
tak lama pun ada setengah jam.
bangun tengok dia dah lena lak. phewww.
terpaksa berjaga sebab around 2ish tu 2 customer amik cookies.

so yeah...masih zombie zomba ni.
kalau kena sepak tang muka ni pun harus tak rasa apa. kebas n high je ni.
later petang ada gak orang nak amik cookies.
lepas tu aku blur. aku free ke aku ada program ke, ada orang nak amik barang ke?
tak sure. terlalu banyak benda pikir, cannot go dah.

so nak berbuka mana ni?
PG ni balik buka umah mama ke nak buka umah aku?
aku memang tak le nak masak.
tapau nasi campur je memana.
nak keluar pun aku dah tak larat ni.
eh sumpah high.
power nap la lagi 1/2 jam.






capek sekali

penat weyh.
saat-saat akhir menderu pulak orders kan.
bangun tidur dengan berpuluh email n whatsapp kena reply.
so siapa yang rasa macam aku tak reply tu.
bagi again. kadang ingat dah reply sekali tak.
tak pun dah kemain type tapi tak tekan send.

pergi post barang hari ni menggila ramai orang.
sampai dapat parking senang.
Alhamdulillah elok ada pokcik keluar kereta dekat je dengan post office.
bersemangat laju aku nak post barang.
terstop depan pintu.
vhatttt? ye line beratur sampai keluar daripada pintu. syabas.
dah la hp aku ni elok sampai post office terus no service. wtf sangat.
bayangkan berjam beratur kau menung je gitu.
nasib tadi belakang aku ada lelaki ni peramah. muda dari aku kot.
baru start online business kot.
so banyak la dia tanya tadi.
pasal beli envelope mana. bla bla itu ini.
so ada la rakan sembang.

balik terus singgah amik stock ephyra.
amik lebih.
budak tu tanya aku simpan stock ke.
takda la simpan sangat. cuma amik lebih.
tapi Alhamdulillah sedozen lebih dah jalan dah.
tak sure akan restock lagi ke tak soon.
macam raya ni nak rehat lama sikit la cuti.
taknak gangguan.
nanti seminggu after raya ke baru kita start balik kan.
see how.
tapi korang nak still boleh la. aku ada lagi stock ni.

oh lagi satu.
postage last aku buat jumaat ni ye.
rabu takda postage sebab aku ada event pulak.
so postage esok, khamis n jumaat.
payment semua by malam sebelum tu.
kau bayar esoknya. lusa tu aku post.

sampai rumah sambung buat kerja menyalin orang buat payment apa semua.
layan segala order.
bernapas kejap few minutes.
aku sort out cookies pulak.
senang orang amik nanti dah siap semua.


baru halfway ni.
tak larat dah. peluh sakan.
kipas siling kat dining area ni rosak.
sebab bumbung bocor.
sampai aku carik la kipas meja. tala sikit. tetap bahang.
tak larat. buat halfway stop.
pastu bukak a/c baring2 relax. tau terlena 1/2 hour.
bangun sambung buat.
ni tart tak cukup.
nak gi restock ni.
so off to mommy's place.

untuk yang nak amik cookies.
sila berbuat demikian by 5th ye.
bagi chance la makcik kuih rehat di saat2 akhir.
or gi dating shopping raya ngan pakcik ke apa ye.
harap paham.

ok sekian. ni pakcik dah tunggu.
tadi dia main game makcik dok bising sebut jom jom jom berkali2.
ni dia dah ready makcik sempat berblogging pulak.


raya style makcik-makcik

hamagad kemeningkatan usia sangat ketara tahun ni.
langsung tak pikir nak shopping baju raya ke apa.
satu apa tak shopping.
tapi tahun ni mission nak cantikkan rumah. kah kah kah.
motip? takda motip pun sebab rumah aku bukan la ramai naw tetamu.
pusing2 kawan-kawan yang sama je yang datang pun.
takpa sendiri feel la kan.

target nak 4-5 benda la tukar baru or beli baru.
satu-satu dah tick. makna dah settle la.
tunggu barang sampai or pergi pick up je nanti.
baru la home sweet home kan.
sebab most of the time sini je la pun ku melepak.

lagi pun kemain aku tengok laki aku ni asal jumpa orang ajak datang rumah.
tak kira siapa la. customer aku datang amik barang berapa pagi pun dia dok ."tak masuk dulu minum2 ke?" ewahhhh.
pastu dok lepak larut malam, kemain dia ajak orang datang la rumahhh.
raya nanti jemput la rumah.
huhuhu rumah ku dah la biasa-biasa aje.
takleh jadi. kena cantimkan sikit la.
tetiba terover lak.
kadang terasa la diri hover gila.
padahal kira-kira baru setahun lebih kawin tapi semua kalau boleh nak kasi lengkap.
orang makan tahun baru la tambah itu ini kan.
yeee aku memang kurang penyabar sikit.

plan hari ni nak cat depan.
tembok depan berlumut dah.
sebab hari ni ramai nak datang pick up cookies.
so takleh la nak keluar sangat kan.
since orang nak datang awal.
so konon aku bangun lagi awal n pergi beli cat ke apa.
takda makna weyh. bangun pun elok 10 minit sebelum orang sampai rumah.
nak keluar apanya.
pastu tengok laki ku lena je. takpa la.
sian lak nak kejut. dah la panas terik today.

takpa harap minggu depan program cat depan settle.
so memang tak kemana. hari ni 5-6 orang amik cookies.
later pun ada lagi nak amik.
so memang tak kemana.
tapi hari berkobar nak beli carpet. huhuhu.
hari tu tanya kat fb. ramai orang suggest memacam tempat.
tapi mostly jauh. so aku tuju paling dekat ngan rumah.
which is wangsa walk mall.
ada lak cust nak amik barang. lepas berbuka dia datang.
aaaaa macam lambat.
sekali dia kata dia kat wangsa walk gitu.
aku kata takpa. aku pass kat situ cookies. sebab aku pun nak gi sana.
kena rush. sebab by 10pm orang nak amik cookies kat rumah.

gi sana nasib parking banyak belakang tu.
terus gi kedai carpeto.
va va va. ada yang menarik. tapi kemain mahal sampai rm1000++
aaaa budget tak sampai situ.
tawar-tawar dapat la rm1k.
still aku rasa macam aaa lebih daripada budget.
don't want.
dia kata if nak yang within budget aku yang lain.
dia keluarkan la.
nampak lawa, bukak je ada bunga2 sana sini.
i dont want bunga2.
nak yang abstrak. wahhh abstrack la sangat. *tangan di dada*

pikir pikirrrrrr. nak taknak. nak taknak.
orang tu kata memang takleh dapat harga aku nak tu.
hmmm takpalah. kita try tengok tempat lain la.
walaupun aku terpaksa ke jalan tunku abdul rahman, or maybe nilai.
ku redah la. demi mendapat harga within budget.
ni bukan tektik kesian. tapi memang better gitu kan.
sekali elok dah keluar dia panggil balik n bagi harga tu.
weeehoooo.

ok carpet settle.
then hantar cookies kat customer.
terus pecut ke giant pulak.
barang rumah banyak abis.
memang semua laju speedy gonzales sangat.
walaupun dekat umah mama, memang tak dapat nak singgah sebab kejar time.
ni dah selamat kat rumah.
menunggu customer amik cookies.
balik je suruh laki ku tebar carpet.
sebab dorang lipat kan. so nak gulung la supaya tak rosak carpet.
plan 1-2 hari nak raya kita pakai la.
tetiba tadi macam nak suruh pakai je la.
nasib laki ku waras n kata tunggu raya la.
bahiklahhhhh. hew hew hew.

