Instagram : @peejburhan

kerenah kekucings ku.

did i tell u guys yang ceceh adalah super manja ngan Mr.B.
of coz i did.
nway, ngan aku dia eksyen.
dia sayang Mr.B je.

so dia ni selalu suka tidur je ke. malas nak dekat ngan kau ke apa.
tapi bila Mr.B balik je daripada kerja. terus dia akan bangun daripada tidur dia.
mengiau2. pastu tunggu depan pintu.
Motor Mr.B ada bunyi brake tu tau. macam eeeiittt..eittttt.
so dia memang tau la abang dia dah balik la tu.

so dia memang akan tunggu.
masuk je kemain ngiau2 leseh2 tah apa mengadu. menyampah gila.
laki ku pun layan la ke dapur bg makan ke apa.
padahal ada je makanan.
sambil jalan kemain sembang berdua tu.

so ada satu petang ni laki ku balik.
aku cecepat keluar sebab tak bagi dia masuk.
nak pesan suruh belikan nasi ayam kat atas.
laki aku kata jap, biar dia sapu depan kejap.
biasa la. dia memang over rajin.
aku masuk balik dalam. panas gila kot.

masuk je tengok ceceh dah ada depan pintu.
e eh dia ni. tau aje Mr.B dah balik.
aku sambung buat kerja. memang tak pikir dia la.
pastu after 10 minutes dengar la motor start balik.
agaknya laki aku dah nak keluar belikan pesan aku tadi la.

tetiba ni ceceh lalu belakang aku sambil ngiau2 tak bermaya.
macam kecewa sangat la bunyi tu. macam membebel n mengenang nasib diri sangat bunyinya.
hahahah kelakar lak aku rasa.
ye la dia semangat la berlari then tunggu.
sekali tak dapat jumpa abang dia dah keluar balik.
emo lettew.
funny cat.

aku continue la aku online.
later tu laki ku balik.
haaa kau dia muncul balik.
berlari dia tunggu depan pintu.
pastu seperti biasa masuk je terus bermanja2.
eeee mengada gila.
ngan aku takda pun begitu.

apa-apa la ceceh.
i still lebiu.

tu takpa. tu takpa.
aku memang plan nak spay kan kekucing ni semua.
tapi since ceceh still bf babies dia. so nanti la.
n kekucing lain kan baru 4 months ++ macam tu.

sekali aku ternampak baru2 ni si RiRi dok tertonggeng2.
aku macam eh takkan kot.
tapi dia ni memang daripada kecik badan kemain melentik2.
rasa nak babap je bontot.
tapi ni lain macam.
sekali 2 hari lepas tu dah start on heat.
tergolek2. bontot angkat semua.
tu takpaaaaa!! sekali aku tengok si milky pergi n mula beraksi.
whattt??/ korang kecik lagi kot!!
dah la adik beradik.
sumbang mahram sungguh la weyh. bongok!

terus aku google umur berapa sebenarnya kucing on heat.
bila boleh spay sebenarnya?
setahu aku memang 6 bulan baru dorang reti.
kira 6 bulan umur kucing adalah macam umur remaja untuk manusia la.
aku pernah spay kucing aku. tapi mesti 6 bulan tak silap.

so aku google banyak.
still tak jumpa jawapan yang aku nak.
aku memerlukan dorang untuk tidak melakukan depan mata aku.
tu takpa. kang preggy kang.
mampos ok. now pun dah ada 6 kucing.
lagi aku ada google n jumpa orang kata if kucing umur macam RiRi ni preggy.
it is not healthy sebab ibarat budak perempuan umur 9 tahun dah mengandung. get it? get it?

terus kecemasan aku whatsapp kat iz yahya.
dia kan crazy cat lady.
so apa2 berkenaan kucing aku akan tanya dia dulu.
Insyallah dia tau la selok belok segala.
pukul 4 pagi aku kacau. ahaha padan muka.
dia jawab sebelum subuh gituh. bagus.

dia kata memang ada yang on heat by 4 bulan.
tapi sangat jarang.
n berita paling gembira aku dengar adalah dia kata 4 bulan dah boleh spay kucing.
as long as berat dia dah lebih dpd 2 kg. fuhhhh lega weyh.
dulu aku spay kucing pertama kat hospital kerajaan.
so syarat kena 6 bulan n berat lebih 5kg ke apa. lupa la.
yang kat vet biasa dulu memang tak tanya.
sebab tau umur kekucing dah lebih.
n takda lak dia check lelain. so ok la kot.

so esok aku akan bawak 2 ekor tu jumpa vet n tengok apa boleh buat.
cukup la apa yang ada ni weyh.
settle tu. nanti aku nak bawak ceceh n mochi pulak.
biar semua spay.
yang Mr.B bising, dia kata kesian la apa.
aku kata takda la, dalam islam pun hukum dia harus.
terus dia diam.
bagus.

tapi pitam kejap iolls membayangkan kos nanti.
sekor kucing dah berapa kan.
belum masuk lagi ngan charge dorang boarding.
takpa la janji bahagia.

aku bahagia tengok muka dorang hari2.
bahagia tengok kerenah dorang.
walaupun kadang ada rasa nak tempeleng n bisa bagi aku high blood pressure.
anything for u kitties.
lepas sapay harap semua debab seperti tuan ye.

ni pics dorang aku share ye.



:: ceceh's baby ::


:: mochi the menace. seboleh nak gak masuk kat plastik sempit. time ni aku busy mempacking barang nak post. dia pun busy body kemain ::

:: nasib reti letih. kalau tak penat aku nak packing barang sambil berkungfu menepis kucing2 ni mengacau tau ::


salah satu hobi dorang.
orang sibuk nak beraks.
dorang sibuk nak meneman.
everytime!
ada yang tanya apesal aku tak tutup pintu.
well aku sorang kot kat rumah.
pedulik hapa terbukak pun kan. hahaha.
kadang aku rapatkan. tak selak la.
pandai lak tu tolak. hahahha.
suka kot. amik bau katanyer. hahahahahahahhahaha.

:: RiRi n milky ::

ni la sumbang mahram tu. hahah.
tolong la milky ni manja sangat.
dulu masa memula amik dia la paling penakut.
laju-laju dia akan lari nyorok bawah tv cabinet ke, sofa ke.
now dah ok.
dia takda la manja datang meleseh ke apa.
tapi if dia datang dia pandang je.
then kau amik dia peluk macam baby tu.
dia akan baring je situ tak bergerak. dia lembikkan badan dia lagi ada. manja gila.
pastu penat aku letak kat peha time bersila tu.
dia baring je la situ sambil kau buat kerja.
nanti aku yang penat kaki. alihkan dia.
dia akan duduk serapat mungkin ngan kau. awwww melt.


eee comel kenit geram penyetkan dia.