minggu ni curtain siap.
pun tak sabar tu.
tak tau la hasil bagaimana.
if ada masa nak checkidaut cushion cover.
mengikut tema.
almaklum kan rajin tengok astro channel Li tu. mencurik n inspired but ID la kononnnn.
walaupunnnnn.

oh n aku jugak tempah kufi.
aku suka kufi.
tapi mama kata mama tak suka. dia kata takleh baca.
aku kata siapa suruh baca. lawa la.
dia kata kalau ayat al-quran mesti la nak baca.
down iolls tau. baru verangans.
checkout khat takda berkenan.
sama ada tak berapa nak lawa or mahal macam belum ke tahap kemampuan aku.
then sambil tu dok la browse je kufi2. sukaaaa.
then nampak ada kufi Kalimah. ok la kan.
Kalimah Allah obviously boleh baca la. takleh baca tu pergi sekolah balik.
so sepantas kilat tempat.
katanya dapat before raya. so ok la kan. yeay.
happy happy happy.

so cik kiah sekalian.
tahun ni tukar apa yang baru? (lagak harus macam jiran kepochi sambil jeling2 intip rumah ko)

cookies is ready peeps.

update on cookies.
ok stock dah sampai.
ye berkotak2 kat rumah ku ni.
ni pun tart lagi sekotak n almond square lagi 50 balang belum sampai.
Insyallah by today malam settle kot semua dapat.


:: abaikan kat sudut tu tetiba ada vacuum la segala batang vacuum battery. Mr.B punya kerja. berapa kali aku simpan properly pun dia tetap nak letak situ. dia memang rajin membersih rumah. tapi tang susun atur dia macam ni. sakit mata aku tengok. nasib tak kronik sakit mata aku. kalau tak boleh dapat 5 days MC *mulut muncung2 peace tepi mata* ::

so regarding pick up.
boleh pick up from today until 5th august sahaja.
bagi chance la lagi dua hari aku nak shopping ke, nak mengemas rumah ke apa bagai ye.
so by then semua dah clear.

siapa yang nak amik kat rumah parents aku kat setiawangsa sila bagi 1-2 days notice before tarikh nak amik tu.
sebab stock semua kat aku. so bagi la sedikit masa aku nak hantar ke sana.
mmg la tak jauh rumah.
tapi nak raya ni memang busy ngan kerja2 pos barang dan sebagainya.
BUT aku prefer korang amik kat rumah aku.
sebab kalau boleh aku taknak susahkan parents aku.
unless korang memang duduk dekat sesangat area sana then ok la.
tapi if boleh ke rumah aku, better amik daripada aku ye.

yang nak amik kat rumah aku pun.
bagi tau sehari awal yea.
sebab senang aku nak budget masa korang datang kul berapa n all.
sebab ye la ada time aku takda rumah contoh mengepos or restock barang, or berbuka luar ke.

vokeyh.
oh lagi satu. untuk segala barang2 lain yang aku jual.
aku akan post last hari jumaat yea, 2 august.
bagi chance makcik berehat n amik feel raya.
pastu tutup kedai.
nanti settle raya kita open to business balik.

ok tu je. buhbye.


minggu yang lepas.

this was weekend tak silap.
sebab aku berbuka rumah mama sabtu.
ada gak pic tapi nanti la update.
then malam tu tengah relax jiran selang serumah aunty ni panggil ayol n Mr.B tolong alih2kan pasu.
dia baru renovate. so dah siap ni mintak alihkan la.
ok je. laki aku tu tau la. siap pakej potong n trim pokok aunty tu lagi.
then settle tu ada 2-3 pasu dia taknak, nak buang la kira.
cepat2 mama kata bagi aku.
bagus. sebab aku memang dok plan nak beli, dari sehari ke sehara tetap tak pergi.
bulan2 puasa ni malas nak gerak.
ada masa free memang aku relax. if not everyday pun busy.
so bayangkan 3 pasu pokok besar n tinggi lebih kurang laki aku.
memang merimbun la masuk kereta.
so suruh ayol bawak kereta tu.
aku n Mr.b naik kereta lain.
lawak je. kat traffic light dok gelak2 kan dia.
sebab dia bukak tingkap kepala nak terkeluar dah.
ye la celah sana sini pokok. dia kata dah la bau daun kuat. nice.

so ajak dia tidur rumah aku sekali.
lama dia tak datang.
dia malas sebenarnya ke rumah aku.
sebab banyak kenangan kan.
kenangan dia last spend ngan anak dia sini la.
that was like what? a year ago kan.
so jangan bagi dia layan menung.
lets lepak. nasib malam tu kawan2 MrB ramai.
so melepak kita orang sampai berapa pagi.

esoknya amik kau semua bangun lewat je.
petang tu dah kul 6pm baru decide nak berbuka mana.
baru nak siap apa bagai.
dekat kul 7pm baru keluar kan.


nak gi shopping complex apa bagai memang tak sempat la kan.
so ke papparich je sudah.
memang sepi takda orang sangat.
tu yang best tu kan.


order apa patut.
pastu sembang2 la tunggu.
tapi tempat ni gila.
dah azan betul2 baru hantar air.
pastu hantar kurma.
dah lepas isap rokok sebatang baru dapat makanan.
kot ye pun taknak hantar awal.
tapi jangan la lambat.
atleast tepat or 5 mins awal ke.
dah la tak ramai langsung.
rasanya yang berbuka ada la 3-4 meja je.
lain semua macam chinese n dah makan awal.





:: dim sum di kongsi bersama ::

:: assam laksa ayol ::

:: mihun kari ku. fav ni. memang kekenyangan pastu terdampar macam dugong la if makan ni ::



dia ni bab amik pic memang over.
padahak tengah makan tu.
mulut penuh tu.
nampak aku amik pic tetiba nak posing doa.
pelik2 je.

then later bergerak.
ayol balik
aku plan nak beli air freshener kat cosway tu.
berhenti tepi jj au2.
lari jap beli.
tapi takda stock. sobs.
so beli lain. haha tetiba sangat.

then nak gi giant takleh dah.
rasa nak terberaks uolls.
terus ke rumah mama la.
cakap kat mama nak beli takda stock.
aku nak lama dah. mama kata takyah la beli. dia ada.
amik la.
sekali nak amik papa kata takleh. nanti raya nak pakai.
kedekut gila. bapak siapa la tu.
so bila aku ngadu kat mama kata takda stock.
bising la mama kata asal tak amik yang kat rumah tu.
aku cakap la papa tak bagi.
haaaahahahhahaha. kuat ngadu.
terus mama bising, jangan kedekut boleh. nanti mati semua nak bawak masuk kubur.
hahah mak aku mulut. like mother like daughter sangat.
so dapat la benda tu satu.
takpa satu lagi aku beli la.
ye la takkan nak amik semua. abis umah mama takda nanti.

so punggah stor la mama.
tu yang memacam keluar.
jumpa lak fedora ni.
org bg papa, lupa la tu.
yang mama simpan je tau.
so saje la gedik2 malam tu




spec lama noy ni pun jumpa. hua hua.
nice gak kan. sesuai size dia ngan muka besar pasu iolls ni.

eh ok la. dah petang la.
hp aku ni dpd dok bunyi masuk sms n whatsapp dpd customer.
ta-ta.

update on cookies hari raya

ok semalam aku dah inform semua regarding cookies.
siapa prefer bank in or COD.
senang bank in. but if nak COD make sure bawak duit cukup2 jangan nanti aku nak mencari baki.
i is not kedai runcit so usually takda small change.