Ephyra Promo CLICK HERE
Pre-Loved clothes CLICK HERE

Ephyra Collagen Drink (testimonial video)

[sticky post - scroll down for new entry]

selalu aku share testimonial picture kan.
either yang oceanlife sendiri provide.
or yang customer ku share kan.
so kali ni aku share testimonial video pulak.

:: Pn. Nor Aliza Sahar ::

aku excited ni sebenarnya.
sebab masa tengok video ni.
aku macam tengok je la.
then aku rasa macam familiar je suara dia. muka ala-ala cam tak cam.
then aku tengok nama terus macam, hamagadddd.
tau napa excited?
sebab aunty ni adalah kawan mama.
masa mama kerja dulu. kami panggil aunty nora sahar. heheh.
sebab apa tak cam muka?
sebab ye la dulu time aku sekolah menengah macam tu.
dah berapa lama kan.
so bila dapat tau dia pun pengguna ephyra. rasa best pulak.

nway, haa dah dengar testimonial ni?
lain orang lain reaction n rasa best yang dorang rasa.
macam baru ni ada akak ni customer ku datang.
amik stock ephyra.
dia kata lepas pantang je dia memang amik ephyra.
then habis. dia asyik takda masa nak repeat beli.
then now dia kata rambut dia gugur banyakkkkk sangat.
dia kata memang la orang kata lepas beranak rambut gugur banyak.
tapi dia kata masa dia amik Ephyra dulu takda pulak macam ni.
tapi dia memang tak teringat.
sekali suami dia ingatkan dia, maybe sebab dia dah stop Ephyra.
cuba try amik again. tu yang dia datang hari tu n beli 2 terus.
happy bila kali ni beli siap dapat shaker n bag organizer tu. :D
sempat la sembang macam2.

as for me, aku ni perangai. aku memang kurang perasan sikit perubahan yang berlaku.
kang taknak la kita syok sendiri ke apa.
tak pun orang kata, eleh kau jual kau kata la best.
so biar orang la yang perasan ke apa.
tapi satu pulak perangai, bila orang puji itu ini, nanti aku sibuk cakap ahhh merepek, takdanya. biasa je...bla bla bla.
tak nak la cerita apa yang orang cakap. macam poyo sangat pulak kan.

tapi ni apa yang aku sendiri perasannnn.
seperti biasa tenaga tu la.
tau la aku ni penggemar tidur.
tapi memang perasan if tak amik memang tidur je la kerja aku.
tapi if start rajin minum Ephyra, mesti cergas je.
macam today hariku bermula pagi.
ok tipu, pagi tak pagi sangat la. ok bagi aku pagi la. selagi matahari tak tegak atas kepala kan.
bangun je as usual akan ku mulakan ngan minum Ephyra.
then terus buat kerja. aku mengadap email, whatsapp, sms ke apa semua tu la.
then settle buat kerja tu aku stop kejap, terus ke dapur masak.
masak 3 lauk simple.
then makan.
sambung again layan customer sana sini.

around 3ish aku ke office oceanlife restock barang lagi.
then ke rumah mama sebab nak hantar stock n noy nak balik. dia tidur rumah aku btw.
then duduk kejap rumah mama.
petang balik. angkut stock masuk rumah.
terus buat kerja membalas segala email whatsapp yang masuk.
maghrib break sekejap sampai isyak.
lepas tu pergi dinner ngan jonet.
balik around 9ish sambung reply sana sini confirmkan payment customer.
then around 11pm aku start buat trial tabita. siapkan banyak jugak.
then sambung pulak tulis nama, alamat apa semua kat consignment note. banyak.
by the time settle kerja tu dah 2am macam tu.
ni relax kejap. sementara nak tunggu tidur.
maybe before tidur nak gosokkan baju suami untuk kerja esok. if tak larat pagi kang kita buat.
see, so energetic. kalau tak aku bangun pun dah kul berapa. jaga kejap bape jam takda buat apa.
petang nak tidur lagi. gilaaaa.

then satu lagi yang paling ketara memang tumit kaki la.
tu memang rasa. aku ni stock tumit kaki horror.
pemalas katanya.
tapi since minum ephyra tak perlu sibuk nak sental kaki ke apa la.
memang elok lembut je.
tadi masa hantar stock rumah mama.
aku hantar sekali ephyra. oh mama n ayol pun minum gak. over kan.
siap bila abis je mula la mengecek nak.
so tadi ku hantar la. hari tu takda stock kan.
kemain mama siap, "yeayyyyyyy. mama tak minum dok miss ni. tumit kaki mama dah kasar balik. kalau tak lembut sangat."

n satu lagi rambut tu.
tu emamng perasan. aku pun rambut jenis gugur.
nak kata takda gugur tu menipu sangat la kan.
tapi memang boleh perasan.
tau la rumah aku kan ramai selalu tidur.
so bila aku mandi. kat drain punya cover tu. sikitt je rambut aku.
kira kalau duduk sendiri, tunggu mandi berhari2 la baru perlu nak clearkan ke apa.
tak banyak.
but kalau la dorang ni tidur. kata la aku masuk toilet lepas dorang.
sekali shower je memang dah kena kutip buang sebab mcm banyak gak la.
terus rasa nak kembang2 hidung rasa macam nak je cakap, "minumlah ephyra". hua hua hua.

kulit pun of coz ada beza. tapi tu lain kali cerita.
so kesimpulan. cuba la try.
kita ni perempuan tak banyak, mesti sikit ada rasa nak feeling lawa.
bukan nak tayang kat orang pun, sendiri syiok. huhu.
so tak rugi if invest sikit.
berbaloi-baloi.
kadang kita memang rasa kita macam ok je. takda masalah ke. tak perlukan apa-apa.
aku pernah ada kat phase tu.
until bila kau dah lakukan perubahan.
then kau tengok balik pic lama kau ke apa. kau sendiri akan rasa macam nak hantuk2 kepala sendiri kat dinding.

try la dengar trial set dulu.
now ephyra dah ada trial set. RM68 je.
ada 10 sachet.


dah rasa perubahan dia.
then boleh invest beli yang normal size tu. premium box.
yang tu ada 30 sachet. dapat free shaker sekali.
nak tau Ephyra Promo buat masa ni boleh CLICK HERE

haaa tunggu apa lagi.
interested boleh email me at nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
or boleh sms/ whatsapp at 012-2758575.

kalau aku terlambat balas ke apa bawak sabar ye.
ku hanya manusia biasa yang bertangan dua je.
if lambat tu memang bebenor busy la.
:D

#aqiqahleecha

teringat nak update.
since ada pic lets update.
panas memancar kat luar tu.
nak keluar pikir berapa kali ni.
tapi kena jugak keluar jap lagi.

so sementara tu mari update blog. keh keh.
ini je la hiburan ku pun khen.
so mari update aktiviti last weekend.
last weekend memang dah plan nak ke aqiqah leecha anak bongsu si filla.
bongsu ke? ke lepas ni ada lagi sorang filla?

sehari sebelum tu duk whatsapp ngan elly.
dia tanya aku datang kul berapa la apa.
aku kata petang sikit la.
dia kata nanti aku sampai caterer dah balik la apa.
eh filla tulis majlis 10.30 sampai 4 ptg ok.
so ok la kan. aku budget kul 2 gitu.
dia kata dia sampai 12-12.30 macam tu.
if sempat jumpa la. tak sempat takda la.
oit awal.



punya la malam tu gigih aku pack barang nak post la apa.
sebab aku memang post sabtu.
tidur pun dah pukul berapa.
bangun pukul 9.30 pagi weyh. gigih gila kan.
tapi gila kau bangun. tapi menung lebih.
dah siap tinggal nak make up baru aku kejut laki ku.
tapi dia siap mengalahkan perempuan.
plan 11.30 keluar umah.
last 12 lebih baru keluar.
aku post kejap.
then terus ke rumah filla.
jauh bebenar rasa.

aku sampai kul 1.10pm macam tu la.
dok terjenguk2 cari elly. aik takda. adakah dah balik?
tanya pak radie, dia kata tak sampai lagi. boleh????
rupanya dia baru otw.
kong jaq sangat.
dia kata saje je kenakan aku, kalau tak aku bangun je dah kul berapa. eeeee.
pastu dia kata tengok aku instagram siap morning apa bagai dia dok gelak je.
nyampah kan.

sampai terus makan. hua hua.
baru nak amik makanan si filla sibuk ajak amik pic.
sebab dia kata tengah lawa ni. nanti kang lambat amik dah comot.
apa yang dia cuba sampaikan ni?
kenapa aku comot ke di kemudian hari?
tapi memang pungggg.
sebab panassss. aku kan ratu peluh. hahah.



eee kepala like kekura. pastu besar pasu kan muka. nyampah.
perangai aku orang amik pic tak suka nak tengok balik.
patut aku tengok dulu kan. tak lawa delete. sila amik lagi. hahha.
tapi aku nyampah orang gitu. so sebab tu aku jenis malas amik kisah.
haaa rasakan. pastu baru padan muka pic rupa gini.
oh ni pic aku cilok dpd instagram filla.
tengok la tangan leechaa tuuuu. ketul2 leecha.



hidangan pada hari itu.
gila kau banyak betul lauk kau macam confuse gila rasa semua nak.
ada masak lemak daging salai, ayam goreng rempah, sayur campur, ulam, gulai kambing korban tu, tempoyak daun tu (mak mertua ke ipar filla buat) ada sambal belacan, ikan masin.
macam mana la gegirl tak keliru kan.

:: candy table DIY oleh filla. kelas uolls. ::

patut dia kelam kabut.
kata kenapa penanda berpusing la apa. gila.
pastu sibuk nak alihkan la apa.
dia kata bebudak tak sampai nak amik.
nanti tak nampak la.
alaaa bebudak ada mak budak. biar mak dorang amikkan n layan anak dorang.
takyah nak kalut.


:: tamak kan ahkak makan. lapar weyh. aku ngan tak sarapan apa pergi umah filla. sebab kerja elly la suruh gi awal la apa. so sampai harus tamak semua nak ::


:: mmmmmm dappp ::


:: siap ada goodies bag. pak radie masa bagi garang gila, "kau nak jugak ke? ke taknak?" e eh dah hulur tapi tanya. bagi je la kan. ::

dalam 15 minit lepas tu elly datang ngan en win n anak2.
boleh ngam pulak MrB ngan en win.
rupanya sebaya. tu takpa. birthday selang berapa hari je ok.
patut perangai lebih kurang.
seronok la sembang sebab katanya remaja sezaman kan.
yang aku dah cakap kat elly," ni kejap lagi ada yang dorang tukar no phone ni".
sebab rumah kita orang pun takda la jauh mana pun.
sekali betul. tak sampai berapa minit lepas tu tukar no. gelak kitaorang.
yang elly kata if nak jumpa ben, make sure bawak dia. dia boleh lepak ngan aku.
ok boleh je.


:: elly n i ::

:: suraya - elly - filla - me ::

panas weyh hari tu.
bergelas2 minum air sirap. sejukkkk.
ada teh terik n filla kata sedap. aku tak pandang.
sebab aku dah la tak berapa air panas ni.
pastu tengah panas lak tu. memang tak la weyh.
nasib ada cendol gak.
panas2 tu hirup2. sedap.

aku memang tak bergerak weyh.
kosser.
ni pics bawah ni ada pun sebab laki ku rajin amik pic.
berjalan n ramah sana sini.
siap tolong angkat pinggan mangkuk la apa. eee over.
so yea mari tengok pic.




haha amani eksyen gila.
sebab dia baru bangun tidur. suruh tukar baju pun taknak.
kehulur kehilir ngan seluar kontot. eee comel.
pastu orang panggil nak amik pic kena jeleng ok.
laki aku ni kan suka bebudak.

:: anak suraya, shein ::


:: lagi sekali tak dilayan. haha ::

:: nasib leecha layan kan. tapi dia takleh buat apa pun. orang letak kat buai dia kena pasrah je la kan. ::

ramai gak jumpa sana. ada hotmama.
walaupun memula memasing segan je nak tegur. haha.
then ceera n sepet sampai.
macam tetamu vip sangat kemain lambat sampai.
nak kul 4pm dah.
laki aku dah teleng2 kepala ajak gerak. ye la berapa lama dah kot kan.
so gerak la. tak sempat nak amik pic ke apa.



amboi baru aqiqah anak kemain memacam filla ni bagi dalam bag tu.
kalau anak dia kawin agaknya dia bagi luggage kot sebab segala nak bagi.
haha.
tapi aku suka je. makan jelly, makan cloud nine tu. makan keropok tu.
best.

eh ok la.
kul berapa dah ni.
aku kena keluar amik barang.
ta-ta.

korang macam mana?