sorang je aku tak dapat nak inform.
adelina.
so kalau baca ni sila contact balik.
sebab aku catit nama kat buku but aku tak tulis uolls order thru sms ke, whatsapp ke, email ke.
okies.
eh n dua orang lagi.
yang baru order tart dalam 12 hari lepas.
sorang tu kata nak pick up kat umah parents aku sabtu ni.
aku tak sempat catit lepas tu whatsapp ku gila stuck.
kena uninstall n install balik. so semua chat history hilang.
so if baca ni sila contact aku balik ok.

cookies available 28th onwards.
so takleh if nak amik cepat daripada tu.
kecuali if nak tart sahaja. then tu aku dah ada stock.
so kalau korang takda order before this tapi tetiba rasa nak beli tart pun boleh je.

hopefully jangan la tetiba korang cancel order ke apa.
aku tak kutip duit awal2 ni pun base on kepercayaan ok.
kalau cancel last minute amatlah keji.
ada cancel jugak tapi ok la sorang dua. tapi Alhamdulillah ada lak masuk order sorang dua balik so kira ok la.
tapi if semua buat perangai cancel. pitam seketika la kan.

hopefully by 5th tu dah settle la semua orang amik cookies ke apa-apa la.
so that ada la 2 hari aku nak last minute shopping ke apa.
bukan apa, tau la COD ni main ngan time.
kang tak leh nak bergerak aku dpd rumah kan.
nak jugak shopping khennn.

if siapa yang nak amik kat rumah parents aku kat setiawangsa sila inform aku by sabtu pagi.
senang aku tinggalkan stock sana siap2.
n make sure nanti set time n date ngan aku tu.
sila ikut timing tu.
if korang nak amik sana kalau boleh aku taknak la parents aku menunggu lama2.
sian kat dorang. bukan sihat sangat kan.
penantian satu penyeksaan ok. wah drama sangat ayat kan.

ok tu je.
over n out.

Expose Mistik : Kisah Rumah


Kisah rumah

Rumah I

Selepas berkahwin, saya dan suami menyewa di sebuah taman, pangsapuri di sekitar ibu kota, berhampiran dengan bazaar larut malam.  
Dipendekkan cerita, kami suami-isteri hanya tinggal berdua dan jiran-jiran tidak berapa ramai memandangkan taman tersebut merupakan taman baru.  

Kadang-kadang suami saya akan keluar berjumpa kawan-kawannya pada waktu malam dan akan balik ke rumah sehingga awal pagi.  
Walaupun saya seorang yang agak penakut tapi lokasi rumah kami yang bersebelahan dengan kem tentera dan suasana tidak terlalu senyap kerana terdapat juga pelajar yang menyewa rumah-rumah di situ, jadi selalunya saya tidak berapa takut untuk tinggal seorang diri.

Sepanjang duduk di rumah itu, sewaktu seorang diri dan sewaktu saya dan suami ada bersama-sama di ruang tamu, ada beberapa kali saya terperasan ada sesuatu sedang melintas dalam rumah, betul-betul di antara dapur dan ruang makan.  
Pernah juga saya terperasan ada sesuatu dalam bilik tidur utama.  
Setelah beberapa kali, kebetulan suatu malam, suami sengaja mengambil gambar dengan handphone.  Kemudian dia tiba-tiba serius dan mengajak tidur.  
Keesokkan hari barulah saya tahu, dia pun ada perasan sesuatu seperti bayangan lalu di tempat yang sama.  
Kami memang sangat takut sebab kebetulannya, blok-blok taman rumah kami itu, yang paling tinggi hanya empat tingkat, dan yang kami punya pula hanyalah tiga tingkat, dan kesemua penghuni di tingkat atas blok kami hanya ada sekali sekala, tapi pelik, kami selalu dengar bunyi perabot di alihkan dan barang jatuh, guli jatuh, dan pernah juga macam menumbuk sambal belacan… 

Bapa saudara suami, kebetulan ada datang ke rumah, dia pun rupanya ada ternampak, tapi katanya lintasan sebab memang dah itu laluannya.  
Jiran di depan rumah kami pula pernah memberitahu yang projek taman itu pernah tergendala beberapa tahun sebelum siap sepenuhnya….

Takut juga bila diingatkan kembali, sebab memang betullah apa yang kami nampak bukan sekadar khayalan dan Alhamdulillah sekarang kami akan pindah ke rumah baru…  
Tapi, ingatkan kami dah takkan alami keadaan macam ni lagi tapi rupanya macam-macam lagi yang ada…


Rumah II

Selepas hampir dua tahun menyewa, rumah yang kami beli telahpun siap dan boleh diduduki.
Sewaktu mula-mula berpindah rumah, saya ada berasa seram juga sebab teringatkan peristiwa semasa projek sedang berjalan, suami dan adik saya pergi melawat tapak projek, dan balik dari situ, kebetulan, adik saya demam panas hampir seminggu.
Walau bagaimanapun, kami cuma mengagak yang ianya berkaitan dengan kawasan tersebut yang terletak berhampiran dengan kawasan tadahan air hujan Lembah Kelang, jadi sudah tentulah ia agak ke dalam dan sunyi jadi tak mustahil ada juga hidupan lain di situ…
Kebetulan pula, sewaktu suami dan adik saya berjalan ditepi bukit itu, memang waktu remang-remang senja dan dah hampir Maghrib…

Terus ke kisah rumah kami ini; rumah di barisan kami ada dua, lebih kurang 10 buah rumah di setiap barisan, tapi waktu tu, dalam 5 rumah sahaja yang baru ada penghuni.
Awal-awal, Alhamdulillah walaupun rasa takut sebab di belakang rumah kami, masih kawasan hutan belukar, sebab kami barisan akhir, tapi saya cuba juga untuk beranikan diri sebab kali ni dah rumah sendiri.

Tup, tup, satu malam, lebih kurang pukul 12 lebih… saya sedang bersemangat mencuci pinggan mangkuk di dapur.
Suami pula di ruang tamu, menonton tv, jarak tak berapa jauh pun, anggaran dalam 3-4 meter dari tempat saya berdiri, tiba-tiba saya dengar bunyi ‘hihiiiiiiii’, sekali… masih berani sebab mungkin bunyi angin sebab memang kebetulan waktu itu saya rasa musim angin yang akan berbunyi ‘huhuuuuuuu’ macam tu…
Kemudian bunyi ‘hihiiiiiiiiii’ kedengaran sekali lagi dan bunyinya nak kata dekat sangat tidak juga tapi tidaklah terlalu jauh.
Saya terus menutup paip, cuci tangan alakadar dan berlari ke depan.
Suami macam tidak berapa kisah sebab sedang khusyuk menonton tv.
Saya terus mencari pen dan kertas dan saya tulis ‘tadi ada dengar bunyi mengilai, dua kali kat belakang… takut sangat ni…’.
Suami terus bertanya, macam mana bunyinya?
Saya menjawab dengan menulis lagi ‘hihiiiiiii… betul kat belakang… takutlah… macam mana ni?’.  Suami saya membalas, dah jangan takut, ini rumah kita, mana ada yang berani kacau…
Dia kemudian terus bangun dan membuat penyiasatan di dapur dan bilik belakang tapi…
hasilnya tidak nampak apa-apa pun…

Pada suatu masa yang lain, baik waktu siang atau malam, saya pernah terperasan ada bayangan melintas dari bilik belakang ke dapur… kadang-kadang nampak macam warna putih, kadang-kadang hitam…

Jadi, apa kami buat, kami pun pergi berjumpa seorang ustazah, dan insiden pertama, kata beliau, memang betul adalah bunyi Pontianak mengilai sebab ada dua ekor duduk di rumah kosong di sebelah rumah saya…
waktu itu, di barisan saya selang beberapa rumah, ada sebuah rumah yang berpenghuni, yang lain masih kosong termasuk di kiri dan kanan rumah kami.