tadi masa aku update entry tadi.
jonet ada balik kejap lunch break.
oh dia dah ada kat umah aku since isnin.
sebab dia ada course kat HAT Mizan. dekat ngan rumah aku kan.
so tumpang tidur sini. ok aje.

so tengah aku gigih update jonet tanya.

jonet : kau dah tak payah tengok yea? kau dah hafal ke huruf semua kat mana?
me : apa keyboard ke?
jonet : a ah.
me : a ah hafal. kenapa? kau tak ke?
jonet : *buat muka cebek sambil geleng kepala*
me : entah aku hafal la. sebab dah berapa lama kot aku blogging ni.so selalu sangat so dah tau la huruf semua. cuma kalau symbol semua ni tak hafal sangat la.
jonet : bagus la kan.
me : senang la. sebab sama je kot. kita punya hp semua qwerty keyboard.

tapi ye la.
dia doktor kot. dia bukan mengadap computer 24/7 macam aku.
dia pun bukan jenis minah gossip ke apa yang gigih 24/7 ngan hp dok chatting ke. twitter ke apa.
so boleh jadi la.
then terkagum jap.
ye la. ingat lagi dulu tengok mama type.
pakai semua jari tak silap.
yang aku pakai 2 jari tunjuk je time tu.
mama kata mama belajar jadi typist dulu. ada course dia.
ooo gituh.
so dia kata memang memula masuk kelas kena hafal huruf kat mana bla bla.

then kawan mama ada ada datang. anak dia pakai pc kita orang. pakai 2 jari tunjuk gak type.
dia gelakkan. eksyen la sebab dia macam mama gak terel.
pestu dia tanya aku aku pakai berapa jari. aku eksyen sebab time tu aku dah pakai 4 jari. hahaha
jari tunjuk n jari hantu. bongok gila.
tapi now ok la.
aku takda la guna semua jari all the time ke apa.
tapi so far rasanya 8 jari kot.
jari ibu aku tak sure aku guna ke tak. macam tak.
tapi ok la dah tak perlu tengok keyboard la time type.
tapi kadang terbabas gak typo.
tu masalah jejari gemuk namanya.
hahaha.

korang macam mana?
esp yang blogger la.
kalau korang memang kerja typist or secretary ke apa tak kira la.
tu memang korang terel kan.
i mean yang orang biasa macam aku la.
wah sedih gila bunyi. orang biasa-biasa katanyer.
nway, ada tak peningkatan?
ke sama macam memula zaman dulu.
ke sekarang koranglah juara siap boleh masuk pentandingan. wah gila over kan.



tak sempat buat apa.

busynya cheq di hujung bulan ni.
sebab hujung bulan kan time orang dapat gaji.
so paham2 la.
semua nak beli barang. nak restock ke apa la.
dah la now ada promo kan. lagi laju la.
pastu ni nak raya. haaaaa.
biasa nak raya lagi ramai nak feeling lawa time raya.
ramai la yang beli n all.

nak menyiapkan trial tabita lagi.
aku kan ada pekerja buat trial tu. aka nonoy la.
tapi gila takleh harap.
dia nak kerja time tengah bulan tengah kering je ok. nak je aku sepuk.

hari tu awal bulan aku kata la trial nak abis.
punya la dia menegakkan konon nak buat kena ada mood la apa.
e eh macam tu pulak. suka kau la.
so aku la buat sendiri siapkan.
ok aku dah terel siapkan cepat. laju macam dia gak la.
rasa macam operator kilang sangat. hahahah.

tu takpa. tu takpa.
tetiba time tu tengah bulan kot.
tetiba dia kata eh saya nak tidur umah kau. tolong buat trial.
aku kata tak payah la. aku dah budget. barang takda nak buat trial.
dia kata abis mama kata kau punya dah abis trial.
hello nak tunggu kau ke. aku dah buat la hari tu masa habis.
sentap makcik tu.

then ni barang aku dah habis lagi trial.
tanya dia nak buat tak.
dia kata taknak. gaji dia dah nak keluar dah.
eksyen gila punya pekerja. back hand kang.
so aku la buat hari tu hadap sorang.

penat weyh. ni badan memanggil2 untuk di urut ni.
aku dah rasa betapa sedap urut kat kajang hari tu. urut tradisional.
aku rasa tak berbaloi nak massage kat spa ke apa bagai ni semua.
mahal lebih sedapnya 2-3 hari je.
urut tradisional badan kau best berbulan kot.
dah la murah. ikhlas je. kau bagi rm50 pun takda terkilan la.
berkerut2 muka dia kerjakan badan kau.
oh ada yang tanya aku contact number la. alamat akak tu la.
kau jangan la tanya. aku tak tau.
agen aku si huda tu. cakap kat dia nak pergi. nanti dia setkan time.
tau2 dia suruh jumpa dia kat tol kajang. dia bawak. heheheh.
so sweet agent i tu.

kan kelmarin aku update pasal ephyra aku bertenaga sampai kul bape pagi la apa kan.
gila kau aku stay up sampai subuh kot.
lepas tu aku buat entry projek iqra' tu. taknak tangguh kang aku lupa.
pastu tidur kejap.
pagi around 9am dah bangun.
sedar sebab laki kiss sebelum nak gi kerja.
aku nampak dia nak gi kerja pakai tshort thai ke apa.
e eh suka kau. aku kata ada pakai macam ni. sempat bebel tu.
dia kata aku tak gosokkan baju.
terus aku melompat bangun gosokkan.

ingat nak sambung tidur.
tapi sedar betapa banyak kerja nak buat.
terus bangun attend orang nak beli barang n all.
pastu around 11am aku keluar restock trial ephyra tu.
balik panaskan lauk hari before tu.
sambil buat kerja. later makan.
start kul 12pm aku dah start packing barang.


baru siapkan ni dah nak patah pinggang rasa.
then by the time siap packing semua dah pukul berapa.
relax kejap. reply segala orang dok hantar sementara aku packing tu.
time packing malas aku layan, sebab aku ni tak fokus. kang lain jadi.


pastu susun semua dalam bag.
baring kejap nak lena.
dengar laki dah balik. dia nak tolong angkat. mana larat aku.
eleh ngada . larat je. tah dia since aku masuk hospital.
dia tak bagi kan buat itu ini. so suka kau la.
so dengar dia balik melompat aku gi zohor jap. last minit.
pastu terus pergi post.

balik kepenatan sangat.
again nak tertidur.
sekali hp ku tak berhenti bunyi. uwaaaaaa.
so jawab la. then aku silent kan phone. tak kira nak tidur.
kejap pun jadi la.
sekali jonet lak dah balik.
so layan sembang.

pastu tetiba dia stress br lepas exam. aku lak stress dah berapa hari penat membuat kerja.
so plan lets karaoke.
so around 8ish kita orang gerak karaoke. hua hua.
lega sedikit rasa.
tapi tak lama la. kul 12 balik sebab esok ramai kerja kan.

then balik singgah makan lagi.
balik by kul 3am dah terbongkang. kepenatan.
ni tadi pun pagi bangun.
ok tak pagi sangat la. kul 9-10 gak la. kah kah.

ni nak merehatkan minda kejap mengadap blog.
penat asyik hadap email je apa semua.
ni tunggu customer lagi sorang nak amik barang.
then later nak keluar restock ephyra lagi.
ye minggu ni tiap hari ku pergi.
aku tak amik banyak 1-2 dozen je sehari.
mampu la pulak nak amik bebanyak sekali gus kan?
so nak tak nak kau patah la pergi balik hari2.
nasib dekat. kalau tak nangis.

ok la tu je.
sempat aku update lagi.
banyak entry tertangguh ni.
ok see ya later pipollll.



Expose Mistik: Batu Caves


Hi peej..i ada kisah nak share dengan u ni...
kisah ni baru je mak i cerita dekat i..17.06.13
Kisah ni mak i yang cerita masa i lepak dengan abah n mak kat hall..
Mula cerita pasal ape tah...tetiba kuar cita pasal hantu..ouh baru ingat i
tanya dorang betul ke Bunian tu wujud..Pastu abah i cakap memang wujud pun...
kerajaan besar dia kat Gunung Jerai, Kedah..Kampung i tu kot hoiiii...
Lepas tu berbalik la cerita pasal kat kawasan rumah family i tu,...kitorang duduk
tepi bukit tau...tepi batu caves...tapi yang sebelah belakang la...bukan  yang dekat wel wel tu..tapi
kawasan belakang dia...batu caves kan banyak bukit dia...
Memang kawasan tu keras...kat belakang rumah i ada 1 pokok yang besar..memang 
x boleh tebang pon..so ade la sorang hamba Allah swt ni.Abang Man nama dia..
dia g bersihkan kawasan belakang rumah dia sampai la ke atas bukit tu..
so kawasan tu jadi terang la sikit..terang tu i x kisah...yang mak i cerita 
ni yang i kisah sangat..
Cerita ni abg man cerita sendiri dekat mak i...
Satu hari tu tengahari rembang okay ..waktu zohor la kot kan...rembang mak i cakap..
Abg Man ni naik atas bukit tu nak buat ape tah...dia nak naik sikit je tapi
dia boleh x sedar yang dia dah naik sampai atas..pastu dia boleh plak 
blur macam mana dia boleh sampai atas..Nak turun da teragak2 dah..tinggi kot dia naik tu
pastu dia duk la berehat sekejap kan..masa berehat tu dia mencangkung pastu pandang bawah...
tiba2 dia nampak macam ada benda melintas...zupppp laju je...daripada ekor mata la dia tengok tu..
Memang dia pandang keliling la kan...tp xdek pape..
 tetiba dia dengar ada orang jerit panggil nama dia...tekejut la si bg man ni..rupanya
Cik Mat panggil dia...Cik mat ni dia boleh tengok sikit benda2 ni..Dia jerit suruh abg man ni turun cepat2 
dari bukit tu...Abg man ni terpinga2 la sebab nada Cik mat tu panggil dia macam marah..
Bila dia da sampai bawah barulah Cik Mat tu gtau dia..
dia cakap Si Jepun tu asyik perhatikan je Abg Man ni...da lama da..dia asyik perhatikan Abg man ni..
tak taulah sebab ape dia attack abg man ni kan...sebab sebelum kejadian tu pun dia selalu naik
bukit tu bersihkan semak samun belakang rumah dia...satu hari tu dia naik pastu dia rasa macm ada org
tolak dia dr belakang..ape lagi tersungkur la member ni kan...
Dengar je Cik Mat cakap mcam tu..
Meremang la bulu roma abg man tu kan...Sebab mesti Jepun tu nak carik geng..
 3 bulan lepas dekat bukit tu ada satu Foreigner Jepun datang daki bukit tu...dia berlima kot rasanya..
bila sampai dekat tengah2 bukit tu pegangan dia terlepas..
dia jatuh dari bukit tu lalu mati depan rumah Cik Minah..Kepala dia pecah..Abis darah terpercik dekat
tiang rumah Cik Minah ni,.Cik Minah pulak sejak peristiwa berdarah tu tepat pukul 2-4 pagi mula la
dia dengar ada bunyi orang menangis depan rumah dia...i syak kan mesti roh dia gentayangan 
kan sebab nak cari mangsa..takuit...sampai x bule tido tau semalam..
Ni i copy paste gambar dari sebuah blog..gambar kejadian
Adik i ada kat belakang tu..semak je nak tgok..
Itu je lah cerita pasal hantu jepun..Cara i cerita ni memang x takut sgt kot...
tapi kalau u oll dengar mak i yang cerita meremang abis segala bulu yang ada kot...
Tapi ini memang kisah benar tau...tarak tipu punya!!
Sorrylah kalau cerita ni tunggang terbalik..i macam tak reti pulak nak cerita macm mana...
okay lah tu je..nanti ada cerita baru i cerita lagi...cerita ni pon i ada tulis dekat blog i..hehe
http://l0llalici0us.blogspot.com/2013/06/seram-hantu-jepun.html

Projek Iqra' : Shopping Raya 2013

Tak lama lagi dah bulan Ramadhan.
Lepas sebulan puasa akan raya pulak.
wah apa kena puasa pun belum tiba-tiba aku nak cerita raya kan.

ok sebenarnya nak cerita pasal Projek Iqra' ni.
aku di approach oleh kakak senior ku from mrsm ni, Kak Sherry (Sharifah Sharina)
dia bagi tau pasal Projek Iqra' sempena hari raya nak datang ni.
dorang anjurkan charity event, Shopping Raya 2013.
since korang mesti macam tak tau apa Projek Iqra' ni?
marilah ku ceritakan serba sedikit n apa projek Shopping Raya 2013 ni.
ku tengah rasa memacam ni. excited ada. sedih pun ada.
aku ni nowadays sesikit pun nak sensetif.
ye la bila tadi spend masa dok baca memacam kat website Projek Iqra'.
tengok pics n video. sebak semacam pulak.