Dan insiden yang kedua, kata beliau adalah ada benda yang dihantar dan ada yang memang asal usul dari situ…

Pada bulan puasa tahun yang ke-3 kalau tak silap saya… sebab kami dah tinggal di rumah tu hampir lima tahun, saya ada minta seorang kakak datang untuk menolong membersihkan rumah.
Semasa dia membersihkan bilik belakang di tingkat atas, dia terperasan seorang lelaki keluar dari bilik belakang yang satu lagi dan memakai baju putih… tapi dia tidak bertanya apa-apa sebab dia ingatkan suami saya…
Selepas siap membersihkan, dia turun ke bawah dan bertanyakan suami saya ada di mana, saya pun beritahu dia yang suami dah keluar sebaik saja dia sampai pagi tadi dan belum balik pun… dia diam…
Sekali lagi saya bertanyakan ustazah akan hal itu, dan menurut beliau, itu adalah benda yang dihantar dan sengaja menunjukkan diri…

Selama duduk di sini, ada beberapa insiden lagi yang berlaku dan ia datang dari dua punca… satu memang asal dari situ dan bercampur, sebab menurut sebahagian yang tahu tentang tempat itu, kami dapat tahu rupanya ada sebuah istana bunian di belakang rumah kami itu…
sekarang kawasan belakang rumah dah ada rumah-rumah banglo penduduk kampong di situ…
jadi kawasan tu dah tak sunyi sangat dan taman pun dah penuh dah pun…
yang datang dari benda yang dimiliki oleh orang ni.
ada sekali tu, adik ipar datang ke rumah dan dia ada menolong suami menyangkul tanah sebab nak alihkan pokok dari pasu ke tanah, tiba-tiba pinggang beliau sakit… dan beliau balik berubat rupanya ada benda mencengkam dan duduk di pinggang… dan datang dari orang juga… kalau nak bercerita tentang hal orang punya ni memang macam-macam tapi saya takkan bercerita lanjutlah…
cukuplah sedikit untuk pengetahuan, kalau manusia ada bersahabat benda-benda macam ni dan berniat suka nak jatuhkan orang ataupun nak kembangkan persahabatan dengan perkara-perkara ni, orang tak bersalah akan jadi mangsalah… semoga mereka-mereka ni dapat hidayah In Sha Allah.

Tapi, serius, kat rumah ni, saya memang ada dengar bunyi bertukang tengah-tengah malam, masa awal-awal ingatkan sebab orang baru pindah rumah tapi terlalu selalu…
kemudiannya pernah juga dengar bunyi guli dan barang jatuh atau dialihkan…
saya ada kawan yang ada ‘saka’ dan dia dimaklumkan kalau ada perkara bunyi-bunyi aneh yang mana kita manusia takkan buat pada waktu-waktu yang pelik, jadi sahihlah pembuatnya dari kalangan mereka…
kawan pernah terkena dan pernah siasat sendiri, abang beliau pada suatu masa dulu pernah duduk di rumah flat dekat Klang, dan pasti tingkat atas dan atas lagi dari rumah mereka tiada penghuni…
tapi abang dia memang tak tahu yang rumah-rumah tu tiada orang disebabkan bunyi-bunyi dan ada bau masakan…
jadi kawan saya ni pun ajak abang dia dan adik lelaki dia pergi sama-sama ke rumah tersebut immediately selepas dengar bunyi guli jatuh waktu tu…
Lepas tu sahih, memang tiada orang…
Selepas beberapa bulan, abang kawan saya berpindah sebab rasa seram dan bunyi tu memang tak pernah nak berhenti pun…

Hehe… ada lagi kisah rumah… tapi kali ini rumah mertua saya pulak…. tungguuu







pengguna tabita

ramai dok tanya soalan tabita.
letih menjawab.
so buat entry yea.

yes promo hari raya n sempena new packaging tu still ada.
sampai bila promo? tu akan bagi tau.
so beli aje.

exclusive set - rm300
regular set - rm270
trial - rm130

ada jugak tanya tabita ada keluarkan travel/ trial set ke?
no tabita sendiri takda pernah keluarkan set2 tu.
esp yang bag color2 tu. takda.
tabita ada exclusive n regular set sahaja.
so bila dia boleh provide yang tak ori, harus set lain dia boleh diragui kan.

so salah satu cara nak banteras isu fake ni sebab tu tabita keluarkan new packaging.
untuk cleanser, toner n booklet dia.

baru-baru ni aku ada nampak orang jual tabita claim yang new packaging keluar september.
if kat pasaran ada yang dah jual new packaging tu tak tau la mana asal usul.
helloooo, akaiii ada sebelum buat statement.
mana-mana tempat kau pergi pun, apa barang sekali pun original keluar dulu.
later nanti baru segala pembuat barangan fake ni tiru.

kenapa dorang september baru ada stock new packaging?
sebab now baru semua gigih nak tiru latest design tabita la.
so jangan putar alam or buta hati sangat.
korang pun membeli selidik dulu.
kalau seller korang tak dapat sediakan provide yang new packaging sebelum raya ni.
maknanya sumber dia amik daripada mana boleh di ragui.
sebab yang amik ori under ibu desi dah start jual new packaging 1-2 minggu dah.

so yeah.
harap semua clear.
nak beli roger teman ok.

:: abaikan typo blogpsot tu. psot tu adik beradik sipotsdot ok. hua hua ::



cobaaaannnn

hancur luluh hatiku.
tadi tengah beratur nak post barang, daripada belakang rasa badan di cuit-cuit, "auntyyy, auntyyy. nak tanya ada kena amik borang ke nak post ni".
tergamam, "a ah kena isi borang".
lepas-lepas tu dia panggil lagi aunty sebab nak tanya betul ke dia beratur ni.
rasa macam nak jawab ngan tumbukan padu.

aunty kau panggil aku dik?
agak-agak la dik. sikit punya hipster akak ni. wakakakaka.
no aku bukan in-denial. tapi kalau budak sekolah rendah yang panggil ok la.
ni sekolah menengah kot.

kalau ada anak baya dia. maknanya aku beranak umur aku 14 tahun.
agak-agak dik.
mesti adik bukan pelajar cemerlang kat sekolah, abis 'kakak' n aunty' pun tak dapat bezakan.