Projek Iqra' adalah persatuan kebajikan.
nak tau macam mana dorang ditubuhkan boleh tengok kat website yea.
tu nanti aku share.



so sempena Projek Shopping Raya 2013 ni, Projek Iqra' memberi peluang untuk sesiapa sahaja menaja wang atau menyumbangkan tenaga, masa dan minyak kereta untuk meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal.

ada 4 buah rumah anak yatim dari 4 buah negeri yang terlibat untuk tahun 2013 ni.
melibatkan 266 penerima yang terdiri daripada anak yatim, anak yatim piatu, anak faqir miskin dan ibu tunggal dengan anak OKU.

Rumah yang terlibat tahun ni ialah.

  1. Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi (Kuala Lumpur)
  2. Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana, Puchong (Selangor)
  3. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak, Nilai (Negeri Sembilan)
  4. Rumah Gemilang, Sik (Kedah)
So semua penghuni rumah akan dibawa untuk rasa kemeriahan shopping sempena nak sambut hari raya. *ish type ni pun aku sedih. syukur tak terhingga aku dibesarkan ada ibu bapa. dapat rasa kemeriahan ni. tsk. tak semua orang beruntung macam kita kan*
ok sambung. 
so dengan adanya Projek Iqra' ni dorang akan di bawa membeli belah di Pasaraya Besar Tesco Ampang, Tesco Nilai dan Tesco Alor Setar.
Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana pulak akan di bawa membeli belah kat Mydin USJ.

So ini yang paling penting ni.
sila baca! *wah tetiba garang kenapa siap ada tanda seruan kan.*

Terdapat 3 cara macam mana korang boleh menjayakan projek ni.
  1. Menaja seorang anak dengan nilai tajaan Rm188.
  2. Menawarkan diri dan pasangan/kawan untuk sertai konvoi Shopping Raya di 4 lokasi tersebut pada tarikh yang akan di maklumkan.
  3. Menyebarkan informasi projek ini supaya lebih ramai orang yang tau. *aku lettew. haaa nanti entry ni akan keluar kat fb n ke twitter aku. apa lagi sila share. tak pun korang boleh copy paste n buat entry kat blog korang kan. :D *
ok meh terangkan.
kan tadi earlier aku ada mention yang tahun ni sebanyak 266 orang yang terlibat untuk di taja.
so if rasa nak taja sorang. so korang boleh beri sumbangan sebanyak RM188.
if rasa nak taja lebih daripada seorang pun boleh. darabkan je la dengan RM188 tu. :)

sukarelawan tu pulak macam let say korang maybe tak rasa nak taja wang ringgit.
u can always jadi sukarelawan.
tugas sukarelawan wajib umur 20 tahun ke atas. ada kereta n bawak co pilot sorang.
tugas ialah kau akan ada anak2 bawah jagaan korang. duit peruntukan akan di beri.
so kena la bantu anak-anak ni ke lokasi shopping (ngan kereta korang), bantu dorang shopping, assist apa patut n hantar balik ke rumah.
gituh la.
tapi if let say korang dah taja anak2 tu, tetiba rasa nak jadi sukarelawan jugak pun boleh aje. gituh.

oh satu lagi yang di perlukan ialah.


so bawah ni aku share website apa patut.
mana nak tuju n all.

website Projek Iqra - CLICK HERE.

more info pasal Projek Shopping Raya 2013 dan macam mana nak taja anak2 ni - CLICK HERE

more info pasal Sukarelawan n if korang berminat nak jadi sukarelawan - CLICK HERE

if berminat nak jadi sukarelawan jadi photographer n videographer - CLICK HERE.


ni tarikh n venue Projek Shopping Raya 2013

1. Rumah Gemilang, Sik (Kedah) akan membeli belah di Tesco Alor Setar pada 20 Julai 2013.

2. Pertubuhan Kebajikan Baitul Ehsan Al-Khairi, Taman Maluri (Kuala Lumpur) akan membeli-belah di Tesco Ampang pada 27 Julai 2013.

3. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak, Nilai (Negeri Sembilan) akan membeli belah di Tesco Nilai pada 27 Julai 2013.

4. Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana, Puchong (Selangor) akan membeli-belah di Tesco Nilai pada 27 Julai 2013.


nak tengok laporan projek Shopping Raya 2012 boleh CLICK HERE.

ok tu je info.
selamat beramal.





hari ni tenang sikit. kot?

semalam sangat la busy weyh.
sampai tak sempat nak update blog kan.
semang takda masa nak buat apa pun.
bangun je. duduk kejap reply segala email ke apa semua la.
then confirmkan ngan customer dorang nak pick up barang pukul berapa.
dah settle bab tu.

tengok stock pulak.
berkurang dah stock ephyra.
orang beli banyak dpd ready stock.
so semalam tambah lagi stock premium n trial tu.

elok sampai office oceanlife.
parking tepi elok belakang lori tengah hantar stock ephyra.


teruja tengok.
ye la kalau tak berapa lama takda stock kan.
sakit jiwa di buatnya.
so ni bila nampak banyak macam ni.
rasa macam takda la risau ke apa.

then amik stock.
rasa nak masak.
tapi macam malas. sebab banyak ni nak kena packing.
so order mc d je.
nasib la aku tak masak. if masak mmg confirm aku lambat siap packing semua.

ye office lawa-lawa selesa.
tetap la aku buat kerja kat ruang tamu kan. kah kah.
sebab apa? panas woih jerebu.
atleast depan ni ada aircond. keh keh keh.
by the time aku start arounf 1pm. settle siap around 4ish macam tu kot.
maybe aku yang lembab kot.
tapi tak gak.
tau la kucing banyak umah aku.
bertempik2 aku marah dorang.
ye la orang busy dorang nak menagih kasih sayang.
rimas ok. n payah nak buat kerja.
tengok la pic atas tu. salah satu action scene la tu.
maybe dia ingat aku anjurkan pesta mountain climbing ke apa kot.

sambil pack tu sambil layan hp.
bukan layan online ye.
layan customer la.
ada nak order.
ada yang nak tanya itu ini ke.
ada yang nak pick up ke apa.
gituh la.
sampai at one point aku dah takleh layan sebab nak siapkan semua.
later dah settle segala apa benda malam baru aku reply balik semua.
kalau tak, tak siap kerja aku.

ingat today tenang sikit la.
takyah ke mana la maksudnya.
just tenang di rumah ngan email, whatsapp ke apa.
takda makna.
ni check even baru restock semalam. tapi ni kena pergi lagi amik barang.
i is pitam.