#dugaanbulanromadhon

segment baru.

ok lately ni aku banyak dapat email daripada readers ku.
mostly silent reader la.
bertanya itu ini.
or meluahkan perasaan ke.
tak kisah la berkias ke apa. aku pun tak tau hujung pangkal.
tapi dorang rasa dengan email tu, kira apa terbuku tu terluah la.
sebab simpan pun memang boleh bagi sakit jiwa kan.
ada ok luahan perasaan sana sini. huhuhu. terkebil2 je membaca.

ada jugak yang lepas email tu tanya pendapat aku.
aaaaa. aku mana reti. if aku ada alami tau la aku nak reply apa.
ada yang aku tak pernah alami, macam mana aku nak memandai jawab macam kan aku ni hebat benar.
umur pun baru berapa.
ewah ayat tu macam muda belia kan. padahallll.

dengan kesibukan aku sekarang.
aku reply mana larat je.
which is 2/10 kot. tsk.
so rasa tak best. tapi macam tak tau nak reply apa n takda masa. macam mana itu.

oleh yang demikian, aku nak buat segment baru kat blog ni.
'segment minggu ini'. so if ada lagi yang email masuk, or korang nak hantar ke apa hantar la.
akan ku share every monday Insyallah.
if aku ada jawapan kepada benda tu aku reply bawah dia.
if takda. kita tengok if ada antara reader aku maybe ada pengalaman or pendapat ke kan.

tapi kalau boleh email tu jangan la direct sangat.
macam terang2 kau sebut nama sana sini.
kias-kias la mana boleh. janji kita semua paham jalan cerita kan.
aku akan tapis dulu la. mana melampaui batas kita tak publish.
bukan apa, zaman i muda suka la benda2 cheap thrill macam tu, now dah tua tak kuasa.
semangat pun lemah je, tak membara macam zaman muda.

okies tu je.
siapa rasa nak buat sessi luahan perasaan ke apa boleh la email ke.

nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
segment minggu ini : ..............

thank u.

eh ngantuk lak tetiba.
lately ni tak cukup tidur betul la aku.
ni tengah buat trial tabita ni.
tidur sat la later bangun buat kerja can?


sedih betul systemnya

baru balik daripada post barang.
sampai je tengok kaunter kosong.
wahhh terbaik.
dah berapa hari beratur berderet sikit lagi nak sampai pintu depan.
beratur je mau dekat sejam.
so tadi terus rasa nak menari belly dancing kat situ.
wah belly dancing ke lemak dancing kan.

ni mengadap internet jap.
selepas berapa hari tak berpeluang sangat nak bersuka ria.
tengah nak clearkan picture nampak gambar-gambar ni.
alang-alang ada kita share je la sini kan.

ni masa awal-awal puasa tu.
tetiba terasa nak pergi pasar juadah ngan suami.
nak feeling naik motor sesama.
elok nak keluar dah siap semua tengok hujan renyai.
sekali lepas tu lebat pulak.
hooo man macam mana ni.
nak masak time tu dah 6pm macam tu.

terus keluar idea kat kepala..tinggggg...
amik measuring tape tu.
ukur apa patut.
ajak suami pergi carrefour wangsa maju.
pastu sendiri terkejut lama gila setahun tak pergi.
rupanya dah bukan carrefour kan.
dah jadi aeon big nama hypermarket tu.

nway, sampai je terus tuju ke nagoya.
kah kah kah.
ye hadik hadik, iolls is tempah langsir raya uoollsss.
memang plan nak tempah langsir raya.
tapi tak tau nak tuju mana.
nak langsir idaman hati.
ok tipu tau la nak tuju mana.
tapi aku tau if pergi kedai macam tu harus ribuan weyh cecah nanti.
imported la apa la. pedulik la imported. aku nak janji lawa je.
tapi budget ciput kan.

so malam sebelum tu dok lepak ngan kawan aku.
dia tempah untuk satu rumah. kain semeter rm16 macam tu. campur kain n upah baru rm1500 macam tu.
tak suka kau.
pastu siap hall dia tempah langsir yang macam aku nak.
harus la berdesup esok tu nak pergi.
tak senang duduk aku memikirkan.
hahah makcik2 sangat tempah langsir nak raya kan.

bukan sebab raya je la. tu alasan gak la.
tapi setahun lebih duduk sini mana pernah beli langsir.
yang pakai ni pun pemberian ikhsan mama.
dah la day curtain je. risau je tak sure luar ke dalam nampak ke tak.
yang laki bini kadang suka je jalan satu rumah pakai spender je. hahaha.
kalau orang luar nampak confirm trauma setahun.
kalau ala-ala victoria secret model takpa. ni ala-ala anak gajah je kan. haha.
ok bagi can la anak gajah. comel sikiiitttt la.

so ke sana. pilih yang berkenan di hati.
ukur2 kira2. bayar semua. yeayyy. hujung bulan ni siap.
la la la la.
excited kak jah.

muka laki aku dah ketat dah.
ye la terlajak la perbincangan tu.
orang dah bukak puasa aku kat situ lagi.
aku kata nak pergi la dulu beli air ke apa.
dia nak tunggu. haaa nasib la kan. haha.
penangan makcik2 nak cantikkan rumah katanya.
cantik takat mampu la. nak cara impian sangat, tak mampu lagi kan.

so settle agaknya 15-20 mins lepas berbuka kot. hua hua hua.
so tuju je kedai terdekat.
which is delifrance.
interior dah lawo.
tapi kau punya la duduk. belek menu tak jumpa.
panggil waiter sekali dia kata order kat kaunter.
e eh kau. motif dah jadi macam mc d je tetiba.
tak sesuai ok.
paling cilake order n bayar je takpa.
siap macam kantin lak. kau tunggu. kau angkat la sendiri makanan kau ke meja.
amik sendiri sudu garpu, tisu, straw.
wtf sangat aku rasa.
i mean tak kisah. tapi makanan kau harga bukan standard food court ke apa.
mahal kot. service charge lagi bayar.
tolong la bekerja sikit.
pffttt.

pastu makanan pun ala-ala je la.
end up aku makan pasta tu tak sampai half.
n balun bread pudding je.
laki ku abiskan semua.






takpa la janji kenyang.
namun nak singgah lagi lepas ni sorry la yek.
ciss tetiba nak pasta la.
tapi pasta sendiri masak.
paling sedap kot sebab pedas. tekak melayu kan.
tapi tu la malas.


horror je kan.
nak pergi threading or sendiri pluck pun takda masa.
sikit lagi jadi datuk k misai aku.
kening jangan cakap la dah macam ulat bulu.
sendiri scary tengok diri sendiri.
ni pun rajinkan diri kasi pakai la eyeliner n blusher je.
hahahahha jadilah. kalau tak lagi teruk.
orang nampak mesti terasa nak upah pembunuh upahan kasi tembak terus.

eh ok la. nak buat kerja lain.
aaaaa kerja bersusun.



Spa *D* Rumah

siapa sini suka spa, angkat tangan.
ok turun tangan tu. takyah la angkat betul-betul.
bukan aku nampak pun. hua hua.

well siapa tak suka kan.
aku pun suka.
tapi ye la kadang kos spa ni pun mahal kan.
so kalau sekala layan boleh la.
nak selalu boleh pitam.

satu lagi yang buat problem.
sebab kena set appointment apa bagai.
kadang rasa nak spa ni datang tiba-tiba.
contoh bangun pagi tetiba rasa, dapat spa ni best.
tapi of coz mostly tempat memang tak boleh la kau nak walk in je.
kena buat appointment bla bla. so tu malas tu.
esp untuk orang yang macam aku, yang tak sure bila masanya aku free.
nanti tiba-tiba ada je benda kena buat, tiba-tiba ada customer nak datang rumah pick up barang.
so leceh di situ.

so bila tau yang MUSH onlineshoppe ni ada jual produk Spa *D* Rumah terus teruja ok.
serious macam-macam ada sampai keliru nak yang mana satu.
so aku mencuba ini.





:: Serene Harum Aromatheraphy Soap :: 

:: Set lulur biji kopi + mandian santan kelapa ::

:: Garam spa kaki Lavender ::

masa dapat tu bukak je terus teruja sebab packaging sangat la lawa n comel.
belum berspa lagi feeling tu dah mari.
tapi tak berpeluang nak terus pakai sebab sibuk melampau kan.
after 2-3 days tak kira. nak gak pakai.
ye la benda dah lawa. nak tau best ke tidak.
gigih ni amik segala alatan semua.
siap aku amik pic ok, tapi hari tu kan hp ku gila n reformat balik.
hilang pics tu. sobs.

:: pics from mushonline ::


but anyway, hamagad serious best.
semua la best.
mula aku pakai set lulur kopi tu ngan mandian santan kelapa tu.
best weyh bukak je bau santan tu kuat. rasa macam makan sodap ni. haha tetiba.
senang je pun. bancuh 2 sudu biji kopi tu n 2 sudu santan gaul la sebati.
then lulur la kau.
masa bancuh rasa macam sikit je. cukup ke badan aku yang sebesar peti ais ni.
oh aku bancuh tu tak tambah air. biar dia pekat likat senang nak lulur n tenyeh2.
so dengan bancuhan tu. cukup weyh untuk badan ku. amazing.

then tunggu jap dalam 15mins.
bau semerbak je. best rasa.
then bilas. terus halus mulus kulit.
paling best badan bau spa semalaman.
pastu belek badan sendiri depan cermin n kagum sebab daki2 ke apa hilang.
nak tau khasiat set mandian yang ku pilih ni boleh check out sini CLICK HERE

then dah settle berlulur.
harus tak sabar nak gak try sabun Serene Harum tu.
sebelum pakai dah baca kan.
so harus excited nak tau kelebihan dia pulak macam mana.



mula-mula pakai ok la.
aku fokus more to belakang badan ni.
sebab lately belakang badan gatal gila weyh.
asyik la aku ni guna pengaruk kayu tu kan.
guess what. after few days pakai. sendiri perasan dah lama aku tak gatal garu2 ngan penggaru tu.
maknanya berkesan la kan.
tapi tu la tangan pendek. yang kiri kanan belakang tu ok la.
tengah tetap kekadang gatal sebab aku tak sampai nak sabun situ weyh. sobs.
nak mintak tolong laki kang elok mandi lain lak jadi.

tau tak apa paling mengkagumkan.
sebab time mandi n sabun tu rasa la kasar2 je.
tapi selamba. then nampak ada macam benda2 tinggal kat badan. rasa macam eh apa ni.
sekali rupanya ini.


tekstur sabun tu. cooliooooo.
so yang tinggal tu gaharu flakes tu.
time sabun tu memang feeling orang lama.
terasa menyental diri ngan barangan alam semulajadi. huhu.

sabun ni baik untuk:

- masalah kegatalan kulit (rashes/ eczema/ psoriasis)
- kulit sensitif (merah-merah, gigitan nyamuk)
- kulit berkudis (kencing manis)
- rambut berkelemumur kronik & kegatalan kulit kepala
- badan berpeluh walau selepas mandi & ketiak berbau

tapi..tapi..tapi...
dalam semua yang paling ku suka adalah garam kaki ni.
omg tolonglah best sangat.
dah la lawa garam2 tu.
pastu hasil selepas itu yang paling best.
bancuh ngan air panas so that garam tu larut.
tapi jangan la masukkan kaki kau terus.
tu bukan spa kaki. tu spa kaki melecur namanya.
dah rasa2 agak larut aku campur air biasa.
aku ni tak tahan panas.
so biar suam2 nak ke sejuk tu baru nyaman. hua hua.
rendam kaki dalam 10 mins.


then kau sental la pakai heel scrapper tu.
walahhhh.
paling ku teruja sebab aku buku lali kaki kiri memang horror.
tolong la memacam buat masih horror.
sebab aku suka duduk bersila.
muatan berat. so menderita la buku lali aku tu.
nak pakai lotion tiap malas tak berapa rajin.
tapi baru sekali pakai benda ni buku lali tu dah rupa semenggah ok.
kalau tak hitam n siap kering kontang.
now elok lembut. warna pun mcm brownish.
lagi few times buat silap2 mesti persis anak dara. wahhh nak jugekkkk.

paling best.
untuk semua produk ni.
kau spend dalam rm100 macam tu je.
rasa macam mahal ke? ini sebab semua kau nak kan.
tapi let say nak lulur je, baru harga set rm20+
sabun tu untuk set 3 buku tu rm45. so kongsi la ngan kawan2 ke, so baru berapa ringgit je sorang.
saving weyh saving.
n berapa kali pulak kau boleh pakai kan.
if rajin boleh layan spa 2-3 kali seminggu kan.
if kau pergi spa sekali layan pun paling murah pun rm100++

so siapa yang berminat boleh check out link2 ni or terus contact untuk beli.


Facebook : Spa*D*Rumah

Contact Number : 017-3709989 (Mush@Jijie)

selamat berspa semua.
harus la berseri-seri je nak raya nanti.
salam orang pun confident je kan.
kalau kaki lembut jangan salam orang pakai kaki pulak.
hahahahaha ok bye.


sibuknya alahai.

hari ini sibuk.
ni baru dapat bertenang.
tu pun sendiri tenangkan diri padahal berderet benda nak kena buat ni.

semalam balik je rumah terus aku mengadap siapkan trial set tabita tu.
then settle tu pergi keluar lepak sahur ngan suami.
dia tu bukan boleh duduk kejap.
ada je geng, mula la lepak berjam.
so by the time balik pun dah 4am.
tak sahur dah la sebab dah makan earlier.
just tunggu subuh. layan youtube.
tidur pun dah after subuh.
terlajak tidur kau.

terjaga pun sebab call masuk berkali-kali.
rupanya ada customer dah berjanji nak datang amik tengahari.
melompat la weyh.
sebab barang tak pack lagi untuk post.
so sementara tunggu dia post aku pack la barang.
nasib tak banyak.
sebab bulan puasa ni hari2 aku post.
takleh selang sehari.
sebab tutup awal kan. so Mr.B takkan sempat nak teman.
so aku kena gi sendiri. pitam weyh angkut barang berat2 je everytime.
so better post everyday so kurang bebanan mengangkut tu.

dah la bulan puasa ni ramainya manusiaaaaaaa.
sebab tu kalau boleh pergi pagi la.
or anytime la before 12pm.
tapi dah katanya burung hantu. berapa kali sangat la aku sempat pergi pagi pun kan.
pagi memang lapang. if after 2pm memang menangis la beratur.

macam tadi aku sampai kul 2.30pm macam tu.
rasakan panjang barisan.
45 minit gak la beratur.
dah la dalam post office tu hp aku takda line.
no service. ciss.
sebab aku nak inform customer.
sebab ada sorang nak amik barang kat situ.
so takleh buat apa la.
keluar daripada post office baru ada line
so aku message dia la bagi tau aku dah kat situ.
sementara tunggu dia datang.
aku amik no giliran.
nak simpan duit kat asb.
menabung sikit2. tambahan kepada asb loan tu la.
nasib no jauh. dalam 20 orang la.
so sementara tu tunggu la aku depan post office. huhuhu.
sebab customer tu ada baby kecik dalam kereta takleh tinggal.
aku kata takpa berhenti depan ni aku pass je kat dia. takyah parking or turun.
by the time settle just nice la no giliran aku.

lepas tu sepuluh kali check buku tengok.
pastu macam kembang2 hidung n happy.
sebab perasaan yang sangat best bila orang pemboros macam aku ni dapat pejam mata n simpan duit.
ye maybe untuk orang lain biasa.
tapi aku tak ok. aku jenis simpan pun. tetiba rasa macam eh aku ada duit sebenarnya ni.
jom gunaaaaa. hahaha
so ni asb aku rasa selamat sikit kot.
gituh la.
takpa masukkan mana mampu dulu.
ada rezeki lebih kita naikkan lagi target kan. simpan sekian2 pulak tiap bulan.
mak aku over, "simpan la nak, nanti kau beli kereta mana tau half kau boleh bayar. cash terus semua ke"
ewah mak aku. dia ingat anak dia kaya sangat ke.