tapi tu tak kisah.
kejap je.
tapi takkk. ni noy ada kat umah aku.
dia later nak suruh aku hantar pergi setiawangsa sebab charger hp tertinggal. bolehhhh???
grrrrr.
oh n aku kena tinggalkan stock sikit kat sana.
aku bukan apa.
ikutkan aku taknak korang amik sana.
sebab taknak susahkan parents aku. sebab dorang bukan sihat kan.
dah tua lak tu.

tapi tu la masalahnya ada some yang tak tau cara nak datang umah aku.
korang ni pun. apa kata korang download app waze weyh.
bagus gila. ada hp apple ke, samsung ke apa2 la. download la.
kau type je confirm jumpa ok.
filla yang nun jauh kat seri kembangan pun selamat sampai umah aku.
aku yang tak tau seri kembangan kat mana pun selamat sampai umah filla hari tu. kagum aku.
tu takpa. ada some yang prefer amik sana sebab rumah kat setiawangsa jugak.
ok la paham.

boleh adjust.
tapi bila yang last minute bagi tau ni payah.
tak pun orang yang dah janji nak amik time n date yg bagi tau.
tetiba tak datang. tak inform lak tu.
sian weyh parents aku tunggguuuuuu je.
padahal dorang boleh tidur n rehat. tapi sebab tunggu orang amik dia takda tidur ke apa.

mama kan tak dengar.
so kalau orang nak datang aku memang akan bg fb msg kat dia.
inform la sekian2.
call papa memanjang tak angkat. elok campak phone tu.
so mama je harapan. tapi untuk pesan la.
untuk pass barang mmg papa, dia yang akan dengar orang tekan bell ke, bagi salam ke.
mama memang tak dengar la kan.
if dengar pun benda yang high pitch. tu pun sayup je dia dengar, katanyer.

so ini berlaku semalam.
bila last minute within 1 hour ada orang bagi tau nak amik kat setiawangsa.
aku suruh amik kt rumah aku, dia taknak.
sebab later nak naik terus duke.
ok suka hati.

mula2 aku message mama.
selalu laju reply. ni takda pun. mana ni. tak online ke.
call papa. 4-5 kali tak angkat. grrrrr.

elok adik tu kata dia otw.
aku ckp la pergi je la dik.
if ada kereta sonata tu ada la dorang kat rumah.
maybe tertidur ke apa. tekan je bell banyak2 kali.
later dpt msg dpd mama.



haha lawak pulak memikirkan.
kesian pun ada.
so untuk customer ku. if nak amik sangat kat sana.
make sure bagi aku awal yea. sehari awal ke la atleast.
tak pun few hours before ke.
so dorang boleh prepare ke apa.

kalau boleh amik kat umah aku la.
bukan susah sangat pun la.
kedai makan banyak atas tu. lepas amik if malam, pergi la makan sekali. hahaha.
unless korang nak urgent, aku lak membusy je, brg ada je kat umah parents aku.
so aku akan suruh amik kat sana la.

ye la aku hanya manusia biasa.
kadang rasa takda program.
tetiba ada hal nak kena buat ke.
tetiba kawan ajak keluar ke.
nak jugak i keluar dpd terperap je kan.
so yeah?

ok la, nak masak. lapar la pulak.
later ada customer nak amik barang n aku kena keluar restock barang.
buhbye.



time-time jerebu ni la busy

agak awal jugak la aku bangun hari ni.
ok mungkin untuk orang lain tak awal la.
tapi untuk aku memang awal sangat rasanya.
sebab memang ada appointment hari ni.
so gigih la bangun awal sikit.
pastu ada pulak customer 2-3 orang nak amik barang kat rumah.
aku nak kena amik stock ephyra lagi.
so kena membahagi masa sangat.

so siap apa semua.
tengah hari dah keluar rumah.
hoi teruknya jerebu.
dalam rumah pun berasap je rasa.
keluar lagi la. melampau jerebu nya.

so memula terus ke office oceanlife amik stock ephyra.


rutin biasa.
sementara menunggu dalam kereta harus la cam whore dulu.
then settle part tu singgah makan dulu.
kang awal sangat gerak sampai awal lak.
padahal appoinment after lunch hour.

selalu aku akan makan kat oldtown.
tapi dah sampai tahap boleh tahan muak la asyik makan benda sama.
so aku try tempat baru nama hayaki.
ok bukan la tempat baru, tempat lama dah ada.
aku yang baru nak try.
selalu pandang je tapi tak pernah rasa nak try.
sebab nama hayaki. apesal nama jepun kan.
tapi ramai je orang.
n konsep kedai tak macam jepun pun.
ok whatever.

makan sorang ni kadang rasa bangang pun ada.
biasa la kalau sorang kau macam tak tentu arah tujuan jugak.
so pilih2 seat.
ada seat bawah kipas aku pun tak paham apesal aku pilih bahagian canopy takdak kipas. cissss.
pastu takpa bebetul duduk mengadap tempat parking yang orang nak masuk tu.
macam kau tau kalau kau amik tiket n palang naik.
ye! aku duduk mengadap situ.
pastu aku terpandang la kereta keluar masuk abis apa lagi nak buat.
sekali aku tengok orang bawak lori dok semangat lambai2 aku.
aku dah la rabun. kat tempat makan aku bukak spec.
aku lagi tenung.
sekali masa pusing siap dia cakap hi sengih2.
eh tebiat ke apa.
dia tak nampak ke aku ni pun dah sama besar macam lori dia.
kot ye punnnnn..

nway, duduk situ terus teruja.
hoi apesal menu makanan menarik melampau.
mostly makanan kampung la. n timur rasanya.
ada nasi dagang. nasi kukus la apa semua.
suka suka.
siap tak tahan ada pulut santan n mangga tu.
tapi tak order la. kang tak larat abiskan. taknak ikut nafsu serakah sangat.
so aku order la nasi dagang ikan tongkol.
dah lama ngidams.

menarik. ok la.
tapi kuah ada sedikit manis la.
so kurang feel.
paling sedap nasi dagang mak jonet la buat. sebab banyak cili padi.
so siapa suka pedas sila kaup cili padi bebanyak. nanti kau makan la. terbaik.
selain dpd tu. aku suka nasi dagang kat kg baru.
lama tak gi sana la.
nanti2 nak pergi la sebelum bulan puasa nanti.
sini punya ok la. boleh di makan. takda la sampai takleh terima tekak ke apa.
tetap licin ku kerja kan.
air harus barli ais. melegakan tekak di kala jerebu ini.

sana sini pergi nak carik beli mask.
takda kan. habis semua. sobs.
tak tahan aku dalam kereta pun kuat bau dia.
perit tekak aku, sampai pening kepala.
pastu hidung sakit la. tau2 taik hidung berlambak n pesta sangat dalam tu. grrrrr...
terus call suami tanya dia ada tak mask.
sebab dia lagi la bawak motor. sian gila.
aku yang bawak kereta pun tak tahan. macam mana dia kan.
nasib dia kata dia ada mask. lega sikit hati ni.