balik rumah terus hadap hp balik.
sebab banyak sms/ whatsapp semua masuk.
oh satu nak pesan kat korang.
kalau boleh pilih satu je la. pilih either nak whatsapp ke, sms ke or email ke.
jangan semua tempat bagi. aku confuse nanti.
sebab aku perasan if aku lambat reply kat semua tempat korang bagi.
pening ok.
aku ni manusia biasa yang kadang membuta di siang hari.
so memang kadang akan lambat la reply.
sama ada tidur or aku ada urusan kat luar.

untuk yang rasa korang bagi order ke apa aku tak balas.
sila bagi again.
sebab kata la aku tidur kan.
aku bangun je whatsapp ada 20 orang, email 10, sms ada 5.
so risau if ada aku terlepas pandang n lupa reply.

ni kat rumah ni.
kepenatan.
tapi ni nak kena ke rumah mama.
nak amik stock kuih tart.
sebab ada orang nak amik today.
tak sure berbuka mana ni.
sebab nak buka sana takut lama lak.
sebab later around 9 dah ada orang nak datang rumah amik tabita pulak.
so memang berkejar la kita ke sana ke mari.
tapi takpa, ada kudrat Allah bagi ni, ada rezeki ni. selagi mampu kita harung kan.

aku punya la membusy.
mengarut je aku whatsapp orang ok.
aku nak restock tabita.
kawan aku suruh masuk order.
aku pun kemain type gitu gini.
sekali dapat reply trial apa?
rasa nak lempang je rasa. e eh kau blur ke apa.
rupanya aku pergi type kat customer ok. kah kah kah.
bongok gila. patut la dapat reply orang tu blur.
sabar je la.

eh ok la.
nak ke setiawangsa amik barang.
then if di pelawa buka sana kita makan.
tak kita singgah je memana ye moling.

ok peeps.
selamat berbuka.


Promo Tabita Skincare

ok ni harga promotion sempena ramadhan n new packaging ni.
sampai bila promo akan diberitahu kelak.



so siapa rasa-rasa stock tinggal sikit n akan habis soon.
time ni la elok nak stock up.
jangan tunggu berapa minggu lagi.
kang elok nak order harga biasa balik nangis la kan.

stock limited untuk new packaging ni.
sebab batch by batch dapat.
so siapa yang nak beli loose kat aku toner n cleanser tu aku masih post yang packaging lama tau.
sedih pulak bunyi lama kan.
tak lama pun. tu stock less than 2 weeks.
new packaging pulak baru sangat ni hah.
so jangan ingat aku bagi stock berkurun.
tak eyh. setiap minggu kita orang restock barang.

so tu lah harga promo.
postage free.

ramai betul tanya.
sebab menunggu aku tak update kan.
busy hoih ke sana sini.
ni baru sempat.
tapi siapa tak sabar di carinya kat whatsapp apa semua.
so lepas la dorang grab secepat mungkin.


trial set.
lawa kan new sticker tu. kitew sukewww hew hew hew.
siapa nak trial ada ready stock.
rm130. 

ok tu je penguguman hari ini.

tabita exclusive - RM300
tabita regular - RM270
tabita trial - RM130

free postage.

email tabita.nhb@gmail.com

whatsapp/sms 012-2758575





kemeriahan berbuka puasa.

haaa ini miacam baru semangat nak amik pic menu ke apa kan.
ni baru namanya kemeriahan berbuka.
kalau tak sedih gila je everyday.
nak berbuka pun tak semangat ok.

this was last thursday.
around 3pm macam tu papa call.
dia kata hari ni dia berdua je ngan mama.
ayol memang takda sebab kerja kat sabah sarawak.
noy memang tersangkut kat kuwait daripada before puasa hari tu.
usually P.G ada la. tapi hari tu dia ada berbuka luar ngan kawan2.
so berdua la dorang.
dorang kata nak ke rumah aku.
aku nak makan apa. dorang nak singgah pergi pasar juadah.
aku kata susah-susah biar aku je la pergi sana.
ok set.

so papa kata dia nak ke au2.
tolonglah pasar juadah paling aku sukaaaaa.
tak crowded n 80% makanan situ sedap.
n mostly orang yang dah meniaga situ for the past 6-7 years.
kau dah tau nak tuju kedai mana yang best ke apa.
tu yang bila papa kata nak ke sana.
amik kau. pelbagai belon2 keluar atas kepala aku ni.
belon2 cadangan nak apa. hahahha.

tapi since few days ni kan memang berbuka ala kadar.
so nafsu tak menggila sangat la.
hmmmm. berfikir...berfikir.
papa sambil tu dok bagi suggestion.
terus aku macam, ok nak siput sedut.
n nak ikan pari bakar.
fav tu.
ingat few years back. hari2 aku akan suruh mama beli ikan pari bakar.
n aku hanya berbuka makan lauk tu je semata2. terbaik.

Mr.B pun sibuk nak gak beli lauk.
aku cakap tak payah sebab nanti banyak sangat.
dia kata nak beli jugak pajeri nenas untuk mama.
aku kata ok. tapi 3 ketul je jangan lebih. nanti bazir.
tapi balik kerja sibuk berkemas pastu tertidur laki bini.
bangun around 7pm.
tertinggal umah lauk tu. hahaha.
tapi takpa sahur makan.
rupanya laki ku sempat jugak beli rendang daging which is so sedap.
so sahur tu je. ngan nasi panas. fuhhh.

nway, menangis bila sampai rumah mama tengok lauk terhidang.
ini adalah terbaik.

:: masak lemak ikan keli n pucuk ubi ::

:: masak lemak siput sedut ::

:: masak lemak telur itik ::

:: sambal ikan bilis kentang dan tempe ::

:: asam pedas daging tetel ::

:: masak lemak nangka ::

:: ikan pari dah ayaq asam :: 

fuhh terbaik wokkkk.
telan air liur lapan kali berganti ganti.
semua sedap kot. aku jadi confuse sangat.
terus gegirl keliru..gegirl keliru.
aku kan tak reti makan campur lauk.
tapi pentamak semua nak.
so akau akan macam sikit2 la.
asing kan lauk then layan asam pedas dulu. fuhhh best.
then layan ayaq asam n ikan pari je.
then lasttt sekali ratah siput sedut pulak. 

then abis tu menjamu selera ngan kuih muih pulak.


kau bagi la aku hotel 7 star pun.
tetap aku akan rasa berbuka rumah mama n papa paling best la.
walaupun semua lauk tunjuk. tapi qualitas tu terbaik.
lengkap la, cakap nak apa je semua ada.

so sekarang faham tak kenapa aku malas nak amik menu berbuka tahun ni?
n kenapa tetiba aku semangat amik on this specific date?
i wish everyday pun boleh berbuka sini. hihihi

oh ni pun tengah ada sini.
sebab ada cust tadi datang amik tabita n tart nenas.
so aku ke sini. alang2 berbuka sini.
pun semua lauk tunjuk.
tapi time hidang tadi sebaldi air liur meleleh weyh.
rajin aku snap pic lagi. la la la.



last call untuk order cookies hari raya.

[scroll down for new entry]

bagi yang nak order cookies raya. sila cepat.
sebab aku akan tutup order sabtu ye.
last sampai 12pm aku bagi.
cookies boleh start amik 28th onwards ye.
preferably yang boleh pick kat rumah aku.
ni kuih-kuihnya.
rm18 sahaja. murah kan.
serious sedap sampai mata ke atas.
once rasa terus kau nak amik 2-3 balang terus.
aku ni sangat cerewet bab makan.
sedap kat tekak aku sampai sanggup willing jual, memang sedap la ok.
percayalahhhhh.

3-3 ni sedap.
chocolate chips terbaik.
suji brunei manis tapi sedap gakk.
almond square crunchy n lemak. paling feel kau buat air panas cicah. fuuhhh.
angaran 300-350 grams macam tu.
suji brunei tu 30 pcs.

lagi satu aku tambah.
ok yang ni aku bukak order sampai saat2 akhir raya ok.
janji kau bagi notice 2-3 days before nak amik.
apa lagi kalau bukan tart nenas kegemaran kami.


rasanya dah bertahun-tahun kot makan tart nenas ni.
memang terbaik tak jumpa lagi lain yang sesedap ni.
melt in your mouth katanyer.
sekali ngap je. inti nenas pun terbaik penuh dalam tu.
sekali harap takda makan seketul dua je. silap 6-7 boleh layan makan sekali hadap tu.

mama tiap tahun memang akan beli berbalang2 tart ni.
pergi beraya rumah orang akan bagi as buah tangan.
or if tetamu rapat datang beraya akan bagi bawak balik as bekalan.
pastu sesiapa dah makan ni, mesti next year teringat pastu contact n kata nak order.
memang sedap hoih.
belum apa-apa aku dah beli 2 balang from mama.

sebalang rm28. ada 50pcs.
berbaloi-baloi.
tahun depan confirm carik aku lagi nak repeat order katanyer.

so berminat sila whatsapp/sms aku kat 012-2758575

or boleh email nurhafiza.burhanuddin@gmail.com

ingat cookies 3 atas tu tarikh tutup order esok ye.
so place ur order.
n boleh pick up 28th onwards.



calculating calculating.

hari ni memang takda pergi mana.
kat rumah je.
so konon nak buat kerja rumah la.
mengemas kasi bersih segala.
tak dapat weyh.
bangun je tidur. sempat basuh n jemur cadar je la.
nak letak hp pun tak dapat.
sebab Alhamdulillah banyak order cookies masuk.
tu yang tak sempat apa tu.

kawan whatsapp ajak sembang ke apa pun tak dapat aku nak melayan.
layan la. tapi elok aku reply. tengok last dia bagi was like almost n hour ago.
haaa lembab. nak kak nam pun tak best macam tu kan.

tau-tau dah petang je.
Mr.B pun dah balik daripada kerja.
last tengok dia yang dok mengemas macam biasa.
segala yang konon aku nak buat tu, dia yang buat. hik hik.

memang hari ni plan nak makan luar.
tapi tak tau kemana.
malas tempat orang ramai n bersesak.
taknak buffet jugak sebab tau bukan selera besar sangat nowadays.
so last decide ke festival city je.
dekat ngan rumah.
since dekat. so almost 7pm baru keluar rumah.
naik motor je senang. takyah pening jam ke, carik parking ke apa.


sementara tunggu Mr.B berkemas.
biasa la mesti nak cam whore.
selak2 rambut. eh nice.
terus snap n caption konon aku potong rambut.
huhu memacam komen dapat ada kata suka aku rambut panjang la.
kata rambut baru lawa la. sesuai la.
apa-apa aje korang ni.

mana ada potong la.
rambut aku kan layered. so memang depan ni pendek sikit.
selebih rambut kat belakang. nampak la pendek konon.
padahal dah ke pinggang dah ni.
ramai tertipu je. tadi facetime ngan noy pun dia percaya aku potong.
dia kata bestnyaaaa. hahhaha sian.
idok le.
laki ku suka aku rambut panjang. panjang ada makna tu. eh tetiba. haha.
sebab pernah tanya.

me : i rasa nak potong rambut pendek la. ok tak?
Mr.B : potong la. i ok je. macam macam pun i sayang jugak. i terima u seadanya.
me : tu la rimas. i rasa nak potong pendek la.
Mr.B : okayy *layan tak layan*
me : ye ahhh. i nak potong style macam mama tu. senang nak jaga.
Mr.B : haaaahhhhh? jangannnnn!
me : ehhh kata terima seadanya.
Mr.B : ye la. tapi jangan ah. rambut ama (mama) tu pendek tangat (sangat).
me : hahahahhahaha saje je. memang tak lah. kalau kurus takpa. i muka besar pasu tak sesuai pun.
Mr.B : moling tu bagi ite (kita) tu manjat (terperanjat).

hahahahaha saje je.
ye la cakap layan tak layan. saje la sakat.
rambut mama memang pendek abis la. kira 1-2 inch je ok.
mesti ringan kepala kan.
kalau aku muka runcing selamba.
ni kalau aku buat.
confirm rupa tomboy debab baru nak akil baligh ghupenye. eee takut.


taraaaa. masih panjang.
nway, kami makan di teppanyaki je
seronok la festival city ni.
tak ramai orang.
so takyah nak kalut rebut2 datang awal ke apa.

so lepas amik tempat n place orders.
harus la jalan2.
aku ke homes n harmony eyh kedai tu?
aku suka kedai tu.
barang lawa nak namps je semua.
laki ku memang malas layan benda2 macam ni.
so aku pusing2 situ. dia sibuk layan massage chair depan kedai tu.

tolonggggg. juling2 mata semua nak.
bantal lawa-lawa.
paintings pun lawa gilaaaaa.
aku dah la memang tengah carik pantings.
ni lawa nak mampos ok. range harga dalam rm300+ ada, yang rm600+ ada. wahhh lawa.
pastu pusing lagi. ahhhh pasu bunga pun lawa.
frame pun lawa, pokok artificial pun lawa, table lamp pun lawa!
aaaa nak semua plisss.
harga ok la not bad aku rasa.
serious terketar-ketar rasa nak memacam.
ikutkan rasa nak rembat 1-2 barang beli.
tapi memikirkan naik motor. agak2 la der.
nak bukak puasa pun kan. fuhhhh tak tahan.
sorry la orang yang dah ke arah makcik2 memang macam ni.
tak pikir sangat nak baju raya ke apa.
sibuk pikir barang nak cantikkan rumah.
apa motif tah. macam la ramai nau tetamu umah aku ni khennn.

then around 7.25pm turun bawah.
dapat air baru makan belum sampai.
then bf noy call tanya kat mana.
nak buka sama la tu. so ku ajak je join.
elok berbuka kami minum dulu n keluar smoke.
by the time masuk dah sampai makanan.


tak dok lama pun.
layu semacam je Mr.B lepas berbuka tu.
so terus balik. dah la dia sibuk suruh aku balik ngan bf noy.
supaya boleh dia rider sikit bawak motor.
kong ajar kan. nak cakap kira aku naik sekali motor tu takleh nak laju mana la.
keji doh. dulu bertahun kot dia pujuk aku jalan2 naik motor la apa.
dekat2 je la. aku taknak sebab aku tak suka.
now aku dah suka, dia lak kemain eksyen kan.
ah tak kira. nak naik sama gak.
seronok berangin.
pastu nanti kita orang dok jerit yeeehawwwww. banyak2 kali.
konon koboi sangat la tu. tah apa2.
orang dengan mesti ingat pasangan gergasi mana la yang sewel gila ni.

balik tadi aku terus mengadap buat trial.
ni relax kejap.
later nak start packing untuk postage later.
tapi perut lapar la pulak ni.
nak makan ah dulu.
kalau tak, kurang bermaya nak buat kerja.
ewah..

apa motif tajuk?
motif adalah dalam kepala dok calculate berapa kena ada kalau aku nak beli barang2 yang buat aku terliur kat kedai tadi.
fuhhh lap air liur.
takleh tahan.