then elok abis makan pekerja kat oceanlife bagi tau yang promo bag tu dah ada.
dia baru tau. so dia nak alamat n pos ke aku.
kebetulan aku ada lagi kat bawah tu. so ok la boleh je amik terus. takyah post.
nak post pun tak sampai hati aku. dekat sangat umah aku ngan office kot.
kalau dia post, kau bayangkan lagi jauh barang tu pergi lintas umah aku, pastu patah balik umah aku.
tak berbaloi betul.
kalau aku takda tadi pun, aku kata takpa la aku pick up je nanti. takda masalah.

then dah sampai time ku gerak la.
speechless.
memang aku rasa sepanjang hidup ni, ni jerebu paling teruk kan.
macam tahap kronik sangat.
kalau kat KL pun macam ni. bacaan baru 100++ macam mana la kat muar tu.
ish ish ish.


:: at duke ::

:: foggy at Damansara Perdana ::


Jun 24, 2013 | Uhukkuhukkk by peejburhan on Keek.com

panas toksah cakap la.
bahang kemain.
tapi sebab agaknya tebal jerebu cahaya matahari pun takdak kan.
ke aku je tak nampak?
aku basuh baju pun aku tak tolak keluar.
jemur area porch je.
konon xnak nanti bau asap la.
macam la porch tak kena asap. kah kah.

semoga cepat la berakhirkan jerebu ni.
nak keluar pun tak syok je.
why lama tak huhan eyh?
i miss hujan.




Ephyra Promo CLICK HERE
Pre-Loved clothes CLICK HERE

ephyra promotion.

hahah. macam blog celebrity sangat.
asal dah glams tak reti nak update blog.
bila update pun iklan je penuh.
rasa nak lemps.
opppsss. matiklah sempat carut kan. kah kah.

sorry la mesti korang muak tengok asyik update gini kan.
bukan apa.
hari tu takda stock aku sepi la.
ni dah ada aku pulun la update.
demi mengcover balik masa2 kerugian tu.
kebetulan ada pulak trial box. kena la bagi tau.
kang korang tak tau.
pastu tetiba ada pulak free shaker kembali, kena bagi tau lagi.
tadi aku restock lagi barang.
wah ada promo lain pulak.
haaa rasakan la aku update lagi.

btw, nama baru aku bagi untuk ephyra yea.
eh bukan aku bagi. memang tadi orang ephyra sebut gitu. aku ikut je.

trial box(10 sachet) - RM68
premium box(30 sachet) - RM197

get it? get it?
btw pasal promo.
untuk trial kau beli combo dua box aku bg la diskaun sikit.
tapi 2 box je la.
tetiba kau nak beli 3 box. aku takda nak bagi combo istimewa apa.
sebab harga akan jadi sama macam satu box premium. so baik kau beli box premium tu je kan.
if beli trial box memang takda dapat apa-apa free gift ye.

manakala if beli premium box akan dapat free gift.
beli satu box premium RM197 memang akan dapat free 1 shaker.
macam pic bawah ni.

ini kalau beli 1 premium box la.
dapat free shaker n free recylcle bag tu (refer below pic)
as usual if korang beli more than 1 aku akan bagi harga discount.
tu nak tau sendiri contact aku.
then pihak oceanlife bagi lagi promo.
untuk pembelian 2 premium box akan dapat free bag organizer.



faham? faham?
so if beli 2 box ephyra maknanya kau automatic akan dapat free 2 shaker, 2 recycle bag and 1 bag organizer.
bag organizer tu apa?
haaa macam bawah ni haaa.

:: bag organizer worth RM30++ ::

ni la rupa dia.
macam yang pakai handbag besar tu.
perasan tak kadang nak mencari barang macam nak gila kena punggah.
so ada bag organizer ni senang la barang tersusun.
takda la bersepah dalam bag korang. nak cari pun senang sebab ada slot2 dia.
paling best senang kalau korang jenis rajin tukar2 handbag setiap hari ke apa.
kan ada orang jenis macam tu. well aku tak la. aku paling la pemalas n akan hadap handbag sama sampai berlapok.
so if nak tukar. tak perlu nak punggah 1-1 n tukar masukkan dalam handbag.
kau just angkat bag organizer ni daripada handbag lama, masukkan ke dalam handbag satu lagi tu. senang.
buat masa ni yang ada stock yang ada kat aku color grey je ye.
jangan nanti contact aku nak pilih2 color ke apa pulak ye.

so stock semua ada dah kat iolls.
walaupun esok ada kemungkinan kena tambah lagi stock sebab baru tadi aku restock barang.
ni tinggal balance 4 box je.
takpa, lepas ni Insyallah stock ada yea.

so berminat as usual contact la daku di

email nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
or  sms/whatsapp kat 012-2758575.

beli la sempena promo ni yea.
bila lagi nak dapat. dah la aku bagi discount.
pastu dapat lak segala free gift ni.



oh bagi tau.
bag organizer tu untuk pembelian setiap 2 box premium tu ye.
maksudnya kau beli 2 box baru dapat satu bag organizer.
then kau beli 4 box. baru kau dapat 2 bag organizer. beli 6 box dapat 3 bag organizer, begitulah seterusnya.
kalau tiba2 kau beli 3 box ephyra. tetap kau entitle dapat satu je bag organizer tu.
so if nak dapat hadiah yang itu. make sure beli dalam gandaan dua.

eh dah rasa macam cikgu matematik lak aku ni.
kah kah kah.

ok tu je.
selamat hari isnin.


testimonial ephyra

ok ni testimonial yang customer ephyra share ngan aku few days back.
so share sini la yea.





amazing macam mana sesetengah produk serasi ngan kita.
lain orang lain effect dia.
so untuk adik ni, dia nampak kesan dia. clear lagi.
so happy for her.

so sesiapa nak try ephyra.
boleh la contact ku kalau nak beli yea.
if nak try-try dulu boleh purchase beli trial pack dia.
trial pack dia rm68 je. ada 10 sachet.
then nanti rasa best boleh beli yang normal box tu kan.

try la tak rugi.
nanti sendiri happy bila ada yang tegur apesal macam lain je ni.
apakah rahsia. haha poyo sangat kan.
entah macam kita sendiri minum kadang kita tak perasan.
tapi orang lain yang perasan perubahan kita ok.

ok itu je.
buhbye.